23 Disember 2008
setelah sekian hari, baru hari ni teman dapat melunaskan wang bayaran untuk keahlian Institut Akauntan Malaysia untuk sesi 2008/2009. Itupun tengahari tadi baru teman minta tolong suami pergi ke pejabat pos kg tawas & hantarkan cek tersebut melalui khidmat pos-laju. teman berharap moga-moga cek itu sampai lah ke pejabat MIA keesokkan hari nyer..
bukannyer teman tak nak bayor awal & menanti sehingga diberi 'last call' dari MIA. tapi teman dok ngumpul duit nak bagi cukup. yer ler untuk orang yg bekerja sepenuh masa pasti lah RM250 tu tak seberapa. tapi bagi teman yang dok rumah sepenuh masa ni memang besor le nilai RM250 tu. teman rasa rugi pulak kalau teman tak bayor, sebab sekarang ni pun teman masih lagi buat kerja-kerja akaun, walaupun hanya 'part-time'. Tapi keahlian MIA itu akan menguatkan lagi skil dan kemampuan teman dalam bidang ini. kalau tak bayor, kena 'tendang'.. kalau nak masuk semula, mahal pulak dendanya nanti...
harap2 sampai lah cek tersebut ke Dewan Akauntan dengan selamatnya. Amin.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!