Monday, October 27, 2008

Home » » 004 Cacing dalam kobis..

004 Cacing dalam kobis..

25 October 2008

Sejak dari pagi tadi ibu cuma sempat masak nasi goreng, itu pun nasi goreng ala-ala orang bujang. Aliya asyik meragam jer. Mungkin Aliya sakit perut kot, ibu agak la. Almaklum la kelmarin ibu pun keracunan makanan juga – cirit-birit dan muntah. Jadi ibu sapukan minyak telon leesa formula kat perut, belakang, disendi-sendi tangan, lutut, dan di dahi sikit, manalah tahu aliya pening kepala ker.. hmm, memandai jer ibu ni. Alhamdulillah, selepas tu ibu buaikan aliya.. baru dia dapat tidur, tapi selepas setengah jam dia merengek-rengek lagi. Ibu nak susukan, tapi dia melonjak-lonjakkan badan, macam merajuk jer .. hmm, ibu terlambat sikit ajer..

Pukul 2 lebih ayah balik dengan abang fikri. Ayah belikan air kelapa muda 2 bungkus. Memandangkan ibu tak masak apa-apa lagi dan ayah pun tak beli apa-apa lauk, jadi kami anak-beranak dan maksu mengadap air kelapa ajer la. Sedap air kelapa yang ayah beli ni. Beli di mana? Ayah kata kat kedai bawah pokok kat Ulu Kinta la… Aliya pun ayah bagi minum sikit air kelapa muda tu, guna picagari lah kan.. tapi aliya seperti biasa, menolak apa jua cecair yang dimasukkan ke mulutnya kecuali susu ibu.
Hampir 4 petang, baru ibu dapat ruang nak masuk dapur. Aliya pun dah menyusu dan tidur dalam buaian. Ibu plan nak masak sup ayam campur sayur. Jadi ibu pun potong karot sikit, batang saderi sikit, brokoli sikit, amik tomota sebiji.. dan kobis…

Hmm, mana dia citer cacing ni.. ini lah ibu nak citer… sedang ibu nak kopek kobis satu persatu.. tetiba dibalik daun kobis tu keluar 2 ekor cacing.. Ya Allah, ‘sihat’ betul cacing tu.. geli ibu dibuatnya.. ibu campak kobis dalam singki.. selera nak memasak tu terus terbantut dibuatnya. Mujur la maksu tolong ibu buangkan cacing-cacing tu., rupanya ada 6 ekor lagi cacing dalam kobis tu. Ish, gebu-gebu cacingnya. Memandangkan mood ibu nak memasak dah hilang jadi ibu pun lipat kain dulu lah. Tengok ler camana, sama ada ibu nak masak atau tidak. Lagipun ayah sedang tidur, anis pun tidur, aliya pun tidur, abang fikri pun baru ajer tidur.

Pukul 6 lebih.. ayah dah bangun tidur.. ayah tanya ibu masak apa? Ibu pun citer la pasal jumpa cacing dalam kobis.. takde mood nak masak.. “Hmm, tak payah masak la, kita makan luar.” Jadi selepas maghrib, ayah bawa kami anak-beranak dan maksu keluar makan di Bercham Raya. Rupanya ayah beli kobis tu kat Pasar Kg Tawas. Ayah dah minta supaya kobis tu dipotong 4 tapi tokey tu kata dia Cuma belah 2 jer. Bila ayah belek-belek lagi kobis tu, rupanya ada 6-7 ekor lagi cacing yang halus-halus.. ishhh, camaner pulak boleh ternak cacing dalam kobis ni. Belum pernah lagi dalam sejarah jumpa cacing dalam kobis. Akhirnya, riwayat kobis tu bersepai ke dalam tong sampah. Ibu tak berani nak masak pun. BUkan apa ibu risau andainya ada telur cacing di sebalik daun kobis tu yang tidak dapat dilihat dengan jelas kecuali menggunakan kanta @ mikroskop.

2,3 hari lepas, opah fikri (mak ibu ler) baru jer bercerita pasal kursus menternak cacing di Inforternak, Sg Siput. Fee nya RM450 untuk dewasa, untuk pelajar RM400. Tapi kalau menternak cacing yang mengikut kaedah yang betul, Insya Allah pulangan nya lumayan. Cacing matang 1 kg pun boleh jual RM400, harga sawit pun dah turun 1 tan pun dah tak sampai RM400. Elok juga menternak cacing. Hmm, lain kali ajer lah citer pasal menternak cacing ni.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .