Sunday, January 6, 2008

Home » » 001 usia meningkat lagi...

001 usia meningkat lagi...

Salam, Ini adalah kali pertama kakyong menulis di blog.Sebenarnya sudah sekian lama kakyong tidak menulis. Dulu-dulu masa muda-muda rajin juga menulis di hizbi-net, muslimat-net dan beberapa forum maya yang lain. Sejak bekerja sendiri ni (free-lance), kakyong banyak juga habiskan masa membaca blog-blog, dan melayari forum-forum yahoogroups.. sekadar menjadi pembaca aje, tidak lebih dari itu.. maklumlah terlalu banyak isu yang menarik minat dan banyak perkara dan maklumat yang ingin dikumpul dan di'proses' untuk mengasah minda yang telah terlalu lama terkurung dalam lingkungan kehidupan pejabat '8 to 8'. Hari ini sebenarnya adalah sambutan ulangtahun kelahiran kakyong yang ke-36. Dah tua, bukan muda lagi. Dan semakin meniti hari tua ni, kakyong masih tidak pasti sejauh mana kah kita dapat mengukur tahap kematangan diri. Ijazah yang diperolehi hampir 13 tahun dulu pun rasanya sudah hampir 'lusuh'.. banyak yang kakyong fikirkan hari ini tetapi tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata. mungkin lain kali akan datang idea yang lebih baik.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
Next Post Home

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .