Monday, August 23, 2010

Home » , » Kenapa ibu bapa 'dare' tinggalkan anak-anak

Kenapa ibu bapa 'dare' tinggalkan anak-anak

Salam pagi Isnin,





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu jarang nak copy paste berita @ artikel daripada tempat lain.. namun kali ini terdetik pula ingin mengisi kisah anak-anak comel ini di ruang ini. melihat wajah anak2 tulus mulus ini.. terdetik di benak fikiran.. kenapa sanggup ditinggalkan anak-anak ini...

sumber asal dari sini



Hanya perkataan ‘Selamat Hari Raya Mama dan Papa’ menghiasi sekeping kad manila berwarna kuning, manakala tujuh tapak tangan menjadi simbolik rayuan kepulangan ibu bapa mereka, selain menjadi saksi pengikat silaturahim mereka adik beradik.
Biarpun tidak dapat merungkai isi sebenar kad terbabit, namun jauh di sudut hati sembilan beradik terbabit ingin menatap wajah ibu bapa di depan mata, apatah lagi kemuncak lebaran yang semakin hampir tidak lama lagi.
Wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke rumah sembilan beradik terbabit di Kampung Tengah, di sini, petang kelmarin, terharu dengan kesungguhan anak kecil terbabit menghasilkan kad raya untuk ibu bapa mereka.
Walaupun sedar impian bertemu kembali ibu bapa yang ‘ghaib’ belum pasti, mereka tetap berusaha menghasilkan dengan sekreatif mungkin dengan matlamat unk bertemu kembali pada Aidilfitri tahun ini.
Kesungguhan mereka terbukti kerana mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghasilkan kad hari raya terbabit dan teruja menulis bait perkataan mengandungi 1,001 mesej kasih sayang dengan diselangi cap tapak tangan.
Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2, hanya mampu tersenyum di sebalik kad terbabit.
Namun, kesayuan hati mereka tidak siapa tahu kerana masing-masing seperti membisu seribu bahasa dan enggan meluahkan isi hati, walaupun sedar sudah lama kering air mata menanti saat paling terindah dalam hidup mereka untuk bertemu kembali dengan ibu bapa.
Sebaik selesai menghasilkan kad terbabit, Amirul Rizal yang juga anak kedua pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansur, 31, berkata mereka lima beradik teruja untuk bertemu kembali dengan ibu bapa sempena Aidilfitri.
Namun hanya beberapa perkataan terkeluar daripada mulut kanak-kanak terbabit apabila meluahkan isinya; ‘mama dan papa baliklah, kami adik beradik rindukan kamu. Raya tahun ni kami nak raya bersama mama dan papa’.
Datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, berkata hatinya terlalu sedih mengenangkan nasib sembilan cucunya selepas ditinggalkan anak dan menantunya tanpa mengutuskan sebarang surat atau khabar berita sejak menghilangkan diri setahun lalu.
“Raya tahun ni genap setahun Ija (nama samaran Kasmaliza) dan Pudin (nama samaran menantu) meninggalkan anak mereka tanpa khabar berita. Perasaan cucu tidak siapa tahu kerana teringin bertemu dengan ibu dan ayah mereka.
“Setiap kali menatap wajah mereka, hati saya sebak. Manakan tidak, orang lain ada mak dan pak, demo ni (mereka) tak dok (tidak ada) kedua-duanya,” katanya sambil melihat wajah cucunya yang tekun menghasilkan kad raya terbabit.
Kassim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, dia mengharapkan kepulangan anak dan menantunya selain melupakan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

Semoga Allah makbulkan doa anak-anak ini, dapat bertemu semula dengan ibu & ayah mereka. 

Ibu tidak nafikan alam perkahwinan itu ada macam2 jenis pahit manis getir dan sukarnya.. tiada ketentuan selamanya akan bahagia.. pasti akan datang ujian dan dugaan.. bila sudah berkahwin kita terikat dengan semua hubungan yang ada disekitar kehidupan keluarga besar kita.. maka, jangan lah kerana ada perselisihan faham atau apa jua ketidak persetujuan fahaman maka kita mengambil jalan mudah 'melarikan diri' dari tanggungjawab... 

Walau apa jua masalah yang menimpa ibu & ayah anak-anak ini.. semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk pulang bertemu anak-anak dan menunaikan amanah Allah. Walau di mana pun ibu ayah anak-anak ini berada, semoga mereka selamat & pulang ke pangkuan anak-anak yang amat merindui. 

Actually, bulan Feb 2010 yang lalu.. kawan en ayah ada masuk tv.. kesnya 'si isteri lari tinggalkan rumah & anak-anak".. sehingga ke hari ini, ibu tak pasti apakah kesudahan sebab en ayah pun tidak ada berjumpa @ terserempak dengan kawannya itu untuk bertanya khabar.

Ibu tak nafikan, seorang ibu yang 24 jam di rumah.. punya tekanan yang lebih berbanding ibu2 yang bekerja.. kerana yang bekerja akan berjumpa dengan kawan2 & ada xtvt tertentu untuk diri sendiri. Tapi beza dengan ibu-ibu yang di rumah ni.. lebih lagi jika jiran kiri kanan juga bekerja.. maka seharian mengadap kerenah anak-anak., mengurus kerja rumah yang tiada berpenghujung, sering ditinggalkan kerana pekerjaan suami yang tidak tentu masa. (dalam kes kawan en ayah tu, dia bawa lori.. jadi pulang & pergi kerja juga tidak menentu..) 

Isteri memang perlu kawan untuk berbual untuk mengurangkan tekanan.. macam ibu ni mujurlah ada blog & kawan2 blog.. boleh la ibu lepas kan tekanan/perasaan .. tapi pada yang tak punya peluang seperti ibu ni, seharusnya bijak mengatur masa untuk aktiviti lain bersama anak-anak. Harus bijak jadikan suasana di rumah sebagai tempat yang sangat best untuk didiami bersama anak-anak... 

Selebihnya ibu fikir, walau berat macamana sekali pun kita fikir tanggungjawab sebagai ibu & isteri.. ingat selalu, ini semua adalah Amanah.. kita lakukannya untuk mencari keredhaan Ilahi (mardotillah.. betui ka ejaan ni).. 

sebab ibu pun bila sampai pada 1 tahap.. ibu pernah terasa macam nak keluar rumah & pergi mencari ketenangan untuk 1-2 hari.. namun, sebaik menghela nafas panjang-panjang & Istigfar berkali-kali.. rasanya itu bukan tindakan bijak.. itu hanya tindakan mengikut hati.. jika kita tidak boleh membina bahagia dalam diri, rasanya larilah ke mana-mana pun.. tetap bahagia tidak akan datang.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .