Showing posts with label kesah teladan. Show all posts
Showing posts with label kesah teladan. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Kawan baru en ayah

Salam ceria hari selasa,

Pepagi ni ibu nak citer pasal kawan baru en ayah. En ayah kenal dia masa sama2 dok mancing tepi lombong. Ade kawan baru en ayah ni singgah rumah beberapa hari lepas, orang nya kecil jer. Kojenya sejak 5 tahun kebelakangan ini adalah menjual ikan hiasan di pasar malam. Tapi ikan2 tu bukan le ikan2 yang dibeli dari pemborong yang jual benih2 ikan hiasan ni, sebaliknya anak2 ikan yang dicari di serata lombong dan sungai.

Ibu tak tau apa nama kawan en ayah ni, cuma yang ibu perasan dalam henfon en ayah letak namanya “x-men”. Open-mouthed smile

Kabonya en x-men ni dulu pelakon tahun 1980’an – 1990’an.. kata en ayah, en x-men ni banyak berlakon dalam filem yang ala2 pendekar & filem Indon. Dek kerana tak tau ape ke nama betui nya @ nama dia guna masa jadi pelakon dulu, maka ibu takde le nak google.. bila en ayah kata en x-men pernah jadi hero untuk filem “Tangkai jering” (filem tahun 80’an yer.. bukan filem yang yassin berlakon tu). Ibu langsung tak leh recall… kome tau??

Alkesahnya, hidup dia sekarang idak le sehebat zaman kegemilangannya masa di saat keberadaannya dulu. Masa zaman berada dulu, (en x-men ni ler bercerita).. sarapan di Ipoh, lunch di penang, dinner di KL.. dalam poket pun paling sikit duit pun RM1k..

Ibu pun tak tau sejak bila dia dah tak berlakon & sejak bila hidup dia biasa2 jer.. tapi ikut kata en ayah, wife dia sekarang ni terlantar sakit dah 2 bulan , sakit kencing manis & darah tinggi. Anaknya yang bongsu (belum pun 2 tahun) pulak sakit jantung, sampai dapat surat merah dari IJN supaya segera diantor anaknya ke sana.

Apa yang ibu faham, hidup en x-men sekeluarga ni dah setara mcm kami la, kalo tak koje, takde la duit masuk.. maka takde la duit nak beli barang dapur. Ikut kata en ayah lagi, en x-men ni bukan le jenis meminta2 bagai.. hatta riak di wajah ya langsung tak macam susah hati, nampak cool ajer.. Nak meminta bantuan pun tidak pernah terlintas.

btw, kalo nak minta bantuan JKM pun.. mau ke depa hulur bantuan, bila nengok rumah tersergam besor (rumah tu hasil dia berlakon dulu) rumah tanah lot lagi.

Memula tu ibu tanya juga en ayah, en x-men ni takde simpanan ke masa dia koje berlakon dulu. Tapi bila en ayah cakap 3 orang anak nya sakit jantung.. maka adalah baik ibu bersangka bahawa duit simpanan pasti sudah habis dibelanjakan untuk mengubati anak-anaknya.

En ayah kali pertama sampai ke rumah nya tu pun ghope tak percaya… en ayah mati2 ingatkan rumahnya rumah papan... Begini lah rencah kehidupan kan. 3 orang anak en x-men meninggal dunia kerana sakit jantung. Isterinya dulu juga seorang akauntan. Tapi yang sedikit lucu, en x-men ni tak reti bawa kereta, jadi masa dia berlakon dulu, isteri dia le yang drive sana-sini.

Ibu menulis kesah ni hanya sekadar untuk berkongsi kesah kehidupan, tidak berniat meminta simpati. Lagipun ibu hormat en x-men ni, sebab dia gigih koje cari duit.. kebetulan plak dia ‘terjumpa’ en ayah (or the other way around).. sekurang2nya ade le semangat koje gigih tu yang en ayah boleh amik pelajaran.

Insya Allah, jika ade kelapangan ibu pun teringin nak berkenalan dengan keluarga en x-men ni. Dia ada menjemput kami sekeluarga ke rumahnya, kabonya en x-men ni teror memasak.

mengambil kata2 yang diungkapkan oleh seorang sahabat :
betapa ujian setiap kita berbeza, jalan hidup dan kelebihan masing2 pun berbeza, tiada siapa yg lebih, tiada yg kurang... semua telah didesign oleh yg Maha Bijaksana. Hidup dan mati adalah ujian, utk menguji siapa yg paling baik amalnya..
sekian cerita pagi selasa… apa yang boleh dibuat pelajaran tu.. kome pk2 kan lah sendiri



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, September 2, 2010

Susulan kesah 7 beradik ditinggalkan ibu ayah : akhirnya bertemu jua

Salam ceria pagi khamis,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Susulan dari n3 ibu yang lepas "Kenapa ibu bapa 'dare' tingglkan anak-anak" .. akhirnya terjawab sudah segala persoalan..

Besar sungguh peranan media cetak dan elektronik ni....

KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan keluarga kian sibuk membuat persiapan Aidilfitri, sembilan beradik ini hanya mampu menitip doa mengharapkan ibu bapa yang meninggalkan mereka tanpa sebarang khabar berita seminggu selepas hari lebaran tahun lalu, kembali ke pangkuan keluarga.

Berkat usaha Berita Harian dan bantuan beberapa individu lain, pasangan Mahadi Che Mansor, 31, dan Kasmaliza Kassim, 29, dipertemukan dengan anaknya berusia antara 3 hingga 11 tahun di Balai Berita Sabtu lalu.

Aidilfitri kali ini sudah tentu memberi kenangan terindah buat mereka. Ikuti kisah mereka di Berita Harian Online:












sumber dari Berita harian online , tahniah atas usaha murni ini

nota ulasan ibu:
(sila tengok & dengar betul-betul video tu..) 

1. Ibu ni bukan jenis yang suka nak tuding kesalahan orang, tapi pada ibu.. dalam segala hal sekalipun - jangan bertindak mengikut emosi dan sentiasa ingat tanggungjawab kita sebagai anak, ibuayah, juga  tanggungjawab sebagi hamba Allah. Bila dah berlaku macam ni, usahlah tuding salah pada orang lain lagi.

2.diharapkan perselisihan antara pasangan muda ni (muda lagi anak dah 9 (10 termasuk baby baru yang kecik tu).. Masya Allah.. rezeki Allah ni) dengan ibubapa mereka dapat diselesaikan. Rezeki itu memang Allah dah tetapkan, namun harus lah berusaha gigih dan kuat hati untuk jalankan tanggungjawab.. jangan jaki dengan orang tua.. memang betul kata orang tua, jika sudah berkahwin maka pandai-pandai lah handle kehidupan sendiri. Jangan lah menyalahkan orang tua pulak, bila orang tua tidak membantu, anggaplah itu sebagai cabaran kehidupan. Sangat tidak patut mengharap 'orang tua berterima kasih pada kita", malah   sebaliknya kita lah yang harus berterima kasih dengan orangtua..

3. Semoga pasangan ini lebih matang menguruskan keluarga dan anak-anak...jangan kerana dah masuk berita bagai, mengharap kan bantuan semata. Usaha lebih gigih okey..

4. Semoga anak2 ini mendapat kasih sayang dari ibu bapa mereka.. papa mama.. tolong jangan buat macam ni lagi...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, August 23, 2010

Kenapa ibu bapa 'dare' tinggalkan anak-anak

Salam pagi Isnin,





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu jarang nak copy paste berita @ artikel daripada tempat lain.. namun kali ini terdetik pula ingin mengisi kisah anak-anak comel ini di ruang ini. melihat wajah anak2 tulus mulus ini.. terdetik di benak fikiran.. kenapa sanggup ditinggalkan anak-anak ini...

sumber asal dari sini



Hanya perkataan ‘Selamat Hari Raya Mama dan Papa’ menghiasi sekeping kad manila berwarna kuning, manakala tujuh tapak tangan menjadi simbolik rayuan kepulangan ibu bapa mereka, selain menjadi saksi pengikat silaturahim mereka adik beradik.
Biarpun tidak dapat merungkai isi sebenar kad terbabit, namun jauh di sudut hati sembilan beradik terbabit ingin menatap wajah ibu bapa di depan mata, apatah lagi kemuncak lebaran yang semakin hampir tidak lama lagi.
Wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke rumah sembilan beradik terbabit di Kampung Tengah, di sini, petang kelmarin, terharu dengan kesungguhan anak kecil terbabit menghasilkan kad raya untuk ibu bapa mereka.
Walaupun sedar impian bertemu kembali ibu bapa yang ‘ghaib’ belum pasti, mereka tetap berusaha menghasilkan dengan sekreatif mungkin dengan matlamat unk bertemu kembali pada Aidilfitri tahun ini.
Kesungguhan mereka terbukti kerana mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghasilkan kad hari raya terbabit dan teruja menulis bait perkataan mengandungi 1,001 mesej kasih sayang dengan diselangi cap tapak tangan.
Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2, hanya mampu tersenyum di sebalik kad terbabit.
Namun, kesayuan hati mereka tidak siapa tahu kerana masing-masing seperti membisu seribu bahasa dan enggan meluahkan isi hati, walaupun sedar sudah lama kering air mata menanti saat paling terindah dalam hidup mereka untuk bertemu kembali dengan ibu bapa.
Sebaik selesai menghasilkan kad terbabit, Amirul Rizal yang juga anak kedua pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansur, 31, berkata mereka lima beradik teruja untuk bertemu kembali dengan ibu bapa sempena Aidilfitri.
Namun hanya beberapa perkataan terkeluar daripada mulut kanak-kanak terbabit apabila meluahkan isinya; ‘mama dan papa baliklah, kami adik beradik rindukan kamu. Raya tahun ni kami nak raya bersama mama dan papa’.
Datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, berkata hatinya terlalu sedih mengenangkan nasib sembilan cucunya selepas ditinggalkan anak dan menantunya tanpa mengutuskan sebarang surat atau khabar berita sejak menghilangkan diri setahun lalu.
“Raya tahun ni genap setahun Ija (nama samaran Kasmaliza) dan Pudin (nama samaran menantu) meninggalkan anak mereka tanpa khabar berita. Perasaan cucu tidak siapa tahu kerana teringin bertemu dengan ibu dan ayah mereka.
“Setiap kali menatap wajah mereka, hati saya sebak. Manakan tidak, orang lain ada mak dan pak, demo ni (mereka) tak dok (tidak ada) kedua-duanya,” katanya sambil melihat wajah cucunya yang tekun menghasilkan kad raya terbabit.
Kassim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, dia mengharapkan kepulangan anak dan menantunya selain melupakan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

Semoga Allah makbulkan doa anak-anak ini, dapat bertemu semula dengan ibu & ayah mereka. 

Ibu tidak nafikan alam perkahwinan itu ada macam2 jenis pahit manis getir dan sukarnya.. tiada ketentuan selamanya akan bahagia.. pasti akan datang ujian dan dugaan.. bila sudah berkahwin kita terikat dengan semua hubungan yang ada disekitar kehidupan keluarga besar kita.. maka, jangan lah kerana ada perselisihan faham atau apa jua ketidak persetujuan fahaman maka kita mengambil jalan mudah 'melarikan diri' dari tanggungjawab... 

Walau apa jua masalah yang menimpa ibu & ayah anak-anak ini.. semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk pulang bertemu anak-anak dan menunaikan amanah Allah. Walau di mana pun ibu ayah anak-anak ini berada, semoga mereka selamat & pulang ke pangkuan anak-anak yang amat merindui. 

Actually, bulan Feb 2010 yang lalu.. kawan en ayah ada masuk tv.. kesnya 'si isteri lari tinggalkan rumah & anak-anak".. sehingga ke hari ini, ibu tak pasti apakah kesudahan sebab en ayah pun tidak ada berjumpa @ terserempak dengan kawannya itu untuk bertanya khabar.

Ibu tak nafikan, seorang ibu yang 24 jam di rumah.. punya tekanan yang lebih berbanding ibu2 yang bekerja.. kerana yang bekerja akan berjumpa dengan kawan2 & ada xtvt tertentu untuk diri sendiri. Tapi beza dengan ibu-ibu yang di rumah ni.. lebih lagi jika jiran kiri kanan juga bekerja.. maka seharian mengadap kerenah anak-anak., mengurus kerja rumah yang tiada berpenghujung, sering ditinggalkan kerana pekerjaan suami yang tidak tentu masa. (dalam kes kawan en ayah tu, dia bawa lori.. jadi pulang & pergi kerja juga tidak menentu..) 

Isteri memang perlu kawan untuk berbual untuk mengurangkan tekanan.. macam ibu ni mujurlah ada blog & kawan2 blog.. boleh la ibu lepas kan tekanan/perasaan .. tapi pada yang tak punya peluang seperti ibu ni, seharusnya bijak mengatur masa untuk aktiviti lain bersama anak-anak. Harus bijak jadikan suasana di rumah sebagai tempat yang sangat best untuk didiami bersama anak-anak... 

Selebihnya ibu fikir, walau berat macamana sekali pun kita fikir tanggungjawab sebagai ibu & isteri.. ingat selalu, ini semua adalah Amanah.. kita lakukannya untuk mencari keredhaan Ilahi (mardotillah.. betui ka ejaan ni).. 

sebab ibu pun bila sampai pada 1 tahap.. ibu pernah terasa macam nak keluar rumah & pergi mencari ketenangan untuk 1-2 hari.. namun, sebaik menghela nafas panjang-panjang & Istigfar berkali-kali.. rasanya itu bukan tindakan bijak.. itu hanya tindakan mengikut hati.. jika kita tidak boleh membina bahagia dalam diri, rasanya larilah ke mana-mana pun.. tetap bahagia tidak akan datang.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .