Susulan dari n3 ibu yang lepas "Kenapa ibu bapa 'dare' tingglkan anak-anak" .. akhirnya terjawab sudah segala persoalan..
Besar sungguh peranan media cetak dan elektronik ni....
KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan keluarga kian sibuk membuat persiapan Aidilfitri, sembilan beradik ini hanya mampu menitip doa mengharapkan ibu bapa yang meninggalkan mereka tanpa sebarang khabar berita seminggu selepas hari lebaran tahun lalu, kembali ke pangkuan keluarga.
Berkat usaha Berita Harian dan bantuan beberapa individu lain, pasangan Mahadi Che Mansor, 31, dan Kasmaliza Kassim, 29, dipertemukan dengan anaknya berusia antara 3 hingga 11 tahun di Balai Berita Sabtu lalu.
Aidilfitri kali ini sudah tentu memberi kenangan terindah buat mereka. Ikuti kisah mereka di Berita Harian Online:
- Empat anak Mahadi terima pakaian raya
- Air mata ibu
- 'Maafkan papa dan mama'
- 'Terkejut mama papa balik'
- Pasangan tinggal 9 anak dikesan di Lembah Klang
- ‘Kami mahu papa, mama balik’
- 'Kami tabah tunggu mama, papa'
- 7 jam perjalanan harap kasih ibu bapa (yang ini ibu tambah utk lengkap semua berita yang berkaitan dengan isu ini)
- Mentua rayu menantu, anak lupakan sengketa (yang ini ibu tambah utk lengkap semua berita yang berkaitan dengan isu ini)
sumber dari Berita harian online , tahniah atas usaha murni ini
nota ulasan ibu:
(sila tengok & dengar betul-betul video tu..)
1. Ibu ni bukan jenis yang suka nak tuding kesalahan orang, tapi pada ibu.. dalam segala hal sekalipun - jangan bertindak mengikut emosi dan sentiasa ingat tanggungjawab kita sebagai anak, ibuayah, juga tanggungjawab sebagi hamba Allah. Bila dah berlaku macam ni, usahlah tuding salah pada orang lain lagi.
2.diharapkan perselisihan antara pasangan muda ni (muda lagi anak dah 9 (10 termasuk baby baru yang kecik tu).. Masya Allah.. rezeki Allah ni) dengan ibubapa mereka dapat diselesaikan. Rezeki itu memang Allah dah tetapkan, namun harus lah berusaha gigih dan kuat hati untuk jalankan tanggungjawab.. jangan jaki dengan orang tua.. memang betul kata orang tua, jika sudah berkahwin maka pandai-pandai lah handle kehidupan sendiri. Jangan lah menyalahkan orang tua pulak, bila orang tua tidak membantu, anggaplah itu sebagai cabaran kehidupan. Sangat tidak patut mengharap 'orang tua berterima kasih pada kita", malah sebaliknya kita lah yang harus berterima kasih dengan orangtua..
3. Semoga pasangan ini lebih matang menguruskan keluarga dan anak-anak...jangan kerana dah masuk berita bagai, mengharap kan bantuan semata. Usaha lebih gigih okey..
4. Semoga anak2 ini mendapat kasih sayang dari ibu bapa mereka.. papa mama.. tolong jangan buat macam ni lagi...
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!