Showing posts with label self-hosting. Show all posts
Showing posts with label self-hosting. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Risiko bila berhosting : bandwidth limit exceeded

Salam bahagia,


Berhosting ni memang best, sebab kita buleh simpan file di ‘rumah’ sendiri, konon2 rumah banglo la besor & unik… tapi ada masalah lain pulak.. bandwidth limit exceeded.. bila terjadi masalah camni, memang tak dapat la nak melayari blog/laman tu.





hehehe.. ibu pun tak reti nak explain apa benda bandwidth ni… tetapi jika ikut apa yang ibu faham dari penerangan di blog pakarhowto.com.


Bandwidth = laluan
bila pelawat ramai (visitor yang tinggi la ni) = jalan jadi sesak..
maka , terjadilah masalah bandwidth limit exceeded

jadi, untuk besarkan jalan, kena lah keluorkan duit.. contohnya upgrade ke plan hosting yang tawarkan bandwidth lebih besar… ingat senang ke berhosting ni… Smile with tongue out  kalo takde duit, tak yah lah berhosting.. tu pasal blog yg self-hosting ni pasang iklan, sebab nak cover duit hosting.


Alhamdulillah, ibu dapat tajaan hosting dari Fivio.com, untuk 1 tahun jer.. tahun depan tak tau la camno… balik asal la kot.. Winking smile


okeh berbalik ke isu bandwidth ni.. selain dari kesesakan trafik, masalah bandwidth limit exceeded.. boleh terjadi disebabkan oleh ‘hotlinking’.

Ibu nak explain pasal hotlinking ni pun tak berapa reti jugak. Tapi sebelum berhosting dulu, ibu ade le faham sikit2.. bahwa bandwidth boleh ‘dicuri’ melalui proses hotlinking. contoh, jika ade kawan blog yang ambil gambar di blog dengan kaedah copy & paste.. jadi kawan2, kalo dah tahu blog kawan kamu tu self-hosted, sila lah minta izin sebelum dan sila lah save gambor itu ke PC/lappy anda.. jangan le copypaste.. sian kat kawan kome tu.. jenuh nak cover $$$ untuk bandwidth.

btw, untuk blog http://kakyong.com, kome jangan riso.. buleh aje nak copy paste mana2 gambor yang ade.. sebab ibu masih hosting semua gambor2 samada di Picasaweb, photobucket @ flickr. Winking smile  kaedah ini sebenarnya melambatkan sedikit loading blog. Tapi disebabkan masih belum mahir dengan isu hotlinking, maka ibu guna cara ni lah dulu.. 

*sebenornya ade baca2 n3 pasal nak atasi hotlinking ni.. macam rumit jer... hahaha.. otak belum bersedia nak terima ilmu baru.. teknikal bebenor.. cer kome cuba baca kat sini.. faham ker.. >> hotlinking protection


Kome boleh baca lanjut tentang hotlinking ni di blog kujie2.com dan boleh juga baca apa itu bandwidth di n3 ini dan juga kenali apa itu CDN.


JIka ingin berTUKAR.. dari blogspot >> domain sendiri + hosting. SIla korek2 dulu serba-sedikit ilmu pasal hosting ni. Kalo nak berdomain, takde masalah.. senang ajer.. yang berubah hanya nama blog & masih boleh terus berblog macam biasa sebab masih hosting di blogspot.


Jika ingin self-hosted, semua kena pindah ke tempat baru & perlu lah tahu serba sedikit hal ehwal berkaitan dengan  hosting & masalah2 berkaitan dengan nya.. jika belum bersedia, enjoy ajer lah berblog di blogspot… Winking smile



Ini adalah rekod bandwith http://kakyong.com untuk Mar 2011. sehingga semalam, 21 MAr 2011 baru guna 14%. Sebabnya trafik blog http://kakyong.com sikit ajer.. baru dalam 100++ jer untuk 1 hari. Kalo riban2 mau rabak poket nak cover bandwidth besor.


n3 ini dibuat untuk rekod dan sebagai rujukan ibu sendiri.


salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, February 27, 2011

Menjemput kawan2 ke http://kakyong.com

Salam bahagia,


Hari ni ulangtahun kelahiran Fikri yang ke lima tahun.. Jemput ke kakyong.com untuk membaca n3 terbaru.

Blog di hosting baru sudah beroperasi... sila-sila lah add http://kakyong.com/ .

Jika nak search blog baru ibu ni, just type >>>  kakyong.com.

Jika type kakyong.com , kome akan jumpa rumah baru ibu ni.




kalo type www.kakyong.com, kome akan dapat macam ni




Jadi, jika nak masukkan ke bloglist.. sila masukkan http://kakyong.com/


'Rumah baru' ni, buat masa ni ibu hanya letak apa2 yang penting ajer dulu.. belum 24 jam bersiaran, maka ibu pun masih terkial2 lagi dengan set-up dan coding.



lastly, untuk rekod... alexa rank blog http://kakyong72.blogspot.com/  setelah 3 hari on-air semula





janngan lupa klik... 



salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, February 26, 2011

Setelah sebulan menanti.. akhirnya muncul 1 BE

salam bahagia,



Hati gumbira berbunga2... sebab dapat 1 (SATU) BE baru.. Terima kasih di Nuffnang..



Rajin2 lah muncul ya sang iklan... jangan menyorok yer...





dan sedikit kurang hepi sebab trafik 2 hari setelah kembali ke url asal...merudum sangat2.... hehehhe... tak dapek nak dibantu... 





jika ikut rekod GA (google analytic, 30% trafik di blog ni adalah direct trafik.. hohoooo.. maaf la kalo tetiba kome dapat mesej cam ni.






dan pagi ni kalo kome cuba masuk... ke kakyong.com   Insya Allah boleh... tapi blog masih kosong yer...   sebab pihak fivio.com pun belum lagi bagi akses ke blog baru ni... hahahhha.....






Siapa yang membaca n3 ni, sudi2 lah add link baru  http://kakyong.com/  ke bloglist kome yer... 2-3 hari ni mungkin kosong lagi.. tapi akan berUPDATE dengan aktif nya .. ekekkeke... Insya Allah, macam biasa lah. Dan blog http://kakyong72.blogspot.com ni tetap akan ON untuk n3 tutorial, dan GA/contest... hehehhe... mulai Mar 2011... semua n3 contest & GA akan dibuat di blog ini.. sayang nak tinggalkan blog ni kosong... lagipun trafik dah bagus.. compare dengan blog GA tu.. belas2 jer trafik untuk 1 hari... ;)


Segmen blog review akan dibawa ke http://kakyong.com jadi minggu ni sepatutnya giliran Adyani untuk direview.. tapi kakyong bawa review itu ke hari selasa... hari Isnin Insya Allah akan kick-off contest baru di blog baru... so stay tune.. & jangan lupa add http://kakyong.com




salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, February 25, 2011

Langkah memindahkan domain berbayar ke hosting berbayar

Salam bahagia,


Kes ibu ni adalah kes yang sudah ada domain berbayar (http://www.kakyong.com) dan ingin berpindah ke hosting berbayar (baca : ditaja).. tahun depan kalo nak sambung baru bayar. Winking smile   Sebelum ini, dari tempoh May 2010 hingga Feb 2011, ibu menggunakan domain berbayar di hosting percuma (blogger @ blogspot)

Ini langkah2 yang telah ibu ambil :

1. Import post/n3 di blogspot ke wordpress.

Kalo belum ade akaun wordpress, sila la buka akaun wordpress dengan mendaftar di Wordpress.com dan Create 1 blog baru wordpress dan mulakan operasi mengimport blog.

Jika kome menggunakan kotak komen default blogspot, maka semua komen juga akan diimport. Winking smile  bagus kan.. rugi lah pada yang guna kotak komen selain blogspot.. macam ibu ni la.. Smile with tongue out 

kaedah untuk import post+komen di blogspot ke wordpress, buleh rujuk sini


Ibu malas nak buat tutorial.. dok cari2 kat google, terjumpa la n3 tu, memang sebijik sama jer dengan cara yang ibu guna.

note :

actually pihak fivio.com ada sediakan support @ membantu untuk memindahkan akaun blogspot ke WP dan set up ke self-hosting @ rumah baru.

Untuk kes ibu, ibu request pihak fivio.com transfer data dari data yang back-up di wordpress percuma (wordpress.com) ke hosting.


2. Kekalkan akaun di blogspot

Tukor url blog ke url blogspot lama.. maksudnya kembali ke url asal blogspot… ini jika kome nak menten blog yang diblogspot. Macam ibu ni lah.. ibu menten sebab ibu sayang.. ekekkekeOpen-mouthed smile jadi blog baru akan start fresh.. Winking smile

Maaf sebab ibu lupa nak printscreen semasa membuat pertukaran url… huhuuu.. rugi.. Sad smile  camno la leh terlupa..

caranya mudah ajer. : dashboard > Setting > Publishing
~ masukkan url blog lama & follow ajer arahannya

untuk menten blog lama @ url asal supaya boleh beroperasi seperti biasa.. jangan lupa edit link url di Nuffnang juga, kalo tidak akan keluor message error kat paparan iklan & statistik pengunjung pun tak dapat dikesan.

Feed blog ??!! Jangan riso, blogger akan auto direct ke link asal. Jadi kawan2 blog tak perlu nak add semula dalam bloglist. Winking smile Thumbs up


3. Tunggu arahan selanjutnya dari pembekal (dalam kes ibu penaja hosting fivio.com – untuk 1 tahun jer). 

Beberapa perkara dia akan request seperti :


  • username & password di Cpanel domain (tempat asal kita beli domain), ibu beli domain NetKL.
  • request akses ke akaun wordpress.com (yang percuma tu), untuk transfer data ke hosting




note : proses pemindahan domain ke hosting memakan masa antara 4 hingga 48 jam. huhuuu… mujur la dah tukor semula ke url lama.. kalo tak, mau la gigit jari x dapat berblog… ekekkekeOpen-mouthed smile


INi beberapa Term yang patut diketahui oleh semua yang berblog.


1. domain

domain ni ade 2 jenis.
  • domain percuma seperti blogger.com @ blogspot
  • domain berbayar ~ ini kena beli okay.. beli pada pembekal domain seperti NetKL, Malaysian Webhosting, dsb

domain berbayar ni ade macam2 extention contohnya:  .com, .net, .my, .org, .biz, .info, .us, .eu, .name, .tv dsb mengikut kegunaan @ tujuan.




domain berbayar ni kome boleh nak menumpang di hosting percuma contohnya di blogger.com. Blogger.com adalah penyedia domain & hosting percuma. Jadi, dah ade domain sendiri, masih boleh guna hosting percuma.

Ade beza tak dengan domain percuma? Perbezaan adalah dari segi nama yang lebih personalized @ hak milik sendiri, unik, lebih pendek dan mudah diingati.

DAri segi operasi blog, domain yang menumpang di hosting percuma, sama sahaja macam domain percuma.
Dalam bahasa yang mudah, domain adalah ‘nama’ = url link blog = alamat blog



sumber foto dari pakcik google


2. Hosting

Hosting adalah tempat/ruang menyimpan data (gambar, fail, teks  dan kandungan blog/laman sesawang).. kalo ade domain ajer (tak kiralah berbayar @ percuma), jika tiada hosting.. tiadalah maknanya. Sebab itu jika sudah beli domain, perlu cari hosting untuk menguruskan data simpanan. Tanpa hosting, blog @ website tidak boleh dilayari.

Hosting juga ade 2 jenis

Hosting percuma – seperti blogger.com, wordpress.com. yang mana kita dapat ‘tapak’ percuma untuk menyimpan data & data kita tu disimpan di tempat ‘awam’ dengan simpanan storage yang terhad.. mungkin bila2 masa boleh di’remove’, ter’delete’ oleh pihak hosting

Hosting berbayar –  beza hosting berbayar dengan yang percuma adalah >> ia umpama hardisk milik sendiri dengan ruang simpanan yang lebih luas. Bergantung pada pakej hosting yang dipilih yer.. jika mahu ruang yang lebih maka kena la bayar lebih.


printscreen dari fivio.com

Dalam bahasa mudahnya , Hosting = rumah



Untuk lebih faham & susunan bahasa yang lebih kemas dan rapi boleh baca di sini

sekian penerangan ringkas..

semalam hampir seharian ‘mencari’ info lanjut tentang hosting.. dan mulai 11 pagi tadi pihak fivio.com dah mulakan operasi migration ke ‘rumah baru’, jadi selepas ni http://www.kakyong.com akan beroperasi di rumah baru dengan tapak baru (wordpress)… banyak yang ibu kena catch up lepas ni..

Tak salah mengambil peluang ini.. sekurang2nya ada pengalaman berhosting sendiri. Winking smile pasti lebih banyak yang boleh ibu pelajari lepas ni…. jangan riso, ibu akan cuba kongsikan setakat yang ibu faham.


Sehingga petang ni, sudah hampir 6 petang, masih belum ade news dari pihak fivio.com. Jika ikut kan, sebaik proses nya selesai, ibu dah boleh mula menggodek2 dan berblog di rumah baru. Insya Allah, jika ade masalah.. sudah ade beberapa kawan blogger yang boleh di rujuk >> Syamila, Ummi Hanie & CikSembang.


p/s
Jika tidak faham kenapa n3 ini ditulis, sila rujuk n3


Peluang berhosting bakal jadi kenyataan : Untung nya join contest Yanmieonline










salam kasih sayang,
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, February 23, 2011

Setelah 9 bulan berdomain, Bersediakah untuk self-hosting

Salam bahagia,


Hari ni memulakan hari dengan sedikit 'fenin' dan gundah..






seawal pagi, opah santan telefon.. katanya Fikri tak mau bangun.. sudah 7.30 pagi dia langsung tak mau bergerak mahupun bangun untuk mandi. nanti lah ibu cerita kan hal ni dengan lebih lanjut.. Fenin juga melayan kerenah Fikri ni, minggu lepas dia balik rumah, minggu ni tak mau balik rumah pulak.. Fenin memikirkan kenapa lah dengan anak jantan ku nan sorang ni.. Ibu dulu, kalo boleh tak mau miss pergi sekolah.. sebab sekolah tu "BEST"... jadi esok & hari2 seterusnya ibu akan berada di Ulu Kinta,.. bermakna ibu tak dapat nak online... huhuuu.. 






Perkara ke dua yang buat ibu fenin adalah isu nak bertukar ke selfhosting ni.

Beberapa perkara yang bermain di fikiran

1. Perlukah ibu back-up blog ini ke url lama http://kakyong72.blogspot.com..??!! kalo perlu, nak kena godek2 cara nak buat.... 

2. kalo dah transfer @ import blog ke selfhosting, which dah semestinya akan menggunakan platform wordpress.. adakah semua komen2 di ID (intenseDebate) masih boleh view untuk n3-n3 yang lama.. 

3. Apakah perkara yang perlu ibu buat @ checklist perlu ada sebelum nak ber'self-hosting' ni ??? 


hari ni memang plannya nak buat research sikit pasal nak ber'hosting' ni... jadi jika tak nampak ibu meninggalkan komen di blog kome.. bermakna ibu sedang 'belajor' @ menggali apa info yang ada pasal hosting... 



Lastly sedikit update tentang prestasi blog. 20 Feb 2011 genaplah 9 bulan blog ibu ni berdomain.




Bulan lepas alexa rank 359,000++, okay lah jugak kan setelah sebulan .. mencecah juga below 300k... hehehhe... lagipun ibu ni menten trafik 150-200 jer daily... & takde usaha nak kejor seo & sibuk2 nak kejor traffik dengan join bloglist @ join mana2 segmen untuk memfofularkan blog... ekekkeke.... tu pasal kalo ade orang cakap alexa rank ibu lambat naik, ibu sikit pun tak amik ati... yang penting menten & konsisten... 





Pagerank ni ibu baru perasan beberapa minggu lepas.. okay lah kan.. Untuk tahu lebih lanjut apa itu page rank.. sila lah tanya dengan pakcik google ya... 





Jumlah pelawat untuk tempoh sebulan ni... kurang sedikit dari tempoh yang lalu.. kalo tengok graf ade 1 mercu tanda @ puncak tu... sila lah abaikan nya, sebab ibu anggap itu semua pelawat palsu...jadi dari jumlah visit 5941 - 500 = 5441  ini sahaja lah jumlah pelawat sebenar.. 





dan jom tengok siapa dalam senarai top 25... oowhh, yang ibu kotakkan biru tu. sila lah abaikan sahaja.

Terima kasih buat semua yang sudi & selalu singgah ke blog kecil ibu ni... hanya blog seorang ibu biasa, yang tiada bergaji untuk belanja kome makan best2.. setakat berkongsi apa yang tahu sekadarnya... dan terima kasih atas persahabatan, perhatian, kata nasihat, tunjuk ajar... tidak rugi berblog..



salam kasih sayang,
.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .