Wednesday, October 22, 2008

Home » » 003 Anis keracunan makanan

003 Anis keracunan makanan



21 October 2008,

Pukul 5 pagi, sebelum suamiku keluar rumah untuk berniaga memberitahuku yang badan Anis panas. Pukul 1 pagi suami sudah memberi anis makan ubat demam. Semalam pun Anis demam juga, tapi selepas 2 kali makan ubat, dia nampak macam dah sihat. Jadi ibu pun tak risau apa-apa.

Pukul 6 pagi, ibu pindahkan anis tidur dalam buaian di bilik depan. Selepas menyusu dan makan ubat dia tidur nyenyak sampai 10 pagi. Hampir pukul 11 pagi, opahnyer (mak saya) datang dan bawakan cucur udang 3 biji. Saya suapkan anis makan cucur, tapi dia makan sikit ajer. Jadi ibu rendam biskut jacob weetameal 4 keping, habis dimakannya. Selepas tu, ibu suapkan ubat demam, tapi dia muntahkan semula ubat tu. wonder pulak kenapa tak nak makan ubat ni.. sambil dok merengek-merengek.




Lewat jam 2 petang, ayah balik dari kerja, dan ibu minta ayah tolong suapkan makan anak-anak sementara ibu selesaikan sedikit urusan kerja (saya berkerja part time dari rumah). Almaklum sejak pagi, terkalut-kalut dibuatnya dengan melayan Anis dan Aliya. Tapi tak juga dapat nak tumpu pada kerja, Aliya pulak demand perhatian, sudahnya terpaksalah ibunya tutup lapptop.





Dalam pukul 4 lebih, anis meragam gaya macam nak tidur, jadi ibu dodoikan dia atas katil, badannya tak panas sangat, tetiba dia muntah, macam air pancut keluarnya.. habis susu, nasi, cucur udang.. kepala dan badan penuh dengan muak masam dan muntahnya. Panik sekejap ibunya.. Selepas ayah mandikan Anis, kemudian ibu sapukan minyak angin di perut dan belakangnya. Selimut kan dia dengan comforter, akhirnya dapat juga dia tidur lena. Tapi sekejap ajer.. selepas itu, on & off asyik muntah ajer, masa pukul 6 petang muntahnya dah kuning-kuning cair.. pening ibu memikirkan kenapa muntahnya begitu.




Hampir maghrib, muntahnya sudah mula berwarna hijau kekuningan.. tak tahan melihat keadaan dia yang tak berhenti muntah, ibu minta ayah bawakan anis ke klinik. Ayah kata tunggulah dulu, tapi ibu betul-betul tak sedap hati. Memandangkan ibu perlu menjaga Aliya dan Fikri, jadi hanya ayah yang pergi membawa Anis ke klinik yang biasa berdekatan rumah kami.






Menurut ayah sebaik masuk pintu bilik doktor, Anis terus muntah. Doktor kata Anis perlu dibawa ke hospital. Keadaan Anis memang lemah waktu itu, jadi sebelum pergi ke hospital, ayah balik semula ke rumah untuk mengambil barang-barang yang perlu, manalah tahu kalau anis terpaksa ditahan di wad. Jadi ibu isikan semua keperluan seperti diapers, beberapa helai kain lampin, tuala, baju untuk 3 persalinan, alat-alat mandian, vicks, beberapa helai saputangan, selimut, stokin, susu, botol susu, bekas air minum, sebotol air masak dan flask berisi air panas. Risau juga hati ibu ni. Almaklumlah hanya ayah yang menghantar anis, sedang ibu terpaksa berada di rumah untuk menjaga aliya dan fikri.




Pukul 9 malam, ibu menelefon ayah dan bertanya khabar anis. Kata ayah masih di wad kecemasan, sedang masuk air. Kata Doktor Anis keracunan.. kemungkinan besar dia termakan ntah apa-apa yang dikutipnya atas lantai atau dalam bilik. Ibu rasa 'terpukul'.. aduhai, memang salah ibu, sebab ibu pun selalu buat kerja separuh jalan. Kadang-kadang sedang menyapu di dapur, tetiba aliya menangis nak menyusu, ibu tinggalkan kerja menyapu dan susukan aliya dulu. Ibu terlupa yang anak ibu Anis Zahirah, yang baru sebulan 'dapat kaki' ni kuat menyelongkar dan mengutip apa sahaja yang ternampak dek mata.





Alhamdulillah, 11 malam lebih, Anis balik rumah. Abang fikri seronok kan main bila adik balik. kalau tak asyik dok tanya ibu 'adik mana?' Ayah kata masa doktor cucuk tangan nya, nangis sikit ajer.. tak keluar air mata pun. Kalau abang fikri mesti dah merambu-rambu air mata. Anak ibu Anis Zahirah ni memang kuat dan berani, ibu tahu..




22 October 2008


Hari ini Anis nampak dah lebih sihat sikit, tapi belum begitu selera nak makan. Ibu masakkan nasi kanji dan sup ayam, tapi abang fikri yang makan lebih. Ubat demam pun anis tak nak makan. Opah terkejut bila dapat tahu anis ke hospital malam tadi, mujur le tak kena tahan.




Malam baru anis makan nasi banyak sikit, itupun berebut dengan abang fikri. Anis pun dah mula aktif macam biasa, tapi rengekan dan fe'el nak memerap dengan ibu tu yang ibu tak tahan. Tapi nak buat camaner lagi... dah memang ibu jer yang anis nampak 24 jam..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .