Salam bahagia,
Alhamdulillah, tahun ni anak-anak ber3 dah lebih berakal.. dah pandai menikmati nikmat @ perasaan berhari raya. Depa paling suka bila part dapat sampul duit raya.. Kalau tahun lepas, Anis & Aliya masih blurr lagi dengan suasana berhari raya.. tapi kali ni berbeza lah sedikit.
Pada hari raya kedua, ANis tak mau bangun awal & tak mau mandi.. dia cakap “ kakak tak nak nyontet raya.. kakak penat asyik makan jer… ”
saya pun cakap kat ANis, “kalo kakak dah kenyang, tak payah makan, kakak duduk jer dendiam.. ”
ni sesi menayang kasut raya… gambor Aliya jer yang ade… rasa macam dah snap 3-3 orang tapi jumpa gambor Aliya jer
Tahun ni en ayah tak belikan baju raya untuk anak-anak, tapi beli kasut sarung sorang satu… Aliya memang suka sangat dapat kasut ni.. dia berusaha nak pakai sendiri.
Anis pulak??? dia paling malas nak pakai sendiri.. saya memang dah cakap pada en ayah, belikan ajer sandal untuk ANis sebab dah faham sangat perangai dia yang ‘kurang rajin berusaha’ .. the fact is ANis ni dia tak suka benda2 yang menyusahkan dia...
Baju raya untuk Anis dan Aliya… dijahit oleh adik saya (MakTeh Ani). Terima kasih pada sahabat blog yang hadiahkan kain tu pada saya.. dia tak mau namanya di sebut.. namun saya cuma nak mentioned kat sini, “saya doakan dia selamat bersalin anak ke-6, Tahniah.. ramai anak bermakna semakin banyak punca rezeki dan rahmat.. Insya Allah ”.. saya tak pasti dia dah bersalin ke belum.. moga2 dipermudahkan, Amin.
Anis & Aliya suka baju ni.. sebab kain nya jenis lembut.. kain kapas ni.. sejuk jer kainnya..
Fikri pulak, hanya guna semula baju yang dipakai semasa majlis ujibakat Taski yang lepas.
ni semasa majlis jamuan hari raya di RPA II Ulu KInta.. ada macam2 makanan.. sedap-sedap belaka.. Anis makan banyak juga.. kemudian sampai malam baru dia makan semula.. terlampau kekenyangan lah tu..
begitu lah serba ringkas citer anak2 ber3 saya beraya…
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!