Showing posts with label nota ibu. Show all posts
Showing posts with label nota ibu. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Beralih angin




Salam bahagia,





MAaf, ini adalah n3 terakhir saya di blog ini...


Kesah keluarga kami dan kesah anak-anak akan berterusan di UPDATE di blog Keluarga Ibu 3A.



wave wave  JUmpa di blog sana ya... mai la baca sini sebab beralih-arah [klik link]




sebagai tanda kenang-kenangan... rank alexa pada 1 Dec 2011...




dan mulai hari ini hanya 2 blog ini (milik saya) sahaja yang akan aktif (berupdate)





Sudilah nak follow salah satu.. dan simpan di bloglist kalian. Kesulitan amat dikesali.

..
salam kasih sayang..,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, November 28, 2011

Fikri dan bersunat



Salam bahagia,





Anak jantan saya nih, dah mula request nak bersunat.. katanya :

Kalo bersunat boleh solat kat depan (di masjid @ surau)


Saya sebagai ibu memang amat terharu sebab dia punya pemahaman dan sebab yang tersendiri (nak solat di depan), bukan sebab dia dah besor atau sebagainya. 

saya tanya Fikri, abang tak takut sakit ker.. jawab fikri, "nanti doktor sapu ubat lah ibu"

Nampaknya dia memang dah betul-betul bersedia untuk bersunat.


Tapi en ayah ni, sikapnya suka bertangguh.. dia suka ikut stail dedulu, nak khatan kan anak masa anak dah naik sekolah rendah... adooii... fenin pala saya nih tau.. 


Cuti sekolah ni saya memang dok cari-cari juga tempat yang ada buat sesi berkhatan beramai-ramai.. & of course lah kena bayar kan.. kurang-kurang pun RM100. Bila saya slow-talk dengan en ayah nya, dia keep dengan alasan, "bior lah besor sikit lagi.." 


Saya tahu en ayah takde bajet, tu yang dia buat derk jer.. tapi pada saya.. lebih awal anak jantan saya ni disunatkan adalah lebih baik.. JIka ikut hati saya, memang sejak baby lagi saya nak anak saya dikhatankan.. tapi tu lah.. bila berlaku selisih pendapat macam ni.. saya malas nak gaduh-gaduh. 



p/s
kalian camana.. ade tak selisih pendapat macam saya nih.. sian kan, anak pulak yang jadi mangsa.


tahniah.. abang Bad dah bersunat... bravo.. 




salam kasih sayang,
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, November 18, 2011

Belajar untuk mengajar



Salam bahagia,





Bukan mudah bila harus buka semua buku tebal subjek costing nih.. Pengalaman amali saya dah berkubur lebih 4 tahun.. huhhhh... Semasa saya bekerja di sebuah syarikat yang mengeluarkan komponen kenderaan, costing adalah elemen yang sangat penting.. sangat rumit tetapi sangat perlu dalam penentuan bajet dan pengurusan perakauanan bagi pengeluaran komponen tersebut.







Cabaran terbesar masa kini... huuhhh.. bukan mudah untuk menjadi tutor.. rasa macam nak minta tolong dengan Hezlina.. boleh ke nak minta contoh soalan dan skema jawapan..??? kihkihkih... 



Wish me luck yer kenkawan...



p/s
Saya baru jer betul-betul sihat hari ni.. sebelum ni beberapa hari saya on & off terbaring jer... lemah seluruh badan.. nak buek camno, anak-anak silih berganti demam.. Alhamdillah Anis & Aliya sudah sihat.. jika tak 5 hari juga Anis dok terbaring jer... 







salam kasih sayang,
.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, November 12, 2011

Koleksi FM dari Aussie



Salam bahagia,


Semalam, posmen singgah rumah beri sampul surat berdaftar.. berebut-rebut anak-anak nak amik.. Fikri & Aliya lah.. Anis buat derk jer sebab dia demam. Lama sebenarnya posmen tak singgah ke rumah kami.. semenjak ibu dah jarang join GA, maka takde lah kiriman hadiah kan.. Winking smile




Ini lah hadiah nya… nak tahu cerita nya.. dapat dari mana.. meh baca sini.. >>  GA FM dari Australia: KEPUTUSAN!!!




Alhamdulillah, tak sangka masih ada rezeki GA.. lama dah tak join GA nih.. terima kasih pada Yus… comel jer tengok video anak-anak Yus mencabut undian & pilih hadiah.. Winking smile Thumbs up  sangat telus..






Jadi, bertambah lah sikit koleksi FM saya.. hehehhe… actually Anis & Aliya suka sangat main dengan FM ni.. kadang-kadang macam-macam formasi depa buat.. layan jer lah.. jangan depa rosakkan FM tu sudah… Smile




p/s

susah rupanya mengajar anak orang nih... huhuu.. lebih2 untuk saya ni yang memang takde asas mengajar.. mengajar ikut instinct/gerak hati dan logik yang sesuai, serta cuba gunakan segala BBM (bahan bantu mengajar) yang ada... dan yang paling saya susah adalah untuk menaikkan motivasi anak (orang) supaya dia bersemangat nak belajar..
rasa nak pecah kepala pikir nak buat games camana supaya aktiviti membaca, mengeja dan menulis menjadi lebih seronok... mujur lah 'info dihujung jari' @ dunia internet banyak juga membantu.. btw, saya suka cabaran mengajar anak sedara saya nih... sebab saya pun banyak belajar benda baru. Lain kali saya cerita di n3 yang lain... mengajar anak ni semakin hari menjadi semakin seronok pulak.. Eyebrow



terima kasih pada komen2 di n3 semalam... maaf ya tak sempat nak balas lagi... hampir 1/2 hari surfing & mencetak BBM.




salam kasih sayang & selamat berhujung minggu,






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, November 10, 2011

Cross-stitch : logo jalur gemilang




Salam bahagia,


saya sebenarnya memang dalam mood Malas nak update blog... makin hari makan malas nak update blog... huhuuu....



klik untuk lebih besar


Ini projek jahitan bulan lalu.. dah siap sebelum hujung bulan, tapi saya jer yang asyik lupa nak snap fotonya.

Sekarang ni saya sedang siapkan bookmark - hadiah untuk giveaway yang saya buat awal tahun 2011.. huhhhh.. lama gila saya peram.. now baru nak siapkan.. hampeh betui kan.. sure ada yang kata saya ni mungkir janji. aduhai.. tak kesah lah apa orang nak kata.. saya coba siapkan sebelum hujung tahun.. Lepas ni tak berani dah nak janjikan hadiah yang belum dibuat..Blah   padan muka diri sendiri... heheh.. 



Mulai minggu ini, saya bertambah seorang lagi anak... Brows  anak murid untuk diajar membaca supaya lebih lancar.. sebab tahun depan dah nak masuk tahun 1.. Anak adik saya yang dok di FRIM sebenarnya.. si Haris.. sian betui dia nih, agaknya sejak mak dia dah kerja tahun ni, terabai sikit perhatian pada dia.. lagipun baru jer dapat lagi baby baru.. masa umur 5 tahun dulu, nampak macam dah lancar membaca. Bila lama ditinggalkan @ tidak membaca setiap hari.. sampai lupa semua suku kata.. nanti lah saya sambung cerita pasal nih.. combine sekali xtvx Haris dan Fikri.. 


klik untuk lebih besar


Ni gambor Fikri dan abang Haris semasa main air laut di Teluk Senangin pada hari raya Aidil Fitri yang lalu.. Saya ada dalam 1 bulan lebih untuk pastikan Haris dapat membaca dengan lancar.. bagus juga ada si Haris di rumah.. ada lah persaingan untuk Fikri.  Way To Go   susah juga nak ajar anak orang nih.. anak sendiri boleh lah ku kutil2 kan.. ni anak orang, kena lah berpada-pada kan... hehhe...


Maaf ya jika saya jarang dapat singgah ke blog kawan-kawan.. sebab banyak aktiviti lain di rumah nih..


Anis & Fikri pun memang tak sihat. Semalam lagi Fikri dah demam.. hari ni pun masih belum nampak tanda2 akan kebah. Anis pulak pagi-pagi lagi dia dah muntah-muntah, kemudian cirit-birit pulak.. so si Aliya ajer lah yang aktif bagai nak rak. Tak berenti dok main beskal dengan abang Haris.


take care semua..



salam kasih sayang,
.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, November 7, 2011

Terlepas sudah nombor bertuah 077777



Salam bahagia,

Pagi ni, tetiba plak teringat nak buka blog.. bukan apa, dok teringat kot-kot lah ada yang berjaya capture no 077777 tu.. rupanya bila buka email.. tiada pun. Agaknya ada yang tak perasan kot.. Bounce










Rasanya dah banyak kali dah sesi lucky no ni sudah 'terlepas'.. sebab puan blog pun lupa nak buat entri untuk reminder supaya pengunjung alert.. Insya Allah, next number will be UP soon.. belum decide lagi nombor apa.. 


 So stay tune.. Grin





p/s :



apsal Aliya melalak nih... tunggu next entry ya... 



salam kasih sayang & selamat menunaikan ibadah korban,

.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, October 31, 2011

Fikri–menulis dan mengira nombor



Salam bahagia,


Semalam tidak berkesempatan untuk online.. walau sebenarnya saya tidak lah pergi ke mana-mana.. hanya memerap di rumah dengan anak-anak ajer. Tiada aktiviti menarik pun.. saya menghabiskan masa menyiapkan projek cross-stitch, dan anak-anak pula dengan aktiviti menonton CD dan membaca buku. Beberapa hari ni anak-anak (Aliya & Anis) saya tak mau buat aktiviti menulis mahupun melukis.. asyik minta dibacakan buku ajer.. hmmm.. Smile 


ini cerita Fikri, setakat saya menulis n3 ini, Fikri sudah kenal semua nombor.. boleh lah sebut 1-100… tetapi.. masih ada tetapi..


dia masih keliru untuk nombor-nombor seperti  21 disebutnya 12, 31 disebutnya 13, 41 disebutnya 14.. begitulah seterusnya nombor 51, 61, 71..

menulis pula.. ini contohnya :






yang sebenarnya dia tiru ajer nombor dalam kotak pertama tu.. tapi masih tetap ada kesilapan.. sebelum tulis saya akan suruh dia eja.. sebut kuat-kuat. Winking smile  selepas sebut kuat-kuat baru dia tulis..


yang dia eja & sebut kuat-kuat tu betul… tapi bila menulis, belum tentu betul.. contoh,
  • huruf G untuk ‘tiga’ >>> G ditulis terbalik.
  • dia eja ‘5’ – “l-i li, m-a ma, lima”, tapi dia tulis ‘liam’
  • dan masih sukar nak bezakan huruf L kecil (‘l’)  dan huruf I (i) besar..






yang ini pulak.. Alhamdulillah, saya tunjuk 1 contoh.. yang lelain tu dia buat sendiri. Saya yakin 1 perkara jer.. bila dia fokus dan mood okay, dia memang boleh buat. Jika dipaksa-paksa.. perkataan yang akan keluor dari mulut dia adalah “susah la ibu.. abang tak reti buat”..


ini sahaja lah untuk hari ni.. jap lagi nak buat projek kuih gunting pulak.. nak buat semalam, tapi suami pulak buat projek membuat keresik.. jadi hari ni baru dapat buat.. anak-anak dah bising, sebab dah banyak hari request tapi ibunya takdak mood nak membuat. Winking smile



salam kasih sayang & selamat memulakan minggu baru di hujung bulan Oct 2011,
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, October 3, 2011

Blog feed bermasalah



Salam bahagia,

Ini hanya catatan ringkas.

Saya baru sahaja pindahkan semula blog kakyong.com ke platform blogspot. Winking smile

maka terdapat sedikit kekeliruan dan saya sendiri pun tak tahu camana feed blog jadi haru biru.

Feed blog ini merujuk kepada blog http://kakyong72.blogspot.com dan juga www.kakyong.com

Saya perasan ramai kawan blog yang setia dengan saya, memasang 2-2 link blog saya di blog link kalian. Open-mouthed smile  Terima kasih.

Maka dengan itu, saya mohon jasa baik, terutama untuk mereka yang tak dapat feed untuk kedua-dua blog saya tu.. supaya DELETE link yang ada itu dan ADD kan semula ke2-2 link @ mana2 lah link blog saya yang ingin anda ikuti.


Harap maklum. Segala kesulitan amtlah dikesali. Nerd smile

.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, September 18, 2011

Apa khabar semua…?



Salam bahagia kawan-kawan,


Setelah lebih satu bulan atau lebih tepat 6 minggu berehat dari menulis blog dan segala aktiviti yang berkaitan dengan dunia internet, akhirnya saya kembali.


Masalahnya bukan lah talian telefon @ streamyx saya yang bermasalah, tapi wiring dalam rumah saya ni yang kaput. Kureng asem punya pemaju, wire yang depa guna tu nipis aje.. memang boleh dimakan oleh anai-anai dan bukan penebat kilat dan air… huhuu.. Memang pandai sungguh pihak pemaju ni kan, dia bagi kami warranty untuk tempoh 24 bulan ajer.. then all wiring (tak kiralah elektrik @ telefon) 5 tahun Smile with tongue out 


Dan kelewatan dalam mengatasi masalah ni pulak, disebabkan kelemahan saya juga.. andainya henfon saya tak rosak (sejak Mei dah rosak & kami tak beli baru pun – suami malas nak beli sebab telefon rumah boleh digunakan) , pasti lah masalah ni dapat diatasi dengan lebih segera.


Dan terdapat salah informasi juga antara Telekom ™ dengan Kontraktor Telekom. Ntah camana, staff TM boleh beri alamat yang salah.. rumah saya di Taman Tawas Mewah, tapi dia inform pada kontraktor - Taman Mewah. Kalo cari di taman Mewah memang sampai tahun depan pun tak jumpa rumah saya… Smile with tongue out

Alhamdulilllah, jasa baik adik lelaki saya yang hadiahkan saya henfon baru teramatlah saya hargai..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, August 3, 2011

Makin membengkak hingga susah nak buka mulut



Salam bahagia,

N3 ini adalah rentetan dari n3 semalam Bengkak pipi gara-gara sakit gigi.

Hari kedua berpuasa, masih lagi hari yang ‘flet’ untuk saya.. cuma gagahkan juga untuk memasak keteow goreng untuk hidangan berbuka suami dan anak-anak.

Juadah berbuka kami hari ke2 : keteow goreng, pecal (suami beli di restoren yang biasa), air mata kucing (di kedai berahim yang menjual air di Bt 8 Ulu Kinta).

Saya betul2 flet.. sampai hilang selera nak makan.. saya hanya minum 2 gelas air mata kucing.. kemudian rasa sikit pecal.. tapi sebab sukarnya nak buka mulut dan susah nak mengunyah, saya terus berhenti dan solat maghrib sementara suami monitor anak-anak makan.

Saya agak saya ‘flet’ sebab hari ke-2 saya baru kebah demam, dan saya bersahur hanya dengan semangkuk bubur nasi kosong, buah kurma dan air susu kambing. Mungkin tak cukup simpanan tenaga sehingga lewat petang, lagipun saya gigih selesaikan beberapa kerja rumah yang tertangguh, gara2 demam pada hari pertama berpuasa.

Bengkak di pipi tu, saya ingatkan dia akan surut seperti kes2 saya sakit gigi yang lalu. Tapi nampaknya, bengkak yang awalnya hanya sebesar telur burung puyuh, dah membesar seperti telur ayam kampung (kalo kata telur ayam biasa , besor lah pulak.. ekekek). Selepas Isya’, saya pun check le gigi saya (ala2 dentist gitu..), rupanya gusi belakang geraham tu yang sakit/bengkak.. rupa bengkak ni dah macam beguk lah pulak dan sakitnya sudah mula berdenyut sikit-sikit. Lewat malam, sakitnya mencengkam sampai ke kepala..

Sebelum tidur saya tampal koyok.. memang tak berkesan Smile with tongue out saya bangun jam 5 pagi tu… rasanya bengkak tidak makin susut, tapi makin membengkak

Kesanya dari bengkak ni.:
  • susah nak buka mulut luas-luas…
  • nak menguyah pun susah.. tak leh nak menguyah di belah yang bengkak nih
  • kadang2 sakitnya berdenyut-denyut.. memang menjangkit/menangkap ke kepala


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, August 2, 2011

Bengkak pipi gara-gara sakit gigi



Salam bahagia kawan-kawan,


Semalam diuji dengan sedikit kesakitan.. sejak malam sebelumnya gigi geraham belah kanan buat hal (gigi geraham belah kiri sakit tahun lepas & dah cabut pun)… mencucuk-cucuk sakitnya. Tapi lepas jam 11 pagi semalam, peak sangat rasanya.. terus terbaring, tak leh nak buat apa2.. anak-anak pun melayan diri sendiri jer. Sad smile 

Sakit gigi memang sakit yang dasat sekali.. tahun lepas seharian tak bangun gara-gara demam sakit gigi. Kali ni, sakitnya tidak lah sedahsyat tahun lepas.. tapi sengsara juga lah time bulan puasa nih. 2 jam sebelum berbuka tu memang tak leh bangun dah.. badan panas sangat, may be sebab tak cukup air.

Cuba mandi, tapi baru jer jirus kaki.. dan jirus badan 2 kali.. jadi menggigil-gigil.. tangan jadi hilang darah (pucat), rasa sakit mencucuk-mencucuk usah cakap la… terus keluor dan pakai baju laju2 dan berselimut dalam comforter… 

Alhamdulillah, sebelum mandi tu dah siap goreng ayam dan masak bubur nasi (untuk diri sendiri). Nasi jer tak sempat masak, baki nasi dari bersahur memang lah ade lagi.


gambar takde kena mengena dengan n3.. saje jer nak tampal muka budak ni..

Anis lah yang paling prihatin sekali, banyak kali dia datang bawa secawan air.. “Ibu, minum lah air. minum air dulu, nanti ibu baik” Sian Anis, sampai nangis-nangis paksa ibu minum air. Saya gigihkan juga terus berpuasa. Berbuka tu saya minum air kelapa muda 1 cawan dan kurma setengah biji (susah nak kunyah.. huhukkk..).. pastu terus masuk bilik baring semula.. Sakit sangat dah 1 badan… menggigil-gigil.. tapi badan panas, sakit gigi memang mencucuk.. niatnya memang nak baring kejap jer.. tapi ntahlah sedar2 dah hampir jam 9 malam. Terus bangun walaupun rasa sejuk sangat..

Masa amik wuduk - menggigil, usah cakap lah.. ni baru sakit yang baru 1/2 hari, ntah camana lah orang yang sakit berbulan-bulan dok kat wad hospital tu kan. Anak-anak pula bila tengok ibu dah wuduk, depa pun sibuk nak solat sama.. depa komplen ibu solat lama.. nak buek camno anak2, ibu solat pun menggigil-gigil. Memula nak solat duduk, tapi rasa macam larat lagi berdiri, cuma sesekala jer jadi menggigil Smile

Alhamdulillah, lepas solat, baru la berpeluh-peluh sikit. Tapi still badan sakit-sakit. makan bubur nasi sikit & minum air satu cawan… terus baring lagi.. anak2 pula dok jap2 jengah ibu, tolong picit kepala lah, picit kaki lah.. Anis dia picit sikit2 jer.. “Muka ibu panas” Fikri pulak tolong picit kaki, dia pun kata, “kaki ibu panas macam api”

Saya pun tak pasti pukul berapa suami kerah anak2 tidur.. tapi depa bukannya tidur, tapi melompat-melompat pulak atas katil.. Smile with tongue out yes, on the same katil yang ibunya baring.. sekali kena tempik dengan ayahnya, “turun, basuh kaki, lepas tu tidur”.. Lepas basuh kaki, 3-3 orang berebut2 nak tidur dengan ibu.. siap berimpit-impit lagi, pastu main tolak2 pulak.. Kena tempik lagi dengan ayahnya, baru la si abang mengalah dan tidur kat tempat biasa dia.

Saya memang tak larat nak buat apa2 dah, memang berselimut jer.. Alhamdulillah, lewat malam tu rasa sakit gigi tu dah hilang.. cuma demam menggigil jer.. sedar-sedar suami kejut bangun pukul 4 pagi. Masa tu memang berpeluh-peluh, Alhamdulillah, kebah juga demam saya.

Kerja rumah? hari ni saya tak mop lantai lagi.. pinggan-mangkuk dalam sinki masih penuh.. Pagi2 ni, tangan saya jadi sakit2 bila terkena air lama-lama. So saya decide tunggu tengahari sikit.. urusan mendobi ajer yang dah selesai.

Alhamdulillah, hari ni tiada sakit gigi, gusi pun dah tak bengkak.. tapi pipi yang membengkak Disappointed smile  dan semalam sejak dari jam 11 pagi, saya memang tak online langsung lah.. Smile Hari ni pun gigih menaip n3 ni.. lepas selesaikan kerja2 rumah nanti saya online lah semula.. terima kasih pada komen2 di n3 contest.. harap2 ramai yang sudi join.


p/s – dah lama tak menaip n3 panjang2 macam ni.. Winking smile

salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, July 28, 2011

Alhamdulillah, rezeki dapat sabun spa



Salam bahagia,

Alhamdulillah, dalam dok teringin SANGAT nak ke SPA.. rupanya ada rezeki bila join “Jom Join Giveaway: Ziesalikan!! saya nak CANTIK!!!” Smile Terima kasih Zie.





Keputusan pemenang ada diumumkan di pemenang Jom Join Giveaway Ziesalikan Saya Nak Cantik.

Telah diumumkan pada 25 JUlai, hari Isnin baru ni.. tapi malam tadi baru saya ade kesempatan nak semak.. itupun setelah 13 hari tak join apa-apa giveaway baru. Smile with tongue out

Tahniah juga buat norzarina dan pija@sitisifir. Thumbs up

Sabun ni namanya : sabun pengantin sri noora's

Walaupun namanya sabun pengantin tapi mak-mak dara (MD) juga boleh guna.. apa lagi.. kalo nak tau lanjut, sila klik pada link nama sabun tu yer… harganya untuk 2 ketul sabun (1 set) tu RM39.90.

testimoni? kena tunggu la saya guna dulu ya… Winking smile



p/s
ramai kawan blog yang tertanya @ bertanya, kenapa saya sekarang ni dah jarang update blog ni… Open-mouthed smile
bukan malas, bukan juga patah hati dengan dunia blogging.. anak2 dah semakin membesar, maka terpaksa hadkan masa beronline.. dulu boleh online lebih 5 jam 1 hari.. sekarang ni tidak lagi.. jadi kadang2 bila online, bukan lah tuju blog ajer.. kadang2 di FB.., kadang2 di twitter (meroyan dengan kawan2 twitter sambil cari info drama/filem terbaru, juga tips blogging untuk WP (wordpress)).. kadang2 di forum.. kadang2 melayan customer design.. kadang2 chat dengan kawan blog & FB ( you know who you are.. Winking smile )
so kesimpulannya, bila dah semakin banyak aktiviti dan masa pulak terhad.. maka berlaku lah yang dinamakan kos melepas… Winking smile namun berblog ni tidak lah akan ditinggalkan terus.. harap2 semua dapat memahami nya.


salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .