Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

Segmen review no.8 : Teratak Mawaddah @ Ummu Auni



Salam bahagia buat semua,

Maaf kerana blog ni sudah bersawang-sawang… *fuh fuh fuh…* konon2 tiup segala sawang dan habuk yang ade… Winking smile

Sian kat blog ni, ibu ni asyik meroyan kat blog sana, tu yang sampai terlupa blog di sini.. blog yang selalu beri hadiah & rezeki untuk anak pun turut terbiar.. lama dah tak join GA & contest ni.

Okay, terus kepada tujuan.. hari ni ibu ade mood nak mereview blog ummu auni.. tapi ibu review ringkas2 jer lah… maaf yer andainya ianya tidak menepati expectation.


Blog ummu Auni ni simple ajer.. takde widget yang pelik2 yang boleh buat sakit mata.. Rasanya sudah 1 tahun juga ibu kenal ummu Auni nih.. nampak orangnya lemah-lembut.. Ibu suka dengan tagline di header “ berkeluarga hingga ke syurga” .. Thumbs up


Blog Teratak Mawaddah ini berada pada ranking yang okay.. Ummu Auni ni tak la update blog dia hari-hari.. dalam 1 bulan ade belas-belas jer.. Tahniah, Ummu Auni.. teruskan update blog dengan perkongsian yang menarik. Winking smile




Walaupun followers belum cecah 100 orang, tapi ranking blog pun not bad.. sebab template blog dah mesra SEO.. tak pasti ummu Auni ada letak meta-content atau tidak.. kalo letak breadcrumb pun okay.. buleh jer refer n3 ini.




Memandangkan layout blog yang simple, ibu rasa mungkin item2 di sidebar perlu dikurangkan.. sepatutnya boleh menten lebih ringan lagi ni


contohnya widget top 10 members ni.. ibu kan dah lama buang.. sebabnya ia tak 100% berfungsi dengan jayanya.. kalo follower masuk blog kita, tapi kalo tak klik ‘sign-up’ dia widget followers tu, kadang2 visit tidak akan dikira.. so pointless jer widget nih.. kalo dibuang pun tak mengurangkan apa-apa.. Winking smile

begitu juga widget nih.. tak mencacatkan blog pun jika dibuang. Winking smile

Ibu cadangkan Ummu Auni :
  • kemaskan bahagian sidebar supaya tidak melurut panjang ke bawah, buang widget yang tidak berkenaan
  • buat footer 3 column dan letakkan bloglist dibahagian footer
  • masukkan meta-content. refer link Panduan memasang Meta tags
  • blog ummu auni ni tak pasang iklan pun.. so kalo nak jana pendapatan pasif, sila lah daftar dengan NUffnang
  • kotak komen tu dah okay dah jenis pop-up,, cuma tak berkenan sebab ade wordverification (WV).. sila off kan yer… Winking smile
  • kotak jerit tu warna cam tak senada dengan layout blog., kalo rajin tukor lah background kotak jerit tu.. 

Selain tu, takde apa dah nak tegur… cuma nak clarify beberapa suara2 sumbang yang tak gitu suka dengan review2 yang ala2 supaya blogger make-up kan blog.. nanti terbuang masa sia-sia dok make-up blog.. blog jer comel, tapi n3 hampeh.

Tapi selalunya bila kita masuk pada blog yang comel & sedap mata memandang, kita sure teruja juga nak singgah selalu kan.. Winking smile Kalo blog tu sarat dengan macam aksesori bling2, kita pun rasa nyampah nak singgah lagi.. yer dak.. Smile



salam kasih sayang,


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, April 16, 2011

Segmen review no. 7 : Dunia Cik Anita

Salam bahagia,


Kali ini ibu review blog Cik Anita pulak..

Ibu kenal cik Anita ni baru lagi.. rasanya tahun ni kot.. masa tu ibu join GA Cik Anita.. tapi ibu tak menang pun.. tapi sebab Cik Anita ni ade lah juga skodeng blog ibu, maka saling beramah-mesra lah kami.. Actually ibu memang nak review blog Cik Anita dulu sebelum blog Pija.. tapi camno tah, blog nya telah di’private’kan. Alhamdulillah, minggu lepas ibu jengah lagi.. Alhamdulillah dah open untuk public semula.. 




Blog Cik Anita dah berubah wajah… dah comel dah.. so dari segi layout template ni memang dah superb… walaupun header nampak besar.. tapi okay jer… tertampil keyakinan mu dik… Winking smile so, memang no further komen… Thumbs up



siap ade footer comel macam ni.. ibu masih tak reti lagi nak buat frame layout macam ni… huhuu… kena belajor lebih banyak skil dalam mendesign blog ni… Winking smile

Okay, template dah comel.. so let review perkara lain plak

Alexa rank

melihat kepada rank alexa Cik Anita ni, ibu suggestkan cik Anita buat beberapa perkara ni.. which definitely akan membantu blog Cik Anita untuk UPkan lagi rank, walaupun Cik Anita mungkin kata dia tak kesah sangat pasal rank ni.. tapi bila dah lama berblog, sure akan rasa lebih bermotivasi bila ranking akexa blog semakin baik.. sekurang2nya nampak lah peningkatan dalam berblog..
  1. claim website di alexa.com. JIka tak faham kaedahnya bagaimana., sila refer n3 di blog puanbee.com.. Winking smile  n3 ini Cara untuk mendaftar blog di Alexa.com
  2. masukkan meta content ke dalam template blog, sila refer tutorial di blog Seri di n3  Panduan Memasang Meta Tags
  3. selain itu jadikan juga template mesra seo dengan ubah tajuk blog & pasang breadcrumb.. refer n3 di sini >> Tips SEO : ubah meta tag tajuk blog & pasang breadcrumb << tutorial ni 2 in 1 tau…

nota :
perkara 1-3 yang ibu sebut di atas tu memang ade kepentingannya untuk masa panjang.. sebab ibu pun dah dapat rasa effectnya pada blog kakyong72 ni.. walaupun telah ditinggalkan selama 1 minggu dan tak blogwalking, tapi rank terus meningkat dari 800,000++, dan sekarang sudah dalam rank 600,000++. Selain itu pageview juga tetap kekal, walau tidak meningkat @ mengurang dengan mendadak (bila ibu tak BW), tapi secara purata nya.. pageview dapat dikekalnya & keyword pilihan juga menten ayu.. hehhehe (perahsan sendiri… Smile with tongue out )





Blog Cik Anita tak lah berat sangat..  Thumbs up compare dengan blog ibu kakyong72 ni. so yang ni takde apa nak komen…

Cuma nak bagitahu Cik Anita,
  1. Iklan Nuffnang tu cuma dipasang 2 ajer yer.?!. yang in-between n3 tu napa tak letak.. kalo nak dapat BE dari Nuff, better letak 3-3 kod iklan yer.. so lepas ni pasang yer kod kat bahagian n3
  2. Widget Live Traffic Feed tu rasanya tidak memberi manafaat pada blog pun.. bahkan widget ni memberatkan blog.. sepatutnya blog Cik Anita harus lah lebih ringan dari blog ibu.. sebab blog ibu ni banyak tampal iklan yang flashing-flashing.. Winking smile

So, jika Cik Anita nak tracking trafik ke blog, apa kata mendaftar dengan google Analytic  Winking smile

The rest rasanya tak ada apa ibu nak komen.. cuma jika Cik Anita nak meramaikan lagi kenalan blog & supaya blog semakin meriah dan happening… (hehehhe… macam lah blog ibu ni happening sangat… Smile with tongue out ).. sila lah rajin2 segmen antara blogger macam segmen yang BA buat.. dan join komuniti blogger yang ade,  contoh gengblogger.

Kome yang belum kenal Cik Anita.. apa lagi.. jengah lah ke Dunia Cik Anita.. cik Anita ni student lagi tau… bila nak konvo ni Cik Anita…? Winking smile




KOme belum join churpchurp.??!!. apa lagi.. mari lah klik sini..


salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, April 11, 2011

Segmen review no 6 : Siti Sifir’s share-out space

Salam bahagia,


Setelah sebulan bercuti dari mereview blog & hampir 1 minggu juga blog ini di’tinggal’kan.. maka hari ni kakyong mula mereview semula.


Kali ni giliran blog Pija. Winking smile


Pija ni kakyong kenal blog dia sejak Nov 2007 lagi.. masa tu kakyong belum ade blog pun lagi.. kakyong tahu pasal blog pija ni dari mailinglist keluarga@yahoogroup… Masa tu kakyong kerja @ opis sendiri di PTTC. So, kami dapat internet free dari K-Perak. Maka apa lagi, bila job tak banyak.. (kojer sendiri kan..), mula lah ngadap blog Pija ni.. dok wonder gak, naper la dia suka menulis, pastu siap minta idea dari kawan2 di keluarga@yahoogroup tu.. Smile with tongue out tapi masa tu kakyong cuma jadi silent reader jer.. sebab tahun 2008 baru la terbina blog sendiri.




Kali ni review ringkas2 jer lah yer.. :
*mode malas nak menaip panjang, sebab idea asyik tersekat-sekat*

- warna tema blog sangat comel.. I like this colour combination.. Winking smile
- header ni agak besar.. sebab penuh 1 skrin.. Winking smile tapi ia comel.. tak mencacatkan pandangan pun
- meta tag yang mesra seo
- template blog juga mesra seo : ruang n3 di belah kiri
Thumbs up



- tak tau apa lah yang buat blog pija ni berat… Smile with tongue out  mungkin boleh kurangkan bilangan post utk 1 page dari 5 ke 2@3 post sahaja.
- juga sembunyikan widget multitab di sebalik pages.. Smile
- either semua orang perasan @ tidak, widget linkwithin itu pun salah satu punca blog berat.. perasan tak blog kakyong72 ni dah takde guna widget tu.. tapi widget ni kalo nak buang pun atas pilihan tuan empunya blog.




hampir sebulan yang lepas, kakyong ade ukur alexa rank pija ni… masa tu 2 juta.. la ni dah jadi 1.46 juta.. tahniah.. ini bermakna Pija dah semakin rajin berblog..


cuma kakyong tak pasti pija ade tak claim website di alexa.com. Kalo claim & letak widget alexa di blog mungkin ranking akan lebih baik.. << ini untuk orang yang suka nak tengok rank blog la.. bukan apa, kadang2 boleh jadi motivasi bila tengok rank blog semakin baik.. Winking smile Thumbs up


n3 yang di blog pija ni boleh kata mostly adalah perkongsian yang sangat baik.. & ibu pasti kalo blog pija ni betul2 mesra seo, sure lah banyak keyword yang ‘kena’ dan ramai pelawat yang berkunjung ke blog pija.. tapi sebab tak pernah nampak pija buat n3 pasal keyword yang fofuler di blog nya.. maka tak dapek lah nak di tolong.. btw, kome boleh tengok list n3 pija kat sini.. mana tahu ade topik yang berkenan di hati.


Cuma ibu cadangkan pija masukkan koding meta-content ke template blog.. contoh meta-content adalah macam kat bawah ni..


Yang ini kakyong belum share lagi @ memang takde buat n3 tutorial untuk meta-content ni.. btw, jika kome nak buat, buleh refer tutorial kat blog INI.


Bila dah ada meta-content ni, Insya Allah, blog memang akan mesra seo.. bermakna, bila dah mesra seo, kome buleh la dapat trafik hasil dari carian di search engine.. tak yah kita jemput, deme datang sendiri ke blog kita… Winking smile 


Untuk Pija, terus kan menulis n3 perkongsian yang bermanafaat untuk semua.


dan lastly, supaya background blog itu statik & tidak ikut scroll , cuba cari kod ini

<Variable name="body.background" description="Body Background"

dan pastikan selepas url link background blog, diletakkan kod  no-repeat fixed

contoh macam kat bawah ni.. refer pada yang dalam kotak biru.. Winking smile







Yang belum kenal dengan Pija.. apa kata kome buat kunjungan mesra ke blog PIJA


salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, February 19, 2011

Segmen review : no 4 ~ Miza Yusof

Salam bahagia,






Blog Miza Yusof, blog yang comel, kemas dan simple, sangat cepat loading & tak perlu scroll sampai ke hujung dunia.. Thumbs up StarStarStarStarStar… wallla, Miza dapat 5 bintang dari ibu. Layout blog yang simple dengan tema merah putih.. mainly blog otai & femes adalah simple.






Siapa MizaYusof?

Selepas ibu godek-godek, baru la jumpa info ni Miza ni baru habis belajor dari Kolej Multimedia mengambil course Diploma Pengurusan dengan Multimedia. 2 tahun 6 bulan menyemai cinta dengan Kolej Multimedia. Winking smile  Pandai IT lah ni… Bercita2 nak sambung belajar ke pringkat ijazah pula… ibu doakan semoga tercapai cita2 Miza..

muda lagi Miza ni.. comel jer orangnya, boleh tahan juga tingginya si Miza ni.. kome leh teka berapa tinggi Miza ?! (hahhaha. jenuh la nak cari… ) Smile with tongue out  Sayur kesukaan Miza pun sama lah dengan sayur yang ibu suka…


Jika tengok di profile Miza Yusof dah mula blogging sejak April 2010 tapi n3 awal yg ibu jumpa Mizayusof.com hanya bermula pada Julai 2010. Errkkk.. oooo rupanya Miza ni dulu ade attitude suka delete n3 yang awal2 yer… Smile with tongue out 






Apa yang menarik di blog Miza… mesti lah pasal kemenangan contest dan hadiah2 dari contest… kome kalo tak kenal MizaYusof memang ibu rasa nak lepuk2 jer…  Angry smile Ibu pun kenal Miza melalui giveaway juga… hehhehe.. Open-mouthed smile


Selain tu ada juga banyak perkongsian yang lain sepertu Nuffnang, HeartBeat, & kalo nak kenal Miza dengan lebih dekat, rajin2 lah godek2 di label Tags and awards. Label2 Miza ni nampak kemas jer, sebab semua in English.. tak macam ibu punya, bercampur segala ekekekkk... tu pasal ibu tak letak label buat masa ni, sebab nak kemas-kini kan dulu... kalo buleh nak letak semua ni Bahasa Melayu.  






ada banner exchange yang cumil… kredit to Syamila. Kome kalo nak banner exchange yang interaktif macam ni.. sila minta dengan Syamila, minta berbayor yer.. hehehh.. ibu tak reti nak buat yang macam ni, tak habis menimba ilmu lagi. Winking smile






Arkib blog miza yang stail macam ni, memang susah nak korek @ godek2 n3 lama… huhuuu… Confused smile sangat melambatkan proses review… Smile with tongue out  lagi satu yang kurang best, tiap kali klik ‘Older posts’ @ ‘Newer posts’ @ ‘Home’, akan terbuka ke tab baru.. sangat annoying… sorry ya Miza.. pada Ibu memang annoying, sebab setiap kali nak klik the next post, kena tutup tab yang sebelumnya, Ibu lebih suka kalo terbuka dalam tab/pages yang sama.. kecuali lah kalo link website yang dalam n3, better lah terbuka ke tab baru, sebab kita masih nak baca page/tab sedia ada.





Miza ni ramai followers nya.., followers blog yer.. meriah gitu.. 1500++.. Tahniah Miza.. dikenali ramai… Miza rajin join segmen blog Ben Ashaari.. pandai mencari ruang untuk mempopularkan blog… tak macam ibu ni, selalu terlepas peluang.. Smile with tongue out  KOme kalo nak dikenali, selalu lah kena alert dengan aktiviti blog Ben Ashaari @ mana2 blogger otai lagi femes…





ranking alexa pun sangat baik… cuma pagerank ajer masih ‘0’..


Hasil rajin bergiveaway contest bagai, Miza dapat berdomain pun adalah dari hadiah Didozel Domain GA. Tahniah Miza, dapat peluang 1 tahun berdomain dengan percuma. Jenuh juga ibu godek2 bila kah tarikh Miza mula berdomain ni… (ni gara2 arkib blog yang kurang mesra Smile with tongue out )






Akhirnya jumpa juga.. awal DEc 2010… tahniah MizaYusof, cepat juga rank-alexa Miza meningkat… nak tau kome kena tanya dengan Miza.. kena jadi blogger tegar yer.. kena rajin cari ruang & peluang.. jangan asyik syok sendiri merapu di blog sendiri & jarang2 ‘bercampur’ dengan blogger yang lain.. Winking smile 


Rasanya panjang lebor dah ibu bercerita & membebel dalam n3 ni… dari segi keseluruhan, blog Miza ni dah okay sangat, tip top.. cuma jika ingin hargai2 rakan2 follower @ mereka yang rajin komen di blog Miza, buleh la letak widget top komentator..


Isu yang lelain tu ade yang ibu dah sebut, jadi pandai2 la Miza nak ambil langkah seterusnya, tak mau buat apa2 pun tak jadi masalah.. sebab blog Miza kan. Harap2 Miza tak amik hati dengan bebelan@review ibu ni… keep up the spirit & terus kan berblog. Smile  


Kome? Belum kenal lagi dengan MizaYusof... jangan memalu.. terjah jer... mana tau pasni leh dapat aura menang giveaway banyak2...







salam kasih sayang,
.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .