Tuesday, December 29, 2009

meriah cam selalu



sesekala 3 budak ni dapat main kat luor, kan main havoc lagi


Salam semua kawan ibu,

hari ini fikri dah sihat. dah aktif dan semakin banyak cakap. kadang ibu rasa anak ibu ni suka membebel mengalahkan ibu. mana tak nya, kalo ade lauk2 yang tak habis makan, meaning masih ade banyak dalam mangkuk @ bekas., fikri mesti akan 'pesan'.

"ibu.. banyak lagi ni.. tak habis.. ibu nanti simpan dalam petiais, sok leh makan agi.. " fikri la ni dah jadi reminder ibu. :D



kalo ade sampah kat lantai, dia selamba jer komplen.. "ibu ni sapu tak besih.. biar abam (abang) buat.. abam (abang) lagi pandai. "




kalo tak bergaduh tak sah budak2 ni...



kalo ibu nak mula masuk dapur dan baru nak pakai apron, fikri lah yang sibuk2 tanya.. "ibu nak masak apa lagi ni... asyik masak jer.." kalau ibu kata ibu nak masak lempeng, dia sibuk2 suggest makanan yang dia nak makan.. "tak nak lah bu. masak cucur lah bu.. cucur ibu sedap.." hmmm, pandai lah abang fikri nak puji2 ibu, walhal baru jer masak cucur. dia bukannya apa, dia nak ngadap mayonis + sos jer.

kadang2 tu susah juga, kalo tak ikutkan requestnya tu, mula lah mogok tak nak makan. la ni menu feveret fikri adalah nasi goreng, cucur & sup ayam. so, selagi ibu tak masak apa yang dia request, selagi tu lah mogok tak nak makan berlangsung. Selalunya en ayah le yang harus main peranan, saper tak makan, tak leh 'nyontet' (jalan2). Selalunya 'nyontet' ke rumah opahnya di ulu kinta, atau ikut en ayah beli barang.

Anis pulak dia memang tak kesah makan apa pun, sebab anis ni memang tak memilih. Kalo makan sendiri pun, dia akan makan sampai licin pinggan. Kalo disuap pun, anis lah yang makan paling banyak. :D

Aliya pula makannya dah tak mau disuap, nak makan sendiri. kalo ibu insist nak suap & tak bagi dia pinggan sendiri, mula lah melalak sekuat hati. nampak jer kecik tapi suara nya boleh pecah rumah.





anak2 ni ade masa boleh berkongsi makan sama-sama, tapi ada masanya tak nak berkongsi. contoh kalo soh kongsi makan nasi/mee/bihun goreng dalam 1 pinggan.. sah-sah tak mau. kejap si abang tarik pinggan, pastu kakak pulak.. si adik lagi lah tak nak mengalah. tak sudah2 berebut jer kerja depa ni.. kalo tak dapat tu yang mula bergaduh. Ade orang cakap, tak salah anak2 bergaduh... kononnya baik.. yang ni ibu tak sempat nak mendalami nya. Jadi ibu tak leh nak komen apa2, cuma kalo anak2 dah mula berebut pinggan yang satu.. resolusinya.. bior ibu jer yang suap. Kalo dah bersuap pun, masih juga nak berebut turn.


ni video anak2 tengah main pusing2 dalam bulatan.. tapi beberapa saat jer ibu capture.. Aliya memang tak leh tengok ibu pegang kamera. Perasan tak baju anis & aliya tu saper yg hadiahkan..:)





Ibu suka bila tengok aliya & anis pakai baju sedondon. Takat ni dah ade 5 pasang baju anis & aliya yang sedondon. pernah ade orang tegur, "eh.. sama baju.. kembar ker.. eh, sorang kecik sorang besar...!"





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, December 28, 2009

sibuk dan letih




Salam buat semua kawan ibu,

ibu mohon maaf sebab tak sempat lagi nak menjawab komen kawan2 pada n3 yang lepas. beberapa hari ni ibu sibuk sikit uruskan anak2, dan agak letih sebab fikri dah 2 hari demam (sabtu & ahad). hari ini pun masih belum kebah lagi, tapi panas badanya dah kurang & aktif macam biasa. . Pagi ni Anis & Aliya pulak yang dah dedor.


Actually baru jer bulan lepas anak2 demam, bulan ni demam lagi. Sakit hujung tahun kot, sebab awal2 tahun dulu anak2 sihat jer. :D kali ni fikri demam, en ayah tak bawa g klinik pun, sebab masa fikri ni penakut jumpa doktor & susah nak bagi makan ubat. Bulan lepas masa ba wa fikri ke klinik, terpaksa pegang dia kuat2 supaya doktor boleh check dada & belakang dia dengan steteskop (tak sure ejaan betul)

Jadi hari ni memang ibu tak dapat tulis panjang. Letih sikit sebab dah 2 malam dok terjaga on & off lapkan badan fikri.




Fikri pun 2 hari ni terbaring jer. Malam tadi dia terjaga pukul 11 malam, dia minta nak makan nasi, sebab dia menyusu jer sepanjang hari. Sian sungguh, sampai terketar2 tangannya menyuap nasi. ibu nak suapkan dia tak nak. Alhamdulillah, habis juga sepinggan nasi dengan sup.

Ibu memang ade banyak nak tulis dan nak beritahu kawan2 ibu. Tapi hari ni ibu memang agak letih. Ni pun kain baju belum sidai lagi ni. Petang ni plak, plannyer nak ke kedai servis ACER. Jadi kalo tak nampak ibu bersiaran 2,3 hari akan datang & komen2 masih belum dijawab, itu bermakna laptop ibu masuk 'spital'. ;)


gaya budak sakit yang kebosanan



ni gaya budak kecik demam bulan lepas, baju merah tu dari kak yati NB.









kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, December 26, 2009

Baju baru anak-anak...











Salam buat semua,

Sebetulnya selepas Aidilfitri hari tu lagi ibu nak tulis pasal ni.

Pagi sehari sebelum Aidilfitri 1430H, kak suraya iaitu editor kepada kak yati NB singgah rumah ibu. Masa tu, rumah kami memang belum dikemaskan pun, masih bertaburan ala-ala tongkang karam.. pastu anak2 pun ade yang belum mandi lagi.



Masa kak suraya datang tu bateri kamera kong, jadi memang takde foto yang diambil pun. Ibu memang terharu sangat2, sampai tak dapat nak cakap banyak. Banyak baju baru yang kak yati bagi. Walaupun sebahagiannya adalah baju2 Teta tetapi semuanya dalam keadaan yang masih baru.


Banyak foto yang telah di snap semasa hari raya 1 - 3, tapi semua foto2 itu telah tidak diselamatkan. Insya Allah, dari semasa ke semasa ibu akan maklumkan kot2 ada foto2 baru anak2 yang bergaya dengan baju2 hadiah dari kak yati NB.

Terima kasih kak. baju2 tu semua cantik2 belaka. Bila anak2 pakai baju2 tu ke rumah opahnya @ ibumertuaku.. depa semua ingat en ayah yang beli.. 'amboi, lawo2 baju anak ni.. branded lagi.. kata xde duit?'

bila ibu cakap yang baju2 tu kawan ibu yang bagi, siap depa query.. 'baik benor kawan tu bagi banyak2 baju'... hmmmm.. memang baik pun, kalo tak takkan lah bagi sampai 3-4 persalinan sorang. ** sebenarnya ibu ade lah juga terasa hati, sebab MIL pernah cakap kenapa bagi anak baju2 dah lusuh.. pastu ade plak yg sindir2 pasal ibu tak kerja. yerlah masa ibu kerja dulu, memang semua pakaian anak2 ibu yang beli. **














kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, December 24, 2009

Projek cross stitch lah pulak..









Salam buat semua... :)

Actually hari ni takde apa sangat yang ibu nak menceceh. Connection pun macam tak berapa bagus jer. Lagipun ade beberapa perkara yang ibu perlu teliti tapi masih tak sempat nak dibuat lagi.

So, n3 hari ni, ibu cuma nak 'menunjuk-nunjuk' kerja tangan ibu yang ibu usahakan selama ibu tak berblog.








Actually cross stitch ni ibu dah mula buat masa ibu bujang lagi. Kerana kesibukan kerja (masa jadi Akauntan dulu lah), ibu tak sempat nak siapkan projek ni. Walhal, ibu aim nak framekannya bila masuk ke rumah baru (rumah sekarang ni lah).. lepas kahwin, ibu langsung tak sentuh, bahkan disimpan baik2 dalam kotak. :)


Jadi bila laptop rosak.. tak leh nak online, nak buat akaun pun terbantut, jadi ibu bertekad nak siapkan projek ni.. so setiap hari sambil2 tengok tv or masa anak2 tengah main, ibu akan mengadap cross-stitch ni. Actually, ia adalah satu cara pengurusan stress untuk ibu juga.








Ini adalah hasilnya, dah hampir nak siap. Saiz cross-stitch ni 100cm x 50cm.. lebih kurang 3000 x 1500 stitches.


Pada waktu n3 ini di tulis, ibu dalam proses nak buat touch up terakhir jer. Ibu harap ibu dapat frame kan nya dalam tempoh terdekat ni.. dan jadikan hadiah untuk besday ibu yang ke 38, yang bakal menjengah tak lama jer lagi. *dah lama tak hadiahkan something untuk diri sendiri*



Insya Allah, lepas ni ibu ade beberapa lagi projek cross-stitch untuk di teruskan. Ada kawan2 ibu yang nak tempah cross-stitch tak ? Buat masa ni ibu buat projek yang lebih kepada hiasan dinding jer. Insya Allah, akan explore lebih lagi dari semasa ke semasa. Ibu harap dapat kumpul duit untuk beli mesin jahit, dan explore jahitan cross stitch untuk kusyen, table runner etc. hehehee, besor angan2 ibu kali ni.. Insya Allah, pelan2 buat & belajar, pasti akan nampak hasilnya nanti.


Jika ade kawan ibu yang berminat nak buat tempahan jahitan cross-stitch, sila lah email yer, boleh bincang lebih lanjut nanti. :)






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 23, 2009

AINUN sudah pulang

Salam kawan2 ibu..

Ainun dah selamat balik ke rumah malam tadi. Kakyong pun dapat tahu dari zizan (adik yg no 8), dia antor sms tapi kakyong cuma dapat tahu selepas jam 11.30 malam, sebab malam tadi en ayah bawa henfon.

Misteri kehilangan Ainun selama beberapa hari ini memang belum dapat terjawab. Jadi tiada hasil post-mortem yang dapat kakyong laporkan di n3 ini. :)

Menurut Zizan, Ainun tak nak jawab apa2.. dia buat sikap mendiam dan membatukan diri. Jadi lewat malam semalam, kakyong sms zizan dan bagitahu bior Ainun rehat dulu, esok2 baru lah tanya.

Sebagai kakak kakyong melihat kes Ainun kali ini tak boleh dibiarkan jer. Kakyong sebenarnya dah banyak meng'x-ray' diri dan merenung jauh akan masalah Ainun ni, dah berbulan2 kakyong fikirkan. Dan macam2 perkara yang kakyong rasa perlu tindakan koreksi, bukan Ainun sahaja yang perlu dikoreksi, tapi semua orang dalam keluarga perlu ambil tindakan koreksi. Agaknya kita ni dah terlepas pandang yang kita ni ada adik yang perlukan perhatian.

kita tak amik port pun adik kita ni berkawan dengan siapa. Kita tak pernah check pun samada dia menipu dalam kata2 nya, yerlah dia cakap dia g rumah kawannya si A, tapi sebenarnya dia pergi tempat lain.

Bila adik kita buat salah, kita terus marah dan tuding semua jari kat dia, kita tak tanya & tak betul2 cuba nak amik tahu kenapa dia buat macam tu. Dan kadang2 bila dia buat salah, kita tak amik port pun nak tegur dia. Sebab tu lah dia terus buat kesalahan yang sama.

Kita tak boleh nak samakan diri kita dengan adik kita.. yer lah kan, semua akan cakap "kume dulu pun lalui zaman peralihan nak membesor juge, tapi kume takde ler nak buat perangai macam ni (merujuk pada Ainun). kume takde pun sampai nak melawan mak, kuor rumah tak kabo.. buat apa2 sesuka hati"
Adik kita ni cabaran dia lain.. zaman kita dulu lain, kita membesar di kampung dan di pekan kecil. Adik kita ni godaan kiri kanannya super hebat. Hati dia tak secekal kita.. lebih lagi dalam persekitaran dalam rumah yang 'kita semua pun tahu macamana'.

Adik kita ni kawan2nya pun 'super hebat'. Kawan2 dia ade banyak 'kelebihan' yang dia tak ade. Kawan2 dia ade baju2 cantik branded & uptodate, tapi dia ade baju2 ehsan dari kakak2 dia jer.. baju t-shirt abang dia pun dia sapu. Kawan2 dia ade henfon. Kawan2 dia petang2 boleh jalan2 naik motor, tapi adik kita naik beskal kecik yang dah tak sesuai pun utk dia. Bila cuti sekolah, kawan2 dia ade yang pergi bercuti ke luar negara, @ cuti2 malaysia. tapi adik kita ni.. ade saper kesah nak bawa dia bercuti.

Kita sedar atau tidak, adik kita ni kawan2nya ramai yang umur nya lebih dari dia. Masa dia baru jer masuk tahun 6, dia dah berkawan dengan ramai budak sekolah menengah. Kita pernah tak amik kesah influence @ pengaruh yang adik kita telah 'serap' dari kawan2 dia tu.

Adik kita ni cheghodik orangnyer.. cikgunya cakap dia ni kalo tak belajor pun bila periksa masih boleh dapat B. Tapi ntah penyakit Malas dari mana tah adik kita ni dapat, sepanjang tahun 6 ajer dia ponteng kelas lebih daripada 50 hari. Kelas tambahan boleh kira berapa kali jer dia pergi. Lepas exam UPSR, adik kita ni terus tak jejak kaki ke sekolah pun. Ade kita amik kesah hal ini, kita semua tahu kan.. tapi kita take for granted jer.
Akhirnya, bila result UPSR kuor.. adik kita dapat 1A 4C. Cuba kalo adik kita ni rajin sikit, ade motivasi lebih sikit, tentu dia boleh dapat keputusan lebih baik dari A'am.

Harap2 kita semua ni dah boleh melihat apa yang kurang dalam diri adik kita ni (dari apa yang kakyong dah menceceh tu).. jadi, abang2 dan kakak2 ainun.. sila amik tahu.. Ainun perlu kan sokongan moral, perhatian dan juga kasih sayang. Proses yang sedang Ainun lalui ni biasa nya dilalui oleh remaja usia 13-17 tahun.. tapi Ainun laluinya sedikit awal dan dia plak tak dibimbing dengan sewajarnya, sebab tu lah terlalu banyak SALAH laku dan banyak pihak yang telah tidak senang hati.

Dan tempiasnya memang ada terkena pada kakyong, tapi susah juga untuk kakyong 'bercakap' @ slow talk dengan makbonda pasal hal salah laku Ainun ni. Sebab tu lah selama ni kakyong buat sikap mendiamkan diri, cakap bila perlu ajer. Kalo dulu kakyong selalu jadi 'kaunselor keluarga yang tak bertauliah', bila adik2 buat hal jer, kakyong akan terus tegur, terus bagi ingatan. Tapi la ni adik2 kakyong semua dah besor belaka, tak suka ditegur2 @ dinasihat, bahkan ade yang cakap, "jaga jer family kamu baik2, depa (adik2) tahu lah nak jaga diri sendiri".

Kakyong pun tak nafikan, bila dah sibuk dengan urusan keluarga, urusan anak2.. kakyong juga terlepas pandang hal Ainun. Walhal, dari umur 1 hari kakyong le yang bela dia. Masa dia baru 3-4 tahun, kakyong usung dia ke mana jer kakyong pergi. Kalo orang tanya, "anak ker?" kakyong memang iyer kan jer. Yer lah, masa kakyong bujang dulu memang kakyong tatang adik yang bongsu ni, tapi bila dah berkeluarga slowly hubungan akrab tu merenggang.

Belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan, adik kita ni masih boleh dibentuk. Tapi bior kena caranya.. sebabnya dia ni 'rebung dah agak keras..', kita kena cari ikhtiar untuk bantu adik kita ni kenal potensi diri dia. kalo betul caranya, kakyong yakin Ainun ni boleh berjaya lebih daripada kakyong, abang2 & kakak2 nya yang lain. Kita ni harus selalu ingatkan adik kita tu supaya dia tak sia-siakan masa muda dia. dan akhir sekali jangan lupa doakan adik kita ni setiap kali lepas solat.

Dah cukup panjang kakyong membebel ni, sejak subuh tadi lagi. Ini lah sebahagian suara hati kakyong.. kalo ikutkan hati, banyak lagi kakyong nak tulis, tapi tak boleh nak tulis, takut ade banyak hati yang akan terluka nanti. Cuma yang kakyong harapkan makbonda & ayahnde usahlah berkeras sangat dengan Ainun.

p/s :
bila lah kakyong ade peluang nak buat sesi hati ke hati berdua jer dengan Ainun.. susah sebab setiap kali mesti mak ade, baru nak cakap sikit, nanti mak mesti mencelah itu ini.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, December 22, 2009

DI CARI.. AINUN BINTI YAHYA

INI ADALAH ENTRY SUPER MELEKAT

kes dismiss - AINUN sudah balik rumah, malam 22 Dec 2009..




Details :

Ainun ni anak bongsu daripada 10 adik-beradik. Baru ajer habis UPSR dan tahun depan bakal ke tingkatan 1. Ainun ni kurus tinggi orangnya.. tinggi +-150 cm, berat 35-36kg. Berkulit hitam manis.

Adik kakyong yang bongsu ni telah keluar rumah pada pukul +-11 pagi hari sabtu 19 December 2009. Dan sehingga catatan ini ditulis (Selasa, 22 December 2009), kami sekeluarga masih belum menerima apa2 berita. Makbonda & ayahnde telah bertanya kepada semua kawan-kawan Ainun, namun tiada seorang pun yang tahu ke mana @ di mana Ainun berada.

Kakyong mohon bantuan rakan blogger, walau di mana jua anda berada (Malaysia lah yer..), jika ternampak budak yang dalam foto diatas atau tahu apa2 maklumat, harap kalian dapat maklumkan kami.

Boleh hubungi :

makbonda & ayahnda Yahya Mahmud (Ipoh) 05-2922322
Zukri Yahya (abang Ainun di KL) 017-2038422
Sukhri Yahya (abang Ainun di KL) 012-5336720
Yusri Yahya (abang Ainun di Ipoh) 016-5436059

atau emailkan kepada kakyong72@gmail.com


**n3 ini di UP kan pada 22 Dec 2009, jam 2.30 ptg **



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, December 21, 2009

Pija ohhh Pija..

Salam buat semua kawan ibu,

semalam ibu ade mentioned tak leh nak update n3 hari2.. tup2 pagi ni hati ibu melonjak2 nak tulis n3 baru.. walau pun pendek tapi ibu fikir ibu harus & wajar luangkan sedikit masa untuk n3 ini..

kenapa tajuk nyer segitu rupa kan... tu lah.. memang nama pija yang dok melantun2 dalam kepala ibu ni..

ibu pun tak tau macam mana nak mula kan n3 ni.. nak start dr mana.. adakah nak tulis pasal kronologi laptop rosak @ nak citer pasal usaha pija dan kawan2 blogger...

btw, rasanya ramai kawan2 ibu yang tahu dan sama2 satu team dengan pija untuk projek mega tu... hmmm, you all ni kan.. tak tahu apa kah kata2 yang sesuai ibu ucapkan... memang tidak terkata.. bahkan ibu kebanjiran air mata tatkala menatap n3 pija.. kakyong telah kembali bersiaran


sebenarnya petang semalam bila ibu baca email pija dan juga baca komen pija & miela.. hati ni terdetik lain macam jer.. tu yang mula terpk nak godek blog miela dan pija malam semalam. tapi hajat tu tak kesampaian, hingga lewat malam masih juga ibu tak berkesempatan nak online.

actually en ayah pun tak tau ibu dah online ni.. sebabnya bil streamyx kami dah 3 bulan tertangguh tak berbayar.. jadi memang dalam kepala en ayah dia ingat a/c streamyx dah kena block.. so dari minggu lepas en ayah dok cakap kat ibu, nanti lah kita kumpul sikit lagi, bayar untuk 2 bulan dulu. ibu pun tak kesah kalo lambat dapat beronline.. sian en ayah, letih plak nak pk pasal bil tu. Tapi semalam ibu terpk nak cuba nasib.. jadi ibu keluarkan semua gadget2 nya, sambung apa yang patut.. then buat setting streamyx dalam laptop.. selongkar laci bilik tengah cari buku nota yg ade ibu catat password2..

dan memang agak terkejut juga sebab.. line streamyx ibu masih hidup... kalo tahu dari minggu lepas lagi ibu dah online.

macam yang ibu beritahu pija.. ibu spend RM900++ untuk repair laptop ni.. memang berdikit2 kami kumpul duit.. memula tu ibu cakap pada en ayah, tak per lah kalo tak repair pun, lagipun dulu kan dahulu lain yang lebih penting.. lagipun kehidupan tetap berlangsung cuma ibu akan rindu dengan kawan2 blog.. dan anak2 pulak akan rindu nak belajar ABC di lappy.

Laptop ibu skrin nyer rosak.. bukan pecah yer.. tapi skrin nyer jadi putih.. tak leh nak nampak apa2.. ni dah tukor baru pun masih jadi kes yang sama.. on & off akan jadi putih, kejap ok kejap tak okay.. this week ibu plan nak hantor semula ke pusat servis ACER. hari tu dia kata ade warranty untuk tempoh 3 bulan, due warranty is on 13/02/09. ibu spend RM700 untuk skrin jer.

lepas dah repair skrin, kami perap laptop tu dalam 3 minggu, sebab tak cukup duit lagi utk next repair.. next repair is hardisk.. tukor hardisk sbb hardisk tu rosak.. mungkin kesan dari terhempas @ kena ketuk (????)... bila dah siap direformat minggu lepas, laptop ibu ni dah jadi 'orang baru'.. data2 lama semua gone.. kecuali lah ade beberapa yg ibu sempat simpan dalam pendrive.. yang paling ibu sedih sekali adalah foto2 yang diambil semasa AidilFitri yang lepas... ibu tak sempat nak upload foto2 tu either ke FB ataupun ke picasaweb album, apatah lagi save kan ke pendrive... bila lah lagi leh nak berkumpul semua adik-beradik...!!! ibu kesal sangat sebab ibu bertangguh2 nak burn foto2 ke cd. uhukkkk...

so itu lah cerita pasal laptop ibu.. la ni ibu kena kumpul semula data2 kawan blogger.. ;)

dan pasal sumbangan dari projek MEGA blogger untuk ibu tu, ibu rasa tak gamak nak guna duit tu. bukan ibu tak hargainya.. bahkan sangat2 terharu sampai tak tahu nak kata apa.. speechless.. sayang sungguh you all pada kakyong, ... cuma ibu minta izin guna sedikit untuk beli padcooler, cd kosong dan ink printer juga dvd player. DVD player tu supaya anak2 boleh tengok CD di tv.. tak yah berebut laptop dengan ibu.. :D Selebihnya, ibu merancang untuk pulangkan semula kepada kawan2 blogger dalam bentuk giveaway atau contest, atau mungkin juga ibu simpan, incase de kawan2 blog yang memerlukan.

ibu sebenarnya kan, tak biasa meminta, even dengan adik-adik2 @ makbonda.. bahkan rasa malu bila ade kawan yang hulurkan tangan untuk membantu.. lebih2 lagi dari segi RM. pija ade offer ibu (masa awal2 laptop rosak tu), kot2 lah ibu nak amik advance untuk repair laptop. Tapi ibu segan, sebab akaun pija tu tak siap lagi.. bahkan data plak dah hilang. memang ibu segan dengan pija sebab ibu buat spek kat kedai pija, belum lagi bayar 1 sen pun.. pastu pija bagi harga yang memang sangat tidak munasabah murahnya. Pastu baru ni spek ibu patah (dikerjakan dek aliya.. masa ibu tengah solat, dia plak buat projek dengan spek ibu...), pija gantikan frame yang baru.. ibu minta bil tapi pija tak kata apa pun... pija ohhh pija.. besar budi pija, ibu bawa sampai ke mati..

Hmmmm, apa lagi yang boleh ibu kata.. terima kasih semua sebab jadi sahabat ibu.. terima kasih sebab ingat pada ibu.. terima kasih atas kasih sayang you all... ibu dah ambil list nama 'mereka yang peduli' dari n3 pija.. nanti pelan2 ibu teliti, ibu perasan ade nama yang ibu tak kenal.. Insya Allah, semoga tautan ukhuwwah kita berkekalan.. buat yang membantu, semoga Allah permudahkan urusan kalian dan dimurahkan rezeki.

Ibu sebenarnya sudah berkesempatan berkunjung ke beberapa blog kawan2.. pada yang belum ibu ziarah tu,.. tunggu yer.. harap bersabar.. sebab skrg ni ibu sedang proses akhir untuk siapkan projek x-stitch dan lepas tu ibu harus cepat2 mula memasukkan semula data akaun.. jadi pembahagian masa untuk kerja akaun dan masa berblog tu kena buat betui2.. lagipun anak2 dah tak sabar nak belajar ABC dari laptop.... huhhhuuuuuu...



p/s :
untuk miela... beriya2 antor che abangnyer datang rumah kakyong, untuk sampaikan salam kawan2 blog konon.. makbonda plak beriya minta no akaun maybank, konon2 nak main apa tah dengan kawan2 nyer... daku ni percaya jer lah...




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, December 20, 2009

Bersua kembali

Salam blog dan salam rindu buat semua kawan2 ibu...

Hampir 3 bulan ibu tidak bersiaran.. dan selama itu juga lah ibu memendam rindu pada semua kawan2 ibu dan juga blog kesayangan ibu ni. Alhamdulillah, laptop ibu pun dah berjaya dibaikpulih. Insya Allah, ibu akan kembali menulis dan bercerita seperti dulu.

Cuma untuk seminggu dua ini mungkin ibu masih belum dapat menziarah blog kawan2 ibu. Ada beberapa perkara yang perlu diuruskan selain perlu adjust semula jadual harian. Almaklumlah sejak hampir 3 bulan tidak bersiaran, ibu penuhkan masa dengan beberapa aktiviti lain. Jadi la ni harus lah berbagi masa dengan blog semula. Kemungkinan besar mungkin ibu tak kan punya masa untuk update blog setiap hari, tapi apa2 pun, ibu akan terus menulis dan menziarah blog kawan2 ibu.



Kalo ikut hati yang tengah dok melonjak suka ria ni memang nak sangat ziarah blog kawan2 ibu. Rindu sungguh nak tahu cerita dan perkembangan kalian. Terseksa juga bila 3 bulan ni tak dapat nak berhubung dengan kawan2 blog. Alhamdulillah, pada kawan2 ibu yang pernah bertanya khabar & sms ibu, ibu ucapkan terima kasih banyak2.


Untuk pengetahuan semua, ibu, en ayah dan anak2 semua sihat. Nanti, pelan2 ibu akan ceritakan perkembangan anak2.. sehari dua ni banyak yang perlu diuruskan, akaun gmail ibu pun 'penuh sangat'.. hampir 2000 email. Itu pun akan ambil masa untuk di'urus'kan.


Di kesempatan ini juga ibu nak ucapkan Selamat Menyambut tahun baru 1431H. Semoga dengan kedatangan 1431H ni memberi keceriaan dan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .