Ibu ni sebenarnya angin ber'Blog' masih lagi suam-suam kuku, tapi ibu gagahkan juga menulis.. kan apa, beberapa hari ni ibu dok menadah telinga mendengar alkesah keluhan sahabat yang dibuang keluarga gara-gara difitnah adik-beradik. Adik men'cucuk' mak ayah hingga tergamak mak ayah menghalau si kakak dari rumah. Gitu juga cerita sorang sepupu ibu ni yang dituduh adik-beradik konon2nya si dia mengamal @ menuntut ilmu hitam.. sudahnya, dibuang adik-beradik... walhal nawaitu nya hanya nak membantu mengubat omak nyer yang sakit.
Tak perlah, dalam kes sepupu ibu tu.. jawab ibu senang jer.. 'kalo raya ni, tak de rumah nak tuju, datang lah rumah kakyong.. sentiasa terbuka luas untuk sedara mara. Kakyong ni tak le kaya apatah lagi mewah, tapi takat nak menjamu adik-beradik makan minum 2-3 hari tak de hal nyer.. lagipun seronok berkumpul ramai2.. '
~gambar tiada kena mengena dengan tajuk... musim panas ni memang sedap pekena cendol ~
Dalam kes sahabat ibu tu, hanya SOT-BA-RO sahaja yang mampu ibu ucapkan. Siapalah yang tidak sedih bila dihalau oleh mak ayah. bertambah sedih bila segala barang2 kain baju dicampak di laman rumah.. kalo dia sorang tak perlah.. ni kain baju anak & suami nyer sekali. Ibu pun pernah merasainya masa ibu masih bujang dulu. Alah, tu hal dulu, dah lama lepas. Cuma pada sahabat ibu tu, ibu yakin ini semua berpunca dari perasaan irihati. Sahabat ibu ni kuat kerja orangnya, Alhamdulillah rezekinya memang melimpah ruah. DOk dengan mak ayahnya pun sebab mak ayah yang ajak dok sekali, walhal sejak balik ke Perak depa dah beli rumah pun. Mujur lah lepas kena halau ade rumah nak berteduh..
Ibu yakin suatu hari nanti, mak ayah sahabat ibu tu akan nampak kebenarannya. Allah tidak menduga kita hanya untuk sia-sia.., ada hikmah yang terlindung di sebalik nya. Banyak2 kan bersabar, usahlah asyik dipikirkan yang 'diri tu anak terbuang'.. anggap ajerlah pakcik & makcik khilaf dalam percakapan & tingkah.. mungkin sangat2 tajam TUSUKAN fitnah sampai begitu sekali makcik & pakcik bertindak.
Bahaya sungguh tusukan fitnah adik-beradik ni, lebih lagi jika mak ayah hanya dengar sebelah pihak sahaja & langsung tidak mahu mendengar penjelasan anak yang difitnah. Itu lah yang jadi pada ibu pada hari ibu nak nikah dulu. Ayahnda sampai telefon tok kadhi bagitau tak jadi nak nikahkan ibu, gara2 ayahnda diberitahu, enal (en ayah) amik/guna duit hantaran.. walhal ayahnda tak tau, duit tu ibu bayar balik sebab masa buat renovation rumah (rumah yang kami dok sekarang ni lah) guna duit en ayah. Tersangat2 sedih bila ayahnda langsung tak mau dengar penjelasan ibu. :( Alhamdulillah, at last kami nikah juga. ;)
~ anak2 ibu bertiga ni.. ibu sentiasa doakan agar anak2 ibu sentiasa bersatu hati & saling bantu membantu ibarat aur dengan tebing~
Actually pergaduhan adik-beradik ni bukan perkara luar biasa. Kami yang 10 orang ni pun tak terlepas, gaduh 2-3 bulan lama2 berbaik juga.. adik2 marah kan kakyong.. 3-4 bulan datang juga jenguk kakyong.. masa baru bergaduh, memang lah tak nak bertegur sapa, masing2 tengah HOt.. masing2 nak tegakkan yang dia betul.. bila dah sejuk hati, baru boleh berfikir elok2.. kakyong sekarang ni ambil pendekatan mudah jer, malas sangat nak fikir2 tentang hal yang boleh buat jiwa kaco. So kalo ade adik2 yang marah & tak suka dengan teguran @ cara kakyong.. tak per.. bawalah jalan hidup masing2.. lagi pun masing2 dah besor panjang.. akal pun dah berjengkal2.. cuma doa kakyong usahler sampai kami dengki-mendengki.. jangan sampai ada yang nak men'jatuh'kan kehidupan adik-beradik @melaga2kan adik-beradik.. tiada untung nya.
Berkenaan alkesah sepupu ibu tu, ibu pun fenin bila dengor cerita macam2.. rimo belang putih ber'cakor' dengan rimo belang kuning lah, saka rimo mencari waris... bila dah masuk bab rimo ni memang ibu malas nak fikir lelebih. Semoga Allah ta'ala jauhkan keluarga kami dari segala perbuatan syirik.
owhh, apa ke alkesah masuk citer rimo ni... jom layan cendol ...
~ ibu ke Manjung sbb g ziarah makngah di Hospital Manjung, on the way balik singgah pam minyak.. sudahnya melepak kat situ pekena cendol. Cendolnya sedap, lemak berkrim tapi sikit sangat tak padan dengan harga nya.
~ ada mee rendang (tak sedap.. rendang pedas bebenor, baik buat sendiri.. celur mee & masak rendang sedap..), laksa - boleh lah , 6/10 byk benor petis, ibu tak suka petis , rojak - byk timun & sengkuang.. kuahnya teramat pedas.. cili apa kooo... hmm rojak mamak gerai DBI depan Greentown mall tu lagi kaww.
~ Aliya posing depan Mr Cendol
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

