Thursday, March 31, 2011

Blog ku hilang lah pulak

Salam bahagia,

bukan blog ini yang hilang,.. tapi blog http://kakyong.com. Pagi2 tadi usai lipat kain & kemas2 dapur.. terus ON kan lappy. Pagi ini sangat nyaman tau.. awal dini hari lagi hujan renyai.. hinggalah jam 7 lebih tadi… Thumbs up


 

Bukan setakat blog ‘hilang’.. nak buka cPanel untuk semak email pun tak dapat… huwaaaa… email yang admin@kakyong.com tu terpaksa semak via cPanel sebab ibu takde Microsoft Outlook.. pokoknya memang takdak Microsoft office.. ibu guna OpenOffice untuk kerja2 yang melibat spreadsheet dan documents (word processing).


Ibu pun cepat2 hantor tiket ke Fivio untuk support.. letak priority URGENT..



Selepas 5 minit dapat balasan dari Support hosting , masalah akan diatasi segera.


Selepas 1/2 jam.. tak ada apa2… selepas 1 jam.. pun sama… tetiba teringat nak check blog Bee (kami kan dibawah naungan penaja hosting yang sama.. Winking smile)… type la http://puanbee.com


Hmmm.. pun sama… ‘hilang’ jugak… senasib lah kita Bee…tensi nya dah 2 jam… masih belum ade apa2 feedback dari pihak hosting ni… nak kena antor ticket lagi ni…


Jadi, pada kawan2 yang cuba melayari blog http://kakyong.com , mohon diampun.. segala kesulitan adalah di luar kawalan tuan empunya blog.


Jika ingin berhosting, sila la pilih NetKL okay.. cepat, pantas & tidak membiarkan pelanggan ternanti2… hosting yang ibu sedang guna ni, redho ajer lah.. sebab dapat percuma kan.. tapi kalo boleh, biarlah servis tiptop.. baru lah saya pun rasa hepi nak tolong promo… Smile with tongue out




salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Menang GA : Cik Azie Lucky Followers

Salam bahagia,


Alhamdulillah, ibu terpilih dalam senarai CIk Azie Lucky Followers. Winking smile Thumbs up




Keputusan penuh di sini ya..


Terima kasih pada Azie sebab maklumkan di shout blog GA.. baru malam tadi ibu berkesempatan nak jengah blog GA.. sibuk macam2 akhir-akhir ni.. beberapa hari jugak lah takde peluang nak buat n3 untuk join GA.. sebelum ni dok target, sekurang2nya 1 hari 1 n3 GA/contest.. Smile with tongue out



p/s
menang #7, penutup untuk Mar 2011 Smile

Jom singgah sini :   Contest Aksi si cili berbasikal di lanjutkan.. ke 10 April 2011



salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, March 29, 2011

Tutorial : membuat blockquote berbackground

salam bahagia,


tutorial ini adalah panduan untuk kawan2 blog yang belum pernah buat @ ada blockquote berbackground. contoh blockquote, boleh lihat di n3 ini. Winking smile


untuk blogspot :
1. log-in , Design > Edit HTML > tak perlu tick expand widget dan cari kod ini


]]></b:skin>



2. masukkan kod dibawah sebelum kod diatas



.post blockquote  {  background-image:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT4OY0mITbJ5t5p7YLdRBQeiJFhus0gnv-NQIMjKKYr6vjPJo-55ZNdz3KbEBjMR2cXH9YvEWiJjerIu-i2A-A2IbGJFQFa4RZz2Libkginj8pb7aMW8zCT7Df3P29_madCeGqItGSFuOn/); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 10px; Border: 3px solid #FF0080; margin:1em 20px; }



note:
  • boleh tukar background ikut citarasa sendiri.. yang dihighlightkan kuning itu adalah background
  • boleh ubah warna border ikut warna pilihan sendiri.. yang dihighlightkan hijau adalah warna border
  • boleh ubah jenis garisan kotak blackquote ikut, contoh tukar perkataan solid kepada dotted; dan boleh ubah ketebalan garisan dengan tukor 3px ke 5px @ lebih .. trial n error okay..

bila dah siap, jangan lupa SAVE TEMPLATE.

ini adalah rupanya bila dah dimasukkan dalam Edit HTML




Untuk wordpress :

1. log-in > Appearance > Editor > Stylesheet (style.css) dan cari kod di bawah ini


blockquote {     font-style: italic;



2. masukkan kod seperti yang no 2 untuk blogspot, dibawah kod dan tukarlah mana2 yang perlu ikut sesuaian dan bila selesai klik ‘Update File’.

dan ini lah rupanya apabila sudah dimasukkan kod.




selamat mencuba..

p/s :
ade banyak versi koding untuk membuat blockquote ini dan ibu dah cuba permudahkan nya.
untuk background tu kome buleh ajer google, nak guna gambar sendiri pun buleh & kalo nak customize background sendiri.. sila2 lah pm ibu ya >> kakyong72@gmail.com Winking smile


salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, March 28, 2011

Setelah 1 bulan kembali ke url asal

Ini adalah rank alexa pada 27 Mar 2011. Blog ini telah kembali ke url asal pada 26 Feb 2011. Alhamdulillah, berjaya capai rank 6 angka dalam tempoh 1 bulan.. Thumbs up  walaupun ia tidak mencanak naik.. tapi okay lah kan… Smile with tongue out





Ini pula rekod pelawat untuk tempoh 1 bulan…



Berkurang separuh angka ini.. tapi tak apa lah… sekurang2 masih ada pelawat & masih ada kawan2 yang rajin jengah ke mari.. Terima kasih ya kawan-kawan… mana yang tak sempat ibu jengah lagi tu harap bersabar lah yer.. Winking smile


Ini pula top10 referral.. amik dari stats blogger.  Terima kasih semua..

Referring URLs – 27 Feb – 27 Mar 2011
http://norhayatiberahim.blogspot.com/  52
http://kakyong.com/?p=3475 43   >>> ini dari contest aksi berbasikal
http://www.iwebtool.com/speed_test  32  >> asyik kena timbang je blog ni… Smile with tongue out
http://4fn1mn.blogspot.com/  16
http://kakyongshoppe.blogspot.com/  14  >> terima kasih, sudi singgah kakyong’s shoppe & singgah juga ke blog kakyong ibu 3A
http://nuradyanirosly.blogspot.com/  13
http://fztogether.blogspot.com/  12
http://affieza.blogspot.com/  11
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/ 10
http://ashrafshaakira.blogspot.com/  9
 

Insya Allah, seperti yang dimaklumkan dalam n3 makluman, blog ini masih akan terus beroperasi dan berkongsi info2 yang berkaitan tutorial blog, projek2 charity, juga tidak ketinggalan sedikit kegilaan pada hadiah & kemenangan kecil dari GA & contest. JIka ingin ikuti kesah perkembangan anak2 kakyong, sila lah jengah ke http://kakyong.com
 

p/s
masih belum ade mood untuk sambung meREVIEW blog… cepat lah mood datang…

 
jangan lupa klik … Winking smile

 
 


salam bahagia,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, March 27, 2011

Ada yang belum menuntut :p

Salam bahagia,

N3 ini adalah susulan dari n3 UjiMinda hari Ahad : Keputusan yang dinanti. Dah announce 1 bulan yang lalu.


Ini adalah mereka yang telah menuntut hadiah :


Yati – watermark simple ajer yang yatie pilih Winking smile




Diya – pilih signature yang comel, Thumbs up, tahniah buat Diya sebab blog dah makin comel & maju… Winking smile  dulu nampak tak ceria.. sekarang dah ceria sesuai dengan tagline blog : “Warna-warna ceria” Thumbs up




Yan – request header baru… tapi Yan belum guna & belum buat apa2 perubahan di blognya.. *busy dengan urusan seharian…*



ini antara header yang ibu suka… sebab warna nya BIRU.. nampak bersih dan simple.. Thumbs up dihiasi dengan gambar anak2 yang ‘clear’ dan ceria.


Yang lelain :

Sidratul Muntaha @ Ida Rahayu – hanya minta nasihat jer.. Smile with tongue out x nak minta design apa2 ker… background ke… Winking smile
 
Nur Solehah – belum menuntut
 
Zety Zainal – belum menuntut
 
Siti Darna – ibu takde link blog dia.. dan tidak dapat juga menjejak emailnya.. semasa siti jawab soklan tu, takde tinggalkan email pun. JIKA kome kenal Siti Darna ni, sila lah inform dia yer..
 
 
dan untuk pemenang Keputusan GA 3rd blog besday pulak.. nanti ibu follow up…
 
 
salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, March 26, 2011

Berjaya Hit 222…

salam bahagia,

ni kesah dah 2 hari lepas… sebelum nak masuk tidur (23 Mar 2011, jam 11 lebih) sempat lagi jengah blog Arni…

kebetulan agaknya rezeki ku di situ…




nampak tak nombor 222 tu… comel sangat.. tak leh nak nampak kan..

btw, puan blog nya dah sahkan .. baca kat sini




Alhamdulillah, nanti hadiah dah sampai ibu update lagi ya..


p/s
menang #6 untuk Mar 2011



salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, March 25, 2011

FM comel dari syilasyira

Salam bahagia,


ini hadiah dari syilasyira.. ari tu ade mentioned kat sini.




syira ni rupanya dok dekat2 jer dengan ibu ni.. bukan jauh mana pun… dipisahkan dek lebuh raya PLUS ni ajer… Winking smile  memula tengok alamat memang terkejut.. sapa pulak lah ni!!?

bila nampak kad ni baru teringat yang syira bagi hadiah untuk pengomen2 di blog nya..



comel tau FM ni.. buleh buat macam2 aksi.. ade 5 magnet kecik terlekat di badan FM comel ni….

*gambor tu testing jer.. hanya untuk snap gambor.. masa tu anak2 takde di rumah… masih belum boleh nak display FM2 yang ade di freezer.. anak2 belum cukup mumaiyiz lagiWinking smile *




kalo anak2 nampak ni, dah pasti lah FM terus jadi pet depa.. comel kan.. kain nya lembut ajer.. ala2 minky gitu… Thumbs up  Terima kasih syila.  lama jugak tak jengah syila ni…


p/s

bulan Mar menang 5 GA jer…  nak buek camno, takdan nak join banyak2.. bulan mar ni konon2 nak join banyak2.. sehingga hari ni, GA/contest yang due 31 Mar 2011 baru  join 10 jer.. camno nak menang banyak2… ekekkeke… Smile with tongue out

sebelum hujung bulan ni kena lah gigih buat n3 GA pulak… n3 GA semua di sini ya… mana2 yang ade tag GA tu tinggal ke kat shoutbox di mana2 blog.. Insya Allah ibu akan cuba men’joinkan diri..



salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, March 24, 2011

The One About Justice For Arwah Adelia

I support this.




Untuk bacaan lanjut sila klik pada badge/banner di atas.. atau tekan sini >> The One About Justice For Arwah Adelia

Baca juga di sini ya :

Kes bayi meninggal di pusat asuhan harian sudah semakin menjadi2.. semoga usaha En Nizam & Puan Fariza ini akan membuka mata pihak yang berwajib dan kita semua supaya pihak pusat asuhan anak-anak dapat menambah-baik sistem pemantauan dan pengasuhan anak. Dan ada pembelaan yang sewajarnya untuk anak-anak kita yang tidak berdosa.

Mungkin kome patut baca kaedah pengasuhan anak2 di jepun.. aci cuba klik link di blog Tie ni. Thumbs up  Sure terpegun punya..


salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, March 22, 2011

Risiko bila berhosting : bandwidth limit exceeded

Salam bahagia,


Berhosting ni memang best, sebab kita buleh simpan file di ‘rumah’ sendiri, konon2 rumah banglo la besor & unik… tapi ada masalah lain pulak.. bandwidth limit exceeded.. bila terjadi masalah camni, memang tak dapat la nak melayari blog/laman tu.





hehehe.. ibu pun tak reti nak explain apa benda bandwidth ni… tetapi jika ikut apa yang ibu faham dari penerangan di blog pakarhowto.com.


Bandwidth = laluan
bila pelawat ramai (visitor yang tinggi la ni) = jalan jadi sesak..
maka , terjadilah masalah bandwidth limit exceeded

jadi, untuk besarkan jalan, kena lah keluorkan duit.. contohnya upgrade ke plan hosting yang tawarkan bandwidth lebih besar… ingat senang ke berhosting ni… Smile with tongue out  kalo takde duit, tak yah lah berhosting.. tu pasal blog yg self-hosting ni pasang iklan, sebab nak cover duit hosting.


Alhamdulillah, ibu dapat tajaan hosting dari Fivio.com, untuk 1 tahun jer.. tahun depan tak tau la camno… balik asal la kot.. Winking smile


okeh berbalik ke isu bandwidth ni.. selain dari kesesakan trafik, masalah bandwidth limit exceeded.. boleh terjadi disebabkan oleh ‘hotlinking’.

Ibu nak explain pasal hotlinking ni pun tak berapa reti jugak. Tapi sebelum berhosting dulu, ibu ade le faham sikit2.. bahwa bandwidth boleh ‘dicuri’ melalui proses hotlinking. contoh, jika ade kawan blog yang ambil gambar di blog dengan kaedah copy & paste.. jadi kawan2, kalo dah tahu blog kawan kamu tu self-hosted, sila lah minta izin sebelum dan sila lah save gambor itu ke PC/lappy anda.. jangan le copypaste.. sian kat kawan kome tu.. jenuh nak cover $$$ untuk bandwidth.

btw, untuk blog http://kakyong.com, kome jangan riso.. buleh aje nak copy paste mana2 gambor yang ade.. sebab ibu masih hosting semua gambor2 samada di Picasaweb, photobucket @ flickr. Winking smile  kaedah ini sebenarnya melambatkan sedikit loading blog. Tapi disebabkan masih belum mahir dengan isu hotlinking, maka ibu guna cara ni lah dulu.. 

*sebenornya ade baca2 n3 pasal nak atasi hotlinking ni.. macam rumit jer... hahaha.. otak belum bersedia nak terima ilmu baru.. teknikal bebenor.. cer kome cuba baca kat sini.. faham ker.. >> hotlinking protection


Kome boleh baca lanjut tentang hotlinking ni di blog kujie2.com dan boleh juga baca apa itu bandwidth di n3 ini dan juga kenali apa itu CDN.


JIka ingin berTUKAR.. dari blogspot >> domain sendiri + hosting. SIla korek2 dulu serba-sedikit ilmu pasal hosting ni. Kalo nak berdomain, takde masalah.. senang ajer.. yang berubah hanya nama blog & masih boleh terus berblog macam biasa sebab masih hosting di blogspot.


Jika ingin self-hosted, semua kena pindah ke tempat baru & perlu lah tahu serba sedikit hal ehwal berkaitan dengan  hosting & masalah2 berkaitan dengan nya.. jika belum bersedia, enjoy ajer lah berblog di blogspot… Winking smile



Ini adalah rekod bandwith http://kakyong.com untuk Mar 2011. sehingga semalam, 21 MAr 2011 baru guna 14%. Sebabnya trafik blog http://kakyong.com sikit ajer.. baru dalam 100++ jer untuk 1 hari. Kalo riban2 mau rabak poket nak cover bandwidth besor.


n3 ini dibuat untuk rekod dan sebagai rujukan ibu sendiri.


salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .