Showing posts with label jumpa kawan blog. Show all posts
Showing posts with label jumpa kawan blog. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Bertemu SitiSifir di Parit Buntar II

Lewat petang baru dapat ruang untuk update entri ni. :( Plannya pepagi tadi dah nak update n3 ni. btw, untuk kawan2 ibu @ followers ku yang baru ADD.. 10-15 orang yang terakhir ni, kakyong masih belum dapat nak update ya.. dah masih belum dapat nak menyapa di blog kalian. Kawan2 yang lain juga, kakyong sedang berusaha ni untuk blogwalking. :D

kakyong tak pasti lah sama ada internet yang slow atau laptop kakyong ni yang bermasalah.. sebab nya dalam seminggu ni hanya boleh buka 4 tab jer.. kalo buka lebih,, mula lah 'jammed' @ 'hang'.. :p

Okay, sambung citer n3 semalam.

Kami telah ke rumah makbonda sitisifir dan berkenalan dengan makbondanya. memula tu en ayah macam malas jer nak ikut ke rumah sitisifir.. sebab en ayah ingat, lepas dah amik dokumen, boleh la terus balik.. takpun pusing2 tengok pekan Parit Buntar jap sebelum balik ke Ipoh. Tapi sebab ade alasan... "TUNggu spek ibu Siap".. maka sampai lah juga kami ke rumah makbonda sitisifir.

*

ehhh.. kalian perasan tak blog sitisifir dah tukor Tagline... *

best gitu.. tak lama lagi makin meleTOPS lah blog sitisifir. selingan jap... :p

Kami akhirnya berkenalan dengan makbonda sitisifir.. sambil sembang2.. selidik2.. * dalam tempoh yang singkat tu, sempat juga mengorek cerita * rupanya makbonda sitisifir ni adalah kawan baik arwah makcu. Makcu ni maksedara en ayah, kiranya kakak kepada ibumertuaku. Maksu ni dulu koje 'sister', incharge klinik. Dan makcu pula takde anak lelaki, so kalo masa cuti sekolah, memang en ayah lah selalu dibawa berjalan2.

Makbonda sitisifir pulak bukan setakat kenal2 macam tu jer dengan makcu.. tapi memang kenal rapat.. hatta kesah cinta makcu & pakcu pun tau.. pakcu kahwin baru pun dia tau. Makcu meninggal 5 tahun lepas kerana sakit kanser.. dan menurut cerita makbonda sitisifir, 2 hari sebelum makcu meninggal dia & kawan ada datang melawat. Masa makcu meninggal pun makbonda sitisifir ada bersama.

En ayah memang hepi & berbunga2 lah hatinya.. tak sangka.. dalam dok berat dia nak datang Parit Buntar.. akhirnya menjejak kasih dengan kawan baik makcu. hmmm... agaknya gitu lah kan aturan Allah.. tak sangka lah kan... dulu kakyong dok belek2 blog sitisifir ni, ingatkan kenal blog & nama jer.. rupanya lebih dari itu.. semoga tautan ini akan terus berkekalan. :D Aminn..

Mungkin selepas ni sitisifir boleh lah berkenalan pulak dengan anak2 arwah makcu. Anak2 makcu semua nya perempuan, 4 orang semuanya. Ada yang kerja cikgu, ada yang kerja bahagian IT, ade yang kerja di hospital bahagian fisioterapi.. dan yang no4 masih study lagi. Anak yang bingsu juga perempuan, tapi telah lama meninggal dunia sebelum makcu meninggal dunia.

Dalam foto ni Usamah tengah dok main kira duit.. dari awal kami datang, sampai lah nak balik, usamah tak habis2 dok kira dan susun duit 1 sen & 10 sen.. *rasa2nya lah* Kami dijamu dengan air milo panas, kuih kek & kaya ball juga buah langsat.. buah langsat tu besar2.. tapi manis isinya. Mekasih lah sitisifir sebab menjamu kami.

Btw, en ayah tak dapat berkenalan dengan suami sitisifir, sempat bersalam jer.. sebab rushing dengan hal lain.

kami bertolak balik ke Ipoh pukul 7 lebih.. dah hampir maghrib.. en ayah dah malas nak tunggu.. sebaik amik spek.. & dapatkan direction dari sitisifir, kami pun terus beransur. Kami singgah berhenti beberapa tempat... nak tau kami sampai Ipoh pukul 11 malam.. pukul 10 malam tu kachik dok hantor sms & tepon, "fikri dah ngamuk2, nak balik"... kalo ikut hiway, pukul 9 malam kami dah boleh sampai Ipoh. Tapi en ayah yang nak sangat ikut jalan lama.. jadi panjang lah masa perjalanannya.. pulak tu masa hujan lebat (dalam pukul 10 malam) kami singgah kat satu kedai makan di Kuala Kangsar. Anak2 tak mau makan pun, sebab dah order maka kami tunggu juga lah, dalam hujan lebat tu.. sempat juga melayan program 'Pilih Kasih'.. ntah sapa yang menang, tak tau pun.. kakyong ni memang tak amik port sangat rancangan tv ni.

itu lah kesahnya.... semoga dapat bertemu lagi sitisifir..

nampak sama jer kan.. orang nyer memang lah sama... spek nya tu.. sama jer kan...

kalian nak buat spek & pada harga diskaun.. jemputlah ke uwaiys optometrist. kedai nya di n019, Jalan Merbuk 1, Pekan Baru, Parit Buntar.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

p/s : Pija, kalo nak kidnap foto2 ni, copy jer.. tapi foto2 ni kakyong dah cropkan & edit.. yang original nanti kakyong emailkan. kot2 kalo tak dapat email dalam 2,3 hari ni, tolong2 lah ingatkan..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, August 18, 2009

Bertemu SitiSifir di Parit Buntar I

Akhirnya kakyong dapat juga berjumpa Sitisifir.. Ini memang 1st time ni jumpa kawan blog. Ni kesah hari ahad lepas, hari ni baru berkesempatan untuk update n3 ni. :D Sitisifir dah update cerita ni semalam lagi.

Plan asalnya nak bertolak pagi ke Parit Buntar. Sebabnya malam minggu tu, abangchik epoi (adik en ayah yang kerja TUDM) dah pesan minta tolong hantar kan dia ke Bayan Lepas, nak naik flight pukul 4 petang ke Kuching. Ibu memang dah start moncong dah, sebab kalo nak g petang, pastu nak kena g penang dulu, pastu baru nak ke Parit Buntar.. rasa macam kejap sangat, pastu ntah pukul berapa pulak nak sampai ke rumah (Ipoh).

Tengahari MIL telefon, tanya kami, pukul berapa nak datang amik kereta.. *kereta wira kami semput kalo jalan jauh, jadi memang pinjam kereta Eda (adik en ayah yang kerja KL). Lagipun kereta tu parking jer kat rumah PIL.. jarang2 diguna pun.* Mujur lah abangchik epoi dah ke Penang dengan kawannya.

Pukul 3 petang tu kami dah nak gerak, tetiba fikri cakap tak nak ikut.. "nak ikut chik (Kakchik, adik en ayah). Fikri memang rapat dengan makcik dia yang sorang nih, lagipun dah 3 minggu dah bawa dia g umah PIL & 3 minggu juga tak jumpa kachik kesayangan dia ni. SO, tinggallah dia kat rumah opah santan. Ikut suka lah kachik nak bawa dia g mana.

Kami bertolak dari Ulu Kinta jam 3.15 petang. Kalo ikut kata sitisifir, perjalanan ke Parit Buntar tak sampai 2 jam pun, ikut hiway. Dalam perjalanan Anis boring jer. Yer lah sebab abang fikri takde. ALiya pulak, lepas bagi nenen, terus lena.. lagipun time tu memang masa nap petang ALiya. Perjalanan okay jer, cuma hujan lebat di Kuala Kangsar.

Pukul 5 petang kami pun sampai di depan kedai Sitisifir.. senang ajer nak cari.. takde lah sesat timur-barat. Memang mudah lah. Heheeee... *Lupa lah pulak nak snap foto kedainya dari luor... excited sangat nak jumpa *

Tinggi kurus jer orangnya si Pija Sitisifir ni... masa tengok dalam foto2 kat blog.. macam mature jer.. tapi bila dah jumpa.. muda lagi.. sungguh memang muda.. tak ku sangka, ibu beranak 4 ni kurus bebenor.. mujur le berbaju kurung & tudung labuh... ;)

Antara perkara pertama yang ditegur dek sitisifir adalah cermin mataku yang senget-benget... hehehhh.. :)) nak buat camno kan.. anak2 ku terer2 belaka.. mujur tak patah cermin mata ibu ni pun dah cukup bagus.

Masa kakyong sampai tu kedai dah lengang, pelanggan baru jer balik.. Suasana kedai nampak ceria jer.. warna oren, memang warna ceria. Ni si sitisifir sedang membelek2 cermin mata ku yang sudah senget-senget. fail2 tu adalah khazanah yang ku bawa pulang ke Ipoh.

Kakyong bukan setakat mengutip dokumen2 tapi juga mengutip hadiah untuk Contest Catatan Ibu.. cantik & comel tudung anak2 tu.. :D *nanti yer ku upload foto nya.. belum disnap lagi pun foto nya, masih belum dikeluarkan dari kotak pun*

Kakyong kan datang berlenggang tak bawa apapun buah tangan untuk sitisifir.. teruk betui. kan. ingatkan pepagi tu sempat lah lagi nak buat kuih ke apa.. tapi ALiya asyik nak melekap jer.. satu apa pun tak menjadi.. Malu tau.. sebab sitisifir siap hadiah kan baju raya untuk ALiya & ANis... adoiii la... ishhh.. *nanti kakyong snap foto depa bergaya dengan baju raya dari sitisifir tu..* Terima kasih Pija.. banyak ehh Pija bagi kakyong, kakyong takde apa nak balas ni.. kakyong doakan Pija selalu dimurahkan rezeki.

Dah habis dok bincang2 pasal dokumen bagai, check mata *buat spek baru*.. Pija ajak kami gi rumah mak dia di Taman Sempadan. Kakyong memula confius jugak.. sebab masa masuk exit Bandar Baharu tu dah dalam Kedah, kedai Pija di Parit Buntar.. rumah mak Pija plak di Nibung Tebal... rupanya sempadan 3 negeri...

Aliya yang excited dengan cermin. Masa ni tengah tunggu ibu pilih frame.. Ibu ingat nak pilih frame yang vogue sikit ker.. tapi en ayah asyik bagi isyarat TAK Ok jer.. so end-up.. tak banyak beza pun frame lama & frame baru...

ANis masa memula tu kan main malu lagi.. tapi tak sampai setengah jam.. kedai tu dah macam kedai sendiri.

Lebih kurang dalam pukul 6 petang, Pija ajak kami g rumah mak dia.. Pija telah 'kidnap' ALiya dan bawa ALiya naik kereta Pija. Ibu riso jer.. takut Aliya melalak.. tapi Pija kata Aliya okay jer.. dalam perjalanan, hujan turun selebat-lebatnya. Dah le dalam kereta tak de payung plak tu.. tu ler pasal sbb naik kereta orang kan.. terlupa nak amik payung dalam kereta kami.

ni di rumah mak Pija.. comel-lote anak2 Pija... Uwaiys teramat lah ramah, tapi tak faham langsung apa dia cakap.. yang faham, dia cakap dia comel... hehehee... ;;) Kakyong jaga 3 orang ni pun dah rasa macam nak tunggang terbalik rumah.. ni pulak kalo dengan 4 orang.. tapi meriah kan.. Anak2 dah besor, lain sket kerenah nya.. masa kami sampai tu Asmaa dok leka mewarna dan melukis.. comel Asmaa ni.. boleh buat menantu.. rambut ikal panjang mengurai...

kakyong tak dapat nak taip banyak ni.. *Aliya dah melalak pulak.. lately ni asyik nak memerap jer * Layan jer lah yer foto anak2 Pija @ Sitisifir yang comel2 ni.. bukan setakat comel, bahkan ramah2 belaka... :D

tunggu sambungan nyer yer... ;)


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .