Salam semua kawan ibu,
Ibu suka bila tengok aliya & anis pakai baju sedondon. Takat ni dah ade 5 pasang baju anis & aliya yang sedondon. pernah ade orang tegur, "eh.. sama baju.. kembar ker.. eh, sorang kecik sorang besar...!"
new N3.. sila scroll ke bawah ya
Buat semua kawan ibu & pengunjung blog Catatan Ibu.. sudilah menerima kad ucapan maya ini. Tanda ingatan dari ibu buat semua.
Ini pula kad raya ibu terima daripada kawan2 ibu.. Terima kasih.. semoga bergembira di hari raya... & berhati2 dalam perjalanan...
Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini
hari ke 18, Selasa, 8 Sept 2009
hari ke 18 berpuasa, sebaik balik dari meniaga en ayah telah memulakan operasi membuat 'coleslaw'... selalu pun memang en ayah yang buat.. nak harap ibu buat 'coleslaw'.. memang tak de nyer.. resepi & cara2 buat pun actually en ayah belajar melalui merancangan tv, tak silap di tv8,.. 'cook in 30 minutes', tak silap lah nama program tu.. program tu tahun lepas (2008), tahun ni tak perasan lah pulak ade ke tak lagi..
ni masa ayah tengah dok sagat kobis.. si aliya sebuk nak nolong juga.. sudahnyer ayah buat kerja kat dapur sorang-sorang.. ibu plak masa tu tengok sibuk melayan tenet.. hahahaa... so kerja2 selebihnya ibu takde lah amik foto.. Insya Allah, lain kali kalo en ayah buat 'coleslaw' lagi, ibu akan kongsikan cara nak membuatnya.
petang tu kami berbuka dengan sandwich istimewa... ibu 1st time makan loaf daging ayam ni.. tak reti makan sebenornya.. ingatkan kena rebus ker.. masak atas pan ker.. rupenya lapiskan jer dalam sandwich.
tapi ibu masak lah juga nasi & masak sotong campur dengan karet & lada benggala. Setiap hari mesti masak yang berkuah, baru anak2 nak makan banyak. Kalo takde yang berkuah atau ala2 bersup, memang sikit jer depa makan.
Rojak buah tu jiran sebelah yang beri.. sedap.. ade mangga, ada jambu batu, ade nenas, ade jambu air, ade sengkuang... dari berbuka hinggalah menginjak ke lewat malam, berdikit-dikit ibu kudap2 kan.. tau2 jer dah licin.. memang sedap. Ibu ingat nanti ibu nak buat kuah rojak, nanti time raya masa adik-beradik berkumpul, boleh lah layan rojak buah.
ni lagi menu pada hari ke 18 tu.. ikan kembung tu ibu bakar dalam pan jer.. lumur garam & kunyit jer.. pastu ricih sket daun kunyit.. nak amik bau wangi tu jer.. dan sudah tentu air asam. Ibu punya ni simple jer.. ibu hanya letak tomato, bawang & cili masak + cili api.. pastu siram dengan budu & perah limau kasturi.
ini pula aktiviti anak2 di waktu tengahari.. dah lama ibu tak snap foto anak2 belajar.. malas sebenarnya.. kalo aktiviti yang sama tu memang ibu malas nak snap.. anak-anak tengah tengok video di laman kideos. Ibu dapat tahu pasal ni dari blog Anakku Sayang.. laman web video untuk anak-anak. Dengan adanya kideos ni, ibu takde lah nak riso bila bagi fikri tengok video youtube sorang2.. kalo dia nak klik-klik pun memang semua video untuk kanak2 jer.
Foto kedua itu pula adalah lukisan terbaru fikri. Ibu nampak macam dinasour jer.. tapi fikri belum kenal dinasour.. dia cakap dia lukis badak sumbu. Nampak tak yang macam bonggol dibelakang kepala tu, tu la tanduk badak sumbu... heheheee... bagai nak rak ibu ketawa... *teruk betui, patutnya tunjukkan lah yang betul, ni ibu pakat gelak sakan plak*. Tapi ibu dah ajor fikri, tanduk badak kat atas hidung badak sumbu bukan kat badan badak.
hari ke 19, rabu, 9 Sept 2009
menu kami pada hari tu lebih kurang sama jer dengan semalam. Sandwich lagi dan kali ni kami bertukar juadah dengan jiran2. Semalam tu kami test dulu, dah confirm rasa sedap dimakan, baru le berani nak hulur ke rumah jiran.
malam tu anak2 makan ikan panggang lagi.. yang semalam punya 3 ekor jer masak semalam nyer.. abis anak2 kerja kan semuanya. Tapi hari ke 19 ni, ibu panggang ikan cerut.. alah ikan sardin yang kecik2 tu.. lupa lah nak snap foto.. *lupa..tension betui..* kalo tengok macam pulut panggang pun yer....
hari ke 20, khamis, 10 september 2009
Ibu sibuk sungguh hari ni, kemas rumah, dan segala2 nya lah... almaklum lah 11 september tu ibu kena buat lawatan mengejut ke Kolej Islam.
hari tu ibu dah malas tak tau nak masak apa. Bila tanya en ayah, en ayah jawab 'apa-aper jer..' ishh, tensen betui kalo nak pikir menu nak masak ni.. at last pukul 6 petang baru ibu masuk dapur...
Bihun sup yang simple2 jer.. mujur le dalam petiais ade lah baki2 aweh2 yang boleh digunakan.. semuanya serba sedikit.. jadi sup tu ibu masukkan daging, ayam, sotong & udang. Ibu rebus 1 bungkus bihun, hampir nak habis juga lah dikerjakan kami sekeluarga. Memula tu plan nak bagi jiran, tapi dek kerana lewatnya ibu masuk dapur.. maka ngam2 jer masuk waktu sebaik makanan siap dihidangkan.
pagi tu ibu bersahur dengan baki bihun sup, dah malas nak masak time sahur, lagipun sorang jer nak makan.. tengok aksi aliya makan bihun sup... hihiiii