Pages

Wednesday, August 11, 2010

Aliya masih demam

Salam bahagia buat semua,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

hari pertama memulakan puasa, Aliya masih lagi demam. Sudah 4 malam berturut tidur ibu tak menentu dan Aliya pula on & off merengek... Demam Aliya kali ini memang lama. Kebiasaannya paling lama pun 2 hari sahaja.

Aliya mula dedor pada hari sabtu, 7 Ogos 2010.. hari sebelum tu 6 Ogos kami ke AgroFest Negeri Perak di Infoternak Sg Siput. Agaknya sebab keletihan berjalan sajer sepanjang meronda di AgroFest.

keletihan.. ni dah hampir nak sampai rumah, kami sampai rumah dah maghrib..

dah letih jugak ni.. tu yang bersandar kat tiang ni sambil tengok burung unta

ni baru je 1/2 jam di AgroFest.. tu pun muka dah nampak letih.. 1/2 jam dok berjalan jer...

merengek-rengek jer... sedap lah ade ayah tolong urut-urutkan
Hari Ahad nya panas badan nya memang menjadi-jadi.. tapi langsung tak mau makan ubat.. asyik nak berkepit dengan ibu jer.. plan nak Giant hari Ahad tu pun terpaksa kensel. 


kak anis pun tolong juga urut-urut Anis... 

hari ahad tu minum milo pun tak mau.. makan pun tak mau... mana lah badan tak lemah..

pagi Isnin panas dah berkurang, ade selera nak makan nasi bubur & kentang goreng dengan telur
malam hari Isnin, dah lega sikit.. terus nak main kat laman pulak.. kebetulan fifi datang

hari selasa, masih tak mau makan ubat,, asyik melekap dengan ibu jer... 

hari ni (Rabu), jika panasnya masih tak berkurang.. kami nekad nak bawa ke hospital.. doktor di klinik yang kami biasa pergi tu pun dah pesan, hari ni kalo tak kebah juga, amik surat untuk ke hospital

malam tadi (selasa), dah kebah sikit & dah mau makan obat... terus nak main tulis-tulis dengan abang fikri

Pagi tadi, panasnya sudah berkurang.. ayahnya mandikan ALiya.. siannya sampai menggigil-gigil kaki tangan.. hari ni macam semalam, nak tidur dalam buai jer. Tapi ibu still tak leh nak buat koje lain, dia naik ibu buai sambil pegang kaki dia... kalau lepas jap mula lah merengek.. 

Permintaan Aliya pagi ni - ajak ayah '' nyontet'" .... bila ayahnya cakap.. Jom g Giant.. dan2 tu terus cari baju baru... huhuuuu.. demam nak berjalan rupanya...


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..