Hari ini agak lambat dapat bersiaran. Banyak yang ingin dikongsikan tapi lately ni, ibu terasa jadual harian semakin padat, terutama di waktu pagi. Banyak kerja dan urusan yang perlu dibereskan, sebelum ibu boleh mula mengadap laptop.
Pada hari kiriman ini diterima, ibu sudah perasan posmen telah beberapa kali berpusing di lorong rumah kami, sambil memegang sampul pos express. Memula ibu nampak posmen berhenti di rumah depan rumah kami, bila tuan rumah keluar, ibu perasan dia tak ambil pun sampul tu, salah rumah lah tu. Dalam hati terdetik juga, 'ntah2 aku punya kot...' :D Heheh, tak lama lepas tu, agak2 dalam 5 minit kemudian posmen singgah ke depan pagar rumah ku... kan, memang dah agak dah... ;;) *posmen baru rupanya, patut lah tak berapa familiar dengan alamat kawasan taman ni *
Ni lah reaksi fikri sebaik menerima sampul tersebut, tak sabor nak dibuka.. selepas ibu buka sampul, fikri dan anis buat sesi berebut pulak, mujur lah masih dalam plastik. Kecoh sungguh anak2 ku.. nak buek camno kan, dah nama lagi budak2.
Walaupun pouch sling yang ibu menangi adalah bersaiz XS.. tapi gendongan itu just fit nicely dengan badan ibu yang rendang
comel lote ala bonsai ni. Jika mengikut ukuran yang sesuai untuk ibu, yang ibu rujuk di
Big Eyes Shop : Ukuran Pouch Sling, ukuran ibu adalah 23 inci, maka saiz yang sesuai adalah S. Memang ibu harus adjust sikit dibahagian bahu bila memakainya.. apapun Aliya nampak lebih selesa dalam gendongan baru ini.
Btw, untuk kawan2 ibu yang berhajat hendak membeli Pouch Sling dari Big Eye Shop, sila check dulu ukuran yang sesuai untuk anda. Dan usah lupa, belajar juga cara-cara untuk memakai pouch sling dengan cara yang betul di sini. =>
cara memakai Big Eyes Pouch SlingIni lah rupa gayanya bila foto di snap sendiri. Tu jer lah yang termampu.. alamak, terserlah kebuncitan perut ibu... :|
Ni pesanan untuk
makNgah miela, " rasa2nya makNgah tak celus gendongan ni, walaupun setakat nak try2.. kalo pakNgah, ibu rasa boleh lulus... ;) " btw kalo makNgah miela nak menyahut cabaran ibu ni, silalah datang ke rumah yer.... ;;)
Semasa shopping di TESCO extra minggu lepas, dapat lah bergaya sakan dengan gendongan baru ni. Memang suka sangat lah, and as usual... sentiasa menjadi perhatian khalayak ramai... heheh... rasa femes lah jap. Secara peribadi ibu beri 9 out of 10. Gendongan ini memang lebih selesa & mudah guna berbanding ring sling yang sedia ada. Kenapa 9, bukan 10... heheh, ia tak selesa di bahagian bahu, sebab saiz yang sangat sesuai untuk ibu adalah S. :D Ibu lupa nak snap foto yang tunjukkan bahagian bahu tu. Takper lah, lain kali ibu snap foto nya lagi.
Overall, ibu memang sangat suka dengan gendongan baru ni, sebab ibu bukan setakat nampak bergaya, rasa bergaya dan rasa hebat. * saper tak suka barang free weiiiii... * part yang ibu suka ialah, sepenuhnya badan Aliya berada dalam gendongan, maka risiko ALiya nak terjatuh atau terjongket adalah sangat tipis. Selain cara yang ibu gendong ALiya ni yang juga dipanggil front carry, ade juga cara lain, cuba tengok foto2 ni.

ok.. abis sudah catatan tentang gendongan baru... 
Buat kawan-kawan ibu yang telah mengVOTE 16... di
sini, ibu ingin ucapkan TERIMA KASIH...

Ibu tak berani nak janjikan apa-apa, tapi ibu dah simpan semua nama2 kawan-kawan. Buat Yan... heheh, nak kacang botak yer.... heee... buat masa terdekat ni, kakyong belum merancang lagi nak buat giveaway... sedang berusaha nak cari modal dulu. Almaklumlah, nanti nak pos barang2 nak guna duit gak. Lagipun ramai benor blogger yang buat contest & giveaway bulan ni. Jadi sabor yer, kalo kakyong buat pun, Insya Allah terbuka hanya untuk existing followers @ kawan2 ibu yang sedia ada sahaja.
sekian, harap maklum...