Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Aksi anak-anak riang di majlis harijadi Adib



Salam bahagia,

Ni aktiviti keluarga masa 24 Nov 2011 yang lalu.. baru ni nak update.. majlis sempena meraikan harijadi Adib yang ke 3 tahun... happy


ni dia si besday boy nya. Adib Darwisi.. 



sebelum majlis bermula.. anak-anak riang tengok VCD Boboiboy dulu.. 



aksi ready nak berparty... hahah.. yer yer jer lah budak-budak nih

kakak Anis pun nak enterprem.. 


rerama kecik ni tutup mata pulak... heheh

antara hidangan : laksa (x nampak dalam gambar), pulut kuning dan rendang, sate ayam dan  daging, pizza dan juga kek.. memang sendat perut malam tu..

anak-anak riang yang tak sabor dah ...

kami tak biasa buat majlis.. lebih lagi ada main letup-letupkan kertas berterbangan nih... layan jer lah.. si makcik yang bawa DSLR tak sempat nak rakam momen nih.. kami yang guna kamera cikai ni jugak yang berjaya snap..



semua pun mood happy.. opah santan yang baju purple tu..

Adib yang tak de mood nak tiup lilin... jenuh mamanya pujuk..

tengok la sapa yang beriya-iya tiup lilin...

Lepas dah acara tiup lilin dan potong kek.. ibunya dah malas nak pegang kamera.. jadi masa time sibuk2 dok makan aka ibu melayan anak-anak 4 orang anak (termasuk Haris) makan, memang tak ada lah gambor nya.. macam-macam aksi depa nih..

Haris tak suka makan piza.. dia makan kek dan sate jer.. Anis pulak tak mau sate, nak piza dan kek ajer.. Fikri makan piza sampai 3 slice.. huhuu.. balas dendam tu.. dia dok merajuk ayah tak belikan piza, sekali dapat adap dia.. Aliya pun hanya makan kek & sate jer.. tak mau piza.. 


Si Adib dok sensorang di balik Langsir time abang kakak semua dok tengok Boboiboy..


Buat Adib.. selamat harijadi ke 3 sayang.. tahun depan Adib akan pergi sekolah di Kiwanis Bercham. Insya Allah, mak long doakan Adib cepat belajar dan berdikari bila dah pergi sekolah nanti.



salam kasih sayang,

.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, November 27, 2011

Singgah di McD pandu lalu di Taman Wing Onn



Salam bahagia,


Semalam en ayah bermurah hati membawa kami anak-beranak dan Haris sekali pergi makan luor.. kami pergi makan ke tempat biasa, kedai kawan en ayah di Silibin.


Berbulan juga kami tak lalu ikut jalan KUala Kangsar menuju ke Ipoh... selalu pergi ke Ulu KInta jer kan.. so memang tembus jalan di Bercham jer lah.. 



Rupanya, sudah ade McDonald pandu-lalu yang baru di kawasan bertentangan dengan pam minyak Petronas. 


terkujat tengok dah ade McDonald kat situ... ntah bila masa depa bina ..





ni le lokasinya.. yang bertanda X tu.. 
Peta google ni outdated lah... gunung Lang pun  masih tak masuk dalam peta...


snap gambor ni masa berhenti kat trafik light

Anis yang sedih, sebab nak eskrem McD.. & en ayah tak singgah..

Bukan tak mau singgah tapi sebab kami nak pergi makan dulu kan... so en ayah janji balik nanti baru singgah...



seperti dijanjikan.. akhirnya en ayah singgah semasa on the way nak balik rumah..

pandu lalu jer.. 4 eskrem kon please!!

anak-anak tak teruja pun tengok burger-burger ni.. ibunya jer yang lelebih.. tapi sebab dah kenyang sangat makan plus habiskan makanan anak-anak.. so takde lah nak minta.. hihi


kakak Anis yang suka hati... peace..

peace Aliya sampai 4 jari... 2 jari lagi tak nampak..


Akhirnya sorang satu dapat eskrem kon... beli 4 jer untuk anak-anak.. 


Cerita makan-makan tu next n3 lah yer...


p/s
time single dulu, ibunya rajin lah ke McD.. suka lepak2 kat McD (IPoh town punya) sambil baca novel.. kadang-kadang dari pagi membawa ke petang dok di McD... yang bagusnya tak kena halau pun.. la ni orang lepak McD sebab boleh dapat wifi percuma kan..



salam  kasih sayang,
..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, November 11, 2011

Terharu : Anis ucap ‘Terima kasih’



Salam bahagia,


Lewat petang semalam, kami anak-beranak ke klinik lagi.. sebab demam Fikri makin menjadi-jadi pulak.. asyik merengek ‘panas, panas’ , walhal tiap 1/2 jam saya lap badan dan basahkan kepala dia.. tiap 4 jam juga dok beri ubat demam. Smile with tongue out


tengah malam tadi, Fikri ni dah sihat.. sekali jer makan ubat doktor tu.. huhuuu.. hangin betul en ayah..  sebelum pergi klinik tu kan main lagi merengek "SAKIT SAKIT!!"


faktanya : Fikri ni sejak sekolah ni memang kerap demam & kalo demam tu lagaknya mengalahkan si Aliya yang kecik.. kerja merengek ajer.. panas sikit merengek, sakit sikit merengek.. huhhh.. memang tak terlayan saya dengan kerenah dia nih..


Balik dari klinik kami pun singgah di farmasi.. en ayah melayankan kehendak Anis.. anis kata dia demam (biasalah – Anis ni bila abang demam dia pun nak demam jugak), tapi kenapa doktor tak periksa kakak.. hihii.. masa pergi klinik tu, 3-3 orang sekali masuk dalam bilik doktor.. mujur lah doktor pun dah biasa/kenal dengan karenah anak-anak saya nih. Winking smile  Jadi untuk puaskan hati Anis, en ayah pun singgah kat farmasi.





En ayah belikan vitamin C (memang dah plan sebelum ni nak beli). Anis pun ikut sama, yer lah ‘konon-konon’ nak ‘amik’ ubat untuk Anis kan.. kebetulan farmasist tu pun pakai baju putih macam doktor.. jadi terubat jugalah hati Anis ‘dapat jumpa doktor’.. Winking smile  Masa farmasist tu beri kotak vitamin tu pada Anis.. Anis pun cakap  “TERIMA KASIH AYAH” ..

Terkedu jap en ayah.. tak sangka pulak Anis nak cakap macam tu kan.. lebih lagi di tempat awam.. Thumbs up Bila masuk kereta, en ayah terharu kan main lagi.. yer lah tak sangka anaknya yang 4 tahun ni nak ucap macam tu. Smile


Alhamdulillah, jika kita nak anak pandai berterima kasih, kita sebagai ibu harus selalu ucapkan terima kasih pada anak. Dan setiap kali juga ajar anak untuk ucap terima kasih pada tiap barang yang diterima, tak kira lah dari jiran, opah, makcik.. selalu ingatkan anak untuk ucap terima kasih. Winking smile  Insya Allah, lama-kelamaan hal sebegini akan menjadi kebiasaan. Dan saya pun berharap dapat kekalkan sikap berterima kasih ini sampai anak-anak besar.

Bukan susah sangat kan.. jika anak tolong angkat kan pinggan yang dia makan ke sinki.. itu pun sudah memadai kita ucapkan terima kasih. Open-mouthed smile


p/s
saya bersyukur mendapat peluang untuk melihat anak-anak membesar di depan mata 24 jam sehari. Walaupun sudah 3 tahun menjadi SAHM, saya masih belum puas.. banyak perkara yang saya masih mahu lakukan dan luangkan untuk anak-anak. (jangan lah ada ibu yang bekerja tersentuh hati pulak yer..!!) Saya pernah rasa terluka bila ada pihak memaksa saya bekerja semula & dengan mudah bercakap ‘bagi jer anak tu orang jaga.’..  lebih terluka Sad smile  bila ada yang cakap ‘rugi belajar tinggi tapi jaga anak jer’.. hmm, saya pernah bekerja 11 tahun & saya tak pernah rasa rugi bila hidup saya selama 3 tahun ni hanya dipenuhi aktiviti ‘mengadap’ anak.. Jika kita berfikiran singkat yang mengasuh dan mendidik anak ini satu ‘kerugian’ pada ijazah yang kita ada.. pada saya ianya terpulang pada sudut mana kita melihat ‘nilai ijazah’ kita tu. …. terEMO pulak.. Smile with tongue out


salam kasih sayang & selamat memberkati hari JUmaat,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, November 10, 2011

Cross-stitch : logo jalur gemilang




Salam bahagia,


saya sebenarnya memang dalam mood Malas nak update blog... makin hari makan malas nak update blog... huhuuu....



klik untuk lebih besar


Ini projek jahitan bulan lalu.. dah siap sebelum hujung bulan, tapi saya jer yang asyik lupa nak snap fotonya.

Sekarang ni saya sedang siapkan bookmark - hadiah untuk giveaway yang saya buat awal tahun 2011.. huhhhh.. lama gila saya peram.. now baru nak siapkan.. hampeh betui kan.. sure ada yang kata saya ni mungkir janji. aduhai.. tak kesah lah apa orang nak kata.. saya coba siapkan sebelum hujung tahun.. Lepas ni tak berani dah nak janjikan hadiah yang belum dibuat..Blah   padan muka diri sendiri... heheh.. 



Mulai minggu ini, saya bertambah seorang lagi anak... Brows  anak murid untuk diajar membaca supaya lebih lancar.. sebab tahun depan dah nak masuk tahun 1.. Anak adik saya yang dok di FRIM sebenarnya.. si Haris.. sian betui dia nih, agaknya sejak mak dia dah kerja tahun ni, terabai sikit perhatian pada dia.. lagipun baru jer dapat lagi baby baru.. masa umur 5 tahun dulu, nampak macam dah lancar membaca. Bila lama ditinggalkan @ tidak membaca setiap hari.. sampai lupa semua suku kata.. nanti lah saya sambung cerita pasal nih.. combine sekali xtvx Haris dan Fikri.. 


klik untuk lebih besar


Ni gambor Fikri dan abang Haris semasa main air laut di Teluk Senangin pada hari raya Aidil Fitri yang lalu.. Saya ada dalam 1 bulan lebih untuk pastikan Haris dapat membaca dengan lancar.. bagus juga ada si Haris di rumah.. ada lah persaingan untuk Fikri.  Way To Go   susah juga nak ajar anak orang nih.. anak sendiri boleh lah ku kutil2 kan.. ni anak orang, kena lah berpada-pada kan... hehhe...


Maaf ya jika saya jarang dapat singgah ke blog kawan-kawan.. sebab banyak aktiviti lain di rumah nih..


Anis & Fikri pun memang tak sihat. Semalam lagi Fikri dah demam.. hari ni pun masih belum nampak tanda2 akan kebah. Anis pulak pagi-pagi lagi dia dah muntah-muntah, kemudian cirit-birit pulak.. so si Aliya ajer lah yang aktif bagai nak rak. Tak berenti dok main beskal dengan abang Haris.


take care semua..



salam kasih sayang,
.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, November 8, 2011

Pengalaman pertama Aliya dan majlis korban


Awas! Ini adalah n3 penuh gambar.. lebih dari 5 keping..


Salam bahagia..


Ni gambar-gambar sekitar korban di surau Muawanah, RPA 2, Ulu Kinta. Sebanyak 14 ekor lembu telah dikorbankan di majlis tersebut.





Kami pergi ke surau dengan ibu dan ayah.. sebelum pergi, kena lah 'peace' dulu...




Lembu ni sedang berehat menanti giliran.. ibu kata SUNAt diberi makan dan minum lembu yang belum disembelih.



Lembu hitam ni garang.. mulut dia asyik berbunyi jer... Aliya takut, Aliya dok jauh-jauh dari lembu



Ibu bawa Aliya, kakak dan abang, tengok lembu kena ikat..




Pastu, bila kami pusing belakang, tengok ade 1 lembu baru kena sembelih.. leher dia berdarah.. lembu tu sedang meronta-meronta.. mujur tak kena darah yang terpercik.. ibu kata : kesian kawan lembu tu, terpaksa tengok kawan dia mati meronta-ronta macam tu.. Ibu cakap, perbuatan ni makruh..




Aliya sudah CUAK.... macam-macam bunyi ada... bunyi lembu, bunyi orang takbir, bunyi orang asah pisau sembelih..


Aliya sudah takut.. Aliya takut lembu.. Aliya nak balik.. Aliya nak tengok kartun.. tak nak dok sini.. NAK BALIK...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, October 25, 2011

Khabar anak-anak ber3



Salam bahagia,






Semalam Anis masih tak begitu larat... masih terbaring jer.. tak mau main, makan pun sikit ajer.. sejak sabtu lepas, Anis diserang selsema, dan hari ini disusuli dengan batuk pula. Dah seminggu lebih ni tak nampak langsung dia di meja belajar.. 




buku ni saya beli.. Fikri dah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, jadi saya ajar dia baca arahan tu kuat-kuat sebelum dia mula buat latihan


Fikri pun dah sihat sepenuhnya, walaupun ade selsema sikit... minggu ini memang minggu anak-anak saya kena selsema. Sejak insiden cikgu tak bagi kertas soalan periksa pada Fikri tu, en ayah buat keputusan Fikri belajar di rumah aje.. Duh too bad kan..!!


Jadi, ibu lah yang kena jadi cikgunya... huhhhuuu... saya tak kesah mengajar Fikri, cuma saya masih menanti cikgunya pulangkan buku-buku supaya saya boleh sambung mengajar menggunakan buku-buku itu.





Saya harap cikgu sekolah Fikri cepatlah pulangkan buku ini kepada kami. Boleh lah saya mengajar Fikri, sebab sampai hari ini saya tak tahu progres Fikri setakat mana untuk semua subjek tu. sadis kan... uhukk  Rolling Eye 

Saya harap dalam tempoh 2 bulan (November dan Disember 2011), saya dapat mengajar Fikri sebelum dia masuk ke tadika tahun 6. Masih menanti keputusan untuk ke PRA sekolah kebangsaan. Harap-harap dapat.






Aliya pun selsema juga.. semalam angin dia baik.. dah mula nak sambung semula aktiviti membaca.. Aliya ni gimik jer lebih.. dia suka berangan macam dia dah pandai membaca. Tangan macam real jer dok tunjuk setiap patah perkataan, tapi perkataan yang disebut rekaan dia belaka.. hihiii... 

Btw, harapan saya macam ibu-ibu yang lain juga.. Jika pada usia 4 tahun (tahun depan) dia dah mengenal huruf dan boleh membaca (walaupun versi merangkak), saya teramatlah berbesar hati... memang menjadi cita-cita saya nih.. cuma tak boleh nak paksa dia.  Way To Go



salam kasih sayang,
.










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .