Salam semua
hari ni lewat petang baru ibu dapat @ berpeluang nak buat entri baru.
hmmm.. kita sembang/citer pasal ikan lah plak yer... layan jer lah foto2 yang ibu tepek ni.
beberapa hari ni memang letih @ penat tahap maximum, @ bahasa yang dok guna la ni.. letih tahap gaban. en ayah sejak 2 minggu lepas dok g mancing jer.. memang lah dapat ikan banyak.. tapi ibu lah yang letih.. tak larat nak proses ikan.. lagi tak lalu nak bermain dengan bau hanyir.. bila dah terlalu banyak.. nak muntah pulak dibuatnyer..
ni adalah projek bulan April 2009. Si puyu kering sudah pun selamat sampai pada kaknik. si bocat kering plak di tempah oleh jiran lorong belakang. Dan baki puyu & bocat kering di'kidnap' oleh adik yang dok di FRIM.
Dalam foto tu, fikri sedang belajar timbangberat... hehehehh..
gaya tu macam pandai jer baca kiraan penimbang.. tapi nombor pun tak kenal lagi.
Bila ibu cakap,"hmm,.. tak sampai 500 gram pun." Respond Fikri.."ooooo..."
Foto2 ni pun koleksi ikan untuk projek bulan April 2009. Tengok foto yang ke2 tu.. tu si bocat spesis warna putih. yang bawah tu yang biasa dapat spesis warna kelabu @ hitam. Bocat yang putih ni saiz dia panjang, yang kelabu tu dia lebih lebar. Anis & Fikri memang excited kalo dapat tengok ikan. Anis masa tu memang tak berapa sihat, ibu siap pakaikan stokin.. yer le demam sampai kaki sejuk.. sudahnya bila dapat tengok ikan, sehat jer dia.
yang ini projek baru bermula.
kali ini en ayah memancing di Chemor. Memang lumayan hasilnya. Dapat jual ruan di pasar besar superkinta *superkinta dah takde yer.. tinggal pasar besor jer * RM8 sekilo. Murah jer. Kalo jual ke restoren cina boleh dapat harga lebih mahal.
si bocat yang baru ni, en ayah yang proses kan.. tengok lah tu punya lah banyak di sapunya asam jawa.. sampai habis la stok asam jawa adabi ibu.
Tapi si bocat tu belum di jemur lagi. Masih dalam freeze.. ibu peram yang berasam jawa tu sehari semalam, pastu basuh semula & lumur plak dgn garam & peram lagi dalam freeze.. esoknya baru jemur.
Foto2 ni snap pada 2 Jun 2009. Tengok lah si aliya, dari dalam rumah, dia keluar sendiri.. excited sebab abang fikri & anis kat luor tengah tengok ikan.. lepas maghrib tu ayah tukor air ikan. jadi Aliya pun nak join juga. Seronok kat main. Mujur le masa tu si bocat belum lagi sampai tahap aktif nak melompat.
ni lebih banyak aksi Aliya nak tengok ikan. Layan jer lah yer.. ibu hari ni betul2 letih. tak de mood nak tulis panjang-panjang. rasa macam nak berehat 2,3 hari dari berblog... aci kan... 

Insya Allah, nanti ibu jengah.. sebahagian ibu dah ziarah, ingatkan malam tadi nak explore sebanyak2 nyer.. tup2 tengahmalam aliya nak nenen, terus terlena.. terjaga dah 3 pagi.. tengok laptop masih ON.. terus off.. lagipun dah tak daya nak buka mata pun. 
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!












