hari ni suami teman tak niaga. coti. anak-anak pun seronok bila ayahnya coti. hmm, teman pun senang hati juga. sebabnya dapat ler teman buat @ melangsaikan koje rumah yang tertunda. ape ker lagi kojer rumah yang tertunda selain daripada melipat dan mengemas kain baju.
sebenornya, gambor ni bukan le gambor terbaru, tapi itu ler ruper gayernya kain baju yang menimbun-nimbun yang tak berlipat. teman ni bab membasuh tu takde masalah, almaklum lah, mesin yang buat kojer. gitu juger la bab-bab menyidai baju, walaupun kekadang tertangguh juga.. contohnya, basuh pagi, petang baru sidai.. teman ni sebenornyer masih lagi dalam proses 'trial & error', nak dapatkan formula yang berkesan cara pengurusan kain baju ni.
nak kata teman ni sibuk sesangat di rumah tu, idak le juge. rutin harian teman pun rasanya macam ibu-ibu yang sepenuh masa berada di rumah.
kebiasaannya, seawal pagi, sesudah subuh.. teman sapu sampah dulu, lepas tu mop lantai. itu kalo tak letih, kalo letih - alamaknya lepas subuh, tarik selimut balik ler jawabnya. selesai mop lantai, basuh pinggan-mangkuk. itupun kalo malam tadi masih ade lagi pinggan-mangkuk yang tak berbasuh. kalo rajin, selalunya teman dah basuh dan selesaikan malam tu juga. kadang-kadang bukan ler sajer-sajer tak nak basuh. tu ler, baru jer abis makan, kemas2 meja.. dah baby aliya pulak nak menyusu. hmm, aliya kalo menyusu mahu nyer setengah jam juga.
so balik pada kerja-kerja harian teman, selesai mop lantai. rehat le jap, minum secawan nescafe gold (decafeinated) dan beberapa keping biskut jacob hi-fibre. dah selesai mengisi perut, baru ler teman kuorkan 'isiperut' mesin basuh dan menyidai kain baju. rumah teman ni takde le sidai baju guna tali.. rumah teres, laman pun kecik, mana ler nak sidai pakai tali. kat kawasan taman perumahan teman ni pun ramai yang guna sidai yang bergerak macam teman ni. senang nak mengurusnyer. kalo tak nak guna, boleh dikecikkan, pastu tolak ke tepi dinding. kalo hari nak hujan, tak yah le kelam kabut nak angkat. tolak ajer ke tempat teduh dulu, kemudian boleh ler angkat tanpa perlu tergesa-gesa kelam kabut.
selesai sidai @ perkataan yang lebih tepat adalah menggantung baju, teman jenguk anak-anak.
dalam pukul 7.30 ke 8.00 lagi selalunya Anis dah mula merengek nak susu. abangnyer pulak tengok keadaan, kadang2 tu pukul 7 pagi dah minta susu. lepas minum susu, dia sambung tidur, kadang-kadang sampai pukul 11 baru bangun. tapi anis lepas menyusu, kadang-kadang terus nak mandi. jadi lepas gantung kain baju memang kena tengok anak-anak dulu. kalo depa dah bangun, alamatnya takde ruang ler untuk ibu berehat.
dalam pukul 7.30 ke 8.00 lagi selalunya Anis dah mula merengek nak susu. abangnyer pulak tengok keadaan, kadang2 tu pukul 7 pagi dah minta susu. lepas minum susu, dia sambung tidur, kadang-kadang sampai pukul 11 baru bangun. tapi anis lepas menyusu, kadang-kadang terus nak mandi. jadi lepas gantung kain baju memang kena tengok anak-anak dulu. kalo depa dah bangun, alamatnya takde ruang ler untuk ibu berehat.
to be continue...
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
2 kawan ibu yang hebat:
RAJIMNYER AKAK....
salam sifulan's..
jika sudah nama dok di rumah, kena lah rajin walo kekadg malas juger.. ;))
Post a Comment