Salam bahagia kawan-kawan,
 |
| masih ade nombor yang terbalik.. 5, 6, |
ibu : eh, silap tu, kena tulis dari kiri ke kanan (sambil tunjuk kat Fikri arah yang betul untuk menulis)
Ayah : ni baru betul-betul sekolah Arab.. semua tulis mula dari kanan…
Ibu : erkkk .. 
Fikri : biar lah…
Ibu : dalam hati (adoi.. susah benor lah anakku ni, tak mau dengar arahan)
hari Jumaat minggu lepas, ada sesi berjumpa guru di
Taski Fikri dan juga hari ambil report card.
Camana prestasi Fikri?
TAPI
-
dia ni ada ANGIN.. bila mood dia bagus, dia akan ikut sesi hafalan @ membaca.. bila mood dia tak okay, dia buat ‘BEKU’ jer.. arahan cikgu langsung dia buat derk..

-
jadi dari segi mendengar arahan ni, dia memang average.. di rumah pun macam tu.. kalo ibu terlebih2 nak ajar (biasalah, ibu kan mesti xcited terlampau) Fikri akan cakap “cikgu tak ajar macam ni. cikgu ajar lain”

-
Jadi, ada beberapa hafalan doa dia yang masuk dalam kategori “LEMAH”.. sebab dia tak nak langsung menghafal doa-doa tu di rumah.. dia selalu cakap ibu ajar salah.
Overall, prestasi baik.. cuma perlu lebih banyak latihan di rumah. Bab mood angin dia ni… adooiii la ibunya pun tak reti nak buat camana. Harus lah ibu berdoa lebih lagi, semoga anak ibu ni lembut hati.

Situasi pembelajaran di rumah :
-
Bila mood dia nak belajar dah mari, ibunya memang harus tinggalkan kerja yang sedang dibuat.. memang layan jer dia belajar.. sampai dia sendiri nak berhenti.
-
begitu juga dalam hafalan @ mengaji qiraati, bila dia dah buka buku Qiraati tu, ibunya sila lah terus layan.. kalo tak.. hangin lain yang mari..
-
Sekarang ni dia sedang minat mewarna, walaupun masih belum kemas.. tapi bila minat dia dah ade.. ibu beli jer apa buku yang murah2.. kat pasar malam kan banyak buku mewarna RM2 tu.. tapi dia punya request nak buku robot @ Transformes , jadi layan jer la..
Solat ?
Lately ni dia jadi malas nak ikut solat. Anis & Aliya jer yang rajin.. Fikri cakap, cikgu tak ade ajar solat.. So, masa jumpa cikgu hari jumaat lepas, cikgu pun explain, murid-murid yang 5 tahun depa hanya ajar cara berwuduk dan belum ade amali solat.
So, ibu nya harus lah bersabor slow talk dan usaha untuk
melembutkan hati Fikri.. dan as usual masalah saya dengan Fikri adalah dia “tak mau dengar arahan”. Kalo dengan en ayah, memang stail naik suara jer.. kadang2 opahnya cakap, “
kecik lagi, usah lah dipaksa-paksa..” Solusi untuk masa ini, ajak jer.. kalo dia nak dia ikut. Kalo tak nak tak per..

Gitulah prestasi anak teruna sulong saya ni.. Apa-apa pun saya bersyukur, sebab banyak juga yang dia dah belajor dan cikgu-cikgu di taski dah banyak membantu mengajar Fikri.
salam kasih sayang,
.