Showing posts with label kesihatan anak. Show all posts
Showing posts with label kesihatan anak. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Khabar anak-anak ber3



Salam bahagia,






Semalam Anis masih tak begitu larat... masih terbaring jer.. tak mau main, makan pun sikit ajer.. sejak sabtu lepas, Anis diserang selsema, dan hari ini disusuli dengan batuk pula. Dah seminggu lebih ni tak nampak langsung dia di meja belajar.. 




buku ni saya beli.. Fikri dah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, jadi saya ajar dia baca arahan tu kuat-kuat sebelum dia mula buat latihan


Fikri pun dah sihat sepenuhnya, walaupun ade selsema sikit... minggu ini memang minggu anak-anak saya kena selsema. Sejak insiden cikgu tak bagi kertas soalan periksa pada Fikri tu, en ayah buat keputusan Fikri belajar di rumah aje.. Duh too bad kan..!!


Jadi, ibu lah yang kena jadi cikgunya... huhhhuuu... saya tak kesah mengajar Fikri, cuma saya masih menanti cikgunya pulangkan buku-buku supaya saya boleh sambung mengajar menggunakan buku-buku itu.





Saya harap cikgu sekolah Fikri cepatlah pulangkan buku ini kepada kami. Boleh lah saya mengajar Fikri, sebab sampai hari ini saya tak tahu progres Fikri setakat mana untuk semua subjek tu. sadis kan... uhukk  Rolling Eye 

Saya harap dalam tempoh 2 bulan (November dan Disember 2011), saya dapat mengajar Fikri sebelum dia masuk ke tadika tahun 6. Masih menanti keputusan untuk ke PRA sekolah kebangsaan. Harap-harap dapat.






Aliya pun selsema juga.. semalam angin dia baik.. dah mula nak sambung semula aktiviti membaca.. Aliya ni gimik jer lebih.. dia suka berangan macam dia dah pandai membaca. Tangan macam real jer dok tunjuk setiap patah perkataan, tapi perkataan yang disebut rekaan dia belaka.. hihiii... 

Btw, harapan saya macam ibu-ibu yang lain juga.. Jika pada usia 4 tahun (tahun depan) dia dah mengenal huruf dan boleh membaca (walaupun versi merangkak), saya teramatlah berbesar hati... memang menjadi cita-cita saya nih.. cuma tak boleh nak paksa dia.  Way To Go



salam kasih sayang,
.










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, October 20, 2011

Anak-anak demam, ibu pun dedor juger



Salam bahagia kawan-kawan,


Malam ni baru dapat update n3 baru untuk blog ni.. dari tengahari membawa ke senja, Aliya asyik merengek jer.. uhukkk… tak senang duduk melayan dia. Confused smile

JIka merujuk n3 Wordless Wednesday (4) : sukat suhu mulut.. gambor yang no3 tu, saya yang punya.. hehhe.. Winking smile dedor sikit jer.. on & off dedornyer.. 


Almaklumlah, dari hari Sabtu lepas melayan demam Fikri.. tak cukup tidur.. Ahad tu pula travel balik ke Changkat Tin. Lewat petang hari Ahad tu sesampai je rumah, terus kelam kabut masak.. huhuuuhh.. en ayah tak masak nasi mahupun apa2 lauk.. anak-anak diberi nya makan roti jer.. haru sungguh.




Hari Selasa, si Anis pulak yang demam.. sian Anis.. tengahari Selasa tu badannya dah panas.. tu yang sukat suhu mulut dia.. 39.2C. Then dia tidur, dari jam 12.30 hingga 1.30 petang, nyenyak betul dia tidur.. sedor-sedor lepas 1 jam, comforter dah basah kuyup.. adoi la kakak Anis.. Sad smile tak leh nak marah, sebab faham bila dia letih sangat macam tu lah..

Sementara nak tunggu ayahnya balik jam 4 petang, saya balut badan dia dengan lampin lembab. On & Off suhu badan tu turun.. then disusuli pulak dengan muntah-muntah.. habis lah selimut dan bantal kena muntahnya. 4-5 kali juga sesi muntah-muntah ni.. sian sangat.. dah la jarang sakit.


tidur selepas habis sesi muntah-muntah


Hampir jam 5 petang, kami 5 beranak ke klinik.. doktor sukat suhu kat dahi Anis.. 39C.. Aliya pulak punya excited lompat-lompat dalam bilik doktor.. doktor siap tanya “siapa sini yang lama susu ibu..?” heheh.. siapa lagi Aliya la.. tu yang jarang sakit.. rekod dia pun bersih jer..

Doktor beri ubat demam, antibiotik, ubat muntah dan ubat angin untuk Anis. Tak susah nak bagi Anis makan ubat.. belum sampai 1 jam dah dia demand nak makan ubat lagi… huhuuuu.. “alahai kakak, ni ubat, bukan gula-gula, kena makan ikut jadual”



peace... 


Semalam (Rabu), Anis dah kebah demamnya, cuma masih lemah dan berbaring jer.. dan selera makan pun tak UP sangat.

Aliya pula mula demam awal pagi hari ni (lepas tengahmalam semalam).. tak leh tidur saya dibuatnya dari tengah malam tu, sebabnya Aliya kejap nak minum air, kejap nak tidur atas ibu, kejap nak selimut, kejap nak tidur peluk ibu... ade ke ibu yang tidur mati bila anak demam.. Smile with tongue out 





Dan sepanjang hari khamis ni, ALiya dok demand macam-macam.. minta picit sana, picit sini, baru saya nak adap lappy, dia merengek lagi.. Anis pulak, ari ni baring jer.. dia nak tidur jer.. malam ni dah sihat.. macam nak pecah rumah saya dibuatnya, depa ni suka main lari-lari sambil jerit-jerit.. Aliya pun sama, dah sihat sikit, dah kurang panas badan lepas dia minum air barli.. suka pulak dia minum air barli, Anis tak suka.

rumah saya? memang dah macam tongkang karam, saya kemas apa yang patut2 jer.. selalunya saya kan sapu sampau 2-3 kali sehari & mop lantai at least 2 kali sehari.. bukan sebab rajin, tapi habuk banyak, kalo tak mop.. hitam tapak kaki.



Ade banyak komen-komen yang masih tak sempat saya balas.. & tak sempat juga nak adap blog.. Smile with tongue out badan memang rasa dedor.. tapi lepas buat kerja rumah ligat-ligat, berpeluh lah sikit badan.. cuma urat2 memang lenguh dan sakit-sakit.. ubat yang paling mujarab adalah dapat rehat tidur 1-2 jam tanpa gangguan.

Selain tu memang ada isu yang buat saya sedikit ‘emo’ dan ‘terusik’… Sad smile  saya jarang update status FB.. tapi jika ada yang terbaca status saya malam hari Rabu dan petang Khamis, mungkin akan faham isu tu.




LAstly, Fikri dah sihat.. Smile  kesan melepuh di muka sudah kering.. cuma di bahagian hidung tu sikit lagi..


p/s
kemarin semalam dan hari ni.. dok basuh comforter jer (muntah & yang terbabas atas comforter).. dah le petang mendung & hujan.. 



salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday (4) : sukat suhu mulut










ini bukan Fikri punya.. ;)






salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, October 18, 2011

Fikri demam – jangkitan kuman HFMD



Salam bahagia,


Seminggu sebelumnya muka Fikri naik bintat2.. kata dia kena gigit nyamuk. Awal bulan Oct 2011 tu Fikri memang banyak di rumah opah.. 2-3 hari jer (jumaat, sabtu & ahad) dalam seminggu tidur di rumah. Banyak bulan jugak Fikri ni jadi anak-hujung-minggu (ade ke term camni.?!) Smile with tongue out 




ni gambar saya snap 8 Oct 2011… ada bintat-bintat di hidung dan sedikit di bawah mata & bawah hidung.. tengah nangis time ni.. sebab dia ‘kalah’ main masukkan manik dalam benang. Berlumba 3 beradik jer.. kihkihkih.. Fikri ni memang kuat ‘ngobak’ (menangis).. kena marah sikit ngobak, kalo kalah berebut barang mainan dengan adik – ngobak..




ni muka masa hari dia demam.. makin teruk.. ingatkan dah letak ubat sapu, luka2 melepuh tu akan kering.. rupanya si Fikri ni dia dok garu-garu dan kopek2kan.. apa lagi, makin merebak lah.. sebab air dari tempat melepuh tu berbisa/berkuman.

Hari Sabtu (15 Oct 2011), Fikri demam dari pagi lagi. Nak minta tolong adik-adik , semuanya tak ‘mandang’ (tak ada). Petang tu suami balik baru bawa Fikri ke klinik.

Serius jer bunyi doktor cakap.. naik risau saya dibuatnya. Kata doktor, jangkitan kuman tu dah naik ke atas.. hidung dia dah bengkak.. tu yang jadi demam dan susah nak bernafas.. hidung jadi macam tersumbat. Mata dia gatal & rasa panas. Sad smile Fikri kena sakit kaki-tangan-mulut rupanya.


tak hensem dah.. 


Kata doktor jika hari Selasa ni Fikri masih demam, dia akan buat surat untuk masuk wad. Berderau jap darah saya. Yer lah, lebih lagi doktor kata, takut jangkitan naik ke otak dan paru-paru. Sad smile

MInggu ni Fikri exam, jadi kami cuba pantau closely demam Fikri ni. Sayang pulak tak amik ‘exam’ kan, walaupun hanya exam Taski ajer.

Dalam tempoh 3 hari ni, demamnya on & off.. bila demam tu kebah, dia pun lagi ligat.. bukannya reti nak baring ke, rehat ker.. kena paksa dia rehat & baring. Subuh tadi badannya dah tak panas, macam biasa ajer.. tapi risau tu tetap lah risau. Disappointed smile 


ubat demam, ubat gatal, antibiotik dan ubat titik untuk hidung 


Kesan melepuh di muka, banyak yang dah kering. Itupun berkali-kali saya cakap kat dia, jangan usik, jangan garu, jangan picit.. & pesan jugak supaya dia basuh tangan bersih-bersih. Jenuh la menerangkan pada dia, tangan abang tu kotor, abang picit luka ni, air luka tu ade kuman, nanti berjangkit satu muka, dah tak ensem.. orang tak nak kawan dengan abang nanti.

Petang ni jika masih demam, memang kena bawa ke klinik lagi.. kalo kena masuk wad, saya ikutkan jer lah, janji anak saya dipantau dengan baik dan cepat sihat.


ni baru lepas makan obat.. konon-konon dah sihat.. tak nak tidur.. layan jer lah dia nak mewarna..


Kemarin, makbonda saya cakap, di taman mak saya tu pun ramai budak2 sakit macam Fikri ni.. demam tak kebah-kebah, muka & tangan melepuh. Anak-anak jiran selorong dengan saya nih, belum nampak lagi yang kena sakit macam ni.. Buat masa ni Anis & Aliya masih sihat. Yang magiknya Fikri ni dalam demam pun, selera makannya okay jer.. pagi-pagi atok belikan nasi lemak berlauk ayam goreng lagi. Open-mouthed smile



salam kasih sayang,
.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .