Salam bahagia kawan-kawan,
Accounting software saya si UBS sudah buat hal.. tak tau di mana silapnya.. dia tak detect UBS toggle..
nota : sekarang ni UBS dah tak guna toggle ni.. yang ni back to year 2006/2007.. . Now UBS guna sistem macam serial number untuk pengesahan sistem.
yang biru tu la ‘ubs toggle’.. tak tahu term yang betul, dari dulu dok sebut UBS toggle…
Bila sistem UBS tak leh nak detect UBS toggle tu.. maka, sistem ni terus jadi ‘For Educational Purpose"’..
bila dah jadi macam tu… terus tak leh nak buat ‘data entry’….
Kalo nak beli baru, UBS accounting sistem ni.. paling murah adalah RM1,299 untuk single user, boleh rujuk kat SINI
Saya sedang cari accounting software yang free-ware.. agak2nya ade tak??
Saya sebenarnya dah malas nak buat akaun.. sebab perlu beri komitmen yang tinggi. Lebih-lebih lagi kalo akaun yang besar & aktif.. memang amik masa & saya pulak hanya boleh fokus 2-3 jam sahaja sehari..
Sekarang ni anak-anak yang akan request ‘ibu tutup la koputer.. tak payah kerja, main dengan kakak jer..’ << ni Anis., bila ibu mula mengadap lappy lama benor..
Aliya pulak “ibu, pujuk la aku (Aliya sekarang ni kejap bahasakan diri dia ‘adik’, most of the time ‘aku’) nanti aku nangis.. aku tak nak rehat dengan ayah.. ibu enjut la aku nak tidur.. ”
Btw, sebab ade new request untuk accounting job.. small job jer.. dan tak complicated.. kesian pulak nak tolak.. rasa macam boleh buat manual. Tapi kalo ade accounting software yang free-ware, pasti lebih memudahkan kerja.
Ari tu, job last yang saya buat tu, partially guna sistem, partially buat manual guna spreadsheet. Biul jap kepala buat accounting secara manual… berjam-jam jugalah untuk balance kan akaun tu. Sebelum buat manual tu, sistem UBS weng kejap.. habis data korup. Mujur le ade buat back-up. Berpeluh2 juga lah nak trouble shooting untuk restore data back-up tu.. bayangkan dah hampir 3 tahun tak trouble shooting UBS., lebih lagi data back-up tu dalam format lain plak tu.. memang berjurai jugak le airmata.. kalo tak leh restore, mau sia-sia jer kerja selama ni.
Alhamdulillah, kerja tu dah settle.. dokumen pun sudah dipulangkan. Lega sangat rasa.. hilang satu beban di bahu dan di jiwa.. mungkin akan ada few follow-up jer la. Yang pasti tak perlu dah nak bersengkang mata masukkan data dan semak angka.
salam kasih sayang,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!