Showing posts with label pemandangan indah. Show all posts
Showing posts with label pemandangan indah. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Hijau itu sejuk

Salam ceria,

Tiada idea untuk menulis petang ni, hanya nak share foto ni… di ambil di sebuah anak sungai di Puncak Jelapang Maju, Ipoh.

Gambar asal yang diambil guna kamera bukan dslr kami.

IMG_9553-ori


hasil gambar yang diedit….

IMG_9553-edited


Masa singgah di anak sungai ni terasa macam nak join mandi sekali… sejuk airnya, walau hanya anak sungai kecil..

IMG_9557

Abang Nasrul (anak sedara ibu) dan kawannya sedang mandi…


IMG_9549

budak2 ni tangkap ikan laga guna umpan roti.




salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 15, 2010

Remang senja

salam bahagia dan salam ceria,


pagi2 ni nak wish besday untuk Atok anak-anak (ayahnde kakyong). Selamat harijadi yang ke 58 ayah. Terima kasih ayah sebab rajin melayan cucu-cucu yang semakin nakal ni. Semoga ayah diberi kesihatan yang baik & rajin-rajin bekerja.

atok

susah benor nak dapat snap foto atok ni. Ni foto terbaru semasa kenduri di Changkat Tin, atok dengan Aidil. NI pun crop, sebab snap dari jauh jer.

Ibu ade buat kek.. lepas maghrib semalam buat… siap dengan topping lagi.. tapi belum sempat amik gambor lagi… malas plak nak snap foto kek tu, bahan tak cukup.. teringin nak buat kek coklat topping dengan buah stoberi, tapi en ayah cakap mahal, daripada beli stoberi, lebih baik beli telor sepapan. Hajat nyer pepagi ni nak potong kek tu masuk dalam tipuware dan antor je ke rumah makbonda. Winking smile


Tajuk tu sebenarnya bukan lah nak mengata ayahnde dah ‘senja’. Asalnya plan nak tepek gambor pandangan senja hari di taman perumahan ni.. Masa baru menaip, tetiba teringat 15 Dec ni harijadi ayahnde.


aju
dan untuk pakcik Ju.. hepi belated besday pada 10 Dec yang lepas.. sori la terlupa nak wish, sebab dah lama tak buka FB. Semoga cepat2 bertemu jodoh (gatei plak tangan menaip nak kabo adik teman ni masih available… Winking smile ).. tapi adik teman ni ghete tak mandang, ada lah koje, yang teman jamin hal solat dia memang jaga.


so, lastly, jom layan foto senja, yang ibu snap-snap masa melayan anak-anak main di padang mainan. Foto ditangkap lebih kurang jam 6.30 petang. Kamera cabuk jer.. bukan dslr yer.. Smile with tongue out

photo 1 : original- snap guna mode scene sunset
IMG_9450-ori

foto 1 : versi edited – colour enhance
IMG_9450-edited

foto 2 : versi original – mode sunset
IMG_9451-ori

foto 2 : versi edited..
IMG_9451-edited

foto 3 : ori – mode beach (as if matahari atas kepala)
IMG_9452-ori
angle sama macam foto 2 tapi guna mode berbeza jer… nampak macam sama seperti yang foto 2 edited kan…

Actually ibu ni dari awal beli kamera suka ‘tembak’ gambar langit.. ade banyak dah koleksi.. tapi banyak dah hilang masa lappy rosak… huhuuu… mungkin ade dalam thumdrive & copy di DVD, malas nak cari.. dah banyak sangat folder.. kalo ibu jumpa ibu tepek lah nanti…

foto 4 : ori – mode beach
IMG_9454
Foto ni nampak seperti snap di waktu tengahari kan… guna setting/mode berbeza.. maka berbeza lah hasilnya…

p/s :
tunggu n3 Anis & fikri panjat tembok pagor, pergi rumah atok jalan kaki, berdua.


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, November 14, 2010

Bukan pelangi tapi “cloud iridescene”

Salam ceria,

Gambar yang ibu snap yang ibu sangkakan pelangi itu >> rupanya bukan pelangi tapi dipanggil “cloud iridescene” .. boleh refer n3 yang sebelun ni >> Pelangi!! silver-lining di Taman Tawas Mewah

IMG_9025

Cloud iridescene ni adalah satu fenomena dimana berlaku biasan cahaya berwarna-warni (spektrum warna) seakan pelangi hasil dari biasan cahaya matahari terhadap titisan air sejuk di langit/awan (?!)… warna nya boleh jadi seperti pelangi @ pastel.. huhuuu.. payah benor nak menterjemahkannya… sila lah rujuk kat sini >> Cloud iridescene. Panjang benor penerangan.. nak cerita pun tak reti..

Biarpun ia satu fenomena yang jarang berlaku tetapi satu fenomena Alam yang indah untuk kita hayati.. Masya Allah, semalam ibu takjub juga melihat nya.. tapi masa tu memang ingat itu pelangi. Lepas dapat komen dari kak limah, ibu pun mulalah membuat pencarian..

komenkaklimah14nov2010

Nak tau apa itu ‘halo’.. sila rujuk sini >>> Fenomena HALO. Fenomena halo ni kalau dalam bahasa mudah nya disebut sebagai pelangi mengelilingi matahari.

komenyeopsama14nov2010

yeop samad pun ade negur… lengkung nya tak macam pelangi… sohih la bukan pelangi yeop.. kalo pelangi, rupanya mestilah cam ni kan..

picture carian google : atengbest

dan ini adalah beberapa foto kejadian ‘cloud iridescene’

fotoawanberwarna1
source SINI

awan-gelap
source : Panjangakal, kejadian berlaku di Kuantan

selebihnya boleh rujuk kat sini >> iridescent clouds

Maknanya ibu belum berjaya menjejak pelangi.. kena rajin bawa anak2 jalan2 sekeliling taman ni sambil2 snap foto2 pemandangan yang menarik.. tak kesah walau hanya kamera murah.. janji hati puas…

Khidmat membuat header, watermark & signature




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .