Sunday, September 18, 2011

Home » , » Apa khabar semua…?

Apa khabar semua…?



Salam bahagia kawan-kawan,


Setelah lebih satu bulan atau lebih tepat 6 minggu berehat dari menulis blog dan segala aktiviti yang berkaitan dengan dunia internet, akhirnya saya kembali.


Masalahnya bukan lah talian telefon @ streamyx saya yang bermasalah, tapi wiring dalam rumah saya ni yang kaput. Kureng asem punya pemaju, wire yang depa guna tu nipis aje.. memang boleh dimakan oleh anai-anai dan bukan penebat kilat dan air… huhuu.. Memang pandai sungguh pihak pemaju ni kan, dia bagi kami warranty untuk tempoh 24 bulan ajer.. then all wiring (tak kiralah elektrik @ telefon) 5 tahun Smile with tongue out 


Dan kelewatan dalam mengatasi masalah ni pulak, disebabkan kelemahan saya juga.. andainya henfon saya tak rosak (sejak Mei dah rosak & kami tak beli baru pun – suami malas nak beli sebab telefon rumah boleh digunakan) , pasti lah masalah ni dapat diatasi dengan lebih segera.


Dan terdapat salah informasi juga antara Telekom ™ dengan Kontraktor Telekom. Ntah camana, staff TM boleh beri alamat yang salah.. rumah saya di Taman Tawas Mewah, tapi dia inform pada kontraktor - Taman Mewah. Kalo cari di taman Mewah memang sampai tahun depan pun tak jumpa rumah saya… Smile with tongue out

Alhamdulilllah, jasa baik adik lelaki saya yang hadiahkan saya henfon baru teramatlah saya hargai..






Alhamdulillah, dengan henfon purple comel ni, berjaya juga saya menjejak staff TM di bahagian penyelenggaraan untuk membantu saya.. prosesnya memang agak menjengkel kan juga, sebab panggilan saya di pass ke sana-sini.. Sad smile  sepatutnya tidak lah sesukar ini. Saya anggap masalah saya ni terpencil ajer…


Jika anda hadapi masalah kerosakan talian, tak kesah lah talian telefon tiada nada dail/tone, streamyx tak ON atau kedua-duanya sekali.

1. ANda dail ajer nombor 100 dari talian telefon tetap TM. Macam saya hari tu, saya ke TM Centre, di situ saya call no. 100. Boleh juga call dari rumah jiran, tiada caj, provided jiran anda tu guna telefon TM lah yer..

2. Sebaik anda dapat berbual dengan staff customer servis, jangan lupa catatkan nama beliau (penting untuk rujukan) dan nyatakan masalah anda. Selepas dah mengadu segala hal, jangan lupa dapatkan no report/laporan anda tu.

3. Jika ikut prosedurnya, pihak TM akan call Kontraktor TM untuk membuat pemeriksaan.

4. Sekiranya tiada staff TM yang melawat rumah anda selepas temph 24 jam, molek lah follow up semula. Macam saya hari tu, dah 1 minggu baru follow up.. camana nak follow up segera, rumah mertua takdak telefon TM, semua guna hf ajer.. telefon rumah jiran pun bermasalah juga.. Smile with tongue out  jenuh juga mendesak suami, tapi dia ni stail suka bertangguh.. dan beberapa hari sebelum Syawal menjelma baru lah dapat call/follow up kat rumah makbonda saya.


5. Dalam kes saya, report saya telah di'close' dan dianggap selesai, walhal masalah saya tak selesaipun.. bengang juga saya. Kemudian staff Customer servis tu beri saya 2 nombor kontraktor TM untuk internal wiring. Tapi KOntraktor tu cakap, depa selalunya buat kerja sebaik dapat arahan dari TM. Saya pun call TM mentenance (itu pun setelah saya selak segala fail dalam simpanan, jumpa juga nombor ni), macam2 hal pulak.. di pass ke sana sini.. mujur lah guna HotTicket.. tapi habis juga lah dalam 20 minit masa berbual untuk beberapa panggilan. Kemudian saya direfer semula ke bahagan report TM. Rupanya saya tak boleh sesuka hati call Kontraktor datang untuk check ke rumah. Bila staff TM bahagian report tu tanya saya, siapa nama staff yang beri saya nombor KOntraktor tu, saya pulak yang terkulat2, sebab lupa nak catit dalam buku nota.. 

  
6. Bila KOntraktor TM datang ke rumah anda, sila lah ringankan mulut bertanya segala yang berkaitan. Macam kes saya ni, rupanya dah banyak rumah di dalam taman perumahan kami ni hadapi masalah macam saya ni. So, dah sampai masanya wire tu nak ‘mati’.. Wire dalaman yang baru ni memang keras, tahan panas, penebat kilat (tapi tak bermaknalah nak ONline time hujan lebat & guruh berdentum) dan tidak lah senipis dan selembut wire yang disediakan pihak pemaju. Lupa nak beritahu, saya kena bayor RM80 untuk gantikan wire dalaman ni, jika Kontraktor tu tak perlu nak panjat bumbung dan syiling, caj nyer RM60 ajer.


Panjang lebor dah saya menulis ni.. Smile  sekian terima kasih.. Winking smile


p/s

1. Contest Ibu sihat anak riang akan saya panjangkan lagi tarikh dateline nya.. Insya Allah saya akan maklumkan 1-2 hari lagi.

2. Saya akan cuba menjejaki blog kawan-kawan (BW), terima kasih kerana masih ade yang bertanya khabar saya. lama tak online ni, dan rutin harian yang dah banyak saya fokuskan pada kerja lain, maka saya tak dapat nak janji samada saya boleh kekal menjadi blogger aktif.. buat masa ni saya plan untuk online selang sehari.. dan BW selang 2 hari sekali. Smile



salam rindu buat semua,

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (29)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Salam Aidilfitri buat kakyong sekeluarga. Anak2 sihat ke?Rindu nk dgr cerita dak2 tu.Ha, haritu kakyong ker yg antar sms aidilfitri utk ana?Terkejut jg, tp bila fikir2 balik Ana mmg xde sedara mara yg bhskan dirinya kakyong. Tapi ana minta maaflah sbb x dpt balas sms tu, sejak2 cuti bsalin ni, mmg jarang reload henpon sbb jarang ke kedai bli top up. Mengharap cik abg jer yg bli kan.hehehe...
My recent post Suasana Di Hari Raya - Asyila Putri Azhar (Upin & Ipin).flv
1 reply · active 705 weeks ago
alhmdllh akhirnya selesai jua ...

time kasih utk info berguna ni yer kkyong..mana tau takut2 terkena pula di masa akn dtg ...
My recent post Saspen jugak ni
1 reply · active 705 weeks ago
Selamat hari raya kak yong.. 1st ly nak minta maaf.. sy pun hampir terlupa n lambat pos brg hadiah tu kat kak yong... sorry sesangat.. tertanya2 juga dlm hati kak yong senyap.. mujur ada juga akhirnya...
1 reply · active 705 weeks ago
alhamdulillah..settle jugak akhirnya..perghh..kurun abad juga yer..
My recent post Tahun Ni Kami Tak Boleh Pergi Open House :(
1 reply · active 705 weeks ago
yan pn da fedup guna streamyx... asik problem je line... dialing tone tah bape kali problem.. last2 simpan je tepon tu... tp bil bulan2 still jalan.. tahler takde masa lg nak matikan line....
1 reply · active 705 weeks ago
patut le lama akak menyepi. anyway selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin
My recent post Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah Yang Best
1 reply · active 705 weeks ago
Comel handphone baru, kakyong. Memang payah kalau ada masalah dengan TM ni. Melainkan kita buat member dengan orang yang datang ke rumah kita untuk repair tu. Yati sendiri ada contact orang TM dan simpan, sampai skrang baik dengan brother TM ni. Bukan pe, kita tak tau bila masalah akan datang. :)
My recent post Mandi sungai
1 reply · active 705 weeks ago
Alhamdulillah..akhirnya selesai jugak masalah yong kan..
akak pernah jugak ada masalah..tapi tidak la lama sangat..dalam tempoh 48 jam..biasanya ada la orang datang..
My recent post SERONOK MENERIMA TETAMU
1 reply · active 705 weeks ago
transformed hw's avatar

transformed hw · 705 weeks ago

alhamdulillah Kak Yong dah dpt berblogging kembali. COntest tu rasanya sy tak hantar lg. Bolehla nak cuba nasib juga.
1 reply · active 705 weeks ago
Nadiah Sidek's avatar

Nadiah Sidek · 705 weeks ago

puasa hari tu sebulan nadiah 'bercuti' dari berblog dan blogwalking (takde mood yang sebenarnya..heee~)
My recent post Aidilfitri 2011: 5 Syawal umpama 1 Syawal
1 reply · active 705 weeks ago
Rindu dengan celoteh Kakyong.. :)

Myra ari tu bengang gak ngan TM, lain alamat yang diberi lain yang diorang p, yang geram tu bill diorang caj. pastu dah ler salah diorang tapi kita lak yang kena p TM untuk potong balik caj tu..

My recent post Kenduri, Open House dan Barbeque (BBQ)
selamat hari raya,hrp lepas ni lebih byk drama yang direview
My recent post Gambar pernikahan Danny X-Factor dan Saidatul Fazlin Zakaria(Lin)
1 reply · active 705 weeks ago
ummumuhammad's avatar

ummumuhammad · 705 weeks ago

wah rindunyeee!!!
1 reply · active 705 weeks ago
selamat hari raya utk kak yong & family
My recent post Main tangga dan ular versi gergasi
1 reply · active 705 weeks ago
ooo.. patutlah kak yong senyap jer.. klo ke taman mewah.. jumpa rumah mak sayalah jawabnya.. :D

Soalan UPSR bocor - Kenapa ramai yang ingat itu betul betul soalan UPSR? | Semekar Kasih
1 reply · active 705 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .