Salam bahagia kawan-kawan,
Hari ni Ipoh panas terik.. panas yang sangat kering… begitu
juga pada majlis kenduri kahwin sepupu sabtu lepas.
Tengoklah.. bukan mudah nak snap gambor pengantin, punya lah
ramai jurukamera.. Rombongan pengantin lelaki datang dari Bagan Datoh.
Tahniah buat Erma & Najib.. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya ni belum berkesempatan berkenalan dengan Najb lagi.. harap2nya lepas ni dapat kenal. Pertama kali jumpa si pengantin lelaki pada majlis kenduri. Selama hari ni dok dengar cerita dari Zura (kakak erma).
Ini ajer lah 2 keping gambor pengantin yang sempat saya snap.. sebab lepas tu saya sibuk menyembang dengan kawan twitter.. jumpa pertama kali..
Menu untuk hari tu adalah nasi putih dan nasi hujan panas (yang berwarna warni tu la..), ayam goreng dan air asam, daging masak merah (macam masak hitam tapi tak cukup hitam.. heheh), dalca dan buah tembikai.
Selain itu PakCu ada upah orang buka gerai – macam2 ada : gerai satay, gerai rojak buah, gerai cendol, gerai pecal, gerai bhun sup dan gerai keatoew kerang.
Boleh pecah perut kalo makan semua tu.. yang pasti semua nya
habis licin.. tetamu ramai.. kenduri rumah tok penghulu lah katakan.. kami nak
tapau lauk daging pun tak merasa… Alhamdulillah, memang takde yang terbazir.
ni pecal… mabeles.
bihun sup dan satay.
anak teruna saya yang tak sudah2 dok ajak balik rumah.. masih demam lagi masa kenduri tu..
Aliya sedang layan cendol.. sori tak nampak mukanya…
Anis yang asyik nak makan gegula jer.. makan nasi sikit jer.
Lastly, interprem gambor ibu dan anak2 di pelamin.. si baju
merah tu Adib, anak sedara yang istimewa.. saya tak sempat snap gambor pengantin masa bersanding dan masa makan… dok sibuk
bersembang dengan member twitter.. tak ingat dah nak snap gambor pengantin..
p/s
ada masalah dengan feedburner pulak.. x leh nak post n3 dari WLW... ish.. tensi
salam kasih sayang,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!