Showing posts with label Aliya. Show all posts
Showing posts with label Aliya. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Terlepas sudah nombor bertuah 077777



Salam bahagia,

Pagi ni, tetiba plak teringat nak buka blog.. bukan apa, dok teringat kot-kot lah ada yang berjaya capture no 077777 tu.. rupanya bila buka email.. tiada pun. Agaknya ada yang tak perasan kot.. Bounce










Rasanya dah banyak kali dah sesi lucky no ni sudah 'terlepas'.. sebab puan blog pun lupa nak buat entri untuk reminder supaya pengunjung alert.. Insya Allah, next number will be UP soon.. belum decide lagi nombor apa.. 


 So stay tune.. Grin





p/s :



apsal Aliya melalak nih... tunggu next entry ya... 



salam kasih sayang & selamat menunaikan ibadah korban,

.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday (3) : Merajuk



Salam bahagia..


JOm tengok, siapa kah yang suka @ kerap sangat merajuk nih...











salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, October 10, 2011

Aliya sudah ‘CD’less



Salam bahagia,


Open-mouthed smile Alhamdulillah, selepas mencecah umur 3 tahun (pada 18 Julai 2011), baru akhirnya saya berjaya memujuk Aliya supaya tidak ber’CD’(cloth diapers) di siang hari.


JIka sebelum ni, Aliya akan selalu beri alasan “nanti baby kencing atas lantai” “nanti ibu marah baby kencing seluar” “nanti ayah marah” “baby kecik lagi”.. dan segala macam lah alasan dia… susah benor dia nak lepaskan CD dia tu…


Yang sebenarnya Aliya ni terbalik sikit proses toilet training dia. Kalau Fikri dan ANis, depa mula dengan diaperless yang lebih kepada ‘menahan kencing’, dan dalam masa yang sama saya latih sekali untuk membuang air besar di tandas.





Tetapi Aliya, dia mula pandai buang air besar di tandas dulu… sejak bulan Feb 2011 (umur 2 tahun 7 bulan). Memang jarang sangat lah kes dia membuang air besar dalam CD. Thumbs up  Tapi bab nak train kencing kat tandas yang sedikit slow dan sukar mendapat kerjasama.. macam2 helah diberinya, tapi dah memang masa itu Aliya belum bersedia lagi. Jadi saya pun takde lah nak paksa-paksa sangat.


Alhamdulillah, semasa Aliya 3 tahun 1 bulan. Hanya berCD di malam hari sahaja. Kes terbabas di lantai tu, normal lah.. walaupun kadang-kadang nampak macam dah lulus, tapi terbabas juga.. Kadang2 belah malam (time nak tidur) dia malas nak berCD.. pernah 1 hari (hari yang saya demam tu), tidur malam memang tak berCD, memang kering sampai ke pagi. Tapi saya tak berani lah nak amik risiko setiap malam tak berCD. Jenuh la nak jemur tilam comforter bagai.. Smile with tongue out





Tapi kalo nak pergi berjalan (Tesco atau ke rumah opah di UK), Aliya akan minta nak pakai CD.. nanti ade lah alasan dia “nanti baby kencing dalam kereta ayah” “nanti tak sempat kencing kat tandas”.. hahahhaaaa… saya layan jer la.. riso jugak kan, sebab dia baru je tak sampai 1 bulan tak berCD di siang hari.


Dan sekarang ini (Oct 2010), ALiya sudah pun 3 tahun 3 bulan.. sudah tidak berCD di belah malam. Memang dia sendiri yang tak mau, dan Alhamdulillah untuk tempoh 2 bulan.. sejak penghujung Aug sehinggalah kini, memang belum pernah kencing tilam di malam hari.


Kadang-kadang saya kejutkan dia jam 6 pagi, Aliya ikut jer masuk ke tandas, dan duduk mencangkuk.. tapi tak kencing pun. Winking smile cuma bila dia bangun pagi jam 8 pagi tu, saya memang pastikan dia masuk ke bilik air dulu.


Memang betul la tiap anak memang berbeza tahap nya kan.. Open-mouthed smile


Fikri dulu lulus sejak umur 2 tahun 8 bulan (2 minggu jer saya train dia, tidur malam pun lulus cemerlang tanpa diapers).


ANis pula masa umur 2 tahun 11 bulan (tu pun 2 kali train.. amik masa lebih 4 bulan) dan masih berCD di malam hari sehingga umur 4 tahun. Genap 4 tahun (8 Aug baru ni), dia sendiri kata tak nak pakai CD di malam hari (tak tau kalo kes malu dengan Aliya… Winking smile ). So far, Alhamdulillah.. LULUS Open-mouthed smile tapi ade juga hari2 nya dia terbabas.. memang belum lulus cemerlang lagi.


Solusinya : setiap malam sebelum tidur saya harus pastikan Anis & ALiya buang air kecil dulu sebelum masuk tidur. Dan saya akan kejut lagi pada jam 6 pagi untuk buang air kecil. Kes-kes yang terjadi  ANis terbabas kencing tilam tu.. salah saya sendiri, kadang2 lupa nak check dia dah ke tandas ke belum sebelum dia tidur. Bila dia tak ke tandas, bermakna bila saya kejut jam 6 pagi tu, memang dah basah dah..




Anis ni memang saya kena push lebih dia nih.. selalu kena ingatkan dia, “kalo kakak terasa nak kencing, terus bangun pergi tandas.” Masaelah anak dara saya ni, ade banyak vitamin M.. Winking smile 


Aliya pulak, dia memang agak ‘berlagak’ sikit lah dari kakak dia.. bila kakak terbabas & saya kena basuh comforter dan jemur tilam.. dia mula lah cakap pada kakak Anis.
“baby pandai.. baby tahan jer.. (tahan tak kencing lah tu).”
“kakak tak boleh sekolah kan ibu? kakak kencing tilam.. ”




salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, October 4, 2011

Contengan : dolphin by Aliya




Salam bahagia,


Jom tengok hasil contengan Aliya - 3 tahun 2 bulan++. 





Aliya ni dia suka belajar mengikut kemahuan dan kehendak dia sendiri. Sejak Ramadhan baru ni, dia dah mula menunjukkan minat @ kesukaan pada melukis. So far saya cuma pernah ajar dia melukis kucing, bunga, pokok dan ikan, termasuklah juga orang lidi.. kihkihkih.. Almaklumlah ibunya ni memang kureng sangat2 bab melukis ni... kiranya memang OUT la kalo suruh ibunya melukis..





Ikan dolphin ni saya memang tak pernah ajar dia.. ntah dari mana dia dapat ilham melukis dolphin macam tu.. 

Memula tu saya ingatkan ikan todak.. yer lah, dah le rupanya panjang dan slim.. siap ade macam muncung tajam di depan mulut ikan.. tapi Aliya insist yang dia lukis tu DOLPHIN.  ade ke rupa dolphin???? 





Siap ade matahari lagi... hehehhe... dia semua pengaruh kartun dan dokumentari national geographic yang biasa anak2 saya tonton jam 7.30 malam di TV1.



Yang sebenarnya ada banyak lagi hasil contengan Aliya ni.. cuma sejak saya jadi suam-suam suku berblog ni.. semuanya tersimpan dlm lappy jer... 


Sebagai ibu, saya buat masa ni memang menggalakkan ajer aktiviti conteng2 Aliya ni.. sebab ianya kemahuan dia sendiri, jadi saya sediakan apa ajer bahan yang sesuai untuk usia dia, macam kertas A4, pensel 2B, kaler pensel, dan krayon. Lagipun bila dia leka menconteng2, dia tak kacau saya buat kerja. ALhamdulillah.




Salam kasih sayang,
.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, July 15, 2011

Tidur gaya Aliya



Salam bahagia,


Aliya ni memang jenis yang suka tahan tidur.. bila time ‘bateri’ dia dah nak ‘KO’.. lagi le dia aktif nak buat macam-macam & akan request nak buat itu nak buat ini.. contohnya nak conteng (mewarna), nak tulis, nak lukis.. nak kertas, nak pen, nak gunting.. semua minta.. pastu suruh ibu sharp kan semua pen & pensil warna dia…


kalo ‘bateri’ dia tengah okay.. bila ibu tak layan sangat permintaan dia, dia akan buat sendiri.. keluorkan semua buku, pen, pensil warna sendiri.. tapi bila dah start request, “ibu lah yang amik, baby tak reti”.. “ibu duduk lah sini,” dan start buat perangai yang ngada-ngada.. Disappointed smile  contoh, bila dah sharp pensil, ade ker yang tak kena.. senang kata, apa kita buat untuk dia serba tak kena dan salah jer di mata dia.  dia plak dah start tunjuk lalakan & tangisan yang susah nak dipujuk.. tu maknanya ‘bateri memang dah weak’.. Smile with tongue out




Yang ni tak perasan camana dia buleh ada kat bawah meja nih… cari-cari dia tak jumpa.. rupanya dah ‘lebuh’ @ tidur bawah meja.. Open-mouthed smile




Tunjuk perangai bila apa yang ibu buat serba tak kena… Smile with tongue out





Memang sah.. memang time untuk NAP… Open-mouthed smile  tengok, kepala atas kertas dan pensil masih di tangan.. Winking smile



p/s :  Anak kome plak camana?


salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, June 15, 2011

Aliya main bedak



Salam bahagia kawan-kawan,


Lama saya tak update pasal anak-anak kan.. so hari ni gambor semua fresh lagi..


anak main bedak

budak kecik ni baru baik demam… semalam & kemarin demam.. terbaring jer dalam buai… hari ni dah sihat.. tengok lah apa dia buat…



ibu nya dah tak larat nak marah.. redho ajer lah.. Disappointed smile  sebab hari ni si abang fikri masih demam.. time ibu dok layan si abang, si dara kecik ni pun mula kan projek dia.. *tanda protes ni sebab ibu layan abang lebih*


comel sangat lah tu… siap request lagi.. “ibu cepatlah amik gambar aku”


kakak anis tukang tengok jer si kecik main bedak.. kakak majuk dengan ibu.. *jeles sebab abang & aliya dapat special treatment* .. Anis sibuk nak makan ubat.. << nak demam jugak.. Smile with tongue out 




Anis langsung tak nak senyum.. siap cakap.. “tak nak kawan ibu.. tak nak dengar cakap ibu..”  huhuuu… camtu sekali majuk nya..

antara 3 orang, Anis lah yang kebal sekali.. dia yang paling jarang sakit.. huhuuu.. tapi dia selalu teringin nak sakit..  Winking smile  aduhai lah anak..



Fikri yang marah diambik gambor nya… hahaha… Winking smile
Ibu tak leh tidur malam tadi.. on & off kena jelum badan dan kepala fikri.. panas bebenor.. tiap jam dok sukat suhu badan dia.. kejap 38C, kejap 39C… lepas subuh tadi, ibu sambung tidur balik.. Fikri pun masa tu baru boleh tidur lama sikit.. 

Anak2 memang jarang sakit.. tapi kali ni dalam tempoh 2 minggu ni, Fikri dan Aliya dok berganti2 demam.. baik 2-3 hari, pastu demam balik.. cuaca pun panas terik jer.. Alhamdulillah petang ni hujan di IPoh. Masa menaip ni memang tengah hujan. Open-mouthed smile  terasa sejuk nyaman nya.

Dalam dok demam2 ni, si Fikri sempat lagi request nak sosej roll , pastu nak baju robot transformer.. adoi la anak.. demam ade maksud rupanya. MUjur la Aliya tak pandai nak request apa2.. cuma yang best tadi ibu tunjuk huruf M & W.. ibu kata yang W tu M, tapi Aliya cakap “ini dabal-u la ibu”.. Alhamdulillah, ade peningkatan.. Thumbs up cuma kakak Anis jer.. dia langsung tak tunjuk minat.. Sad smile

okeh, sambung hal ‘pembelajaran’ anak2 dia n3 yang lain.

p/s
ibunya pulak yang rasa mcm nak dedor., sakit kepala, sakit tekak…


salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, February 20, 2011

Aliya : the Cilik hair stylist...

Salam bahagia,



Bior le gambor yang menceritakan nya..


rambut belah kiri.. dah selamat di koje kan nya..


segumpal juga rambutnya,,


muka si cilik yang selamba jer... langsung tak rasa bersalah... 


ni dia si 'mangsa' yang dah cacat....

tengok lah tu.. ade hati lagi nak pose-pose gaya camni... belah sini boleh la nak pose camni...




nota :

Jangan sesekali bior anak main gunting, tanpa di pantau... memula dia buat projek gunting kertas dengan kakak Anis... pastui, dia repair plak rambut dia.... ni baru jer ibu tinggal jap sebab nak buat 'urusan kadho hajat' di bilik air.. kuor2 jer tengok dah jadi camtu...  


tahu plak dia malu.. sejak rambut dah tobek2 ni, kalo nak ikut ayah pergi jalan ( pergi kedai jer), siap pakai tudung lagi.. tahu pulak malu..



salam hari minggu,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, January 25, 2011

Semalam dengan Aliya... ade saje projek dia

Salam bahagia,


Pagi ni kan ibu betul2 tak de idea nak mula menulis camana... dari jam 9 pagi dok ON lappy, kelebek gambar, kelebek sana kelebek sini.. masih tak tau nak menulis apa..


Itupun sebaik selesai kemas rumah.. bukan la kemas apa sangat pun.. tapi pindah kan semula semua mainan abang Fikri dan dah hampir 1 minggu bermukim di hall.. sakit hati betul.. semak sungguh pandangan mata.. kelmari alih tilam (tilam katil bujang di hamparnya depan hall untuk segala bear, & anak patung tidur) tapi kan main lagi si Fikri ngamuk2.. di bawanya balik tilam dan segala bear, lion, pink panter dan segala patung2 'tidur' balik kat hall.. Pagi-pagi dah selesai 'posting' semua ke bilik belakang.. karpet pun ingat nak masuk  mesin basuh.. hahhha ..


1-2 hari ni memang mesin basuh tu kena kerja keras sikit, sebab banyak hari tak basuh kain baju.. sebab sabun basuh nan-ado.. baru jer ahad lepas en ayah belikan. Semalam pun ibu sibuk dengan operasi melipat kain baju.. walau hanya tinggal berdua dengan Aliya, tak leh nak rehat jugak..


Aliya ni bila dah tinggal berdua dengan ibu.. lagi banyak songehnya.. dia main block pun nak ibu tunggu depan dia.. kalo tak nanti dia jerit2.. dah tu lipat kain sambil perhatikan dia main.. sudahnya sampai tengahari (dari jam 10 pagi mula melipat) tak selesai kerja melipat.. kain baju untuk 4 hari tau.. bukan 1 hari punya... 





Ini lah budak yang banyak songeh tu... semalam kan ibu dapat hadiah dari orang jauh.. dari siapa...??!! next n3 lah ibu cerita yer...


Subuh tadi Anis ikut en ayah & abang Fikri lagi... ibu pun tak sedar bila Anis bangun.. Ibu tersedar masa ayah kejutkan abang Fikri.. Ibu tanya ayah, "Anis mana?" Kata ayah "dah masuk kereta".. amboi, kan main lagi.. Semalam en ayah tak meniaga pun, jadi pagi tu en ayah antor Fikri, Anis pun ikut sekali ke sekolah. Pastu ayahnya bawa pusing ronda-ronda, dah balik semula ke rumah opah, si Anis siap merengek2.. 'ayah.. kakak nak sekolah'... kata ayahnya dok merengek2 tu sampai tertidur... kat belah Ulu Kinta kalo jam 10 pagi sejuk lagi.. maka si Anis pun tidur dari jam 10 pagi sampai 1 tengahari.


hari ni pun en ayah masih tak meniaga, masih tak dapat stok kelapa.. minggu lepas dapat stok kelapa yang tak lemak.. rugi jer lah.. niaga balik modal jer.. Ibu pun kena get ready la... hari-hari yang mana nanti kami cuma akan ngadap nasi+kicap jer... kalo nasib baik, dapat la makan nasi+kicap+telur.. kalo rezeki ada hasil dari en ayah mancing, buleh la makan ikan... Stok barang dapur pun memang dah susut.. tak payah la ibu sebut, nanti kome tak percaya.. btw, hal ni dah ON & Off for the past few month.. 


NI lah antara kerja si Aliya semalam.. siap nak pakai tudung la... hahahaha.. pakai tudung tapi seksi.. tu pasal snap dari atas... cover sikit bior nampak kaki sikit jer... 


nak tau apa lagi ALiya buat semalam... ibu nak habiskan lipat kain... ingat kan dia main kat laman.. cari2 tak jumpa.. ibu ni kalo tetiba tak dengor suara anak-anak.. memang kena cari depa ni.. sebab kalo depa DIAm tu maknanya ade lah Projek RAHSIA... 




ibu mengendap diam2.. snap foto ni.. dia buat dek jer.. amboi kan main rajin lagi nak tolong ibu basuh pinggan-mangkuk.. ade sikit ibu tak habis basuh. dah asyik dok melayan dia jer.. terpaksa la tinggal kerja basuh pinggan.. dok layan dia kat hall.. 


sebelum ni Aliya pun pernah buat projek rahsia ni dengan kakak Anis.. sampai banjir2 la dikerja kan depa berdua.. nak marah pun tak jadi... bila ibu cakap .. "Iya buat apa ni?" " Aye nak tolong ibu.."    


kecik2 ni rajin pulak nak tolong macam2... 





siap panjat atas tong beras lagi.. tong beras ni masa ade isi, okay lah.. kalo time beras dah tinggal sikit,  mau tak stabil, leh bergoyang dibuatnya. 






 ni gambor sebelum dia buat projek kat sinki... nampak tak tilam kat belakang tu.. tu lah tilam dah ibu dah 'posting' ke bilik belakang.. hari ni lega sikit sebab hall dah tak semak.. buleh la bersihkan habuk kat celah2 mana yang patut.  





lastly... ibu plak nak interfrem... huhuuu.. teruk nya muka ibu.. naik jerawat pasir... bukan apa dah berbulan takdak pencuci muka.. lepas mandi ibu guna bedak sejuk jer.. tu pun kadang2 buat, kadang2 tak.. kalo ibu cakap ibu pernah cuci muka guna sunlight.. nanti ade yang tak percaya pulak.. tapi kan kalo dah terdesak, apa2 pun buleh, janji tujuannya adalah untuk menghilangkan 'minyak'... 



hari tu masa awal tahun, ibu ada try pencuci muka SK II... opahsantan yang punya... huhuu... sedap pakai tu.. muka pun rasa bersih.. bau ros pun wangi... lepas wuduk zohor tu pun masih terasa bau wangi ros tu... tapi kan, bila ibu google... mak aiii... mahalnya... 



Yang mahal tu sebab harga pakej... tapi kan betui kan 20g tu RM15.. ade ke sesiapa boleh tolong confirmkan.. buat masa ni masuk dalam wishlist dulu lah... 


sekian, n3 hari ni yang terlambar dipublish.. Aliya asyik kacau jer.. sampai tertangguh 2-3 kali.


.
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .