Pages

Wednesday, January 14, 2009

026 Aliya hampir 6 bulan..

Sehari dua ni teman rasa agak tegang@stress, mungkin sebab sibuk dengan anak-anak dari pagi sampai ke malam & suami pulak kurang membantu. Rasa macam nak bawa diri sorang-sorang, "going somewhere which i spend on my own with a peace of mind".. if only i can do this. Hoping.. hoping...

Bila dah ada rasa tegang dalam diri ni, macam susah nak kawal marah.. tu pun jenuh Istigfar & amik wudhu', bila tak tahan - menjerit juga dibuatnya bila anak-anak tunjuk perangai yang macam.-macam. "Ya Allah, kuatla hati hambaMu ini." Saper kata hanya kerja di office ajer yang buat orang stress, teman dok rumah ni pun kena juga penyakit stress..

Aliya.. aliya.. anak teman yang no3 ni. Lately ni, banyak benor 'demand' nyer. Mungkin kot sebab teman sekarang ni dah sepenuh masa di rumah, jadi aliya ni 'demand' nyer lebih daripada abang fikri & kakaknyer anis.

Sejak akhir-akhir ni tak boleh nak tinggal kan dia sorang-sorang. Walaupun sekejap, dah melalak sekuat hati. Kalo bagi dia mainan pun, dia cepat jemu.. tak macam fikri & anis. Depa masa baby dulu, kalo dah bagi mainan & tinggalkan atas tilam di ruang tamu.. depa main jer. Layan ler diri sorang-sorang. Takde pun nak merengek-rengek & nak ibu sentiasa ade depan mata. Masa dok berkumpul reramai hari tu, susah benor makcik-makciknyer nak amik @ pegang dia. Melalak sesajer.

From Atok balik
Sekarang, aliya dah pandai menjulur.. Anis dulu dah 6 bulan lebih baru nak menjulur, anis lebih banyak berguling-guling bila nak bergerak sekitar rumah. Tapi Aliya ni teman perasan hanya sehari jer dia berguling-guling. Hari berikutnya, dia dah mula nak angkat punggung & mula menolak badan nyer ke depan.. la ni dah rata dah 'jalan' keliling dalam rumah. Tu yang teman kena selalu mop lantai, sapu lantai.. takut kalo ade yang dikutip masuk mulut. Memang ler kena kojer lebih sikit, tapi nak buat camaner, dah adat anak-anak kecik lagi. Kekadang tu bagi dia ronda guna walker jer. Kalo dalam walker memang lebih luas la capahan nyer.
From Anak-anak 2009
From Anak-anak 2009
From Anak-anak 2009
Memang la kerenah anak-anak yang memacam buat jiwa tegang.. tapi anak-anak juger la yang menenangkan jiwa. Hmm, banyak lagi yang teman kena belajor ni..

2 comments:

  1. Salam ziarah,

    Terima kasih kerana sudi singgah di blog mountdweller.

    Tentang anak dan stress tu, bawa bersaborlah kak yong. Dalam bab ini saya dan isteri agak bernasib baik. Allah kurniakan kami dua orang anak saja dan kedua-duanya tidak banyak kerenah.

    ReplyDelete
  2. salam..
    sekadar mencari pengisian.. 'escapism' @ melarikan tumpuan seketika daripada stress r/tangga.. Insya Allah, mungkin ada manafaat yang boleh teman pelajari...

    ReplyDelete

Tulis lah aper jer.. ibu suka komen kawan2, itu tanda kalian prihatin... ;)