Pages

Monday, August 8, 2011

Video : Tips berpuasa untuk anak-anak bersama Wardina



Salam bahagia,


Terima kasih pada Mama Yatie sebab tag saya untuk video ni.. sangat2 BAGUS dan berMANAFAAT tips dan panduan yang dikongsikan oleh Wardina ni.. Thumbs up


Tips berpuasa untuk anak-anak bersama Wardina Safiyyah


Memang benar kata-kata Wardina, kita harus ajar anak solat 5 waktu dahulu @ seiringjalan, sebelum kita ajar anak berpuasa. Maksudnya pada usia 7 tahun anak sudah tahu kewajipan bersolat 5 waktu, maka usaha untuk asuh berpuasa penuh mungkin lebih mudah.


Bukan apa, dalam kehidupan sebenar ni, ramai ibubapa yang selalu terlupa tentang asuh anak solat, suruh puasa tapi tak suruh solat.. bila anak tak puasa, kita tak beri ganjaran contoh duit raya.. tapi bila anak2 tak solat, kita buat apa? Winking smile


Jadi, jom asuh anak berpuasa dan tak lupa juga solat. Banyak tips yang dikongsikan, begitu juga aktiviti yang boleh dibuat dengan anak2 sepanjang Ramadhan. Masya Allah, saya sangat suka dengan perkongsian (video) ini.


Terima kasih kepada pihak (OneHeart creative solution) yang telah berusaha untuk menerbitkan/membuat penggambaran video ini. Jazakallahu khairan kathira. Open-mouthed smile 


Semoga lebih banyak perkongsian sebegini dapat diterbitkan untuk panduan bersama.


p/s : menonton vidoe ni secara online memang agak slow.. saya dload ajer.. cepat nak dengar.


salam kasih sayang,
.

No comments:

Post a Comment

Tulis lah aper jer.. ibu suka komen kawan2, itu tanda kalian prihatin... ;)