Showing posts with label tips sharing. Show all posts
Showing posts with label tips sharing. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Syarat GA yang kadang2 meleret-leret

Salam bahagia,


Pagi ni, plannya nak sambung al-kesah hari ke 2 & hari ke 3 Fikri ke sekolah. Tapi rasanya, esok lah kot ibu citer pasal tu. Hari ni just nak UP kan beberapa point berkaitan GA (giveaway).





Fakta menarik :

1-Menganjurkan GA memang sangat2 membantu untuk memperkenalkan blog kepada lebih ramai rakan blogger.  Open-mouthed smile GA = promosi blog

2- Selain membantu meningkatkan trafik, pasti akan tersangkut 3-4 orang kenalan baru. Thumbs up GA = kawan baru


Fakta tak menarik :

1- habis GA trafik pun merudum. Peserta hanya berminat dengan GA & hadiah yang ditawarkan, bukan blog anda.. so lepas habis GA, blog akan sunyi semula…

2- BIla anda lambat umumkan pemenang, mungkin akan ade peserta yang akan ‘BOM’ anda.. jadi jangan biarkan peserta menanti >>> ni peringatan untuk ibu  Smile with tongue out , sebab belum announce lagi pemenang GA Teka & Menang, dan belum buat lagi cabutan bertuah.. huhuuu..

3- peserta/pemenang lambat/tak feedback, sebab penganjur pun tak amik inisiatif untuk informkan ke blog peserta/pemenang.

4. Penganjur tak tinggalkan jejak di n3 peserta.. nampak macam tak mesra jer.. penganjur selalu beri alasan tak sempat.. jadi untuk bagi sempat, sila jejak setiap hari.. peruntukkan sedikit masa untuk lawati & tinggalkan komen di n3 peserta, usah tunggu lepas dah habis GA baru nak semak.. 



Fakta yang kadang2 buat GA tidak mendapat sambutan >>> terlalu banyak syarat-marat… syarat GA kalo boleh biarlah simple.. n3 banner & linkback, Follow blog, juga link blog di bloglist adalah sesuatu yang wajar untuk GA… minima 4 syarat adalah memadai untuk GA.


tapi GA nampak macam tak wajar & orang jadi malas nak join.. sebab banyak prosedur. Selain daripada 4 syarat minima itu, ada lagi tambahan seperti :

1- kena follow beberapa blog (kalo blog penaja, tak kesah lah kan,,)


2- kena LIKE facebook/fanpages FB (tak semua blogger ade FB)

3. kena TAG lebih dari 5 orang kawan… (ibu memang sangat malas bila bab nak TAg orang ni)

4. kena buat n3 & sediakan slogan (buat n3 tu no hal.. slogan ni payah sikit)

5. publish n3 di wall FB (tak suka publish n3 GA di wall FB.. unless n3 yang betul2 sesuai untuk sharing..)

6. tweet n3 di twitter (ni pun sama lah macam no5)


* Actually okay ajer jika ditambah salah satu@dua syarat yang banyak2 ni.. tapi kalo semua nak kena buat… memang ibu jadi malas nak join tau.. time consuming, okay..!! Smile with tongue out  lain le hadiah tu henbeg berjenama/ sandal comel lagi branded/ kain pasang rege rm100++,  contohnya la… Open-mouthed smile  *


Well, ini sebahagian yang ibu pernah jumpa… pada ibu lah kan, jika you tawarkan hadiah yang simple (value less RM20).. tak berbaloi rasanya untuk susahkan peserta dengan syarat2 yang panjang meleret tu. Unless GA/Contes yang macam Nini@Adrinis buat.


If u ade ramai penaja/sponsor, maka amat2 berbaloi bila buat GA dengan segala aneka syarat.. peserta pun rasa best jer nak tolong promosi kan (give link back, follow all those blog, tweet & Fb sana sini, tampal all-those banners = promosi ) sebab hadiah yang menanti boleh buat pemenang senyum sampai ke telinga. Laughing out loud 


Actually join GA ni adalah untuk sama2 menolong @ menyokong usaha rakan2 blogger.. supaya sama2 dikenali. Jadi, buat mereka yang bakal nak buat GA, sila lah buat syarat2 yang minima.. Winking smile  supaya semua orang pun happy.


p/s

1. tak berniat nak membebel di pagi hari.. tapi dah lama terpendam..

2. GA tidak sama dengan contest ya.. kadang2 ibu pun fenin bila ade penganjur yang guna term Contest giveaway... 




salam kasih sayang untuk semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, December 31, 2010

Menukar header lagi

Salam bahagia dan salam ceria,


Header lama.. akan disimpan untuk sementara.. konon2 nak sambut tahun 2011 dengan imej lebih segar… hehehe.. segar lah tu.. Smile with tongue out


Header pertama hasil sentuhan photoshop.. ambil masa sungguh untuk membuat background.. belum expert lagi kan.. Asalnya dibuat dalam bentuk transparent. Tapi besar sangat file .png, maka dengan gigih dibuat background dan ke tukar ke file .jpg yang lebih ringan.


header-dec2010


Header ke-2, hasil sentuhan photoshop, corel draw (download yang percuma, tak banyak menu yang berfungsi, tapi tetap berguna) dan photoscape. Menggunakan corel draw untuk menghasilkan background ni.. ntah apa2 effect yang diguna… akhirnya dari biru terus jadi hampir putih… Winking smile







dan ini header, hadiah untuk Adyani.. (hadiah hasil dari sesi Jom teka-teka beberapa minggu yang lepas) telah disiapkan beberapa hari lepas.. ini juga hasil gabungan Photoshop, Corel Draw & Photoscape.



header-adyani1-test1



Ada sedikit pembaharuan di sini… konon2nya lah… tapi mungkin akan diubah lagi.. hasratnya hanya untuk meringankan blog.. blog Ibu ni dah semakin memberat... juga supaya sedap mata memandang... 

1. Ubah kelebaran menjadi 1200px.. dan tukor ke 3 column.

2. Nak revamp bloglist.. dan semua list blog akan disimpan terus di Senarai blog terpilih kakyong[dot]com©. Kecuali untuk mereka yang rajin beramah-mesra dan blog yang ibu suka terjah dan link penganjur contest, masih tetap disimpan di sini.

3. Nak buat background baru dengan idea sendiri… konon2nya lah… Winking smile


Sekian, sekadar catatan empunya blog, yang masih baru berjinak2 dalam mendesign header..


salam kasih sayang untuk semua

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 29, 2010

Cucur ku berkedut

Salam bahagia,


Selalunya kalo masak cucur, ibu jarang guna penaik.. guna telur jer.. then last week sebab dah masak sambal kacang segera tu kan, maka gigihlah buat cucur udang. Actually tergoda lepas baca n3 di blog Ayu yang buat cucur udang sampai meletup. Winking smile


Masa membancuh tu dah was-was, eh.. nak guna apa ni soda bikarbonat @ baking powder.. nak buka lappy (siap nak check online lagi.. ekekeke…) dah tak kuasa lah kan di pagi2 hari. Kebetulan hari tu en ayah tak koje.. tak pasal2 kena sound plak. Dok teringak resepi MG (Mat Gebu) guna yeast. Kat rumah nan-ado stock yeast. Maka belasah lah guna soda bikarbonat.


Cucur tu naik.. tapi yang sakit hati tu.. warna tepung bertukor jadi ala2 warna merah.. pastu berkedut pulak tu… bukan setakat berkedut, meletup lagi.. well, okay, 1st round goreng memang meletup, siap ibu berperisai dengan tudung periuk lagi… Smile with tongue out



IMG_9594


Nampak kan, ketara cucur tu berkedut.. tak cantik sungguh rupa nya… pastu soda bikarbonat ni meninggal 1 bau yang tak best. Masalah meletup tu ibu atasi dengan cara kambus udang tu dengan 1 lapis lagi tepung.. so ni namanya “cucur udang dikambus”. Actually kalo baca resepi kat blog MG, udang tu kena tapis bior air udang tu kering dan lap kering2 dengan paper towel. Bila air udang tu kena minyak panas, memang meletup ler..


Malam tu buat cucur lagi, tapi guna baking powder pulak… hehheheee, baru la cucur ku jadi cantik, tak berkedut lagi…


So, nak cucur comel gebu & cantik, guna telur & baking powder.. lepas dah bancuh tinggalkan sekejap untuk 30 minit sebelum mula menggoreng…



cucur-yg-ok


Cucur yang ni dapat sambutan hangit dari anak-anak… memang licin la.. sebab cucur pun lembut dan rupa pun cantik.. perasan la cantik… Winking smile  Lepas ni, untuk buat cucur guna baking powder, bukan soda yer…. Smile with tongue out  << pesanan masyarakat untuk diri sendiri, juga kawan2 (kot2 la selalu buat cucur yang tak berapa nak lembut macam ibu sebelum ni… ).





salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, December 24, 2010

Adakah jadi bos tu mengarah ajer kojer nyer… !!

Salam bahagia,


Ada semua bos..??!! belum lagi… tapi mungkin akan jadi bos juger kan.. Insya Allah, rezeki kenaikan pangkat pasti ada… walau tak jadi bos besor, bos kecik pun tetap bos.. supervisor @ penyelia juga dalam katergori bos. Selagi anda ada anak buah @ orang bawahan, maka anda adalah bos.


Meh tengok adakah anda bos yang hanya pandai mengarah atau bos yang serba-serbi boleh dan ade skil macam ni :


facilitator_cartoon



1. Pemudah-cara @ fasilitator



Anda suka jika sesuatu kerja/projek dapat disiapkan mengikut jadual dan suka anak2 buah anda bekerja dalam keadaan aman damai. Maka anda suka berkongsi segala tips dengan harapan kerja dapat dibuat dengan cekap.


pengalaman ibu : kalo nampak staff yg buat koje sampai pegang kepala @ ampu kepala sambil membelek dokumen seperti memandang kertas kosong.. ibu akan panggil dan terus tanya apa masalah dia. sedaya mungkin cuba untuk memberi kefahaman kepada staff. Sebab kalo dia faham, cepat kerja siap.. ibu juga yang akan senang @ dapat manafaat. Boleh cepat2 disemak & siapkan laporan untuk bos besor pulak. Winking smile



boss_pointing_finger


2. Sifu yang suka berkongsi


Sebagai seorang bos anda memang kaya dengan pelbagai pengalaman dan skil. Maka anda tidak akan segan silu untuk berkongsi dengan anak buah @ kakitangan bawahan (staff) anda. Dan anda akan selalu menggalakkan staff anda supaya sentiasa berusaha untuk belajar sesuatu yang baru. Dan anda akan selalu menawarkan diri anda untuk menjadi tempat rujukan sekiranya staff anda menghadapi masalah @ kurang faham dengan sesuatu skill @ ilmu baru. Thumbs up 


pengalaman ibu : ibu memang suka share apa yang ibu tahu dengan staff.. supaya staff turut berkembang (tidak lah selepas setahun, masih ditakuk lama) & berpotensi untuk kenaikan pangkat & kenaikan gaji. Paling suka menggalakkan staff melanjutkan pelajaran. Ada staff ibu yang masuk sebagai kerani akaun (masa umur 18 tahun), akhirnya dia sambung amik program CAT (Certified Accounting Technician). Kalian boleh refer tentang CAT ni di SINI


teacher-boy-copyright5


3. Tidak malu belajar


Anda suka meng’ekplorasi’ skil @ ilmu baru. Jika anda dapati ada staff anda yang mahir dalam sesuatu bidang, contoh anda tidak begitu fasih menggunakan Ms Excel, tahap anda hanya immediate jer & dapati staff anda sudah tahap ‘advance’. Maka anda berdikit2 belajar dengan staff tersebut beberapa tips dan teknik. Anda sedikit pun tidak merasa malu walaupun belajar daripada staff kerana pada anda, belajar itu tiada penghujung nya. Thumbs up


pengalaman ibu : banyak yang ibu dah belajar dari staff terutama menajamkan lagi skill mengguna software Ms Office (macam ade kan, powerpoint, access, excel, words, dll). Dan sangat membantu ibu dalam menyiapkan kerja dalam penyediaan laporan dan presentation.. selain tu belajor juga sikit2 hal IT dan komputer. Terima kasih staff saya terutamanya Vinna.. u memang rock, rajin melayan bos yang lambat catch-up ni.




makan-sedap


4. Suka belanja staff makan


Kalau dalam sebulan anda tak belanja staff anda apa2.. anda pasti akan rasa tak sedap hati. Kadang2 anda akan tapau makanan dari rumah.. ada masanya anda akan jemput staff anda menjamu selera di rumah. Anda seronok bila staff anda melicinkan setiap yang anda hidangkan dengan penuh selera. Satu kepuasan bila dapat melakukannya. Thumbs up 


pengalaman ibu : heheh.. ini jangan dibuat @ dicontohi… Winking smile boleh kata setiap petang @ selang 1 hari.. ibu akan suruh staff g beli goreng pisang or cucur udang & kami pun berkenduri dalam opis.. selalunya bila bos besor takde la…. Smile with tongue out  Kalo ade tu memang kantoi, tapi bos pun sporting juga, bila staff kata cik habibah belanja.. bos pun tumpang sekaki. Thumbs up 


Ada banyak point lagi sebenarnya.. kome camana? ade ciri2 ni… kalo ade, kome memang sah boleh jadi BOS…

meh tengok poin akhir ni :

5. Mengelat koje vs buat koje

Kalo itu koje kamu sebagai bos, maka sila laksanakan okay. Jika kamu yang kena attend meeting, sila attend yer. Kalo kamu kena bentang @ present report.. sila present dengan penuh confident okay..
Kalo kamu suka agih2kan koje2 ni suruh staff yang buat, meeting pun suruh staff, report pun staff buat.. presentation pun staff juga buat… kome memang suka mengelat kerja… kalo kamu ade ciri2 macam ni, kamu memang tak layak jadi bos…


Ibu terdetik nak buat n3 macam ni bila terbaca n3 pasal sikap seorang bos ni, dari blog Kak Erna.. maaf yer kak, saya kongsikan link nya di sini.. sila klik kalo nak tahu citernya… >>> bantu ringankan beban perasaan



nota : semua pic hasil google..


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, June 24, 2010

Semak status halal

.
Salam bahagia buat semua,










Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com.. meh la join.





Semasa melompat dari blog ke blog, ibu ade terbaca tentang status halal Old Town White Cafe.. maaf tak ingat baca kat mana, sebab ibu lupa nak bookmark kan blog tu.

btw, Ibu dah masuk ke website Old Town White Cafe (OTWC)..  dan dah semak nama syarikat & semak juga di direktori halal JAKIM.. memang tiada rekod..

Actually, ibu pun bukannya fluent @ tahu dengan terperinci hal status halal ni. Kami sekeluarga pun sangat jarang makan di luor, kalau makan di luor pun kami akan lebih kerap berulang ke kedai makan yang kami dah biasa pergi. Tapi bila memikirkan banyak juga barang keperluan Berkenaan status halal ni, apa yang kita boleh buat :

1. Semak sijil pengiktirafan halal di JAKIM

Untuk semak status sijil halal dari Jakim untuk satu-satu syarikat atau satu-satu produk, boleh jengah sini  DIREKTORI HALAL

dan pihak Jakim juga telah menjawab persoalan/aduan,.. boleh semak sini 





Yang ini contoh pencarian yang ibu buat tentang susu Fernleaf.. so ibu jumpa 24 senarai produk Fernleaf yang ada status Halal. Jadi, semak jangan tak semak produk yang kalian guna ada status halal yang diiktiraf atau tidak.

Jika ingin semak produk/restoren/hotel di tempat masing-masing.. sila semak ikut pautan/link Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masing-masing. Contohnya untuk Perak, boleh semak di link ini. Untuk lebih khusus bagi Daerah Kinta (kawasan sekitar Ipoh dalam radius 20-25 km) boleh semak file ini.

Untuk negeri yang lain, sila explore JAIN negeri masing-masing ya. Ada dalam portal rasmi Halal Malaysia.



2. Kenali badan yang berkaitan dengan HALAL

satu lagi website berkaitan Halal ni ialah HDC - Halal Industries Development Corporation.. jika ada masa, sila lah explore. 


3. Kenali badan2 Islam yang diiktiraf oleh JAKIM


Ini pula senarai badan2 Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila jengah.. boleh save & simpan untuk rujukan. klik sini badan Islam luar negara. Amik la masa untuk study list ni, sambil memorize logo-logo tersebut. 


Rasanya itu ajer lah kot nak ibu nak kongsikan..


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, June 2, 2010

TerUJA dengan lot-dot-my

.
Salam buat semua,

Maaf ya kawan-kawan, semalam 1 Jun 2010, ibu tak sempat nak jalan2 ke blog kawan-kawan.. sebabnya ibu telah terpesona dengan link INI. Ini semua angkara tergoda dengan Pink-Muslimah-Store milik Hanie... adeehhh..


Add caption


Ibu sebenarnya memang dah ada planning & berhajat nak 'convert'kan kedai di wordpress ke bentuk portalniaga. Cuma untuk merealisasikan nya ibu harus lah kena kumpul duit sikit. Tapi sebaik jer Hanie rekemen kan lot-dot-my ni... tak pandang kiri-kanan dah. Benda free sapa tak mau.


Dok adap lot-dot-my ni dari tengahari membawa ke malam.. lepas maghrib tu ibu surrender jap, sambung esok-esok lah pulak. Semalam ni ibu ponteng buat kerja akaun.. uhuuuu.. hari ni tak leh ponteng, kena buat jugak.. kalo ponteng 1 hari nanti berhari2 ibu cuti buat akaun, sampai sudah tak siap nanti.

Add caption

Ibu telah sign-up.. kalian yang ade kedai online di blogspot , jom lah berubah angin... mana tau.. cara ni lebih mudah untuk berurusan dengan pelanggan. 


Add caption


Kelekaan ibu selama berjam-jam, akhirnya berhasil lah memasukkan sedikit data... baru 20-30% siap.. banyak lagi koje nak buat nih... header tu pun cam poyo jer. Ada ke yang sudi nak tolong buat header.. ibu hadiahkan cross-stitch bookmark, mahu?!!!

Pada kalian yang nak tahu lanjut -- sila ajer ke link ini http://lot.my/ Sila baca manual dengan teliti, baru le mula masukkan data trial & error. Basically, tak lah susah sangat, cuma harus teliti & sedikit cerewet.



p.s 
Ibu belum mula buat review blog Yan & Wan Anie... ishh, bila nak mula nih...
sabor yer kome berdua.. kakyong janji minggu ini kan...
komen2 n3 semalam pun, Insya Allah hari ni ibu jawab...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, May 30, 2010

Oven mikrowave ku sudah jadi 'gajah-putih'

.
Salam hari minggu buat semua

Seharian hari ini, ibu & keluarga tiada di Ipoh.. kami hari ini berada di Lenggong.. meraikan adik sang puteri bertunang



Add caption

Mikrowave oven ini adalah hadiah kahwin.. pemberian syarikat.. pernah guna beberapa kali jer.. tu pun hanya utk nyahbekukan lauk dari freezer, juga untuk memanaskan lauk-pauk.

Kadang2 teringin nak buat kuih raya guna mikrowave.. tapi tak reti nak adjust... sayang betui bila menda ni akhirnya jadi gajah putih jer..

Jadi, ibu nak minta jasa baik kawan2 atau sesiapa jua yang melintas di entri ni..
SILA TOLONG KONGSI DENGAN SAYA, CARA-CARA NAK GUNA MIKROWAVE OVEN NI DENGAN BETUI.. 

Ibu suka masak, tapi yang simple2 yang mudah disediakan.. jadi ..
SILA TOLONG KONGSI DENGAN SAYA, RESEPI/MENU YANG MUDAH ITU... 

Pokok daun nya, saya akan sangat2 suka sambil senyum sampai ke telinga, bila anda sudi berkongsi TIPS untuk meMAKSIMAkan penggunaan oven mikrowave ini... 

Anda boleh tinggalkan komen di kotak komen @ buat entri di blog anda dan tinggalkan permalink anda di kotak komen ini. Saya tidak akan 'gam-gajah'kan entri ini.. tapi saya akan letak banner di side bar.. selagi side bar itu masih ada, bermakna saya masih menanti tips2 menarik dari anda..


Ada HADIAH... ya ya ya.. saya sekarang memang dalam mode untuk memberi hadiah... 






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .