Saturday, March 6, 2010

Streamyx sudah okay.. akan bersiaran seperti biasa

Salam buat semua..

hari ni ibu tak lah ceria mana.. tapi okay lah kan setelah 10 hari tanpa line telefon & streamyx.. akhirnya dapat juga bersiaran semula.

Banyak yang tak miss bila tak dapat online.. dan order dari kakyong's shoppe juga lewat baru ibu dapat memberi maklum balas.. ni lah risiko bila berniaga online.. bila ada masalah dgn line.

Ibu pun takde lah nak komplen apa2 dah.. cukup lah 10 hari ibu 'hangat' hati dengan staff Telekom.. (mungkin ada yang dah baca status FB ibu).. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. :|

Dalam tempoh 10 hari tu, ada lah juga ibu terpikir nak POTONG streamyx & guna broadband (BB). tapi bila mengenangkan kemampuan ibu belum lagi menjangkau ke tahap yang membolehkan ibu untuk service bil BB.. maka, jadilah ia sekadar angan-angan semata.. :D

Apa2 pun, selama setahun 2 bulan menggunakan line streamyx, ini lah pertama kali line 'mati' lebih daripada 1 minggu.. selalunya beberapa jam sahaja.

Insya Allah, ibu akan updatekan n3 macam biasa. tapi hari ni banyak perkara yang perlu nak semak dulu.. terutama email gmail yang dah melimpah ruah..


Selamat berhujung minggu buat semua.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .