Showing posts with label kenangan lama. Show all posts
Showing posts with label kenangan lama. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Tempat permainan 29 tahun yang dulu

Salam bahagia,


Ada tak yang sekolah kat sini.. Ibu bersekolah di sini dari tahun 1982 hingga tahun 1984 , dari darjah 4 hingga darjah 6.


gambar ni dari FB, bahagia sungguh dapat 'jumpa' bekas pelajar sekolah ni walaupun lain batch




Rindu sungguh rasa di hati
ingin menjejak kaki kembali
ingin mengutip tiap kenangan
yang tetap akan terpahat dalam ingatan

Di situ belajar jadi pustakawan
saat indah menjulang piala kecemerlangan
aksi nakal mengutip buah setar di belakang sekolah
rindu nasi putih kuah sambal ikan tongkol
rindu kepok lekor dan tapai ubi goreng

rindu segala rindu.. nak balik ke zaman itu..
rindu nak main rekorder di waktu perhimpunan
saat indah 5A dalam genggaman
waktu itu semuanya indah belaka.. tiada yang pahit… semuanya MANIS…



pantun dari tehr 

kenangan lama mengusik jiwa
sekali sekala berderai air mata
kadang kala tersenyum ketawa
berbagai kisah di ambang mata


salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, April 2, 2011

Gambar lama… 26 tahun yang dulu…

Salam bahagia,


NI gambar masa ibu Form 1.. tahun 1985.





boleh ke kome teka ibu yang mana satu… Winking smile


ada GA tau yang berkaitan dengan gambar ni… meh klik sini cepat.. >> MY 1st BIRTHDAY GA


Pemilik blog Roshey’z Craft World tu memang kawan ibu.. kawan sekelas… so apa lagi.. jom join GA Roshey’z ramai-rami…


salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, December 24, 2010

Adakah jadi bos tu mengarah ajer kojer nyer… !!

Salam bahagia,


Ada semua bos..??!! belum lagi… tapi mungkin akan jadi bos juger kan.. Insya Allah, rezeki kenaikan pangkat pasti ada… walau tak jadi bos besor, bos kecik pun tetap bos.. supervisor @ penyelia juga dalam katergori bos. Selagi anda ada anak buah @ orang bawahan, maka anda adalah bos.


Meh tengok adakah anda bos yang hanya pandai mengarah atau bos yang serba-serbi boleh dan ade skil macam ni :


facilitator_cartoon



1. Pemudah-cara @ fasilitator



Anda suka jika sesuatu kerja/projek dapat disiapkan mengikut jadual dan suka anak2 buah anda bekerja dalam keadaan aman damai. Maka anda suka berkongsi segala tips dengan harapan kerja dapat dibuat dengan cekap.


pengalaman ibu : kalo nampak staff yg buat koje sampai pegang kepala @ ampu kepala sambil membelek dokumen seperti memandang kertas kosong.. ibu akan panggil dan terus tanya apa masalah dia. sedaya mungkin cuba untuk memberi kefahaman kepada staff. Sebab kalo dia faham, cepat kerja siap.. ibu juga yang akan senang @ dapat manafaat. Boleh cepat2 disemak & siapkan laporan untuk bos besor pulak. Winking smile



boss_pointing_finger


2. Sifu yang suka berkongsi


Sebagai seorang bos anda memang kaya dengan pelbagai pengalaman dan skil. Maka anda tidak akan segan silu untuk berkongsi dengan anak buah @ kakitangan bawahan (staff) anda. Dan anda akan selalu menggalakkan staff anda supaya sentiasa berusaha untuk belajar sesuatu yang baru. Dan anda akan selalu menawarkan diri anda untuk menjadi tempat rujukan sekiranya staff anda menghadapi masalah @ kurang faham dengan sesuatu skill @ ilmu baru. Thumbs up 


pengalaman ibu : ibu memang suka share apa yang ibu tahu dengan staff.. supaya staff turut berkembang (tidak lah selepas setahun, masih ditakuk lama) & berpotensi untuk kenaikan pangkat & kenaikan gaji. Paling suka menggalakkan staff melanjutkan pelajaran. Ada staff ibu yang masuk sebagai kerani akaun (masa umur 18 tahun), akhirnya dia sambung amik program CAT (Certified Accounting Technician). Kalian boleh refer tentang CAT ni di SINI


teacher-boy-copyright5


3. Tidak malu belajar


Anda suka meng’ekplorasi’ skil @ ilmu baru. Jika anda dapati ada staff anda yang mahir dalam sesuatu bidang, contoh anda tidak begitu fasih menggunakan Ms Excel, tahap anda hanya immediate jer & dapati staff anda sudah tahap ‘advance’. Maka anda berdikit2 belajar dengan staff tersebut beberapa tips dan teknik. Anda sedikit pun tidak merasa malu walaupun belajar daripada staff kerana pada anda, belajar itu tiada penghujung nya. Thumbs up


pengalaman ibu : banyak yang ibu dah belajar dari staff terutama menajamkan lagi skill mengguna software Ms Office (macam ade kan, powerpoint, access, excel, words, dll). Dan sangat membantu ibu dalam menyiapkan kerja dalam penyediaan laporan dan presentation.. selain tu belajor juga sikit2 hal IT dan komputer. Terima kasih staff saya terutamanya Vinna.. u memang rock, rajin melayan bos yang lambat catch-up ni.




makan-sedap


4. Suka belanja staff makan


Kalau dalam sebulan anda tak belanja staff anda apa2.. anda pasti akan rasa tak sedap hati. Kadang2 anda akan tapau makanan dari rumah.. ada masanya anda akan jemput staff anda menjamu selera di rumah. Anda seronok bila staff anda melicinkan setiap yang anda hidangkan dengan penuh selera. Satu kepuasan bila dapat melakukannya. Thumbs up 


pengalaman ibu : heheh.. ini jangan dibuat @ dicontohi… Winking smile boleh kata setiap petang @ selang 1 hari.. ibu akan suruh staff g beli goreng pisang or cucur udang & kami pun berkenduri dalam opis.. selalunya bila bos besor takde la…. Smile with tongue out  Kalo ade tu memang kantoi, tapi bos pun sporting juga, bila staff kata cik habibah belanja.. bos pun tumpang sekaki. Thumbs up 


Ada banyak point lagi sebenarnya.. kome camana? ade ciri2 ni… kalo ade, kome memang sah boleh jadi BOS…

meh tengok poin akhir ni :

5. Mengelat koje vs buat koje

Kalo itu koje kamu sebagai bos, maka sila laksanakan okay. Jika kamu yang kena attend meeting, sila attend yer. Kalo kamu kena bentang @ present report.. sila present dengan penuh confident okay..
Kalo kamu suka agih2kan koje2 ni suruh staff yang buat, meeting pun suruh staff, report pun staff buat.. presentation pun staff juga buat… kome memang suka mengelat kerja… kalo kamu ade ciri2 macam ni, kamu memang tak layak jadi bos…


Ibu terdetik nak buat n3 macam ni bila terbaca n3 pasal sikap seorang bos ni, dari blog Kak Erna.. maaf yer kak, saya kongsikan link nya di sini.. sila klik kalo nak tahu citernya… >>> bantu ringankan beban perasaan



nota : semua pic hasil google..


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, December 13, 2010

Contest… Bilangan orang paling ramai dalam satu gambar

Salam ceria dan salam bahagia,

Jalan2 ke blog salah seorang peserta GA Teka & Menang Ibu3A… ternampak contest ni…. Winking smile

Ibu rasa ibu ade gambor ramai2 ni… tapi gambor lama la.. gambor tahun 1995.. zaman ibu di kampus dulu…




contest ni due 1 Januari 2011..



uum-matrikulim-1995-1

NI la sesi bergambor paling ramai yang ibu ade… buleh cari ibu yang mana satu..? Winking smile  

Gambor ni di ambil pada tahun 1995, masa tu ibu dan kawan2 di Tahun 3, Universiti Utara Malaysia. adooii… tetiba rasa rindu dengan UUM. Depa semua ni kawan satu batch masa kami sama2 di Matrik Kulim, tahun 1990/1992.

Kalo ikut kan ade 100++ dalam batch kami, tapi dalam gambor ni ade 86 orang jer… (gigih juga errr ibu mengira…), sebab yang lelain tu ade urusan dan ade juga yang terlambat.. dah habis sesi bergambor baru sampai. 


kena tag 3 orang lah pulak… jadi nak tag >> wadud, yob d_08 dan nadiah



salam kasih sayang buat semua,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, July 28, 2010

20 tahun yang lalu

.
Salam bahagia & salam ceria,





Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com ... meh la join.

Jika sebelum ni ada tepek foto lama 21 tahun yang lalu.. kali ni tepek foto 20 tahun yang lalu...

klik utk imej lebih besar, kalo tak cukup besar juga.. sila klik Ctrl + , & kecilkan semula Ctrl - 

Alkesahnya foto ini diambil semasa matrik UUM 1990/1992.. kami mendaftar di MRSM Kulim pada Jun 1990 & penghujung Jun 1992 pulak sambung ke UUM Sintok. Ni foto diambil semasa program sekolah angkat. Anak-anak sekolah tu tak silap pelajar darjah 6. Rasanya la ni depa ni umur pun dah awal 30án... 


sila baca gambar dari kiri tangan anda :


  • kak che li @ zainon alias - sama dengan kakyong dari MRSM terendak.. masa kat kampus UUM kami sama2 main gamelan.. tak silap masa kerja di Ipoh, kak che li pernah main gamelan untuk grup kebudayaan negeri Perak... 
  • nik rusliza - tak ingat lah dia ni dr MRSM KB @ KT.. tapi dia ni memang pelembut orangnya.. cakap pun sangat tersusun tutur kata... pun masih belum jumpa walau dalam FB sejak grad tahun 1996
  • si baju merah tu Aya - roomate kakyong masa form 1..  foto ni dapat dari dia lah... 
  • sebelah Aya ni memang tak leh nak recall nama dia.. Ummul Khair (special thanks to Hez) .. tak jumpa lagi dia even dalam FB.. dia ni orang Kedah.. rumah dekat dengan Lembah Bujang.. selalu dok ingat asal-usul dia sebab suka usik tempat candi Batu Pahat (bahan sejarah) dekat dengan rumah dia... 
  • yang sebelah ni pun x leh nak recall nama dia.. pun sama, tak jumpa lagi dlm FB.. walhal dia ni kawan sama2 rapat masa dok di dorm Mahsuri... tak silap dia ni dari MRSM KB & sah2 dia ni orang kelate..
  • bertudung ikat hitam, berkurung hijau muda... ni sapa ya.... hehehee... 
  • Azah Rahman - dia ni tak silap MRSM Jasin..
  • Kak Has - yang cool , owner Anis Sweet Choc .. kak has pun sama dengan kakyong dari MRSM Terendak..
  • halim - dah lama x contact.. FB pun tak jumpa.. dia ni dah masuk UUM pun stil aktif.. optimis orangnya... 
  • Shahrom Shahidan - dah jumpa dlm FB, pendiam orangnya ni... dulu la.. jenis tak banyak cakap..
  • Amran Mohd Tomin - pun dah jumpa dlm FB.. tak kenal sangat dia ni.. hahaa..
  • Mohd Rizal Mohd Rashid - ni jiran sejak dok kat Seberang Takir dulu.. kawan baik dengan adik dia.. kira dia ni senior la.. dia masuk MRSM Kuantan masa tahun 1984.. siap antor surat ke cikgu sekolah.. cikgu fotostat & tampal surat dia kat papan kenyataan sekolah, kami berebut2 nak baca.. masa tu kakyong darjah 6... sungguh2 lepas tu berkobar-kobar nak masuk MRSM.. abg rizal ni tak silap dia ni pilot TUDM , dah jadi instructor kot... hahaa.. main kot-kot jer.. x dan nak update dengan perkembangan setiap org...
  • Halim Razak - dia pun geng sama2 aktif masa dah masuk kampus UUM.. tp susah sikit nak faham idealism & pandangan dia ni... hihiii..
  • Azli Abu Bakar - dah jumpa dia dalam FB.. sampai hari ni dia tak confirm friend confirmation.. gamaknya dia dah lupa dengan kakyong kot... 

Selebihnya tu pelajar-pelajar tahun 6.. tak ingat lah sekolah mana.. tapi sekolah rendah sekitar Kulim jugak lah... semoga semuanya telah berjaya & berbahagia dengan kehidupan masing-masing.


p/s
sekadar mencatat & ditepek di sini untuk bahan kenang-kenangan..


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, July 12, 2010

21 tahun yang lalu

.
Salam hari isnin.. salam minggu baru..





Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.

Seperti yang dimaklumkan, ibu memang dah kehabisan stok entry, maka ini lah entry yang termampu dikongsikan untuk pagi ini. Selingan di pagi hari... 

foto dicilok dari FB Lela
klik gambar untuk imej lebih besar


sila baca banner yang dibelakang foto untuk lebih lanjut majlis apa kah ini, dimana  & tahun bila ?


Sapa mata tajam,.. sila teka mana satu Ibu,,,,.... 






Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .