Showing posts with label anak jiran. Show all posts
Showing posts with label anak jiran. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Pulut kuning vs menukar nama anak

Salam bahagia,


Masa dok di kampung dulu, memang kerap ajer didengar cerita, si polan & si polan menukar nama anak atas alasan >> nama tidak serasi, kalo baby asyik ajer menangis, perangai anak yang teramat nakal… dan sebagainya..






MInggu lepas, jiran kami menghantar sepinggan pulut kuning.. kerana menunaikan hajat menukar nama anak. BUkan saja2 nak ditukar tetapi atas nasihat orang alim >> menurut kata jiran la.


Jika diikutkan spec nakal si anak jiran ni… memang dah masuk dalam kategori tak makan saman habis.. pernah suatu hari si anak bermain di rumah kami. Ni Fikri lah yang ajak main, sampai masuk dalam rumah. Mamanya yang berdiri di luar padagar rumah kami memanggilnya balik. Boleh si anak menengking (baru 7 tahun masa tu), ibu yang dengar pun rasa nak luruh jantung. Mujur la rumah kami ni tiada almari hiasan yang penuh dengan barangan kaca.. kalo ada, mau berkecai agaknya… (melampau betul imaginasi ibu  Smile with tongue out )… 
 

dan terdapat banyak lagi lah insiden yang ibu sendiri tak leh tahan & ibu pun dah banyak kali juga menegur si anak jiran dulu. Pernah dia ni punya perangai suka mencampak kasut @ segala barang ke bumbung rumah.. Sampai en ayah kena memancing la barang2 tu dari bumbung rumah.





Masa en ayah tengah mancing barang2 di bumbung ni.. anak jiran tu siap menyorok dalam rumah.. takut juga dia... dengan bapa nya & bapa2 orang dia reti takut.. tapi kalo dengan mama dia atau mak2 orang lain, dia buat langsung buat tak tau... 


Dan ade le few insiden lagi yang memang buat ibu tak bagi dia masuk ke rumah.. cukup la hanya bermain di laman jer.. bukannya apa, bukan sedikit barang di rumah kami yang pernah dirosakkan.. memula sebab ingatkan budak, tapi lama kelamaan kita sendiri tak boleh tahan. 


Agak2 kalo kome jumpa dengan budak degil dan tak mau mendengar kata & suka pulak ajar anak2 kita merosakkan barang2 di rumah, selain tak pandai nak hormat orang... apa kome nak buat..??!! 

Kadang2 terpikir juga.. gamaknya anak jiran ni ade ADHD kot... 



salam kasih sayang untuk semua,
.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, June 18, 2010

Aliya vs Fifi

.
Salam bahagia buat semua,,









Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com.. meh la join.



Fifi adalah anak jiran kami, rumah sebelah korner.. depa ni sebaya, Fifi lahir pada May 2008, Aliya pula Julai 2008. Few months back, depa berdua ni tak pandai berkawan.. Fifi suka cubit2 & tarik2 Aliya.. sekarang ni pantang berjumpa.. masing2 akan jerit/memanggil nama masing-masing...











ni lah gaya budak-budak bila dah pandai berkawan. kadang2 Fifi akan bagi mainan dia kat Aliya.. kadang2 depa main tukar-tukar daun pokok... huhuu.. tu pasal la abis gondol tanaman ibu nya dalam pasu.. rupanya koje budak 2 orang nih...



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, April 5, 2009

087 Satu petang nan...

Abang fikri memang setiap hari menunggu peluang untuk bermain di luar. Jadi suatu petang itu, ayah telah buka pintu pagar dengan seluas-luasnya. Maka, tersangat gumbira lah abang fikri. Di luar wawan dan Ara (anak jiran) sedang bermain basikal. Kesian abang fikri, basikal idaman abang fikri masih belum lagi ayah belikan.

Anis pun dapat peluang main di luar, tapi Anis cuma duduk tengok Wawan & Ara main basikal. Alahai, naper ler anak ibu dok kat tempat tong sampah tu.. huhuuuu.. dapat tengok orang main pun dah cukup happy untuk si Anis sorang ni.

Tak macam abang fikri, terlari-lari ngejorkan Wawan & Ara berbasikal... udah ler pakey plak sipar ibu yang besor gedabak. Akhirnya, jatuh atas jalan... apa lagi melalak la sekuat hati. First time pulak tu lututnya luka.. sampai berdarah-darah gitu. Ayah selamba jer cakap, 'itu lah, lari-lari lagi.. kejor lagi.'

Ibu juger ler yang kena jadi jururawat nyer. Ibu cuci dengan air suam & dettol. Pastu lap darah dengan kapas, sapu sket gel gamat, pastu tampal dengan plaster. Dah siap ditampal, dok ngadu, 'ket bu.. ket!' Hmmm, apa yang ibu boleh cakap, selain ingatkan abang fikri, .. usah lari-lari atas jalan. Jalan tu keras, ade banyak batu. Pandai plak dia jawab.. 'abam nak men'.. Fikri ni sebutan dia, kalo yang belakang ade 'ng' tu memang fail ler. Udang jadi udam. sotong jadi sotom. hihiii.. memang kelakar kalo bersembang dengan abang fikri. Lama-lama dia pandai la kan sebut 'ng'.

Dalam foto di atas ni, Wawan dan Ara yang prihatin.. dengan sopan nyer telah bertanya, 'kenapa dengan adik (abang fikri)?!' 'Kenapa kaki kena plaster?!' Ibu tak jawab apa-apa, malas nak jawab, bior depa yang sembang sesama depa.. heheh, ibu cuma nak snap foto jer. .

Comey si Ara, tak lama lagi akan genap 4 tahun. Orang nyer kecil molek, tapi suara nya nyaring, petah pulak tu bila bercakap. Kalo pepagi jam 7, dah dengor suara dia.. 'nak pegi sekolah! nak pegi sekolah!'

Wawan pulak dah 5 tahun, pepagi selalu dengor mak nya menjerit-jerit kat dia, soh siap, pakai kasut. Wawan pun dah sekolah juga. Abang fikri jer yang belum masuk sekolah. Hmmm, homeschool dengan ibu pun baru nak nampak hasil sikit. Bilang 1 hingga sepuluh pun masih lintang pukang.

Sejak lutut abang fikri cedera, ayah tak bagi main luor pagar dah. Main dalam pagar jer.

NoWhy


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .