*n3 ini penuh dengan gambar, harap maklum *
Salam bahagia,
Amik masa sket nak update al-kesah Fikri ke sekolah ni.. ini hanya sebagai rekod peribadi, pengalaman pertama antor anak pertama ke sekolah tadika @ taski.
Ini lah sekolah Fikri..
Ia adalah rumah asal RPA (Rancangan Perumahan Awam) Ulu Kinta, yang diubahsuai menjadi taski. Hanya ada 2 kelas sahaja.. 1 kelas untuk pelajar 5 tahun dan 1 kelas lagi untuk pelajar 6 tahun.
hari ke2 tu sampai agak lewat, sebab nya ibu antor Fikri naik car-ki (baca : jalan kaki).. tak la jauh mana, tapi berpeluh ketiak la juga, dalam 10-12 minit.. mujur la pepagi hari nan damai. Ditambah si Aliya nak ikut juga, tak mau dok umah opah sebab Adib pun belum bangun lagi. Maka terkedek2 la ibu & budak ber3 ni berjalan kaki. 
Dah sampai kelas, Fikri langsung tak mau masuk..masa tu cikgu nya tengah bercerita sambil menyanyi lagu Gajah..
Cikgu pujuk pun tak berjaya.. dia mengeraskan badan sambil kaki nya bagai di’gam’ di lantai. Tak tahan betui kalo Fikri buat pe’el macam ni. Kalo pergi rumah orang kali pertama & dia tak kenal orang tu, pun dia akan buat pe’el macam ni. Firki & Anis memang 2-2 ade pe’el ni.. Aliya tak pulak..
Anis yang setia teman abang.. actually Anis tu nak masuk kelas.. ibu cakap tak payah.. tu yang buat muka macam tu. Fikri pulak dok tarik tangan Anis ajak masuk sama.. penakut betul la abang Fikri ni..
Akhirnya ibu berjaya pujuk Fikri masuk kelas.. tapi mulut kan main muncung.. Nampak kat belakang budak baju putih merah (anak polis) tu tengah melalak sebab dia tak nampak mak dia kat depan muka pintu.. tu yang buat Fikri lagi cuak. Mak budak tu terus balik bila dia nampak anak dia dah mula beri perhatian pada cikgu. 
Kata si cikgu, situasi ni memang dah biasa untuk minggu pertama bagi kelas 5 tahun… tapi letih juga ibu tengok cikgu tu melayan karenah dan memujuk budak yang meraung tu. Jadi cikgu ni harus ada sifat kesabaran yang tinggi. Tak silap nama budak tu Iman. Mak dia dari luor dok suruh anaknya duduk dengan suara tegas sekali. Kata maknya abang nya dulu senang jer. tak nangis, siap suruh mak nya balik lagi… 
Ade sorang lagi budak ni (anak polis jugak) - rujuk anak panah pink tu, berbaju coklat - dia menangis dari mula dia perasan mak dia takde, sampai la nak balik... sampai basah kuyup sapu tangan. Memula budak ni berlari kuor kelas.. cikgu pujuk macam2... yang budak ni 'nak ummi, nak ummi'.. at last cikgu berjaya bawa dia balik masuk dok dalam kelas, tapi sampai ke sudah dia teghoyak 'nak ummi, nak ummi!!!'..
Dalam pukul 8.45 pagi tu, lepas tengok Fikri dah mula beri perhatian pada cikgu, ibu pun pelan2 angkat kaki.. actually tak balik pun. Singgah bawa Anis & Aliya breakfast kat kedai tepi simpang.. lepas setengah jam ibu bawa Anis dan Aliya jalan2 tengok kawasan.. RPA ni kira macam kawasan kampung juga..
Nampak angsa.. punya lah seronok Aliya & Anis.. selalu tengok dalam tv jer kan.. siap nak g rumah orang plak... huhuuu... tengok dari jauh jer la...
Dalam jam 9.40 pagi, ibu sampai balik ke sekolah.. kejap jer ronda2 jalan kaki dengan budak ber2 ni.. nampak la burung, ayam, ayam kelok2 @ ayam belanda, katak.. nampak tak Anis bawa bekal kuih untuk abangnya.
Si Fikri sebaik nampak Anis datang, dia terus keluor kelas dan tak mau masuk dah.. siap usha ayam kat rumah orang sebelah lagi. Cuba tengok dalam gambor.. sapa yang sibuk masuk kelas, siap duduk berlunjur tepi pintu lagi... kan main seronok lagi Anis dengor cikgu bercerita.. yang si abang acuh tak acuh jer...
Time nak balik pelajar lain siap beratur (dengor & ikut arahan cikgu), yang Fikri ni buat derk jer depan pintu.. tapi ibu paksa jugak dia salam & cium tangan cikgu sebelum balik.
p/s
nantikan sambungan hari ke3 Fikri ke sekolah.
salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
D_08 · 741 weeks ago
awok tahon depan la kot jadi macam ni....
sebabnye yang sulong tu umor 5 tahun cadang nak nganto ke taska ABim jugakk.....
mintak2 le die ok....... jenoh jugak camni ye KakYong????
My recent post Kenape Sakit Peghut
mamaaiman 8p · 741 weeks ago
nanti bile fikri dah besar mesti die ingat kisah lucu hari pertama masuk sekolah ni :)
selamat memasuki alam persekolahan fikri :)
atty · 741 weeks ago
My recent post Sana sini situ jem dari pagi bawak ke tengahari
adyna · 741 weeks ago
My recent post promosi jualan di kedai buku harga patut
kak erna · 741 weeks ago
seminggu juga macam tu..
My recent post XTVT DIHARI MINGGU
papa mifz · 741 weeks ago
x tau la Mifz nanti mcm mana pulak..hehe
My recent post Baby demam tapi tak meragam-biasa ke
anne · 741 weeks ago
My recent post Churp Churp News Feed
nza · 741 weeks ago
lilyazliyana · 741 weeks ago
My recent post BOH tea plantation- Cameron Highland
Ummi Hanie 98p · 741 weeks ago
ni patut masuk tadika 6 thn tp dia buat 'keras'' dier..katenye nk skolah kat umah je..
haih pengsan ummi nye nk buat homeschooling pulokk...helppp....helpp... ;p
same la sebutan anis dgn Munirah tang Ipin Ipin tu ;)
My recent post Saya nak menang COKLAT sebab saya giler COKLAT
syamila · 741 weeks ago
My recent post Air Asia Terhempas Di KIA- Kuching
normaliza · 741 weeks ago
My recent post Akhirnya saya beli jugak
azie · 741 weeks ago
Nadiah Sidek · 741 weeks ago
My recent post Winter Trip 2010- Colorado & Wyoming
ultragirl80 1p · 741 weeks ago
mama zharfan · 741 weeks ago
my zharfan sbb dari kecik dok nursery, so bila masuk sekolah kat sini (5 thn dh masuk sek) dia ok jer, in fact dia memang suka pegi skool, cuma masa 1st week tu, dia kata dia tak reti nak ckp, dia tak dpt nak ckp english dgn kwn2 dia, lps sebulan baru ok nak sembang2 dgn classmate dia..now memang dh fluent--suke jer me tgk diaorg sembang2 in full english heheheh
My recent post Kemenangan yg sgt me tunggu2 - me won Haven Cash Voucher RM75 from Eyriqazz GA
izan ishak 85p · 741 weeks ago
go abg fikry go!
lynnhamzah 103p · 741 weeks ago
rinah · 741 weeks ago
syidagorjes · 741 weeks ago
orang lain pulak yang beriya-iya masuk kelas ye kak?
hehehehhee
adakah anak polis suka nangis.
saya bukan polis.
=)
My recent post Warna-Warni