Kali ni masih lagi bercerita tentang hal anak-anak.. cuma kali ini teman nak bercerita tentang anak sedara teman yang istimewa ni.
Adib Darwisi nama diberi, it's a boy. Lahir pada 24 November 2008, di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan dengan berat 2.3 kg pada jam 12.45 tengahari. Masa teman menziarah Adib untuk kali pertama, teman tak nampak pun apa yang pelik.. cuma adib nampak kecik & rambut tak berapa nak ade. Anak-anak teman, saiz panjang & rambut lebat. Selain tu memang tak nampak apa pun..
Tapi kata doktor lain pulak.. doktor kata ade macam SD (sindrom down). Huh.. jenuh juga ler teman dok belek2 foto yang teman amik tu, macam-macam angle teman buat.. tapi dah memang bukan kepakaran kita.. tapi kesiannya mama Adib ler. Udah le belum lagi sihat & kuat selepas bersalin.. dalam tempoh tak sampai 3 jam, doktor plak cakap macam tu. Huhuu..
Masa teman sampai petang 24 November 2008 tu, nampak bengkak mata mama Adib.. bila ditanya, katanya sakit lagi.. ishhh, takkan lah sakit sampai nangis bengkak-bengkak mata kan. Rupa nya ade yang tersirat.. lebih kurang jam 6.30 petang, ibu mertuaku pun sampai dengan makndak.. baru le teman tahu alkesah yang buat mata bengkak tu.
<Kalau mengikut kajian, risiko kelahiran bayi SD adalah 1/1490 bagi ibu-ibu yang dalam lingkungan umur 20 ke 30 tahun.. Kalau yang dah lebih 30 tahun, macam teman ni.. risiko 1/700.. Selain itu SD juga kerap dikaitkan dengan keturunan atau genetik samada di sebelah bapa @ ibu. Teman pun tak berapa nak faham, bila ada laopran yang dok bercakap tentang bilangan kromosom x & y semasa pembentukan janin. Yang ni (pembentukan awal janin), siapa lah kita hendak melawannya. Bukankah Allah yang telah menetapkan nya.. Boleh kah amalan pemakanan & cara hidup sihat boleh membantu mengelakkan pembentukan kromosom yang tidak normal. Wallahu'alam.
Adib sekarang sudah 3 bulan, maklong (teman la tu) lupa nak amik foto terbaru Adib. Walaupun Adib dikenalpasti ada sedikit masalah dengan jantung, Adib masih kelihatan seperti baby normal yang lain. Adib kuat menyusu, kuat juga melalak, ni opah le yang citer. Lupa nak beritahu, Adib sekarang ni dok dengan opah santan (ibu mertuaku), sebab mama Adib kerja di KL. Abah Adib pulak di BM. Tapi tiap hujung minggu mama & abah tetap balik jenguk Adib. Insya Allah, tak lama lagi, mama Adib dapat la bertukar ke Ipoh. Maklong sentiasa doakan semoga Adib sihat.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
2 kawan ibu yang hebat:
oh, so betul la diagnosis Dr tu. Cepat la pulak
Hazia,
now bila dah besor sket ni.. dah nampak obvoius dah ruper SD nyer.. I think the doctor memang betul2 pakar.. baru sejam baby tu lahir, doktor dah detect..
Post a Comment