Showing posts with label keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

DITAMATKAN : Contest “Ibu Sihat Anak Riang” via Kakyong Ibu 3A




CONTEST INI TELAH DIJENAMAKAN SEMULA..
SILA RUJUK ENTRY DI SINI



Salam bahagia,

Seperti yang dijanjikan, tanpa perlu bermadah seloka mahupun memanjangkan celoteh dan leteran.. saya lancarkan Contest Ibu Sihat Anak Riang. Open-mouthed smile






Tema contest : Ibu Sihat Anak Riang.
  • Ibu yang sihat bukan setakat ‘FIT’ dari segi fizikal, tetapi juga dari segi emosi, mental dan rohani.
  • tujuan dipilih tema ni adalah untuk berkongsi tips dan juga betapa pentingnya kesihatan untuk ibu
  • Asasnya ibu yang sihat harus lah sihat dari segi emosi dan fizikal kan, supaya kita boleh jadi “SuperMak” yang dikagumi anak-anak. Jika sihat fizikal tapi celaru emosi, tidak baik juga untuk perkembangan anak-anak. Smile

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, December 28, 2010

Sibling rivalry…

Salam bahagia,


Anak2 ni ade masa nya depa akan main sama2, elok2 dengan suasana harmoni.. & ibu pun tak le fening.. Angel

Tapi ade masa nya… anak-anak akan bergaduh juga. Sila ambil perhatian yer kawan2 yang selama ni nampak cam okay jer budak ber3 orang ni.. deme ni macam2 adik-beradik lain juga.. dulu tu tak riso sangat bila depa bergaduh.. tapi sekarang ni, memang harus ibu masuk campur untuk leraikan anak2 ni..

IMG_9648


Bergaduh sampai meninggalkan calar macam ni memang harus dihindari… sebab tak mau anak2 pikir, it’s okay untuk sakiti sesama depa.. harus selalu cakap, it’s not okay sakiti @ cederakan adik. Kadang2 pengaruh berkawan ni pun susah juga. Sebab Fikri ni berkawan dengan anak2 jiran yang dah sekolah rendah (umur 7-10 tahun) dan budak2 tu kadang2 kasar bila bermain.. tolak2 anak orang ke jalan sampai luka lutut, budak tu sikit pun tak rasa takut…


Bercalar kat tepi mata Anis tu ibu memang tak tahu di calarkan dengan apa.. sebab masa tu ibu sedang buat urusan dalam ‘bank’. Sapa kata senang dok rumah ni, nak masuk toilet buat urusan penting pun susah.. kena mandi laju2.. semua urusan dalam bilik mandi memang tak leh nak lengai2 lah.. nanti akan ada kejadian tak diingini.


IMG_9613 

Senjata Anis yang paling ummppp… Fikri memang kalah kalo diserang macam ni.. si Aliya tu tukang tengok.. selalunya Aliya memang akan tolong back-up kakak.. kalo abang pukul kakak, Aliya pula akan amik turn tarik rambut… huhuu  Open-mouthed smile  jom tengok close-up sikit


IMG_9614


memang melalak buleh pecah satu rumah… tak senang kalo ade jer suara menjerit time ibu nak buat urusan di bilik air. Punca bergaduh adalah berebut mainan.. most of the time memang berebut mainan lah. Yang dalam 2 gambor Fikri sibuk pulak nak main bebear dan simba si lion… maunya tak si Anis hangin. Mainan kereta si abang langsung tak mau kongsi dengan adik-adik.. ni nak main bebear adik pulak.. bila si Anis nak amik si abang tak kasi.. apa lagi..


Boleh baca kat sini pasal Sibling Rivalry << klik ni.  malas nak copy paste…


DI link tersebut ada dinyatakan sebab2 punca anak2 bergaduh.. faktor penyebab.. dan cara2 untuk atasi nya..


Sebaiknya : awal2 tu usah masuk campur bila anak2 bergaduh.. kecuali dah berlaku aksi yang boleh membahayakan @ menyakitkan antara satu sama lain.. contoh macam dalam gambor tarik2 rambut ni ler..


Asing kan anak2 ni sehingga depa cool-down.. Anak2 ni cepat je depa cool-down dan cepat jer berbaik & main semula seolah2 tak penah bergaduh.. Thumbs up tapi ade masa tertentu, lambat juga depa nak cooldown.. idok le sampai berjam-jam.

Nasihatkan anak2, bagitahu betapa tak bagusnya tindakan pukul memukul ni.. tak baik sakitkan adik @ abang.. kena selalu sayang sama-sama., main sama-sama… Anak2 ni masa kita/ibu cakap, dia memang diam, angguk.. setiap kali bila ibu kata, “tak boleh buat macam ni, nanti adik/abang sakit” Mana2 pihak yang bersalah tu, cepat jer cakap “MAAF!”.. bila suruh salam @ peluk, tanda dah tak gaduh.. hmmm, ni kena tengok hangin.. kalo dia tak cool-down lagi, usah haraplah nak salam.


Kadang2 anak ni perlukan ruang masa & bermain tanpa gangguan adik2 @ adik-beradik yang lain.. yang ni ibu memang sukar nak arrange.. Pernah dulu letak Fikri dalam bilik belakang, so dia boleh main mainan dia tanpa di ganggu Anis & Aliya.. tapi si dara berdua ni tak leh tengok abang main sorang2, sure nak join punya.. Bila ibu buat aktiviti dengan Anis & Aliya, contoh ajar tulis2 ker, baca ABC kat lappy, dsb.. si Fikri pulak akan tinggalkan mainan dia dan join adik2..


IMG_9628

Tengahari bergaduh.. petang masih buleh main sama2 kat padang… anak2 memang macam ni kan… gaduh2 kejap jer…

IMG_9632


Yang tak tahannya budak2 ber3 ni, kalo depa bersembang sesama depa.. depa akan bahasakan diri sendiri “SAYA” “AWAK”… kadang2 gelihati juga.. kadang2 rasa comel jer.. bahasa standard. Thumbs up


Btw, setiap hari pun ibu masih berusaha supaya anak2 ni tak bergaduh teruk2.. Ada yang kata baik beri ganjaran untuk spend time dengan ibu.. tapi tak sesuai dengan situasi ibu yang 24 jam di rumah & most of the time memang anak2 dengan ibu jer.


Anak2 sangat suka ganjaran.  Thumbs up ibu tak boleh juga nak beri ganjaran yang pelik2 pada anak2.. contoh kalo sapa baik, tak bergaduh, nanti beri itu ke, ini ker. Ganjaran yang melibatkan RM@$$$ ni memang tak leh nak amalkan. Selalu ganjaran yang depa dapat adalah ‘dapat pergi rumah opah nasi lemak” @ “hari minggu boleh ikut ayah pegi rumah opah santan” Cuma pilihan ke2 ni kena tengok mood en ayah ler.. tapi kalo ibu tahu en ayah ade urusan nak amik kelapa ke kat Ulu Kinta, memang amik kesempatan supaya ayah bawa anak2 sekali. jadi tertunai lah janji ibu pada anak2…


Fikri dia suka request “hari ni abang baik, esok ibu kena masak kek @ masak sedap2 untuk abang” huhuuu.. Confused smile  Fikri ni memang suka request nak makan apa, si anak dara ber2 tu ikut jer apa abang cakap.  Selalunya takde lah dan-dan tu granted kan.. ibu kena slow talk juga dengan anak2, nanti ayah beli barang, baru ibu masak @ buat. Bila cakap macam tu., dan2 tu tunggu ayahnya balik, bila ayah sampai jer terus tanya ayah beli tak itu, beli tak ini… Smile with tongue out

Actually ada few tips yang dicadangkan jika kalian baca artikel Sibling rivalry tu.


Dan ini tips yang ibu dapat dari seorang sahabat juga seorang ustaz.
  • amalkan selalu solat bersama anak2… cium dahi anak2, baca selawat & usap kepala anak2 setiap kali selesai solat.  budak ber3 orang ni memang suka dicium dahi lepas solat.. berebut2.. Smile with tongue out
  • hafal surah yusuf ayat 1-5.. sila hafal yer.. ayat ke4 surah Yusuf dikatakan ayat pengasih. Smile with tongue out

surahyusuf1-5

credit pada ustaz Shahril Aidi

Btw, niat kita sebagai ibu adalah untuk anak2 agar mendengar kata, lembut hati  & mereka saling sayang antara satu sama lain.. walau apa keadaan, tetap ingat pada ibuayah.. caranya, boleh dibaca sewaktu memasak makanan untuk anak2… dibaca semasa membuat air minuman untuk anak2..

Cuma si ibu kena istiqamah amalkannya… tu pasal ibu cakap, hafal dulu betul2.. terkial2 juga ibu menghafal… tak tipu.. kalo tak gigih memang FAIL la..


p/s
kalo suami sedang badmood pun buleh juga amalkan ini… buat le air kesukaan dia.. & bacakan ayat ni.. tapi jangan le terkumat-kamit depan en suami yer.. baca dalam hati jer..  Winking smile niat kita untuk kerukunan rumahtangga, Thumbs up  bukannya nak mengikat hati suami macam orang yang main calit minyak senyonyong tu.

suami2 yang ade terbaca n3 ni.. buleh juga amalkan.. elok kalo si ayah yang amalkan untuk kebaikan anak2 & keluarga.. sebab mengasuh dan mendidik anak2 ini bukan tugas isteri semata2.. bukan apa, suami2 ni kadang2 lupa.. bila dah 5-6 tahun berkahwin & anak dah berderet, jadi terlupa dengan keperluan emosi & rohani anak-anak.




salam kasih sayang buat semua…

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, October 15, 2010

Tips untuk melembutkan hati anak-anak

Salam bahagia





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Untuk amalan bagi Ibu bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata


Buat semua ibu bapa yang sedang 'bergelut' membesarkan anak-anak... semoga apa yang kita cita2kan/hasratkan/impikan dalam mendidik anak-anak mendapat keredhaanNya. Amin

nota :
Ibu dapat ini dari FB, di kongsi oleh kakFinaz... ibu simpan di sini sebagai rujukan di masa akan datang.

for info : 
kakfinaz ni ibu kenal sejak awal tahun 1999 melalui 1 mailinglist. Semasa ibu bujang dulu, ibu memang kerap menginap di rumah kakfinaz.. ibu ni memang muka tak malu.. memang kerap menempal kat rumah kakfinaz.

masa tu anak2 nya kecil lagi... pernah suatu masa kak finaz ada sampai 2 orang bibik... as at now, she is ibu tunggal with 7 kids (age range from 6 to 16 yrs old). She runs her own business.. very much familiar with montessori system (betui ke ejaan..??!!)... (alamak,.. apsal tertaip BI plak ni...) 

kakfinaz ni kadang2 orang panggil dia buat talk on tadika & related.. so if any yang berminat nak panggil kakfinaz... do drop at her FB : Shafinaz Mohd Saad. Yang berminat nak buka tadika pun buleh la berkenalan dengan kakfinaz.. banyak ilmu kalian boleh gali dari kakakku seorang ni..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, May 6, 2010

Aliya semakin suka 'mengamuk'@ throw a tantrum

.

Salam ceria semua,

Aliya sejak akhir2 ini sangat sangat suka MENGAMUK.. kalo dia mengamuk, siap guling2, volum dia melalak usah cakap lah... memang bingit telinga.. ibu memang akan jadi sangat2 sakit jiwa lara bila Aliya mula mengamuk.


Terdapat beberapa cara/tips untuk menangani anak yang 'tantrum':

  • ada yang kata ÍGNORE for-a-while.. kes Aliya pulak, kalo kita ignore.. lagi kuat dia mengamuk.. kadang2 sampai 1/2 jam... ohhoooo... ibu sangat tidak rela.. so tiap kali dia ngamuk memang ibu biarkan kejap jer... 1,2 minit gitu jer....
  • distract ATTENTION .. ni cara yg ibu selalu harus gunakan untuk aliya..cuba alihkan perhatian dia, either ajak baca buku, main ball, main kat laman.. susah2 sgt.. sumbat t*t*k..

Kalian leh baca lanjut kat Tantrum @ baby center

Namun dalam apa2 hal pun.. tatkala anak mula mengamuk, samada di rumah @ ditempat awam... ibu ayah sila berTENANG.. kalo ibu ayah mengamuk sama... hmmm tak tau lah.. anak jadi lagi ganas kot.

Fikri masa kecik tak penah tunjuk tantrum.. dah besor2 ni ade jugak sesekala.. itu pun bila permintaan dia tidak dipenuhi.. as for Fikri, kalo dia mengamuk ibu biarkan jer.. Normally dia sendiri akan lari masuk ke bilik belakang, tunggu la dalam 10 - 15 minit, sure dia akan kuor dengan muka senyum sengih... ohhhoooo, kadang2 ibu sungguh tak faham.. 

Baru tadi dia ngamuk2 sakan, siap baling menan & kadang2 tu dia akan merungut cakap 'tak nak tolong ibu', 'abang nak g umah opah jer, tak nak dok dgn ibu' , 'abang nak naik ketapi, nak g kuala lumpur.. nak pergi umah abang haris'... dalam dok ngamuk2 tu, banyak pula idea dia... bila dia dah 'cool' & ibu tanya balik "tadi abang cakap apa? "  dia leh senyum2 jer... sambil sambung main.... 

Anis pula, masa umur 1 tahun lebih dia suka ngamuk2.. guling2 bagai.. tapi masa tu aliya baby lagi, so ibu takde masa nak layan Anis sangat.. selalu lah kena IGNORE.. lama2 dia stop sendiri.. tak ngamuk2 dah.. cuma kuat cemberut jer.. silap sikit, mula lah muncung panjang sedepa....





Foto2 ini adalah kejadian selepas Aliya mengamuk2 sakan.. memandangkan malam tu ibu ade kerja yang perlu disiapkan & need berjaga lewat, so ibu cuba alihkan perhatian dia pada biskut & susu.. dengan harapan selepas dah kenyang cepatlah dia tidur & amanlah suasana dalam rumah sepanjang ibu nak siapkan kerja.


mujur la dia mau nak minum fresh milk malam tu.. kdg2 dia tak mau

peace... bukan nak tumbuk yer.. tak reti lagi nak buat sign peace... heheee..

aliya makan biskut rendam dalam susu, dengan sepenuh hati...

Add caption

Ibu ayah kena lah bijak nak tangani tantrum anak masing2.. sebab setiap kejadian & acara, lain cara penyelesaian... so kena kreatiflah jugak.. kadang2 bila dah tak terkawal, ngamuk sampai tak mau senyap.. sampai selak org kata.. en ayahnya guna taktik ajak g 'nyontet'.. otomatik diam.. tapi kena lah bawa juga kuor kan.. pusing2 naik kereta g beli goreng pisang & ronda2 taman sebelah.. tak sampai 15 minit gitu. 








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .