
Buat semua kenalan & sahabat maya daku..
kita boleh punya ramai kawan, tapi belum tentu punya persahabatan.. persahaabatan melahirkan benih2 kasih sayang, persaudaraan, keperihatinan, saling menghargai, saling membantu walau bukan dalam bentuk $$, saling mengingati agar sahabat tidak tersasar jalan hidup nyer..
Persahabatan yang ikhlas tidak menuntut 'bayaran' atas harga kasih sayang & keperihatinan yang diberi..
Persahabatan yang lahir dari hati tulus mulus tidak membenci tatkala kawan yang dikasihi pergi menjauh tanpa sebab..
Usah lah berkira dalam bersahabat.. kerana kita hanya insan biasa.. kita tidak boleh minta disayangi, tapi kita boleh menyayangi.. kita tidak boleh minta dihargai, tetapi kita boleh belajar menghargai, kita tidak boleh minta dihormati, tetapi kita boleh belajar menghormati..
salam ingatan kasih sayang dari kakyong untuk semua.. semoga perkenalan & persahabatan di alam blogging ini berkekalan ke akhir nya.. walau kita berbeza rupa, berbeza kerjaya, berbeza gaya hidup.. yang menyatukan kita adalah.. kita wanita yang jua seorang isteri, ibu dan juga anak yang punya jiwa penuh sensitif lagi penyayang...
merepek pepagi hari.. sekadar melepas dendam kerana tidak dapat berjalan2 di alamaya ni.. Insya Allah, bila anak2 dah okay.. akan ku jengok kalian semua..
Sila ambil award2 di atas & tepek di blog kalian..
senyum seindah suria yang membawa cahya,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!




