Showing posts with label my Ipoh City. Show all posts
Showing posts with label my Ipoh City. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Meja baru untuk anak-anak

.
Salam bahagia buat semua,




Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com ... meh la join.

Hari selasa petang, kami sekeluarga kuor pergi Ipoh town.. memula ke poslaju dulu.. pastu baru ke Green Town Mall (GTM). 




Di luor GTM ada buat bazar.. yang nampak ade buat jualan tudung & juga baju kurung.. murah juga tudung-tudung nya --> lycra plain RM20, lycra batu RM25... murah ke??!!... ibu ni dah lama tak beli tudung.. tapi takde lah ibu singgah pun, tengok sambil lalu jer....

Kami shopping di UO superstore.. sebab ibu ada member card.. banyak juga la barang2 yang dibeli.. sebab kali ni pergi dengan ibu kan, jadi semua yang ade dalam senarai harus la dibeli. Dan ade juga beberapa barang yang takde dalam senarai tapi en ayah yang tambah sendiri.. heheh..

Pastu kami melawat ke bahagian TOY.. kat UO tu kecik jer area untuk TOY.. ibu actually nak cari alfabet ABC yang ade magnet tu.. dulu ade jual tapi en ayah tak mau beli.. tapi sebab kali ni bajet untuk TOYs kan hasil dari yuran akaun yang ibu dapat bulan lepas.. so memang ibu nak sangat lah beli. Sekali sudah habis la.. tapi belikan jugalah huruf-huruf ABC palstik. RM3.90 jer.. 

En ayah dah decide nak belikan -- khemah & meja tulis/aktiviti untuk anak-anak. Ada sapa suggest khemah & meja tulis tak??!!! dont worry, ibu belum habis semak lagi cadangan contest.. en ayah pulak asyik tak setuju jer... hishhh... cuma khemah tu belum lah beli lagi. En ayah kata nak p jengah kat Giant.



ini lah meja yang telah dirembat dari UO.. harga selepas diskaun RM17.90

Selain itu kami beli plastisin (RM6.50) dan whiteboard (RM17.90 selepas diskaun) besar juga whiteboard tu.. kalo ada frame untuk letakkan whiteboard tu kan best..  x de foto whiteboard.. nanti dah mula guna, baru lah ibu tayang yer...

btw, kerusi untuk anak2 kami tak beli.. hanie ade suggest belikan stool comel kan.. tapi ayahnya cakap, x per guna tong/tin biskut jer... huhhhh, sangat kedukut kan... erkk memang takde bajet sebenornya. 


Aliya.. dibuatnya meja tu tempat memanjat pula... ooppss, kan dah terbuka 'kedai kecil' ibu tu...


nampak tak tin-tin biskut tu... nampak gaya terpaksa redho jer lah tin biskut tu jadi 'kerusi'.. nanti ibu usahalah cari duit lagi untuk beli stool comel pulak. cuma hadiah untuk Aliya jer yang masih perlu di cari.. sebab rasanya Aliya macam tak enjoy dengan barang2 yang baru dibeli ni. Anis & Fikri memang seronok sangat lah.. mungkin sesuai dengan umur & tahap perkembangan mereka.


p/s:
hadiah untuk GA hari raya tidak pulak ku temui semasa ronda2 dalam GTM... agak2nya kalian leh teka tak, apakah hadiah GA hari raya yang daku nak beli tu.... ??!!! 




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, June 30, 2010

Tembikai bertaburan di jalanan

.
Salam bahagia buat semua,




Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.





foto di snap semasa dalam perjalanan ke Green Town Mall untuk tengok adik-adik main bowling (ibu malu dengan pakcik polis.. tu yang kamera pun sudut jatuh jauh...)... kejadian berlaku di Jalan Kuala Kangsar.. tak jauh dari kilang Hovic.. dari jauh nampak macam darah bertaburan.. bila dah dekat.. rupanya buah tembikai yang pecah... nampak motor roda 3, ada 1 orang terbaring (tak nampak jelas apa yang jadi.. ).. di kipas oleh 2 orang lelaki.. datok polis pun ada kawal lalu-lintas. 

Waktu itu matahari memang sangat terik.. tak lama semasa kami lalu di sekolah yuk choy (2-3 minit jer dari masa kami lalu di tempat kejadian).. ada ambulan lalu ke arah kemalangan.. dengan cuaca panas camtu.. sure gelisah gila orang yang jadi mangsa tu.. sure dok bilang saat bila la nak dibawa ke hospital ni...




Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, June 9, 2010

Bangunan Perak Techno Trade Centre <-- jawapan teka-teka semalam

.
Salam hari rabu,


Maaf ya semalam memang langsung tak kesempatan untuk jalan2 ke blog kawan-kawan.. komen-komen di blog pun tak sempat nak jawap lagi..




Bangunan yang tersergam di atas bukit.. di Bandar Meru Raya.. Bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ini, setinggi 19 tingkat.. lift bangunan ni hanya sampai tingkat 18 jer. so nak ke tingkat 19 kena naik tangga.

ibu pernah ada pejabat di tingkat 18 (sewa ler)... masa tu awal tahun 2007, join-venture bisness Accounting & Finance dengan sorang kawan. 


bukti - kadnama masa jadi Konsultan.. 
citer lama.. la ni jadi menteri kelam-kabut kat rumah pulak..


Selama hampir 18 bulan jugak lah Fikri (masa tu umur dalam 1++  tahun) menjadikan bangunan ini taman permainannya... hahaa... kalo ibu tak koje di tempat client, en ayah akan bawa fikri ke sini setiap petang.. kiranya lobi PTTC ni dah macam taman mainan dia.. siap lari-lari sana sini... masa tu baru nak pandai jalan jatuh.. pakcik guard situ pun dah kenal fikri.

Kalo en ayah ade hal, dalam pukul 3-4 petang, en ayah antor lah fikri lepak kat opis ibu. Sambil ibu buat koje, fikri pun godek2 la PC yang satu lagi... ibu biasa koje sampai maghrib.. dah tu masuk opis pukul 10 pagi.. 

Pada waktu petang, kat area bangunan ni memang best.. angin kadang2 bertiup boleh tahan jugak, tapi tak le sampai ribut... sepoi2 bahasa gitu.

Oleh kerana opis ibu tingkat 18, jadi memag boleh nampak la traffik di lebuhraya.. kadang2 kalo bosan, sempat jugak skodeng kereta2 yang lalu di tol jelapang (masa tu masih di lokasi lama). 

Heheh.. panjang pulak mukaddimah mengimbau kenangan 2-3 tahun dulu.. jadi peneka yang berjaya adalah




Hez @ Ina Hashim memberi jawapan 100% tepat.. jawapan 10 hampir tepat. Actually ibu dah google & jumpa ade 1 blog ni yang quote bangunan tu sebagai "Perak Trade & Technology Centre." Tapi nama yang betul untuk urusan rasmi kerajaan & swasta adalah Perak Techno Trade Centre.  

Rasanya senang jer nak review blog 2 orang kawan ibu nih... heheh.. cakap besor lah pulak...



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.


p.s
hari ni masih mode busy..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, May 22, 2010

Sepetang di Pekan Lama Ipoh

.
Salam ceria semua,



suatu petang kami sekeluarga jalan-jalan ke Pekan Ipoh.. lama juga tak jengah pekan lama ni..
ini adalah Jalan Sultan Idris Shah.. Jalan sehala yang memanjang dari Bangunan Telekom di sebelah kiri, akan tempuhi beberapa traffic-light, akan jumpa bangunan Maybank hingga ke hujung jumpa Ipoh Parade.... lemah betui kalo dah jam 5 lebih ni.. memang time ni jammed.. di sebelah kanan adalah Bangunan Seri Kinta.. next time ibu snap foto bangunan Seri Kinta plak..


kami mengarah ke Pasar Besar Ipoh.. nostalgik tempat ni.. sebab dulu di situ lah terletaknya Supermarket yang happening di Ipoh.. iaitu Super Kinta... Superkinta ni dah jadi sejarah, dah tutup sepenuhnya tak silap pada tahun 2003/2004.. Bangunan warna biru sebelah kiri tu adalah Institut Informatic.. dulu ade staff yang belajor amik diploma CAT kat situ..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .