Salam bahagia buat semua,
Maaf kerana blog ni sudah bersawang-sawang… *fuh fuh fuh…* konon2 tiup segala sawang dan habuk yang ade…
Sian kat blog ni, ibu ni asyik meroyan kat blog sana, tu yang sampai terlupa blog di sini.. blog yang selalu beri hadiah & rezeki untuk anak pun turut terbiar.. lama dah tak join GA & contest ni.
Okay, terus kepada tujuan.. hari ni ibu ade mood nak mereview blog ummu auni.. tapi ibu review ringkas2 jer lah… maaf yer andainya ianya tidak menepati expectation.
Blog ummu Auni ni simple ajer.. takde widget yang pelik2 yang boleh buat sakit mata.. Rasanya sudah 1 tahun juga ibu kenal ummu Auni nih.. nampak orangnya lemah-lembut.. Ibu suka dengan tagline di header “ berkeluarga hingga ke syurga” ..
Blog Teratak Mawaddah ini berada pada ranking yang okay.. Ummu Auni ni tak la update blog dia hari-hari.. dalam 1 bulan ade belas-belas jer.. Tahniah, Ummu Auni.. teruskan update blog dengan perkongsian yang menarik.
Walaupun followers belum cecah 100 orang, tapi ranking blog pun not bad.. sebab template blog dah mesra SEO.. tak pasti ummu Auni ada letak meta-content atau tidak.. kalo letak breadcrumb pun okay.. buleh jer refer n3 ini.
Memandangkan layout blog yang simple, ibu rasa mungkin item2 di sidebar perlu dikurangkan.. sepatutnya boleh menten lebih ringan lagi ni
contohnya widget top 10 members ni.. ibu kan dah lama buang.. sebabnya ia tak 100% berfungsi dengan jayanya.. kalo follower masuk blog kita, tapi kalo tak klik ‘sign-up’ dia widget followers tu, kadang2 visit tidak akan dikira.. so pointless jer widget nih.. kalo dibuang pun tak mengurangkan apa-apa..
Ibu cadangkan Ummu Auni :
- kemaskan bahagian sidebar supaya tidak melurut panjang ke bawah, buang widget yang tidak berkenaan
- buat footer 3 column dan letakkan bloglist dibahagian footer
- masukkan meta-content. refer link Panduan memasang Meta tags
- blog ummu auni ni tak pasang iklan pun.. so kalo nak jana pendapatan pasif, sila lah daftar dengan NUffnang
- kotak komen tu dah okay dah jenis pop-up,, cuma tak berkenan sebab ade wordverification (WV).. sila off kan yer…
- kotak jerit tu warna cam tak senada dengan layout blog., kalo rajin tukor lah background kotak jerit tu..
Selain tu, takde apa dah nak tegur… cuma nak clarify beberapa suara2 sumbang yang tak gitu suka dengan review2 yang ala2 supaya blogger make-up kan blog.. nanti terbuang masa sia-sia dok make-up blog.. blog jer comel, tapi n3 hampeh.
Tapi selalunya bila kita masuk pada blog yang comel & sedap mata memandang, kita sure teruja juga nak singgah selalu kan.. Kalo blog tu sarat dengan macam aksesori bling2, kita pun rasa nyampah nak singgah lagi.. yer dak..
salam kasih sayang,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!