Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Earning HeartBeat sudah kembali + checklist kerja yang semakin panjang

salam bahagia,


Ingat tak ibu ade UP kan n3 MOde sedey : earning HB kena potong

Alhamdulillah, dah okay dah.. tapi deme letak earning tu kat bahagian ‘others’. Open-mouthed smile
Tak kesah lah kan.. janji dah dapat balik.. Winking smile




dan ini jawapan dari pihak pengurusan HeartBeat.



ibu lambat semak.. sebab email tu termasuk dalam ‘boxbe waiting list’ Smile with tongue out


hari ini dah hari khamis.. tapi dalam checklist kerja ibu, banyak lagi yang belum settle.. almaklumlah last week tak BW sangat & hanya buat n3 pastu tinggal.. tak amik port sangat… sekali minggu ni, rasa nak terlompat2… walhal dok rumah jer.. tapi ‘homework load’ dah panjang berjela… ekekek.. Smile with tongue out sendiri yang suka kan.. tapi ibu suka sibuk macam ni.. kurang2 kepala otak ni masih ‘bergerak’…





ini lah rupa destop lappy ibu.. ibu asingkan setiap kerja (kerja rumah, kerja blog & kerja untuk business) dalam sticky note yang berbeza… Winking smile  jadi takde lah rasa serabut, cuma kena agih2 kan masa jer.. Cabaran nya: adalah mengagihkan masa sebaiknya antara anak2 & kerja2 di depan lappy.


Ibu cakap terus-teras, walaupun sudah hampir 3 tahun dok rumah, tapi masih belum tiptop lagi dalam bab pengurusan masa ni… cuma ibu pastikan ibu cukup tenaga dan kederat untuk berkejar dengan anak2 dan juga kerja2 online di lappy. Kadang2 tu tangan dok sibuk menaip, tapi mulut terjerit2 dok layan kerenah anak2… Winking smile 


Dah 2 bulan ibu guna sistem sticky notes di destop ni, nampaknya berjaya.. rasa lebih terurus walaupun kerja tu banyak.. so selesaikan satu per satu ikut apa yang dirancang. Dulu ibu guna spreadsheet, tapi kan susah pulak nak tengok.. so guna sistem sticky notes ni lebih ‘visual’ & mudah. Winking smile  Kome pulak buat camana ?!!



salam kasih sayang,

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, December 24, 2010

Adakah jadi bos tu mengarah ajer kojer nyer… !!

Salam bahagia,


Ada semua bos..??!! belum lagi… tapi mungkin akan jadi bos juger kan.. Insya Allah, rezeki kenaikan pangkat pasti ada… walau tak jadi bos besor, bos kecik pun tetap bos.. supervisor @ penyelia juga dalam katergori bos. Selagi anda ada anak buah @ orang bawahan, maka anda adalah bos.


Meh tengok adakah anda bos yang hanya pandai mengarah atau bos yang serba-serbi boleh dan ade skil macam ni :


facilitator_cartoon



1. Pemudah-cara @ fasilitator



Anda suka jika sesuatu kerja/projek dapat disiapkan mengikut jadual dan suka anak2 buah anda bekerja dalam keadaan aman damai. Maka anda suka berkongsi segala tips dengan harapan kerja dapat dibuat dengan cekap.


pengalaman ibu : kalo nampak staff yg buat koje sampai pegang kepala @ ampu kepala sambil membelek dokumen seperti memandang kertas kosong.. ibu akan panggil dan terus tanya apa masalah dia. sedaya mungkin cuba untuk memberi kefahaman kepada staff. Sebab kalo dia faham, cepat kerja siap.. ibu juga yang akan senang @ dapat manafaat. Boleh cepat2 disemak & siapkan laporan untuk bos besor pulak. Winking smile



boss_pointing_finger


2. Sifu yang suka berkongsi


Sebagai seorang bos anda memang kaya dengan pelbagai pengalaman dan skil. Maka anda tidak akan segan silu untuk berkongsi dengan anak buah @ kakitangan bawahan (staff) anda. Dan anda akan selalu menggalakkan staff anda supaya sentiasa berusaha untuk belajar sesuatu yang baru. Dan anda akan selalu menawarkan diri anda untuk menjadi tempat rujukan sekiranya staff anda menghadapi masalah @ kurang faham dengan sesuatu skill @ ilmu baru. Thumbs up 


pengalaman ibu : ibu memang suka share apa yang ibu tahu dengan staff.. supaya staff turut berkembang (tidak lah selepas setahun, masih ditakuk lama) & berpotensi untuk kenaikan pangkat & kenaikan gaji. Paling suka menggalakkan staff melanjutkan pelajaran. Ada staff ibu yang masuk sebagai kerani akaun (masa umur 18 tahun), akhirnya dia sambung amik program CAT (Certified Accounting Technician). Kalian boleh refer tentang CAT ni di SINI


teacher-boy-copyright5


3. Tidak malu belajar


Anda suka meng’ekplorasi’ skil @ ilmu baru. Jika anda dapati ada staff anda yang mahir dalam sesuatu bidang, contoh anda tidak begitu fasih menggunakan Ms Excel, tahap anda hanya immediate jer & dapati staff anda sudah tahap ‘advance’. Maka anda berdikit2 belajar dengan staff tersebut beberapa tips dan teknik. Anda sedikit pun tidak merasa malu walaupun belajar daripada staff kerana pada anda, belajar itu tiada penghujung nya. Thumbs up


pengalaman ibu : banyak yang ibu dah belajar dari staff terutama menajamkan lagi skill mengguna software Ms Office (macam ade kan, powerpoint, access, excel, words, dll). Dan sangat membantu ibu dalam menyiapkan kerja dalam penyediaan laporan dan presentation.. selain tu belajor juga sikit2 hal IT dan komputer. Terima kasih staff saya terutamanya Vinna.. u memang rock, rajin melayan bos yang lambat catch-up ni.




makan-sedap


4. Suka belanja staff makan


Kalau dalam sebulan anda tak belanja staff anda apa2.. anda pasti akan rasa tak sedap hati. Kadang2 anda akan tapau makanan dari rumah.. ada masanya anda akan jemput staff anda menjamu selera di rumah. Anda seronok bila staff anda melicinkan setiap yang anda hidangkan dengan penuh selera. Satu kepuasan bila dapat melakukannya. Thumbs up 


pengalaman ibu : heheh.. ini jangan dibuat @ dicontohi… Winking smile boleh kata setiap petang @ selang 1 hari.. ibu akan suruh staff g beli goreng pisang or cucur udang & kami pun berkenduri dalam opis.. selalunya bila bos besor takde la…. Smile with tongue out  Kalo ade tu memang kantoi, tapi bos pun sporting juga, bila staff kata cik habibah belanja.. bos pun tumpang sekaki. Thumbs up 


Ada banyak point lagi sebenarnya.. kome camana? ade ciri2 ni… kalo ade, kome memang sah boleh jadi BOS…

meh tengok poin akhir ni :

5. Mengelat koje vs buat koje

Kalo itu koje kamu sebagai bos, maka sila laksanakan okay. Jika kamu yang kena attend meeting, sila attend yer. Kalo kamu kena bentang @ present report.. sila present dengan penuh confident okay..
Kalo kamu suka agih2kan koje2 ni suruh staff yang buat, meeting pun suruh staff, report pun staff buat.. presentation pun staff juga buat… kome memang suka mengelat kerja… kalo kamu ade ciri2 macam ni, kamu memang tak layak jadi bos…


Ibu terdetik nak buat n3 macam ni bila terbaca n3 pasal sikap seorang bos ni, dari blog Kak Erna.. maaf yer kak, saya kongsikan link nya di sini.. sila klik kalo nak tahu citernya… >>> bantu ringankan beban perasaan



nota : semua pic hasil google..


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, October 25, 2010

Jom pekena Keteow goreng berkuah sambil review kerja ibu sepanjang tahun 2010

salam bahagia & selamat pagi Isnin,

Minggu ini sudah masuk minggu terakhir bulan Oktober 2010. Tinggal 2 bulan lagi sebelum melangkah ke tahun 2011. Cepot benor masa berlalu kan..

Sebelum ibu review semula azam tahun 2010.. terlaksana ke idak atau hanya  catatan yang tidak @ lupa nak dipandang dan dibuat, jom breakfast dulu dengan keteow goreng basah/berkuah.


IMG_8746

Asalnya ibu nak masak keteow hailam.. tapi ntah camana tak macam keteow hailam pun.. maka nya ibu pinda la nama nya jadi keteow goreng berkuah.. nak panggei keteow goreng basah pun tak leh, sebab kuah nya melaut.. Open-mouthed smile

NI ibu masak hari Jumaat lepas.. buat 1/2 bungkus jer.. anak2 makan sampai licin. Berebut deme makan. Tapi tak leh buat sampei sebungkus, nanti tak habis.. membazir lah pulak. Seronok juga nengok anak2 makan berebut-rebut. Smile with tongue out

Kome kalo nak sedap makan keteow berkuah ni, elok letak udang.. baru manis.. lagi laju le anak2 menghirup.. walau anak2 (anak2 ibu le) tak suka makan udang, tapi deme kalo kuah sedap.. lagi laju makannyer.

Dah makan sedap, meh le join ibu sekali muhasabah diri… ehh, mereview azam tahun 2010. Bila ibu jengah balik n3 Selamat tinggal 2009 memang tinggi keazaman ibu untuk menjadikan tahun 2010 sebagai titikmula untuk ibu terus tersenyum dan terus gigih, namum bila disemak ‘kejayaan’ dalam bentuk ‘kerja yang siap’..  hmm, hasilnya tidak lah ‘lumayan’ @ membanggakan.. namun ia nya berterusan..

Dalam n3 ini, IBu hanya mereview hal2 yang berkaitan dengan kerja2 yang ibu buat di rumah, selain kerja2 rumah, mengasuh dan mengajar anak-anak. Hal/aktiviti dengan anak2 ibu citer di n3 lain nanti.

Pertama, Kakyong’s shoppe

Ibu telah memulakan bisnes online Kakyong’s shoppe pada awal tahun 2010.. tapak pertama bermula di platform wordpress, kemudian beralih ke platform blogspot. Buat masa ini ibu menumpu kepada jualan lampin kain modern (cloth diapers) dan aksesori baby. Jualan yang ibu dah buat belum lah lagi mencapai 500 keping cloth diapers.. namun ibu mampulah untuk pusing modal beberapa kali dan dapat servis bil streamyx.

Walaupun sudah 9 bulan menjual cloth diapers dan sambutan itu ada on & off (persaingan boleh tahan sengitnya.. karenah customer juga boleh tahan lah bisanya… kadang2 tak daya juga ibu nak beri harga murah..). Insya Allah, akan meneruskan usaha. Walau ia berkembang sangat perlahan, namun bisnes online ini telah membuat ibu tersenyum.. sekurang2nya jadual harian ibu telah diisi & gembira dapat menimba ilmu ibu dan berkenalan dengan pelanggan yang pelbagai latarbelakang. Terima kasih atas sokongan pelanggan2 kakyong’s shoppe, tanpa kalian takkan bergerak kakyong’s shoppe.

Perancangan ibu memang banyak untuk kakyong’s shoppe.. cuma sekarang ni ibu harus meningkat kan lagi promosi.. masih ramai lagi yang tak kenal kakyong’s shoppe, dan juga meningkatkan servis melayan pelanggan. Customer always right kan.. Hot smile

Insya Allah, ibu akan cuba membuat lebih banyak review tentang cloth diapers.. idea tu banyak nak tulis.. tapi malas nak susun point molek2.. amik masa sket.. kalo ibu sendiri tak faham.. apatah lagi orang lain, terutama yang masih belum kenal cloth diaper.. tengok pun tak pernah.


kedua, projek cross-stitch

Ibu mendapat semangat untuk menjahit cross-stitch semula setelah kerap-kerap melawat ke Yati’s blog. Sangat teruja dan sangat terMOtivasi bila melihat kerja-kerja cross-stitch Yati.

Projek permulaan ibu adalah cross-stitch bookmark. Yang ni ada yang ibu jadikan hadiah GA. Tak banyak yang ibu sempat buat pun… sukar mencari ruang untuk menyiapkan kerja.. tangan kecil Aliya kerap ajer ‘merosakkan’ benang dan kekerapannya Anis membantu ibu menjahit cross-stitch… sungguh menduga.. pernah sekali bekas benang2 ibu anak2 buat main.. (tak leh tinggal walau nak ke toilet kejap pun.. habis depa kerjakan)

IMG_6769
Ini adalah contoh hasil jahitan anis.. dia main cucuk jer benang tu ikut sesuka hati dia… Disappointed smile .. anak2 memang mudah meniru apa yang ibu buat..

Ibu memang ade lagi jahitan cross-stitch yang masih in-progress.. tapi sebab en ayah kata, tak payah la buat dulu.. lagipun belum ade tempahan dari sesiapa. daripa kerap diganggu oleh anak2., elok lah ibu tumpu pada aktiviti lain.


ketiga, kerja akaun
IMG_7118
I
ni adalah hasil pendapatan daripada kerja akaun, satu2 nya job yang siap dalam tempoh 1 bulan. Boleh teka berapa jumlah RM?? x sampai 1 ribu pun. Alhamdulillah, tahun 2009 - tiada job yang siap. Tahun 2010 ada juga 1 job yang siap & sehingga ke tarikh ini ade 1 job lagi, yang masih juga tak dapat disiapkan..

JOb yang tak siap tu, minta maaf banyak2 kat tuan empunya.. ni lah akibat kerja bertangguh.. dok sibuk hal lain.. sekali dengan lappy rosak.. kena buat semula (key-in semula dari awal), tu yang jadi down sikit bila tengok perancangan kerja (work planning) dah jauh melencoong dari perancangan asal.. ibu admit la.. ini memang 1 kegagalan untuk tahun 2010. dan ini dah menjadi liabiti, ibu harus segera usahakan agar ia bertukar menjadi aset semula.

keempat, menjahit

Ini pulak projek yang hanya bermula pada Julai 2010. Itupun selepas ibu berjaya membeli beberapa fabrik dan peralatan menjahit. Modal nya adalah dari kerja akaun tadi.

Ini pun amik masa juga, sebab ibu belajar online ajer melalui tutorial jahitan kawan2 blog.. terutama di blog My CrazyArtZone.

Ibu baru berjaya menjahit peasant top, skrit ropol, peasant dress & juga seluar untuk anak-anak. Banyak lagi yang ibu nak belajar pasal jahitan ni. JIka ibu tak mengadap blog, ibu banyak habiskan masa belajar men’digest’ tutorial jahitan on-line.

IMG_8548

Masih berharap untuk membeli beberapa jenis lagi fabrik cotton. Open-mouthed smile nak beli fabrik pun, terpaksa mengharap ehsan income dari kakyong’s shoppe juga.

Begitu lah serba sedikit (panjang lebor juga n3 ni kan) tentang apa yang ibu usahakan tahun 2010. JIka ingin diukur pencapaian.. sangat lah jauh untuk mencapai skala berjaya dengan penuh jaya. Jika orang lain boleh, ibu pun pasti boleh.. kalo banyak sangat alasan, camana nak berjaya kan.


Dan ibu sekarang ni dah tak melayan apa2 game di FB.. (sudah 3-4 bulan la jugak). FB pun dah jarang2 buka… kadang2 kalo buka pun tak sampai 10 minit.. tengok & baca sambil lalu jer status kawan2.. jarang sangat lah komen.. maaf yer.. bukan ibu sombong, tapi mood untuk berFB ni sudah sedikit padam.. dan buat yang baru add ibu as fren tu.. maap la yer.. memang dah ramai bebenor dlm KIV list tu… bukan ibu tak mau approve, masalahnya ibu pun tak kenal depa ni…

mujur la mood berblog masih ada lagi.

buat semua.. selamat bekerja dan memulakan minggu baru dengan penuh bersemangat. Untuk ibu2 yang SAHM & WAHM, semoga hari kalian adalah hari2 bahagia yang penuh semangat dan bertenaga , 24/7.  
Winking smileOpen-mouthed smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, October 13, 2010

System busy @ maybank2u

Salam petang rabu,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Urusan jadi tergendala hari ni... huhuuu.. banyak yang perlu ditransfer (baca : membayar hutang)  hari ni... tapi maybank2u tak mau layan ibu ... huuhuuuuu.. 



Kepada pihak2 yang berkenaa.. saya bukan sengaja tau...




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, September 1, 2010

Tikam menikam

Salam ceria hari rabu,


sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu sebenarnya dalam mode malas benor nak menulis blog.. huhuuu...

hari ni perancangan asalnya nak menjawab tag.. tapi bila baca soklan pertama tag tu " apakah perasaan anda bila ditikam oleh kawan" lebih kurang cam tu le soklannya.. buat ibu teringat pada pengalaman semasa ibu bekerja dulu.


Terus tak jadi jawab tag.. heheee..

Ibu cuba share pengalaman ini dan harap dapat dijadikan teladan untuk semua, terutama buat ibu-ibu yang bekerja.

Kes ini berlaku pada tahun 2004. Ibu bekerja di syarikat A yang membuat komponen otomotif (wire harness).. Ibu mula bekerja di syarikat A pada Ogos 2003. Posisi ibu pada waktu itu adalah Asst Manager aka Asst Accountant. Ibu actually memang ahli MIA yang layak utk jawatan Akauntan, tapi sebab boss ibu dah pegang post Accountant, jadi ibu sebagai pembantu nya maka tak leh la ade 2 post Akauntan

Ada 6-7 staff yang berada di bawah seliaan ibu.. awalnya ibu harus monitor dan semak kerja semua staff sorang diri.. memang kerap lah pulang lewat.. lebih dari jam 6 petang masih lagi di pejabat.. tray dokumen untuk semakan kerja2 staff juga tidak pernah surut. huhuuu.. masa tu tak kahwin lagi kan.. so ibu memang dedicate banyak masa ibu dengan kerja.. 

work load cartoons, work load cartoon, work load picture, work load pictures, work load image, work load images, work load illustration, work load illustrations
http://www.cartoonstock.com/directory/w/work_load.asp


Setelah hampir 8 bulan bertungkus-lumus monitor kerja staff sorang2, tu belum campur kerja ibu yang selalu kena attend meeting, buat report.. & juga kena monitor performance staff, kaunseling staff.. dan macam2 lagi lah.. rasanya siapa yang ada staff bawahan pasti tahu tanggungjawab ini., Akhirnya ibu dapat pembantu aka Eksekutif Akaun (EA). Alhamdulillah, sebahagian kerja ibu sudah berpindah tangan ke EA.

Kes yang ibu nak share ni memang ada berkait dengan EA. Kejadian berlaku setelah beberapa bulan EA masuk. Suatu hari bos aka Akauntan panggil mengadap.. ibu di'attack' sampai tak leh nak defend diri sendiri.. rupanya EA ada mengadu dgn bos yang ibu ni 'fussy', banyak dokumen perlu ammend berkali-kali... pastu lambat buat semakan dan macam2 lagi lah.. which is kalo nak tulis semua ibu rasa tak sanggup.. tak sanggup nak ingatkan segala tohmahan yang dilemparkan. kesimpulannya pada waktu itu, imej ibu di mata bos memang dah ' tercalar'.

Kerana kejadian itu, bos telah 'suspend' ibu daripada menyemak beberapa dokumen.. walhal dokumen itu amat penting dan melibatkan banyak pihak. Jika tidak disemak betul-betul boleh menyebabkan bahagian produksi tergendala.. dan dokumen ini melibatkan pihak bank, pengimport, pelabuhan dan juga kami sebagai pembeli bahan mentah. Well, ibu terima hal itu dengan tangan terbuka. tapi awal2 ibu dah cakap, 'sekiranya berlaku kesilapan, ibu tak mau ambil tanggungjawab' fullstop.Tugas untuk menyemak dokumen tersebut diserahkan kepada EA.

dan, the worst part ialah - selama 1 bulan bos langsung tak bertegur sapa dengan ibu.. hatta panggil masuk mengadap pun tidak.. walhal sebelum ni setiap minggu ibu pasti dipanggil untuk membuat laporan.

Ibu ni jenis bukan orang yang mudah mengalah, tapi peristiwa itu memang sedikit buat ibu frust. Memandangkan senarai kerja ibu yang sangat panjang dan timeline yang singkat, maka ibu alihkan rasa frust dengan fokus kepada kerja-kerja lain.. pada ibu takde sebab ibu nak tunjuk kecewa, walau masa itu ibu dapat rasakan diboikot oleh beberapa orang staff termasuk bos sendiri. 
work load cartoons, work load cartoon, work load picture, work load pictures, work load image, work load images, work load illustration, work load illustrations
ni sebagai hiasan jer.. sumber dari http://www.cartoonstock.com/directory/w/work_load.asp


Tapi kerja ibu tak pernah surut.. sebab ibu juga harus melapor kepada pengarah dan Pengurus Besar (GM).. dan perlu juga attend meeting.. dalam 1 minggu entah berapa meeting.. ibu juga yang kena siapkan minit.. heran sungguh, GM tu bukan takde sekretari tapi ibu juga yang diberi tugasan untuk menyiapkan minit. 

Dan dalam tempoh tersebut, ibu memang tidak monitor kerja-kerja EA sebab boss kata dia yang akan directly monitor. So, lagi lah ibu suka.. memang ringan sangat bebanan fikrian sebab ibu boleh siapkan banyak kerja dengan aman. Dan EA pulak memang suka hati lah sebab dia dapat perhatian boss berlebih-lebih dari ibu. Ibu sikit pun tak amik port.. buat lah apa suka.. pada ibu yang penting ibu buat kerja betul2 dan elakkan buat silap.

Setelah hampir 1 bulan.. naik 1 isu.. barang yang kami pesan dari Japan telah stranded ke Port/pelabuhan yang salah. Masa itu pihak prokduction dah bising... sebab duedate dengan Proton dah hampir.. tapi material masih tak sampai-sampai.. sepatutnya production dah patut ON. Ibu dapat tahu hal ini pun sebab HOD Production datang jumpa ibu dan tanya ibu pasal pesanan tu. 

Selepas diteliti dan disiasat dengan EA dan pegawai akaun yang terlibat... rupanya details dalam dokumen LC (letter of credit) telah silap tick port.. sepatutnya Pelabuhan Kelang, tapi yang di tick adalah Singapura... jauh tu Singapura dan Pelabuhan Kelang. Ingat senang ke nak retrieve kargo kami dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Kelang. Macam2 prosedur, kos dan masa yang terlibat. 

Boss pun dapat tahu.. kan main lagi dia mengamuk.. selamba jer dia nak letakkan kesalahan pada ibu.. " kenapa u tak check??"  dan selamba juga ibu jawab " U kan yang tak bagi I sentuh semua dokumen yang berkaitan LC dan BA (bankers Acceptance), so why I pulak yang kena tanggung??"

So, akhirnya ibu pun berbincang dengan boss (boss ni actually my fren & kami sama2 kerja dalam 1 team semasa kerja di Audit Firm).. walaupun kami kawan, tapi dalam hal kerja kami kekalkan profesionalisme.. xde lah nak panggil aku engkau depan staff.. cuma memang ibu sedih bila boss boleh termakan kata-kata EA, sampai hilang percaya pada ibu.

Hasil perbincangan itu, ibu come out with solution.. tapi EA yang perlu handle kes ini.. jika tidak berjaya baru lah ibu yang akan ambil alih.. nak sangat KUASA kan (memang nampak sangat dalam tempoh 1 bulan tu,EA memang kerap masuk bilik boss dan boleh kata ada beberapa kerja ibu dia nak amik alih..).. so meh sini kita test, pandai ke tak berurusan dengan bankers, pihak pemgimport dan beberapa pihak yang berkaitan.

Dipendekkan alkesah, ibu juga akhirnya yang perlu selesaikan masalah itu.. at last bos sendiri yang decide EA masih belum berkemampuan untuk buat beberapa kerja @ tanggungjawab, kerja2 tu akhirnya diserahkan semula pada ibu.


sumber dari sini


Perasaan ibu..??!! Tak lega pun.. sebab kerja ibu tetap bertambah.. tapi dah tanggungjawab ibu ambil ler semula kerja2 tu.. lagipun ibu memang suka dan ibu seronok bekerja.. I really love accounting.. btw, Accounting bukan setakat nombor.. tapi juga kemampuan untuk membuat keputusan.. macam2 keputusan yang pasti ianya melibatkan operasi syarikat..

So pada yang bercita2 nak jadi Akauntan.. maksud ibu yang sudah kerja dalam bidang akaun tapi masih di tahap officer @ executive.. sila lah belajar dengan tekun untuk melayakkan diri bergelar Akauntan. Sila asah diri supaya sentiasa positif dan tekun dalam kerja.. jangan lokek ilmu dan jangan juga malas belajar benda baru.

Akauntan sekarang tak macam dedulu.. akauntan dedulu hanya petik kalkulator jer.. tapi akauntan sekarang perlu pandai PA.. kalo tak pandai bercakap camana nak berurusan dengan bankers, pembekal, juga pembeli, dan juga agen2 lain yang berusuran dengan syarikat.. perlu pandai buat presentation yang menarik.. kalo public speaking berterabur dan presentation orang tak faham.. camno pengarah/director nak terima idea... Akauntan sekarang ni memang perlu dinamik dan uptodate.. sebab Akauntan sekarang adalah sebahagian decision maker dalam syarikat.

nota:
dalam xde mood nak menulis.. terpanjang plak repekan kali ni.. hopefully sedikit info dapat memberi manafaat..





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, June 29, 2010

Rutin saya di pagi hari...

.
Salam bahagia buat semua,

Ibu bukan blogger tegar yer.. walaupun kalian nampak lately ini setiap hari ada 2 entry, 1 pagi & 1 petang.. tapi sebenarnya, ibu bukan lah menulis di setiap pagi dan petang, juga tidak menulis setiap hari. Ibu ni jenis orang yang bekerja ikut mood, jadi dengan situasi ibu yang dok melepak di rumah dengan anak-anak ni, ibu memang membiasakan diri setiap hari mempunya list senarai kerja yang panjang.. takde lah panjang berkajang-kajang.. tapi penuh lah muka surat buku 3-5.

Ibu juga tidak meletakkan jadual kerja yang tetap untuk setiap jam... saya suka flexible hour.. saya buat apa yang saya suka... errkkkk.. statement apa kah ini.. 


Panjang le plak mukaddimah.. poinnya tak sampai2 juga lagi.. btw, ibu harap kalian akan kenal sedikit peribadi ibu yang simple & kadang ada sedikit malas ini... ni hanya nak citer sebahagian rutin ibu diwaktu pagi.. actually menjawab pertanyaan beberapa kawan blog yang selalu wonder apa yang ibu selalu buat dipagi hari.. sebab penah gak terserempak dengan ibu tengah online di pagi hari... seolah ibu ni macam free jer selalu.. macam best kan dok rumah... rasa macam penah tulis n3 macam ni.. tapi tak jumpa plak.. jadi izin kan lah ibu merapu serba sedikit.


xtvt waktu pagi : jam 6 - 11 pagi

  • biasanya usai solat subuh, jika aliya tidak menunjuk perasaan, ibu akan mop lantai dulu.. ni wajib buat.. kalo tak macam tak sempurna bila lantai tak bermop., kadang2 kalo tak leh nak lelap mata di lewat malam ibu dah siap mop lantai.. sekali lagi diingatkan.. saya ini bekerja ikut mood... jika aliya meragam nak nenen.. jadi ibu pun baring2 nenenkan aliya sambil sambung buat taik mata... 
  • basuh pinggan dan kemas dapur - ini pun selalunya malam ibu dah selesaikan.. cuma pagi2 just kutip cawan2 yang minum malam tadi.. tapi bila takde mood buat di malam hari jadi kerja membasuh ibu buat le seawal pagi.. area sinki adalah area yang ibu sentiasa pastikan bersih.. nak kata kemas tu tak le juga.. tp bila dapur bersih, sinki clear.. mood nak memasak pun best jer...
  • mesin kain & sidai kain - ibu hanya basuh kain bila besin/bakul kain sudah mencapai tahap melimpah.. tapi 1 hari at least mesin basuh akan bekerja 1 kali.. sebab cloth diaper (CD) ibu basuh hari-hari.. xtvt memesin kain biasanya ibu buat samada di tengah malam (sidai selepas subuh) atau di awal pagi.. ni semua bergantung kepada kemuatan & kepadatan.. konon2 jimat air, jimat elektrik... 



ni la keadaannya bila suatu hari tu ibu sakit.. sakit kepala, demam, sakit satu badan.., tak larat bangun.. tapi gagahkan juga urus anak-anak.. jadi 2 perkara ni terbiar.. hahaaa... bila sakit masa tu lah terpikir.. alangkah bagus nya kalo ade pembantu, sakit-sakit pun rumah masih kemas dan bersih... 


  • rutin membasuh sarung bantal tilam, comforter selalunya ibu buat antara hari khamis, jumaat @ sabtu.  Bukan lah rajin sangat pun, mujur la mesin basuh tu muat untuk basuh comforter.. jadi memang tiap2 minggu ibu rotate basuh comforter.. kami ade beberapa comforter yang digunakan sebagai tilam anak-anak.. ibu tak kerja hari ahad.. selalunya ahad hari untuk xtvt keluarga.. kadang2 outing, g Ulu Kinta & jalan2 cuci mata ke Ipoh town. kadang2 tak g memana pun,, tapi hari ahad memang x buat kerja2 membasuh.. 
ni foto awal tahun lepas.. recycle jer.. anis masa tu kecik lagi.

  • kesian juga mesin basuh rumah kami tu.. ada hari terpaksa kerja lebih... kadang2 karpet pun ibu cuci dalam nya.. tapi karpet yang kecik la.. kalo besor tu memang antor dobi. Tak berapa suka guna karpet, sebab karpet ni kuat perangkap habuk... tapi disebabkan tikar yang ada tu, dah hampir 'ranap' dek tangan anak-anak yang suka mencungkil, menarik anyaman tikar.. maka sudah banyak lah area yang di selotape dengan tape kelabu & maskin tape... huduh sangat dah rupanya.. malu jer kalo orang datang.. jadi terpaksa lah keluarkan semula karpet..





Orang selalu berpandangan bila dah full time di rumah, pastilah rumah bersih berkilat2.. o-oooo... this is not really apply to me... bersih mungkin lah.. tapi berselerak.. ada area2 tertentu berkali2 di kemas pun akan disepahkan oleh anak-anak.. jadi adakalanya terpaksa memujuk diri ber'tolak-ansur' dengan suasana berselerak... jika dibandingkan semasa ibu masih bekerja dulu, rumah adalah lebih kemas & teratur.. sebabnya hanya waktu malam sahaja anak-anak di rumah.. jadi kawasan yang akan huru-hara hanya di hall. jadi seawal pagi sebelum pergi kerja @ sebelum tidur malam, ibu dah kemaskan. Sekarang ni, anak-anak dah fulltime di rumah.. maka depa lah RAJA dalam rumah ni.. depa lagi expert cari barang dalam rumah..

onething, anak-anak ni bukan robot yang kita boleh program.. once kita cakap "ok, semua sudah makan, sekarang dok depan tengok CD.. ibu nak work ni" mereka akan duduk diam-diam.. it's a big NOOOO. By the time mata ibu fokus ke skrin lappy, tak sampai 5 minit, anak-anak dah lari ke bilik belakang... ada yang ke dapur, amik kerusi panjat freeze.. konon2 nak cari 'çekelet' .. ada yang panjat meja makan, konon2 nak minum air.. erkkk, kadang2 memang terpaksa angkat rotan... tapi sekarang ni rotan pun anak-anak dah sorok... jadi adalah biasa untuk ibu, sambil buat kerja sambil mulut panggil anak-anak.. kadang2 baru 5 minit mengadap kerja, dah kena check anak-anak buat apa di bilik belakang.. kadang2 dah beri permainan pun, masih depa lari buat xtvt lain.. kadang2 ibu memang boleh jadi ibu yang brutal..

ehhh, dah melencong lah pulak... okeh sambung sket lagi..

  • anak-anak ibu memang bangun lambat.. ade ibu citerkan dalam rutin harian anak-anak. jadi bila Aliya tidak meragam & melekap dipagi hari., ibu akan guna peluang tu untuk online.. mainly menulis.. kalo tak menulis, ibu akan key-in data akaun. sekurang2 nya ibu akan ada masa lebih kurang 1 jam untuk online/buat kerja selain kerja rumah.. tapi sebolehnya ibu cuba tak online sepagi hari.. sebab masa produktif tu lebih baik buat kerja akaun, walau kadang hanya dapat 1/2 jam. 
  • Saya ni memang orang-pagi, sejak sekolah menengah lagi sudah dikenalpasti.. saya akan sangat produktif di pagi hari.. jadi memang sebolehnya nak siapkan banyak kerja di pagi hari. Sebab tu masa kerja dulu, ibu sangat tidak suka jika meeting dibuat disebelah pagi.. ada masa nya meeting = membuang masa. erkkkk.. ni subjektif ya... tapi di syarikat ibu kerja dulu memang begitu lah.. ibu selalu cari excuse untuk keluar waktu dipertengahan meeting.. apa kah..??? oohh.. masa tu saya Akauntan, GM pun tak bantah saya... kahkahkah.. tapi ade head dept lain yg jaki dengan saya.... poin ni takde kena mengena dengan tajuk n3 yer...
  • memasak -- bab ni ibu sambung next n3 lah yer...

anda perasan tak.. entry ni hanya repekan semata-mata.. btw, ibu cuba pastikan setiap pagi adalah hari yang kurang sibuk.. sebab sekarang ini (sejak bbrp bulan ni lah), ibu sudah cuba schedulekan supaya kerja2 rumah yang disebut pada diawal disiapkan pada malam @ lewat malam. termasuklah kerja melipat kain.. saya melipat kain hari2 okehh.. aliya akan sentiasa setia membantu ibu melipat kain.

kesimpulannya :

  • ibu menyidai kain di waktu pagi
  • ibu kadang2 tidur lelap dengan aliya selepas subuh
  • ibu kadang2 online di pagi hari, 
  • ibu kadang2 buat kerja akaun di pagi hari
  • ibu kadang2 bersihkan dapur di pagi hari
  • akhir kata, ibu sebolehnya cuba tidak malas membuat kerja rumah.. sebab kalo saya malas, tiada siapa akan bantu saya & segala rancangan untuk 1 hari akan jadi huru-hara.. akhirnya saya akan rasa terdera sebab banyak yang perlu diselesaikan seorang diri... hhikhikkhikk... 

Adakah entri ni membuat anda berasa tidak seronok menjadi SAHM?! atau anda rasa tak sabar2 nak jadi SAHM.. sebab boleh uruskan masa sendiri dengan flexible... semua ni semuanya terletak pada diri kalian.. bekerja di pejabat pun kadang2 kita sendiri perlu memotivasikan diri kita & patuh pada jadual.. sama juga lah di rumah, harus sentiasa motivasikan diri sendiri, harus buat jadual ikut keselesaan sendiri.. walau kadang2 anda rasa down.. down tu okay.. jangan down tak bangun-bangun sudah lah... 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, June 19, 2010

Home-office idaman

.
Salam petang sabtu,

Sejak meja study ibu & rak buku ranap dimakan anai-anai, sejak itu lah ibu takde meja-kerja.. meja-kerja ibu berpindah randah.. kadang2 di meja makan, kadang2 buat kerja di hall.

Dari hari ke hari memang menyimpan hasrat untuk ada home-office @ work station yang comfortable, praktikal & kondusif. Teruja kalo dapat home-office yang macam kat bog ni.. klik jer sini, anda akan didirect ke blog itu. yang kat sini pun macam best juga.



foto credit to Pn Google
dapat yang simple camni pun okay..

foto credit to Pn Google
yang ini nampak begitu praktikal.. i likkeee..


foto credit to Pn Google
yang ini sesuai untuk rumah yang punya ruangan sempit.. nampak praktikal kan.. as for me prefer warna lain la.. kalo hitam tu buat daku rasa macam susah nak bernafas.... hihiii


I miss my-x-home office... walau hanya 1 desk study with attach rack.. & ade 1 rack kecik.. tapi mudah nak buat kerja.. xde saper ganggu masa ibu buat kerja..



buat masa ini.. bertahan dengan apa yang ada dulu. walaupun kadang2 sampai sakit2 belakang sebab lama sangat duduk & kebas2 kaki.. tapi hidup harus diteruskan.. sebab ini lah tempat daku berhubung dengan kawan2 di alam maya, juga tempat daku mencari duit (walaupun duit tu belum nak nampak lagi..) ... cuma yang tak begitu selesa, ade jer tangan2 kecil yang akan usik sana, usik sini... 

hopefully, file2 keras yang itu tu... cepat2 lah beredar dari meja itu... 

Btw, kali ni (bila ade duit ler) ibu akan plan betui2 nak ade home-office yang camana. Untuk yang berhajat untuk ade home-office sendiri, mungkin TIPS ini boleh membantu.. juga Tips ini



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .