Pages

Monday, July 26, 2010

Sesi mengenal & bermain ikan bersama Aliya

.
Salam ceria & salam bahagia,




Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com ... meh la join.


Aliya lately ni suka sangat 'tolong' ibu kat dapur.. kalo ibu basuh pinggan, dia siap panjat atas tong beras, dok kat tepi sinki. Nanti mulut nya macam bertih tanya itu ini.. tu apa? ni apa? kalo en ayah ada, memang en ayah tak bagi Aliya panjat dok tepi sinki (cam kat foto dibawah ni).. bila en ayah amik dia, Aliya sure melalak bagai nak pecah rumah... 'nak nengok... nak nengok ibu!!!'  

Ibu pulak bukan tak fikir tentang keselamatan anak.. tapi daripada dia melalak & ibu jadi rimas takleh nak buat kerja.. lebih baik ibu bior jer dia dok tepi ibu.. ada gak ibu kawan sembang sambil ibu siapkan kerja. Yerlah walau kekadang tu ibu tak berapa faham dengan apa yang dituturkan.. tapi terhibur juga lah dengan telatah dia.


pantang nampak ikan ke ayam atas sinki.. siap la dia tolong buat QC check..

Sila abaikan keadaan dapurku yang bersepah & tak leh nak berkemas itu... ibu ni sejak masuk rumah ni teringin sangat nak buat kabinet dapur.. supaya nampak kemas & teratur.. tapi dah budget semua lari masa kenduri kahwin  selepas 2 bulan masuk rumah baru.. maka terpaksa lah dipendam kan ajer impian tu.

Lepas kahwin, adik pulak sambung belajar masuk kolej.. harus pulak sediakan bajet bulanan untuk dia... akhirnya sampai ke hari ni, impian tu masih tinggal impian.. harapannya dapat la kumpul duit berdikit-dikit hasil dari bisnes kecilan di kakyong's shoppe... huhuuu... kedai ku tu masih kecil lagi, tapi angan2 daku yang tinggi menggunung... 

tengok tu.. tolong butakan mata ikan pulak..

Seronok bila tengok ALiya main ikan ni.. dia ni tak reti takut... semua nya nak explore.. so nanti tanya dia, mata ikan mana? ekor ikan mana? sirip ikan mana? ikan warna apa?  Part yang dia tahu tu cepat jer lah dia menjawab.. part yang tahu contoh ,sirip ikan... buat muka terpinga-pinga pulak....



okay.. dah siap check dah boleh masak...

Anis lately ni tak berapa gemor sangat nak mengendap kerja-kerja kat sinki ni.. dia masih macam dulu, suka main mainan/perkakasan dapur jer...


selingan : depa ber3 ni sampai hari ni masih lagi tak pernah hilang minat bermain dengan peralatan/perkakasan dapur...tapi sekrang ibu dah tak risau sangat, sebab fikri rajin tolong kemas & susun elok-elok..


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

No comments:

Post a Comment

Tulis lah aper jer.. ibu suka komen kawan2, itu tanda kalian prihatin... ;)