Monday, April 27, 2009

113 Projek Anis & Aliya... dan menjawab tag lagi..

Akhirnya dapat juga ibu mengupdate entri baru & berjalan2 ke blog kawan-kawan. Alhamdulillah, Aliya sudah sihat. Malam kedua dia demam, pukul 5 pagi dia terjaga.. terus bangun berdiri. Berdiri tanpa berpaut. Hmmm, rupernya baru lah ibu tahu.. rupenya demam ade makna..

Malam minggu kami ke Ulu Kinta, rumah MIL. Memang sudah sangat lama ALiya tidak menjejakkan kaki ke rumah opah UluKinta.. Anis & Fikri memang kerap ke sana, di bawa oleh ayah tiap kali ayah nak ambil stok kelapa. Aliya mana boleh ikut ayah, sebab 'botol susu' ALiya pada ibu..

baru jer sampai, opahnyer dah tegur.. "naper yang halus benor ni.." *halus tu maksudnya kurus ler..* Ya, memang betui si Aliya sudah tidak semontel dulu.. nak kata tak makan, hmm.. boleh tahan juga kuat makan si Aliya.. mungkin terlalu banyak 'training'.. berdiri, berpaut, jatuh tergolek.. Walaupun Aliya nampak semakin kecik tetapi Aliya sudah ade skil baru la opah.. haaa. opah pun terkezut tengok Aliya sudah berdiri tanpa berpaut..

Yahooo.. Aliya sudah boleh berdiri pada usia 9 bulan 5 hari.. *mungkin influent fikri & anis kot.. *

Ini adalah projek terbaru Anis & Aliya. LIhat lah wajah-wajah mulus yang dek seperti tidak bersalah langsung. itu sahajalah lipstik ibu yang ade.. nampaknyer tinggal kenangan ajer lah... uhukkkk.. bertuah sungguh anak2 ku ini.. baru jer kejap ibu tinggalkan..*inilah nasib ibu yang tiada pembantu, nak g toilet pun kdg2 kena tunggu ayahnye balik.. kalo dah tak tertahan tuh.. terpaksa jugalah tinggal depa jap.. bila dah ditinggal.. ini lah antara aktiviti kreatif yang dibuat... * sekali imbas orang mesti kata ibu tak reti jaga anak, ibu pun dah lali dengor semua ni.. ibu suka juga nak tahu, kalo depa jaga anak 3 orang seorang diri tanpa pembantu.. adakah semuanya sempurna... huhhhhuuuhh.. daku benci dengan orang yang mencemuh tanpa usul-periksa.. *bior le kan, kita tak boleh buat depa faham keadaan kita, so kita terima jer seadanya.. masuk telinga kanan, kuor telinga kiri. usoh penin kan pala, nanti satu koje pun tak leh siap*

Menjawab tag le pulak yer.. usah nimbun hutang tag ni.. Ni kakyong menjawab tag daripada UmmiAbQari & kaknik

Nama Timangan anda:~

kakyong, Bib, Maklong

Anda seorang yang:~

Garang, tegas, pendiam, peramah.. *hanya kerana fizikal ku kecil, jangan ingat daku lembik erkkk.. hhiiihhhii*

Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:~

selain makbonda.. suami daku ler.. sebab dia sudi kahwin dengan daku yang garang & degil ini..

Lagu kesukaan anda:~

sekarang suka lagu berbentuk ketuhanan seperti nasyid.. yang suka dengar untuk masa ini adalah lagu-lagu kumpulan Opick

Makanan kesukaan anda:~

yang sedap mesti lah suka.. nasi/mee/keateow goreng buatan sendiri.. *lately ni makan kat kedai macam dah tak ummpp kecuali * mee kari mak jah *yang sedap & sentiasa menjadi ingatan daku*

Warna kesukaan anda:~

merah hati, biru,hijau, kuning..

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:~

purse walaupun la ni takat ade RM10 jer.. buku 35 (555) *untuk tulis senarai barang nak beli & bil perlu bayar* tisu@sapu tangan *sejak ade anak2 ni kena spare tisu byk2*

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:~

sebaik tahu pregnant lagi.. masa tu Anis baru 4 bulan... *menangis yang teramat sangat, sedih teramat pilu... nanti lah kalo daku ade masa daku buat satu entri khas pasal ini*

Tag rakan anda:~

macam ramai jer yang dah buat tag ni.. siapa yang sudi buat, sila lah yer.. mungkin mereka ini belum buat kot.. heheh.. *daku ingin juga shorlisted mereka yang bertuah ni*

1/UmiIna@Hez, 2/Reen, 3/Yan, 4/mamaZara, 5/Su (MamaSyaza), 7/Salwa@IbuKauthar, 8/Noy, 9/Dayah, 10/ladyQay, 11/miela77 *meh belajor buat tag pulak*


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .