.
salam hari selasa & salam ceria buat semua..
Ibu doakan semoga kawan2 yang rajin menziarah ke blog ibu ni sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu.
Hmm, walaupun sudah dapat ''
che biru'' namun ibu masih juga tidak punya kesempatan untuk mengupdate n3 baru, juga tidal sempat juga untuk membuat sessi penjelajahan...
Musykil sungguh ibu, camno lah
Ben Ashaari boleh update lebih daripada 10 n3 1 hari.. pastu leh menjelajah blog lagi.. huhhh, memang betui2 blogger tegar... dalam tempoh yang singkat jer ranking blog dia mencanak2 naik... tahniah en Ben.
nanti ade ruang masa ibu nak merepek sket lah pasal blog ni... ranking, follower, komen, n3 & etc...
n3 kali ni just nak mengulas sedikit berkaitan isu jodoh lambat ni... sila jangan lah sesiapa yang nak ambil hati atau apa2 ya.. sebab apa yang ibu nak tulis ni hanya berdasarkan pengalaman sendiri.. kot2 ade yang lupa @ yang belum tahu.. ibu kahwin pada umur 33 tahun. Lambat kan...
Pada awal tahun 2009, ibu ada membuat n3 bertajuk
Nak kahwin... jodoh lambat. N3 tersebut bukan di blog Catatan Ibu, tapi diblog ibu yang satu lagi.. blog tu memang dah lama tak berupdate.. tapi masih ade juga beberapa tulisan ibu yang masih mendapat komen dan maklumbalas dari pengunjung.
Beberapa hari yang lalu.. ibu menerima komen ini... sebenarnya ibu amat terkesan dengan komen beliau.. sebab ibu juga pernah berada di tempat nya.
Suka ibu nak ingatkan, apa yang ibu tulis dalam n3 Nak kahwin.. jodoj lambat tersebut adalah sebagai panduan agar adik2 yang belum bertemu jodoh, berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah, juga tidak dimakan dek cemuhan @ kata2 yang tidak enak didengar.
Jika ikut pengalaman ibu, tahun 2000 adalah tahun dimana STRESS itu bermula... stress sebab tak kahwin2 lagi.. walhal umur masa tu dah cecah 28. Stress sebab tak kahwin ni, kalo tidak ditangani dengan baik memang boleh menyebabkan kemurungan, tak mau bersosial, pendek kata memang boleh jadi sangat2 low esteem.. infirior complex tahap gaban... sungguh..
Cemburu pada rakan2 yang sudah kahwin adalah sesuatu yang kadang sukar untuk dibuang dari jiwa.. tiap kali tersua kawan yang sudah menggendong anak @ anak yang sudah ke sekolah.. hati bagai tersayat2.. kadang2 bisikan2 yang membunuh jiwa tu kerap hadir.. 'kenapalah aku tak macam ni?'.. ''kenapa lah orang tak mau kat aku ni''... ''ohhh, menyesalnya.. kenapa lah tak cari pakwe masa kat kampus dulu"' dan macam2 lah.. bisikan2 macam ni lah yang akan buat jiwa merintih, sedih, sayu, rasa seperti tidak disayangi , rasa terpinggir.. kalo ade kenduri kahwin tu, seboleh2 nya memang tak mau hadir... sungguh, sampai jadi anti-sosial gitu...
5 tahun juga ibu mengharung suka-duka Stress On & Off..., ''kejap postif, kejap pesimis, kejap rebah.. berkali2 rebah & bangun semula''.. bukan sekali di'perkenal'kan dengan potential calon suami, tetapi berkali2 juga.. semuanya membawa ke jalan buntu.. takda jodoh lah tu... Pada awal tahun 2005, ibu dah macam give-up.. sampai tahap dah malas nak pikir pasal kahwin.. diri ibu ni dah sampai tahap fobia nak berkenalan dengan lelaki dah.. sampai kan benteng diri ni semakin menebal benci pada lelaki... kalo lelaki yang baru kenal & jenis ngada2 nak kenal ibu tu, memang selamba jer lah ibu hentam cakap kasar2... huhuuuuhhh.. setelah berkali2 dibuat seperti kita ni yang hard-up sangat kat depa, so lama2 dah malas nak amik port pasal cintan2 or bercakap cara lemah-lembut-gemalai...
Hmmm, panjang dah membebel plus meluah rasa pengalaman lepas... jadi untuk adik/saudari/cik Anon yang memberi komen di atas.. jangan lah pikir susah nak mencari calon pada usia 29 tahun.. Allah mendengar rintihan dan permohonan adik.. Ingatlah Allah memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan.
Ohya, ingin ibu nyatakan ibu punya circle of frens yang sangat2 supportive dalam tempoh 5 tahun tersebut. Thanks
kak wani,
kak norliza,
kak finaz,
Asniza (owner Ratuhati),
Najwa,
kak Ain,
kak Su, Amoi, Zurim, Kak yati... just to name a few.
Saya sayang bangat sama anda semua....
Tidak dinafikan ramai juga kawan2 yang membawa rebah.. so pandai2 lah nak uruskan hal kawan2 ni.. ada baiknya kita bersikap terbuka.. suka hati lah depa nak kata apa, yang penting kita tak buruk2 kan orang lain... what goes around comes around kan...
Bertemu jodoh dengan en ayah.. sila lah baca kat
sini ya.. malas dah nak citer banyak kali...
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!