Friday, September 18, 2009

Home » , , » Ramadhan 1430H : Day 22, 23 , 24 & 25

Ramadhan 1430H : Day 22, 23 , 24 & 25


Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini
Catatan Ramadhan
hari ke 22, sabtu, 12 September 2009
hari itu ibu mula ber'cuti' syar'ie.. namun walaupun bercuti ibu tetap seperti orang yang berpuasa juga.. cuma ibu boleh minum air.. LOL.. btw, hari tu ibu memang tak begitu sihat,. terbaring jer.. sampai en ayah pun risau. Nak masak pun malas.
Dipendekkan cerita, petang itu kami berbuka di rumah makteh Ani dengan makbonda dan pakcik A'am. Makteh Ani tinggal di Puncak Jelapang Maju. Kami datang bawa bekal keateow yang belum masak. Bertolak dari rumah pukul 6 petang, 6.45 baru sampai sebab banyak lah pulak tempat singgahan, dicampur dengan keadaan jalan yang agak sesak.
Sampai jer rumah makteh Ani, ibu terus memulakan operasi memasak keateow goreng. Bahan2 nya semua telah ibu siapkan dirumah. Sotong, udang dan kerang rebus, taugeh, kucai.. semua lah bahan2 memang dah siap, tunggu nak tumis jer. Dapur rumah makteh Ani plak, apinya kecik jer.. tak leh nak kuat dah.. so dalam 25 minit akhirnya siap lah juga.. Makteh Ani plak masak nasi goreng. Maka menu hari itu adalah nasi goreng & keateow goreng 2 bungkus. Hampir licin juga keateow ibu.. oppsss, ibu langsung tak ingat nak snap foto.. bukan tak ingat, tapi ibu tak cukup tangan sebab nak suap Aliya makan & melayan kerenah nya yang tetiba over excited.

Malam itu juga ibu dapat sms dari makNgah miela, bahwa ibu menang contest mana yang nampak lebih sedap.. terima kasih Miszmama. Insya Allah, ikut kata Miszmama hadiah sudah di pos, jadi ibu tunggu jer lah sehari dua ni. Alhamdulillah.
hari ke 23, Ahad, 13 September 2009
hari ini en ayah berbuka di Ulu Kinta. Plan asalnya en ayah nak berbuka di surau Ulu Kinta & en ayah bawa Anis sekali ke sana. Tapi Anis buat perangai, asyik melekat jer dengan ayah.. tak leh nak ditinggalkan.. sudahnya en ayah berbuka di rumah ibu mertuaku. Ibu plak.. ibu kat rumah jer,, ibu kan tengah ber'coti'.. jadi penyakit M nak memasak tu terus bermaharajalela.. tapi hari tu ibu memang ade projek. Nak siapkan sedikit buahtangan untuk pemenang contest.

ini asalnya adalah kuih gunting tapi telah dimodenkan menjadi versi mesin.. tak main lah gunting2 ni.. pukul berapa nak siap kalo digunting... senang jer nak buat nih.. cuma malas nak menguli jer.. resepi nya ade beberapa versi.. nanti ibu sharekan di sini.. ibu sekarang ni dalam proses nak mengumpul semua masakan simple ibu.. yer lah dah setahun ibu dok rumah.. dok koje kat dapur jer. Tu la ibu fikir nak simpan lah koleksi masakan ibu. Lain kali kalo ibu stuck tak tau nak masak apa, ibu boleh lah rujuk. Ibu compile pun untuk syok2 sendiri jer.. yer lah berbanding chef2 ternama & memang terer masak, masakan ibu ni apa lah kelas nyer. Biasa jer.. macam kata MakNgah dalam iklan ribena tu. ;)

kalo ikut timing biasa ibu, dalam 1 jam ke 1 1/2 jam dah boleh siap.. tapi disebabkan ibu harus berkuntao dengan aliya.. maka, berjam2 lah jadinya. IBu mula menguli jam 6 petang. Baru separuh jalan menguli, dah Aliya melalak-melolong.. *sajer je tu tak nak bagi ibu dok dapur*.. pastu malam tu pukul 8, ibu habiskan proses menguli. baru jer ibu nak mesin sikit, dah Aliya buat perangai lagi... sampai lah en ayah balik rumah pukul 10 malam, baru lah ibu dapat sambung semula. Memang Aliya on & off dok buat perangai.. akhirnya hampir jam 1 pagi baru selesai memasak & mengemas. Ya Allah, kalo macam ni ler gayer nya.. camner lah ibu nak buat kuih raya ni.
hari ke 24, isnin 14 Sept 2009
Hari ni pun ibu tak masak lauk, hanya masak nasi jer. en ayah beli sup kat pasar Ramadhan. Jiran sebelah bagi popia sepiring. Makcik bibah, jiran rumah 2 tingkat bagi bihun goreng.. membalas mee goreng yang kami beri pada minggu lepas.


Sebenarnya ibu kurang gemar sket makan sup daging ni.. ibu lebih suka sup ayam.. sebabnya sup daging ni mengumpul lemak jahat. Lemak jahat ni lah nanti yang akan berkumpul dalam darah.. yang boleh buat pembuluh darah 'bersalji tebal'.. bahaya kolestrol.

nampak tak lemak2 yang membeku tu.. tu ler yang bahaya tu.. letih jugak lah ibu 'mengutip' nyer.. dapat le sebekas kecil lemak2 jahat ni.. hati2 ya kawan2 bila makan sup daging, sup tulang, sup ekor.. masa makan memang sedap.. tapi untuk jangka masa panjang memang tak baik untuk kesihatan.

ibu ade kiriman yang belum diambil dari Poslaju *belum diambil pada 14 September, tetapi sudah diambil saat n3 ini di taip*, apa kah kiriman ini. Nanti ibu update di n3 yang akan datang. Sorry note dari Poslaju ni ibu terima pada hari Jumaat lepas, hari tu kan ibu telah ke Kuala Kangsar, jadi kat rumah takde sesapa yang terima kiriman tersebut.
Ibu tahu sekarang ni ramai yang sudah mula bercuti, dan mungkin ramai juga yang tidak lagi menjengah blog, tapi ibu tetap update juga.. nanti terlalu banyak pulak catatan yang ibu tertinggal dan terhutang.
Untuk kawan2 ibu yang pulang ke kampung, ibu doakan semoga selamat dalam perjalanan.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

9 kawan ibu yang hebat:

Suhana Shahril said...

Kakyong,
Ana nak ucapkan SELMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN kalo ada tersilap cakap,tutur,komen,ngomel dll.
terima kasih atas nasihat & dorongan kakyong selama ni. Kalo tak krn kakyong..agak2nya blog ana berkubur cam tu jer. Sbb xtau mana arah tujuan blog tsbt.
terima kasih byk2 kakyong.
Sayang kakyong..muaksss...

Hanz Jamaludin said...

Salam Aidilfitri untuk Kakyong sekeluarga.

Berbloggingkah sepanjang miggu depan? Hanz belum decide lagi..tengok mood kot..he,he..

Unknown said...

Ana,
takde salah apa pun Ana pada kakyong.. dan takde apa pun yg kakyong buat utk Ana, sekadar menyebuk hal Ana jer... hahah


Hanz,
jika tak ke mana2.. Insya Allah, setiap hari kakyong online juga.. kalo tak update blog, akan cuba luangkan masa utk jengah & baca blog kawan2 yg jarang singgah... ;)

Nadiah Sidek said...

sedapnya kuih gunting tu kakyong! tak tahu pun ada mesin tu. kakyong tak jual ke kuih gunting tu? kalau jual boleh la nadiah order..

Unknown said...

nadiah,
tu mesin buat mee... hahahaaa...
jauh le nak antor kat nadiah.. camno tu? memang ade plan nak antor goodies bag utk semua juri2 yg tlg utk contest hari tu... tp lepas raya lah yer..

memang ade org order, tp kakyong ni bercinta-cintaan nak buat.. kalo buat 1 kg tepung, sekali jer adik2 adap dah licin..
nanti kita sambung dlm email yer..

Nadiah Sidek said...

le...mesin wat mee ke? ingtkn mmg mesin utk wat kuih gunting tu. nnt nadiah bg alamat kat sini. kakyong jgn la risau bab kos penghantaran tu. ditanggung beres oleh suami nadiah. haha. lgpun bknnya berat sgt pun kan kuih gunting tu. apa2 hal nnt kita emel ek ;)

Ummu Mishkah said...

kak yong buat sendiri yer kuih gunting tu yer? tak sangka pulak kak yong yang buat tapi memang sedappppp!

KUIH GUNTING said...

oohhh itu kuih pagoda tu, dah kena lenyek dengan mesin sampai nipis..kita kalau buat kuih gunting memang guntinglah, baru ikut tradisi melayu..barulah sesuai dipanggil kuih gunting. :)

Unknown said...

kuihgunting,
x penah dengor kuih pagoda... hahahaaa...

la ni org panggil kuih jejari... ;)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .