Monday, May 4, 2009

118 3 hari sudah & doa makan

Pada yang bekerja pasti lah seronok sebab kali ini cuti nya panjang, dari Jumaat melarat ke Ahad. Bagi yang tidak bekerja seperti daku ini, kalau tiada aktiviti keluarga (samada berkumpul adik-beradik, jalan-jalan cuci mata, balik kampung kerana kenduri) maka hidup adalah seperti biasa.. keseronokan berguling/bergaduh/memasak/lipatkain dengan anak-anak, membasahkan tangan dengan kerja rumah yang tidak berpenghujung.. dan juga mengadap laptop semput ku ini bertemu sahabat maya..

Alhamdulillah, kali ni kakyong pun ala-ala sibuk juga, melayan adik-adik yang pulang bercuti & balik kampung meraikan sepupu bertunang.

Hari Jumaat suami masih berniaga (tiada cuti), daku agak sedih kerana planning hari ulantahun hampir musnah.. konon-konon nak buat hari sabtu.. tetapi sepupu pulak bertunang pada hari itu, maka dikedepankan ke hari Jumaat. Planning nya petang @ malam boleh lah kami menjamu tetamu..

Rupanya, tengahari Jumaat itu, suami pulang tangan kosong.. kuah laksa yang dinanti rupanya masih belum menjadi. *Asalnya kakyong yang nak masak sendiri, tapi suami beriya-iya nak ibunya masakkan.. so daku akur ajer lah.. lagipun, tak yah le sesusah, selesai 1 perkara * Citer selanjutnya berserta foto akan dimuatkan di entri akan datang.. *tiada mood plak nak citer in-details.* Tapi malam tu dapat lah jugak menjamu adik-adik makan laksa.

Hari Sabtu, sepupu yang baru masuk 20 tahun (anak makNgah yang bongsu) dengan gediknya *ni kaklong nyer yang cakap dia gedik nak bertunang, ade 2 orang lagi kakak di atasnya * telah bertunang. Majlis berlangsung di Kg 40 Rantai, Pantai Remis Perak.. meriah juga walaupun orang kampung nyer tak le ramai mana..

bertuah kawu Reen, duo cincin kawu dapat..

Kalau rajin, Insya Allah akan buat satu entri untuk cik Reen si comel yang manis ni.. best juga balik kampung.. sempat juga kelebek-kelebek album lama MakNgah.. dan kakyong jumpa foto ni.. heheh.. *sajer ler daku gatal tangan nak snap semula foto ni *

lawa kan makbonda kakyong... heee.. hmm, tengok lah atuk kakyong, kocik comel jo... tu pasal la cucu (kakyong ler) kocik comel jugak..

Hari ahad, di rumah ajer.. banyak kerja rumah yang perlu dilangsaikan. Lagipun Ee (adik) & keluarga yang dok Kepong bermalam di rumah kakyong. Balik dari kampung semalam pun dah hampir 9.30 malam. Keletihan yang teramat, ingatkan boleh lah jenguk2 blog.. nak buek camno ade 2 orang ni yang sudah conquer' laptop kesayangan hamba. Ee sekeluarga dan Aju dah pun bertolak balik ke Kepong petang tadi. Mak buat ketupat di rumah mak & rendangnyer masak di rumah kakyong.. buat bekal depa. Ade lah jugak ku bagi sikit jeruk mangga telur.. oohh, lupa nak snap foto.. dan ikan puyu kering pun daku pesan kan ajer pada Aju, minta tolong hantarkan ke KakNIk.. kata AJu Kepong dengan Batu Caves dekat ajer..

Inilah orang-orang yang telah membuat daku tidak dapat menggedik-gedik ke alam blogging.. mujur lah depa cuti 3 hari jer, kalo cuti seminggu mahu ku buat jadual penggunaan.

Sebelum mengundur diri *bahasa surat lah pulak*.. sudilah layan telatah anak Ee, Si haris 3 tahun 10 bulan.. membaca doa makan dengan gitu konfiden sekali.. moga-moga Fikri pun boleh baca doa makan selancar ini.. Amin.

~Silalah abaikan ke'serabutan' dapur ku itu~


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .