Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Berjumpa kawan twitter di kenduri kahwin

Salam bahagia kawan-kawan,



gambor ni sepupu yang amik.. senget lah pulak.. saya pulak pejam mata.. redho jer la.. the only photo yang ada 


NI gambar saya dengan salah seorang kawan twitter @FienaKhalim a.k.a Liena Yusop.. saya kenal dia masa sama-sama follow drama Asmara.. Winking smile dari forum cari, kami akhirnya melanjutkan ‘sembang-sembang’ di twitter..  Smile with tongue out 


Kebetulan dia ada di Taiping (sedang bercuti panjang), maka saya pun amik kesempatan jumpa dia semasa kenduri sepupu di Kg Expo, 18 Jun 2011 yang lalu. Smile




Ni buah tangan yang saya dapat dari Liena.. Open-mouthed smile senyum lebor saya, sangat-sangat TERHARU… kata Liena, kain pasang ni dia beli masa dia ke Jakarta (lupa nak tanya bila ? Smile with tongue out )


Saya plan nak buat kebarung dengan kain selisih.. dah bagitahu kat adik, harap2 dia sudi la jahitkan.. buleh pakai untuk raya nanti.. Open-mouthed smile  setelah beberapa tahun, akhirnya tahun ni dapat juga merancang untuk baju raya sedondon dengan anak2.. Insya Allah, serba biru.. Winking smile  Alhamdulillah.


Terima kasih Liena..  I feel so blessed dapat buahtangan ni. Red heart Hot smile  Tiada kata-kata yang lebih bermakna selain  dari Ucapan terima kasih


oh ya, my Liena ni die-hard fans of Aaron Aziz.. so jika ada masa sudi-sudi lah jengah ke blog Liena..


p/s
as at today, dia lah antara kawan tweet saya yang paling kerap melayan saya di twitter.. Winking smile 


kome, dah join Simple GA Kakyong HY Ibu 3A... kalo belum, klik sini.. tutup pada 30 Jun 2011



salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, December 11, 2010

Kak limah menerjah ke rumah kami

Salam bahagia dan salam hari sabtu..

Malam tadi BW ke blog sahabat ibu yang budiman ni… membaca n3 nya yang ini, seakan ada sedikit rajuk jauh di sudut hatinya… huhuuu, walhal sebelum berblog dulu, ibu memang suka menjengah & membaca bebelan @ leteran nya… sila lah jengah  kawan ibu ni yer..

Ibu pun sudah jarang2 juga menjengah ke blog Pija.. bukan sengaja tau.. masa la ni terhad, jadi balas lawatan kawan2 yang meninggalkan komen dulu.. bila dah selesai baru la menjengah blog-list & bw ke blog yang lain. Pija jangan majuk nooo, kalo kakyong singgah sure kakyong tinggalkan komen.

Dah 2 perenggan tapi poin tajuk belum lagi di kupas… Open-mouthed smile 


KOme ingat lagi dengan kak limah.. dah 2 kali tau ibu dapat hadiah dari kak limah, sila rujuk n3 INI (hadiah gelang lipan) dan INI (stokin kait). Awal Muharram yang lepas, bersamaan dengan 7 Dec 2010, kaklimah telah menerjah ke rumah kami. huhuuu… riangnya hati tak terperi… Red heartRed roseRed rose



ibu kaklimah

masa kaklimah singgah tu, rumah kami memang tengah tonggang-langgang, dengan Aliya yang baru bangun tidur dan mengamuk-ngamuk… jenuh dipujuk, dia langsung tak makan saman.. Kaklimah singgah sekejap jer.. tak sampai 10 minit pun… walau hanya sekejap, sempat juga kami posing-posing. Rupanya kaklimah dari Shah Alam, nak balik ke kampung di Parit. Adik kaklimah tolong snapkan foto kami. Time tu en ayah pun takde, jadi kaklimah pun tak mau la singgah lama-lama. Katanya lepas tu nak terjah ke rumah yob Sharil.


IMG_9338

Budak kecik ni, lepas kaklimah beransor, dia otomatik diam (berhenti mengamuk & menangis).. terus amik kotak tu & tanya, “ni apa?” bila ibu cakap cekelet.. dan-dan tu terus minta buka.. dia mengamuk2 & menangis sampai bengkak mata. Coklat ni antara buah tangan dari kaklimah.. ada lagi.. (bukan le mengharap sangat nak dapat buahtangan.. tapi bila ade kawan2 jengah ke rumah..  riang benor rasa di hati.)


IMG_9335

Memula tengok ni, ibu ingatkan table-runner… cantik bebenor, siap bersulam dua-dua belah tepi nya. Tengok dalam note kaklimah, katanya itu face-towel… buat table runner pun lawo kome… hehehhe.. Winking smile yang dalam pack kecik comel tu cupcake.. ade 3.. habis dah anak2 makan.


Terima kasih kaklimah.. kak memang rock la.. selamba.. santai.. simple. camana yang ibu nampak dari gaya penulisan, begitu juga lah bila dah berjumpa face-to-face. Tak rasa macam orang asing, terasa macam dah kenal lama.


Ini adalah rakan/kenalan blog ke2 yang ibu jumpa.. rakan blog yang PERTAMA sekali ibu jumpa adalah PIJA. Idola yang memberi inspirasi untuk ibu berblog.


Yob sharil @ D_08.. usoh jeles yer… nanti ade juga kesempatan untuk jumpa kaklimah in-person.. masa tu mungkin kita leh buat mini gathering untuk blogger Perak.. buleh ngajok sekali Yob Samad & Fuziani, tak ketinggalan cikgu isza, Ummi hanie.. kita buat ala2 pot-luck gitu.. nak buat di mana? di rumah kami pun buleh, tapi kena redho la, semua kena dok bersila.. rumah kami takde sofa bagai… Winking smile



salam kasih sayang buat semua,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, October 15, 2010

Tips untuk melembutkan hati anak-anak

Salam bahagia





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Untuk amalan bagi Ibu bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata


Buat semua ibu bapa yang sedang 'bergelut' membesarkan anak-anak... semoga apa yang kita cita2kan/hasratkan/impikan dalam mendidik anak-anak mendapat keredhaanNya. Amin

nota :
Ibu dapat ini dari FB, di kongsi oleh kakFinaz... ibu simpan di sini sebagai rujukan di masa akan datang.

for info : 
kakfinaz ni ibu kenal sejak awal tahun 1999 melalui 1 mailinglist. Semasa ibu bujang dulu, ibu memang kerap menginap di rumah kakfinaz.. ibu ni memang muka tak malu.. memang kerap menempal kat rumah kakfinaz.

masa tu anak2 nya kecil lagi... pernah suatu masa kak finaz ada sampai 2 orang bibik... as at now, she is ibu tunggal with 7 kids (age range from 6 to 16 yrs old). She runs her own business.. very much familiar with montessori system (betui ke ejaan..??!!)... (alamak,.. apsal tertaip BI plak ni...) 

kakfinaz ni kadang2 orang panggil dia buat talk on tadika & related.. so if any yang berminat nak panggil kakfinaz... do drop at her FB : Shafinaz Mohd Saad. Yang berminat nak buka tadika pun buleh la berkenalan dengan kakfinaz.. banyak ilmu kalian boleh gali dari kakakku seorang ni..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, October 1, 2010

Purse ibu - hadiah dari kawan

Salam ceria pagi Jumaat,




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..  

Ini purse yang ibu dapat hasil join GA Corine Craft. Hadiahnya telah sampai beberapa hari yang lepas. Purse ini sangat simple dan memang ibu suka sangatlah. Ada 3 ruangan. Ini kiranya pertama kali ibu dapat purse jahitan tangan.



Buat masa ini, ibu simpan dulu, nanti kalo terasa teringin nak guna, boleh lah guna.



Ini pula purse hadiah kahwin dari seorang teman rapat ibu. Masih ibu gunakan hingga sekarang. Ada banyak compartment dan sangat handly.. tapi tak berani kalo pegang camtu jer.. takut jer kalo tetiba orang 'rabut' uwaaa.. bukan nangis sebab takut duit dicuri, tapi kad2 mykid anak2 dan segala kad2 yang penting ade dalam tu... duit bukan tak mandang, tapi ade le 3,4 ringgit dan sekeping wang kertas Lubnan mari, hadiah dari pak uda (adik en ayah yang pernah berkhidmat di Lubnan untuk Misi Pengaman Unifil).

Ibu ni bukan le jenis yang kaki/gila branded, asal ada & boleh guna.. jalan jer. Lagipun kurang amik tahu pasal brand2 untuk purse @ aksesori perempuan ni.. tapi pernah la dengor Bonia, Sembonia dan macam2 lagi le.. tapi sebab tak tahu mana yang best & tak mampu pulak bila nengok rege nya. Jadi, hadiah purse dari kawan ni memang sangat bermakna.. lebih lagi sahabat ini memang dekat dihati ibu. Walau kami jarang berjumpa, jarang bertanya khabar, tapi sesekala dapat berjumpa.. ibu tau dia lah antara sahabat yang paling faham ibu. Siapa dia?? Dia memang takde blog, takde FB... kalo tengok dari fizikal, dia simple dan low profile. 

Di luar masa pejabat, dia selalunya berselipar jepun jer.. tapi ade orang kesah dia naik merz dan ade syarikat sendiri. Ibu suka dia.. dia gigih, dia tak gila glamer.. dia dah rasa susah senang masa kecik, dia pandai cari duit sejak kecik lagi dan dia memang selalu murah rezeki.. dia tak lokek.. dia suka bersembang dan sembang dia selalu berisi walau pun nampak macam simple jer. 

Ibu memang xde lah foto dia untuk dikongsikan. Tapi dia memang kawan yang baik.. masa bujang dulu, sesekala ibu singgah kondo dia (now dia stay rumah banglo, ntah apa nama are tu.. Sunway.. sunway apa tak ingat la).. bawa maksu Ainun g mandi kolam renang kat kondo dia. Dia bawa ibu ronda2 KL, bawa g makan tempat best-best. Paling best dapat makan masakan jowo mak dia. Until now dia memang stay dengan mak dia. Walau dia belum bertemu jodoh, tapi dia selalu positif dalam hidup. Tetiba hati ibu ni rindu nak jumpa dia..

Kali terakhir ibu jumpa dia, semasa ibu menghadiri seminar MIA di KL pada Dec 2007.. 2 malam ibu menginap di rumahnya. 

"Ape kabo kamu Pah.. tetiba jer aku rindu kamu ni"







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, August 8, 2010

hari ini Anis sudah 3 tahun

Salam hari Ahad semua,




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


hari ini 8 Ogoso 2010, genaplah usia Anis 3 tahun.. Anis lahir di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan pada jam 11.52 pagi, dengan berat 3 kg. 

Ibu tak ingat adakah ibu pernah buat n3 tentang kelahiran Anis.. mungkin pernah kot.. kalo takde len kali lah ibu buat n3 tentang itu.. kalo citer di sini, jadi panjang lebor plak.. walhal ibu tak sempat nak menulis panjang2 ni...
cupcake ibu tempah dari Ummie Noor
Kebetulan ummie Noor kata dia nak datang ke rumah pada hari sabtu, maka hari khamis tu ibu dah tempah 2 set cupcake.. 1 cupcake coklat & 1 lagi tu ummi noor buat muffin perasa oren. Dua-dua pun sedap.. ibu tempah 24 biji jer... itu pun langsai dah, dikerjakan dek fikri.. antor 8 biji rumah jiran (jiran kiri kanan) & 4 biji rumah makbonda.. selebihnya anak2 jer yang kerjakan. 

Fikri siap pesan... "dah cukup.. yang ini semua kita punya... tak payah bagi orang.." 


makan kek 1 day in advance... 

Anis sangat mengelat.. dia makan aising jer.. cake tu dia makan cubit-cubit jer, pastu nak amik baru... 

Semalam Anis nyanyi "hepi tuyu" sorang-sorang... lucu sungguh, sambil korek aising kek sambil tu dia nyanyi... tak per lah Anis, pandai layan diri sendiri... 

Perkembangan Anis @ 3 tahun  :
  1. Percakapan @ pertuturan - sudah kurang bahasa german.. sudah pandai @ semakin rajin bercerita.. kadang letih juga melayan Anis bercerita.. namun masih banyak vocab yang perlu ditambah.. 
  2. belajar ABC & a-ba-ta - masih belum kenal ABC sepenuhnya.. tapi dia suka nyanyi lagu ABC.. versi dia sendiri la.. kadang2 ibu dengar "ABC ti sow six" (ABC three four six).. Alif-ba-ta pun tak kenal lagi, tau nyanyi & follow lenggok nyanyi a-ba-ta jer.. kalo pasang DVD a-ba-ta, siap nyanyi sambil lentok kiri kanan - hehehe.. follow rentak lagu maa
  3. pakai baju/seluor sendiri - Anis dah pandai pakai baju/suor sendiri.. tapi ada masa nya dia malas nak pakai & masih nak ibu pakaikan
  4. toilet training - sudah pandai ke toilet sendiri.. even kadang2 dia poo-poo pun dia nak buat sendiri.. tau2 jer nanti fikri akan jerit.. "ibu... adik main air". Sudah fully diapers-less, hampir sebulan dah.. tidur malam sudah tidak ber'CD' lagi.. belum lagi ade kejadian terbabas 'membese' sewaktu tidur.. cuma sebelum tidur kena pastikan ke toilet dulu.. 
  5. pemakanan - Anis ni memang paling kuat makan.. kalo makan bersuap, dia yang selalu request nak tambah lagi.. walau fikri & Aliya dah sudah @ kenyang.. tapi Anis tak suka makan sayur.. susah sungguh nak ajar dia makan sayur.. semua sayur tak best katanya... adeiii.. berbeza sungguh dengan Aliya.
  6. penyusuan - sebulan ni, Anis dah tak mau minum susu putih.. dia cuma nak milo @ air coklat dalam botol susu.. so ayahnya beli ikut sempat, kadang2 milo, kadang2 vico.. jadi sekarang ni dalam 1 hari Anis akan request milo botol 3-4 kali.. 4 oz sekali minum. Ibu hanya buat milo/vico 'O' jer.. takde tambah susu pun..
  7. Main - Anis as usual memang suka mainan dapur.. selain tu dia suka main bola (macam budak laki), juga main segala mainan kereta & lori abang fikri. Anis kurang pandai main bebear @ anak patung.. tapi lately ni nampak lah juga dia 'sayang-sayang' & peluk bebear.. terpengaruh dengan Aliya kot... dan sekarang ni pagi petang nak main luor rumah.. "sonok main dengan kawan-kawan kakak"
  8. Tengok kartun - suka sangat dengan Dora the explorer, Diego, wonderpet, upin& ipin. 
  9. sosial - sangat malu jika jumpa orang kali pertama.. nak salam pun tak mau, siap jual mahal lagi.. susah sungguh nak tengok dia senyum.. 


Doa & harapan ibu, semoga Anis terus membesar bagai johan dengan sihat, rajin belajar.. (yang ni ibu yang harus asuh Anis supaya lebih fokus) dan harapan terdekat ibu adalah supaya Anis suka makan sayur.. pandai pakai baju sendiri dengan jayanya, dan belajar bersosial (ni kena hantor g sekolah ni.. baru leh tahu berkawan & bersosial..)



ibu yang dah semakin kembang.. beza sungguh dengan Ummie Noor yang semakin slim-melim..
Interprem jap foto ibu & Ummie Noor... perasan tak, grill sliding door kami sudah berCAT putih... takde dah karat2... hall dalam rumah belum berCAt lagi.. so mural anak2 memang masih menghiasi hall kami.


puteri tunggal Ummie Noor - Ilah the little chef... baru 6 tahun, tapi gaya kan main lagi.. siap ade henbeg tau...

kejadian selepas Ummie Noor pulang.. yang sorang lagi tu si A-cun, anak jiran kami

nota:
kata Ummie Noor - hamper untuk pemenang Special Giveaway telah pun diposlaju pada hari Jumaat, 6 Ogos 2010. Hopefully pemenang dah terima.



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, July 15, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Yati's blog

.
Salam ceria & salam bahagia,





Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.


Akhirnya hari ini baru ade mood nak buat blog review.. actually dah cuba beberapa hari yang lepas untuk ke blog Yati, tapi kakyong dapat mesej kotak merah ni. 

klik untuk imej lebih besar
Jika yati baca entri ni, kakyong cuma nak beritahu, buat masa ni kakyong baca blog Yati melalui google reader.. sedey la tak dapat nak tinggalkan komen. btw, ni mesej kakyong untuk Yati..

"kakyong doakan semoga kesihatan Yati bertambah baik.. walaupun kakyong tak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan bacaan T4 tu.. dan untuk baby Sulaiman, supaya berjaya harungi situasi weaning off... sian kat baby Sulaiman dan sedih bila baca post Yati tu..."


Memandangkan kakyong tak dapat nak printscreen header blog yati.. maka kakyong compile beberapa foto yang kakyong dapat dari google reader.



untuk kenal yati.. sila klik jer banner ni ya.. 


Apa yang perlu diketahui tentang Yati @ yang best tentang Yati

  • surirumah @ SAHM @ WAHM.. ada kedai online sendiri, rajin buat kerja-kerja tangan cross-stitch, menjahit dan selebihnya sila jengah blog Yati.. banner yang kakyong buat tu semua nya hasil kerja tangan Yati.. 
  • punya 3 hero.. kena tanya Yati camno Yati juggling time antara anak-anak, kerja rumah juga menjahit termasuk buat cross-stitch... kakyong masih lagi tercari-cari rentak dalam pengurusan masa untuk menjahit cross-stitch ni.. 

kakyong dah kenal Yati ni lebih 1 tahun.. kami ni tak lah jauh mana pun.. masih dalam negeri Perak lagi.. tapi masih belum berkesempatan untuk bersua muka pun lagi. btw, kakyong memang suka jengah blog yati sebab banyak memberi inspirasi untuk kakyong memulakan @ buka semula kerja-kerja cross-stitch.. walaupun tak begitu giat sebab sibuk juga dengan hal lain..

Untuk lebih kenal Yati.. sila lah jangan malu-malu. Klik kat banner tu yer..


p.s
nak tulis beberapa fakta lagi tentang Yati, tapi Aliya dah ngamuk-ngamuk ni... nak menaip pun dia kaco.. so that's it..

Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, June 29, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Are10 & Family

.
Salam bahagia buat semua,

okeh kali ni time turn blog Are10 & Family pulak untuk direview..




Aten @ Fatin ni ibu kenal dah lebih 1 tahun... ibu penah dapat buahtangan dari Fatin... cenderahati dari Cameron Highland..

Apa yang best tentang Aten @ fatin :

  • selain shikeen, kak nza.. aten juga antara yang paling rajin jengah ke blog ibu.. ibu penah bagi award superb friend pada aten lasy year.. 
  • jarang update blog.. (aten.. pasni rajin2 update nooo... ;) ) tapi kalo sesekala update tu pasti ada perkongsian.. selalunya pasal Hawa, kadang2 juga pasal tempat makan-makan, juga tempat depa sekeluarga p jalan-jalan...
  • ibu  tak pernah jumpa Fatin, tapi ibu agak setelah lebih 1 tahun berkenalan di alamaya.. pada ibu Fatin ni lembut & ramah orangnya...juga  menghargai persahabatan.
  • blog kedai Fatin sekarang ni ada buat Giveaway.. nak join kena lah terjah blog Aten & Family..  




Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, June 21, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : OurDreamsOfLife

.
Salam bahagia buat semua,

Setelah bebas dari kerja akaun ni, baru lah lega & lapang sikit nak buat review.

Pemilik blog OurDreamsOfLife - Ina Hashim @ Hezlina, bukan lah asing dengan ibu. Kami dah kenal sejak umur 18 tahun lagi... lama gak yer... dah 20 tahun rupanya. Kami kenal semasa sama-sama belajar di Martikulasi UUM di MRSM Kulim, pada Jun 1990-May 1992. Kemudian kami sama2 sambung belajar kat UUM hingga lah tahun 1996. Lepas grad tak pernah jumpa, baru lah tahun lepas berjumpa di blog. 


klik pada image utk ke link OurDreamsOfLife

Tapi kami ni tak lah rapat, tapi kenal lah.. Umi Ina yang ibu kenal dulu, orangnya pendiam & tak banyak cakap. Tak tau lah selepas berbelas tahun tak jumpa, mungkin banyak yang dah berubah. Umi Ina ni seorang Pensyarah di sebuah universiti di Perak. Kalo kalian nak tahu, harus terjah blog Umi Ina.. 


Apa yang best tentang Umi Ina


  • dia antara kawan sekampus ibu yang rajin berblog.. tak ramai @ tak jumpa kawan2 sekampus yang juga gila blogging nih...
  • pasa saya , Hez ni kuat semangat orangnya.. ya lah sudah lebih 2 tahun kot (atau lebih.. Hez sila betulkan fakta)., fakta yang betui : sudah 3 tahun lebih @ nak masuk 4 tahun  dok PJJ dengan suami nya.. gagah sungguh, sorang2 handle 4 orang anak-anaknya .. Hez ni kahwin awal, anak dara pun dah rajin ke dapur.. ;)
  • sekarang ni tengah pregnant anak yang ke5.. pesanan utk hez : rajin2 update pasal pregnancy ya.. buat panduan untuk mereka yang nak pregnant pada usia lewat 30án.. ;)
  • banyak maklumat yang sesuai dengan ibu2 ade di blog Ummi Ina... pasal CD, Breasfeeding & macam2 lah... sila jengah ya.. jgn malu2..

Selebihnya, sila la terjah ke blog Ummi Ina yer.... dan akhir kata, nak ucapkan terima kasih pada Ummi Ina, sebab rekemen kan kerja akaun tu....  appreciate it VERY MUCH...  







anak dara hez... 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, June 4, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : UmmiAbbiQis

.
Salam hari jumaat,

sudah hampir ke hujung minggu baru ibu ade peluang nak buatkan review ni. Minggu ini memang terasa singkat.. hahah, ya lah tu.. sendiri yang tak urus masa betul-betul.. actually minggu ni memang banyak yang perlu dibereskan, hinggakan semua n3 yang di'plan' untuk dibuat pada minggu ini banyak yang harus dibawa ke minggu depan..  

Add caption

okeh, jom terus terjah ke blog Yan.  klik jer kat foto atas nih. Yang sakan berposing tepi pantai tu adalah Qis, anak sulong Yan yang tak lama lagi bakal jadi kaklong.

Ibu pun ingat2 lupa, bila agaknya ibu mula terberkenalan dengan Yan nih.. kalo ikut congakan kasar ibu, kami dah kenal melalui alamaya ni lebih daripada 1 tahun. Jumpa memang tak pernah lagi..

Blog Yan baru jer selesai mengadakan contest Seiras Wajah musim ke2.. ibu pun ade jugak masuk.. berjaya ke top 5 feb 2010 jer.. untuk ke final ni tak berjaya lah pulak.. 

Sekarang ni pun Yan tengah buat contest suka-suka teka.. nak tahu kenalah jengah ke blog Yan.. mana tau ade rezeki. Contest ni akan tutup pada 11 Jun 2010. Jadi pada yang suka meneka.., sila lah jengah ya.. 

Apa yang ibu suka dengan blog Yan ni, may be sesuatu yang anda perlu tahu :.

  • entri nya simple tak panjang berjele meleret-leret
  • senang nak baca sebab dalam baris-barisan macam sajak pantun gitu... 
  • n3 blog biasa lah citer ibu2, anak2 , hal2 semasa diri empunya blog.. memang ibu suka lah nak nyebuk amik tahu.... 
  • Yan ni peminat rancangan realiti tv.. AF, mentor.. so kalo anda juga minat, leh la kawan dengan Yan
  • Yan ni la ni sedang membawa perut memboyot.. bila tengok foto2 Yan yang nampak kembang semangkuk tu.. teringat plak masa zaman ibu pregnant dulu.. camtu lah lebih kurang... kembang cam pokok willow, mujur le lepas berpantang kuncup balik... hehehee... Yan kalo baca ni jangan kecik ati plak.. ni statement kakyong untuk diri sendiri.. rogi sbb takde foto masa pregnant... 
  • Kalo perasan - signature Yan : maya qarmyla... nak tau nama apa tuh, kena lah godek2 blog Yan... ;)



suka dengan foto nih.. lebih lagi tengok gelagat Qis makan... berkelah atas rumput... rock nya UmmiQis nih..
last ni pesanan untuk Yan :
~ Yan, kalo boleh foto2 dalam blog tu buat le watermark.. nanti orang amik tak best tau...


p.s
coming soon review blog tintacomelote pulak...
uhhh.. kawan baru nih.. kena buat homework dulu...
kalo kawan dah lama kenal ni main belasah jer.. sebab dah banyak fakta dlm kepala...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 25, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Daily rambling of Cybermummy™

.
Salam ceria & salam bahagia,

Hari ini mari kita berkenalan dengan kawan ibu yang berada di seberang tambak.. tambak mana lagi, Tambak Johor lah.

klik sini




Nick blog beliau adalah cybermummy. Ibu ni macam ingat2 lupa camana & bila ibu kenal cybermummy nih.. tak silap mungkin dalam bulan Jun @ Julai 2009. Ibu ingat masa tu ibu ada terbaca beberapa entri seram di blog beliau. Pastu jenguk lah on & off, best jugak kan dapat kawan dari Singapura.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, May 19, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Bicara hati

.
Salam ceria buat semua,

Sebagai pembuka kata, Insya Allah, selagi ibu terdaya & ade ilham nak menulis/menaip, selagi itu lah segmen Jom Kenal Kawan Ibu ini akan diteruskan. Ibu akan tulis ikut suka-hati ibu.. suka-suka jer nak citer @ gebang pasal kawan ibu.. hanya dari pandangan hati /  mata kasar ibu... Ibu pilih ikut random.. sapa yang terlintas di hati ibu.. so, dia lah yang terpilih..

Jika ikut jumlah kawan ibu aka Followers sudah ada 350++. Terima kasih ya pada kawan-kawan yang sudi jadi kawan ibu & follow blog ibu yang tidak seberapa ni.. http://www.emocutez.com

Di kakyong's bloggerlist ada lebih kurang 500++ blog list.. huhuuuhh.. hampir 300++ adalah blog list ibu-ibu.. memang tak daya nak jelajah ke semua blog... 1 hari dapat jelajah 10 - 15 blog pun rasa cam nak pengsan.. http://www.emocutez.com


Jom kenal dengan empunya blog Bicara Hati.


klik untuk image lebih besor

Ibu pun tak ingat camno leh terberkenalan dengan Nadiah.. mungkin melompat dari blog Dayah

Lama juga dah kenal dengan Nadiah ni.. kenal dalam blog ajer lah.. sejak penghujung Jun 2009.. nak hampir 1 tahun dah.. kejap jer masa berlalu kan.

Masa baru kenal tu, Nadiah baru jer sampai ke Lincoln.. kalo nak tahu Lincoln tu kat mana.. Nadiah buat apa kat sana..  & jika ingin kenal dengan Safiyyah yang comel,chubby, sweet, bijak.. sila lah jengah ke blog Bicara hati.

Nadiah ni kan memang sangat rajin beramah-mesra dengan kawan2 blog, rajin blogwalking.. kalo ikut rekod, sejak awal kenal hingga lah kini.. Nadiah memang among Top Komentar di Catatan Ibu... tengok jer poin Giveaway Catatan Ibu.. Nadiah masih ambil tempat teratas.. cuma bulan Mar 2010 tu surut sikit poin nya.. ada problem dengan internet connection kan masa tu Nadiah.. Jadi tak rugi tau jadi kawan Nadiah ni..  http://www.emocutez.com

Pasal layout or presentation blog --> takde komen.. okey jer pada pandangan mata ibu. Loading pun cepat. Yang penting boleh baca post & tinggalkan komen.

Hopefully persahabatan di blog ini akan berpanjangan & berterusan.. semoga dapat bersua muka suatu hari nanti.. ada 2 tahun lagi kan Nadiah di rantauan.. 

Jika suka baca kesah rakan2 di rantauan., sila lah jangan malu untuk jelajah ke blog Nadiah... ibu suka.. suka sangat, sebab tak pernah ada peluang kan.. so baca pengalaman pun terasa macam ada kat sana... ya lah tu...


foto ini di'kidnap'dari blog Bicara hati...


suka dengan foto ni.. baby & nature...
Safiyyah cari apa tu...??!! 



p.s
pasni sapa plak nak kena.. kena baling dadu kot..
jika mahu blog anda masuk dalam segmen ni.. sila lah bodek ibu ya... hihiii..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .