Salam sahabat-sahabat & kenalan kakyong semua,
Bebaru ni MamaEmma telah buat satu entri yang HOT... PANASSS..
1/bagi yang dah lama berblogging tu, memang ada yang rajin & cepat respond kepada komen kawan-kawan.. malahan kotak komen nya sentiasa meriah seperti 'mesyuarat tingkap' gitu.
2/bagi yang baru dalam dunia blogging, kakyong perasan ada yang tak pernah reply pun komen-komen yang diberi.. camana kakyong tahu.?!! heheh, senang jer.. setiap kali kakyong memberi komen, kakyong akan klik 'subcribe' @ 'Langgan melalui email'. Jadi semua komen daripada kawan2 akan masuk ke mailbox gmail kakyong.
kakyong tak pasti samada semua apply teknik yang sama, atau yang baru berblog belum begitu tahu fungsinya.
Memandangkan adik ipar kakyong (Miela77) pun baru belajar berblog, & untuk sesiapa juga yang ingin tahu.. kakyong kongsikan sedikit tip nak beramah mesra di kotak komen ni.. pada yang dah expert tu, sila beritahu kalo ade yang fakta tak betui... hihii..
1. setiap kali On @ log-in ke blog @ buka blog, buka sekali gmailbox.
2. setiap kali post entri baru, tuan punya blog jadilah orang pertama yang 'melanggan' kotak komen entri tersebut.
Selepas dah buat step ni, tak perlu nak check kotak komen dah... sesiapa jua yang meninggalkan komen akan terus sampai ke gmailbox anda.. dan anda boleh terus menjawab dari gmailbox.. tak perlu susah payah nak masuk blog. Kadang2 lambat juga nak loading blog.
-klik foto utk image lebih besar-
untuk reply komen, klik pada post, yang dibulatkan merah itu... seterusnya.. 'pop-up kotak komen' akan muncul..
seperti ini.. dan beramah-mesra lah dengan kawan-kawan anda di sini.. tak perlu nak buka blog untuk jawab komen.. tapi perlu juga jenguk2 blog, mana tahu ade yang tinggalkan pesan di kotak sembang @ cbox @ shoutmix.
Btw, ada 2 orang yang daku perlu masuk selalu ke blog nyer untuk daku membaca komen-komen lanjutan... iaitu blog Mommy Lyna (My Super Kids) & cik pun Fid (Yiutsumuni-the only one). Bagaimanakah caranya untuk daku melanggan kotak komen kalian berdua.. melanggan artikel sudah ku buat & sudah boleh ku baca di Google Readers.. tapi komen2 itu yang tidak dapat ku langgan...
Sekian tips untuk kali ini. Semoga bermanafaat. Sila tambah jika ada yang kakyong tertinggal.
memandang ade sebahagian sahabat/kenalan kakyong yang menghadapi masalah untuk mengkopipes maka..
jika tidak berjaya untuk kopipes.. boleh klik pada sampul putih (yang dibulatkan merah itu).. dan hantar lah ke email anda. Ini sajer lah jalan penyelesaian yang kakyong nampak untuk atasi masalah tersebut.
semoga berjaya!!
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!


