Wednesday, December 31, 2008

014 lapang nyer fikiran

30hb Disember 2008.
Hari ni, rasa macam 'kosong' pulak.. selalunya, untuk 4 bulan kebelakangan ni, hidupan harian memang sibuk gila-gila. Rasa macam terkejar sana, terkejar sini. Tapi hari ni, dalam pukul 10 pagi, kerja-kerja rumah yang utama seperti mandikan anak2, sapu lantai, mop lantai, gantung kain baju.. semua nya hampir selesai.
Agaknya sebab fikiran dah lapang sebab tu la laju jer siap kerja-kerja nyer. Lepas habis tu, melepak dan melayan anak-anak sambil tengok tv. Hampir pukul 11 pagi, bosan la pulak. So bawa anak-anak dok kat laman, terasa pulak nak boh baja daun untuk pokok-pokok di mini garden kami. Haha, sian pokok-pokok tu, kurus kering.. tuannya selama hari ni buat endah tak endah jer. Memandangkan kerja akaun yang baru pun belum tentu bila akan dapat, jadi kena lah teman merancang-rancang apakah projek yang hendak dibuat untuk mengisi 'ruang-ruang kosong'..
okay.. let's brainstorm..
1. berkebun - jadikan daily habit
2. buat kuih @ kerepek2 goreng, pek dalam plastik kecil. Boleh juga letak kat rumah mak. sambil mak jual nasi lemak, jual le sekali kerepek teman.
3. cat rumah - nak cat hall, grill sliding, pintu pagar & tembok kat laman... tapi yang ni kena ada modal.. so yang ni kiv dulu sampai teman dapat payment dari kerja akaun yang baru siap tu.
4. tulis blog on daily basis - hmmm, ni kena la selalu banyak idea.. nak tulis pasal apa?!! takkan nak tulis daily life.. ok, boleh diikhtiarkan.. as long mesti tulis sesuatu yang menarik...
5. buat cross-stitch - crossstitch lama pun banyak yang terbengkalai tu, tapi payah sikit ler kalo anak-anak kaco..
6. reading - haaa, boleh le start reading dengan anak-anak.. lagipun buku-buku banyak..
7. what's else yer... dah banyak juga yg terkeluor dari minda ku ini.. at least there is still a lot of something to work out...
Malam tadi, last menyiapkan kerja-kerja akaun. Printing report dan GL, serta report2 kewangan yang berkaitan. Malam tadi juga minta dikla pergi tolong buat 'comb-binding'. So, malam tadi, kotak berisi fail-fail dan dokumen-dokumen yang berkaitan, semua nya sudah disusun dan dikemaskan. So sepanjang hari ini, menanti Akram datang untuk collect semua dokumen-dokumen tu. Tapi tunggu punya tunggu, bayang Akram tak nampak-nampak. Pulak tu, petang tu hujan lebat seperti ribut, mujur le takde bumbung rumah yang 'terbang' di kawasan perumahan kami ni.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, December 26, 2008

013 kerja rumah part 1

25 Dec 2008

hari ni suami teman tak niaga. coti. anak-anak pun seronok bila ayahnya coti. hmm, teman pun senang hati juga. sebabnya dapat ler teman buat @ melangsaikan koje rumah yang tertunda. ape ker lagi kojer rumah yang tertunda selain daripada melipat dan mengemas kain baju.


sebenornya, gambor ni bukan le gambor terbaru, tapi itu ler ruper gayernya kain baju yang menimbun-nimbun yang tak berlipat. teman ni bab membasuh tu takde masalah, almaklum lah, mesin yang buat kojer. gitu juger la bab-bab menyidai baju, walaupun kekadang tertangguh juga.. contohnya, basuh pagi, petang baru sidai.. teman ni sebenornyer masih lagi dalam proses 'trial & error', nak dapatkan formula yang berkesan cara pengurusan kain baju ni.

nak kata teman ni sibuk sesangat di rumah tu, idak le juge. rutin harian teman pun rasanya macam ibu-ibu yang sepenuh masa berada di rumah.

kebiasaannya, seawal pagi, sesudah subuh.. teman sapu sampah dulu, lepas tu mop lantai. itu kalo tak letih, kalo letih - alamaknya lepas subuh, tarik selimut balik ler jawabnya. selesai mop lantai, basuh pinggan-mangkuk. itupun kalo malam tadi masih ade lagi pinggan-mangkuk yang tak berbasuh. kalo rajin, selalunya teman dah basuh dan selesaikan malam tu juga. kadang-kadang bukan ler sajer-sajer tak nak basuh. tu ler, baru jer abis makan, kemas2 meja.. dah baby aliya pulak nak menyusu. hmm, aliya kalo menyusu mahu nyer setengah jam juga.

so balik pada kerja-kerja harian teman, selesai mop lantai. rehat le jap, minum secawan nescafe gold (decafeinated) dan beberapa keping biskut jacob hi-fibre. dah selesai mengisi perut, baru ler teman kuorkan 'isiperut' mesin basuh dan menyidai kain baju. rumah teman ni takde le sidai baju guna tali.. rumah teres, laman pun kecik, mana ler nak sidai pakai tali. kat kawasan taman perumahan teman ni pun ramai yang guna sidai yang bergerak macam teman ni. senang nak mengurusnyer. kalo tak nak guna, boleh dikecikkan, pastu tolak ke tepi dinding. kalo hari nak hujan, tak yah le kelam kabut nak angkat. tolak ajer ke tempat teduh dulu, kemudian boleh ler angkat tanpa perlu tergesa-gesa kelam kabut.
selesai sidai @ perkataan yang lebih tepat adalah menggantung baju, teman jenguk anak-anak.


dalam pukul 7.30 ke 8.00 lagi selalunya Anis dah mula merengek nak susu. abangnyer pulak tengok keadaan, kadang2 tu pukul 7 pagi dah minta susu. lepas minum susu, dia sambung tidur, kadang-kadang sampai pukul 11 baru bangun. tapi anis lepas menyusu, kadang-kadang terus nak mandi. jadi lepas gantung kain baju memang kena tengok anak-anak dulu. kalo depa dah bangun, alamatnya takde ruang ler untuk ibu berehat.
to be continue...

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 24, 2008

012 MIA subscription for year 2008/2009

23 Disember 2008
setelah sekian hari, baru hari ni teman dapat melunaskan wang bayaran untuk keahlian Institut Akauntan Malaysia untuk sesi 2008/2009. Itupun tengahari tadi baru teman minta tolong suami pergi ke pejabat pos kg tawas & hantarkan cek tersebut melalui khidmat pos-laju. teman berharap moga-moga cek itu sampai lah ke pejabat MIA keesokkan hari nyer..
bukannyer teman tak nak bayor awal & menanti sehingga diberi 'last call' dari MIA. tapi teman dok ngumpul duit nak bagi cukup. yer ler untuk orang yg bekerja sepenuh masa pasti lah RM250 tu tak seberapa. tapi bagi teman yang dok rumah sepenuh masa ni memang besor le nilai RM250 tu. teman rasa rugi pulak kalau teman tak bayor, sebab sekarang ni pun teman masih lagi buat kerja-kerja akaun, walaupun hanya 'part-time'. Tapi keahlian MIA itu akan menguatkan lagi skil dan kemampuan teman dalam bidang ini. kalau tak bayor, kena 'tendang'.. kalau nak masuk semula, mahal pulak dendanya nanti... harap2 sampai lah cek tersebut ke Dewan Akauntan dengan selamatnya. Amin.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, December 23, 2008

011 kontang idea

Beberapa hari ni teman cuba juga nak menulis.. nampak gaya nyer.. disebab dek keletihan dengan kerja rumah, melayan kerenah anak-anak, serta dalam proses terakhir untuk menyiapkan akaun.. maka keinginan nak menulis jadi buntu... hmmm, .. nanti lah, bila fikiran dah rasa lapang.. hati pun dah aman.. dan tak terganggu dengan kerja-kerja akaun, pasti akan ade idea untuk menulis.. harap2 lah..

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, December 9, 2008

010 Catatan santai caca marba


Sehari sebelum aidil-adha 2008, ketiga-tiga anak selsema dan batuk. Anis demam & selsema. Aliya pula batuk & selsema., kesian betui kat dia. Hidung asyik tersumbat jer, petua org tua-tua, kalau anak selsema, sapu kunyit hidup kat batang hidungnya supaya selsema kering. Tapi dah ‘tonyoh’ kunyit sampai kuning-kuning batang hidung nyer tapi selsema masih kuat.. masih lagi hijo kaler nya.. teman pun dah ‘letih’ nak sedut (sedut dengan mulut ler). Tu ler adat ‘beranak kecik’, kalo bukan kita sendiri yang sedut, saper lagi nak buat, kesian kat baby, susah dia nak bernafas. Bila dia batuk kuat sangat pun,dan lama pula batuknya, sampai nangis2 jadi nya.. bukan apa ‘letih’ gamaknya, batuk tak berhenti-henti.. orang tua pun boleh mengah, inikan pula baby.

Pagi aidil-adha, demam anis masih kuat lagi. Lepas mandikan dia dengan air suam & bagi makan ubat demam, dia tidur dalam buaian. Aliya pula okay, cuma selsema yang masih kuat. Batuk masih ada Cuma kadang2 ajer. Fikri pula, lepas bagi makan ubat, terus ligat. Selsema ajer yg dok meleleh. Tu pun bagi dia satu sapu tangan untuk lap selsema, marah betui bila dia jilat selsema nya tu. Katanya ‘sedap’.. ish ish, letih juga la ngajor nyer supaya jangan ‘makan’ selsema tu, kotor.. bukan apa, teman pernah le juga tengok anak2 sedara yang bila kena selsema, muka nya comot, selsema yg hijo2 tu main lap dgn tangan jer.. dah macam muka anak2 orang terbiar jer. Jadi teman tak ndak ler anak teman jadi ghope tu. Kalo boleh bior le maintain hensem.

Alhamdulillah, anak2 teman ni jarang sakit (macam ibunyer ler), tapi bila sekali sakit tu yang haru.. sakit dah ler kuat, pastu berpanjangan pulak.. sian Anis, dah 2 hari demam, dok tidur jer. Bila bangun, tak nak makan, mujur nak menyusu, kalo tak dilayan (didokong, diriba, digosok2) mula la merengek2.. meragam-ragam. Aliya pun tak meragam ngada2 macam tu.

Ingatkan semalam (aidil adha), nak snap gambar banyak2. Almaklum ler kat rumah mertua semalam ramai juga sepupu2 suami yang datang, kiranya anak2 buah wanchik (ibu mertuaku) ler. Yang berkeluarga dengan kerenah anak-anaknyer.. yang bujang dengan hal2 orang bujang nyer..  tapi dek kerana anak2 teman semenya tak sihat, aliya pun asyik nak memerap dengan teman, anis pulak bila dah bangun dari tidur, tak nak pulak dengan orang lain.. jadi mood teman nak snap gambor pun jadi kendur.

Masa kami sampai ke Ulu kinta (rumah mertuaku), zura dan adik2 nyer (marina & farhana) ada.. depa dah sampai semalam lagi.. hmm, tak pakai baju raya pun.. zura ni anak pakcu & arwah makcu. Makcu kakak wanchik, dah meninggal tak silap lebih 6 tahun dulu. Tahun ni depa bertiga beraya di rumah wanchik sebab pakcu pergi New Zealand melawat makcik (mak tiri depa) yang bekerja kat sana, awal tahun baru pakcu balik ke Taiping. Kerja di kedutaan kot, ntah ler, teman pun tak berapa pasti.. New Zealand tu kat area mana. Malas nak amik port benornya.. sebab nya tak ler rapat sangat dengan makcik ni. Kata zura, lagi 2 tahun baru makcinya balik Malaysia. Setahu teman, makcik ni memang koje gomen cuma teman tak berapa nak amik tau jabatan @ kementerian apa.. Seingat teman pun baru 2 kali teman berjumpa dengan makcik, hatta namenyer pun teman idak ler tau, sebab makcik dok di kl. Sejak kahwin dengan pakcu memang tak dok dengan depa di Taiping pun.

Berbalik pada zura, zura ni cikgu, ngajor di sebuah sekolah menengah di Kamunting. Dulu lama juga dia ngajor di Sabah. Baru jer setahun lepas, dapat balik ngajor ke semenanjung, yang manis nya dapat pulak ngajor di sekolah yang dekat sangat dengan rumah nyer.. jalan kaki pun boleh.. tapi zura idak le jalan kaki g ngajor, naik kereta juga. Depa adik-beradik ni memang teman suka, sebab depa memang ‘very nice, humble, dan bersopan’.. dalam adik-beradik wanchik, anak makcu ler yang pandai2 sekali, sebab depa ni seme ade ijazah, yang ade master pun yer.. tapi depa ni tak ler berlagak @ nak menunjuk-nunjuk. Nak buat kawan pun senang dengan depa ni. Sebab tu ler, kalo depa ni datang umah wanchik, teman mesti nak jumpa sebab sonok dapat sembang2 & bercerita dengan depa.

Sekarang ni marina pulak dok kat rumah wanchik. Dia baru jer dapat koje kat Hospital fatimah, doktor di bahagian ‘occupational theraphy’ (harap betui ler ejaan nya). Dia ni pun bagus budaknya (memang nampak macam budak lagi, walaupun dah jadi doctor), selepas abis study sementara nak tunggu konvo, sempat juga dia jadi guru sandaran kat Taiping. Lupa la pulak nama sekolah tu. Tapi yang lucunya, dia jadi cikgu pengajian agama islam, students panggil ‘ustazah’ lagi.. Katanya kerja di Hospital Fatimah tu sementara ajer, dia masih dok tunggu koje dengan gomen. Di Hospital Fatimah tu katanya memang tak ramai staff melayu. Ade beberapa kerat ajer. Hospital Fatimah ni teman tak berapa tahu sangat status nya. Dulu teman ingat hospital yang berkonsepkan Islam, rupernya meleset sama sekali, bila tengok statue Mother mary tersergam kat main entrance nyer.. Anak uncle depan rumah teman ade kabo kat teman, dia bersalin kat situ, dok tak sampai 2 hari, bil dekat RM3 ribu (bersalin normal).. murah sikit ler daripada Ipoh specialist.. hmm, teman yang bersalin di Ar-Ridzuan, dok 3 hari 2 malam, bil rm1,200++ tu pun suami & anak tidur sana.

Berbalik pada cerita aidil-adha di rumah wanchik. Hmm, hidangan nya boleh tahan juga, walau tak mewah seperti aidilfitri tapi wanchik memang tak pernah miss rendang ayam, nasi impit, kuah lontong, kuah kacang, dan menu yang sentiasa dinanti2 oleh anakcucu ialah bihun sup. Bihun sup wanchik memang ‘the best’. Ibu mertuaku ni memang ligat, lebih lagi dalam bab masak-memasak ni.. laju jer dia buat kojer.. tahu2 dalam sejam dah bertenggek 2,3 jenis lauk.. teman pun cuba2 juga ler belajor nak berligat2 kat dapur ni… huhu.. banyak lagi nak kena belajor ni.. bukan senang rupernya nak mengurus hal ehwal rumah tangga ni walaupun fulltime di rumah..

Satu lagi, si Adib dah masuk 2 minggu usinya. Sudah nampak ketara raut wajah sindrom down (SD) nyer. Tapi teman idak le sempat snap gambornya.. apapun teman melihat dia macam baby yang lain juga, tingkah laku & reaksinya tak jauh beza macam baby yang lain. Bila disebut namanya, ade reaksi macam tercari2 dari mana datangnyer suara tu.. Alhamdulillah. Macam anak2 teman masa baby dulu, sebulan pertama, kojernya tidur ajer.. badan pun lembik lagi. Jadi kalau nak ukur dari segi keaktifan dan kekuatan fizikal kena la tunggu 2,3 bulan lagi. Menurut kata wanchik si Adib tu pun ade masalah jantung berlubang sikit. Harap2 nanti sembuh la, teringatkan si Alif. Dulu masa baby detect ade jantung berlubang juga, dalam tempoh masa membesar (now dah 2 tahun), Alhamdulillah, lubang nya dah tertutup. Kuasa Allah yang Maha Penyembuh. Harap2 Adib pun begitu.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .