Showing posts with label projek bakar-membakar. Show all posts
Showing posts with label projek bakar-membakar. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

1st time membakar puding karamel guna cara steam-bath

Salam bahagia,


Periuk yang ibu guna untuk buat kukusan dah tembuk @ bocor.. dok ingatkan en ayah agar beli kan alumunium yang boleh menampal periuk, sampai sudah en ayah tak belikan.

Kaedah steam-bath ni ibu tak pernah cuba tapi pernah baca yang Izan pernah bakar puding roti & butter dengan kaedah ni. Lepas digoogle jumpa camno yang dikatakan kaedah steam-batch ni.. hahahah, jakun.. Smile with tongue out sebab tak pernah lagi guna kaedah ni kan.,..

Jadi bermulalah operasi membuat puding karamel versi steam-bath.. bahan2 tak berapa cukup sebenarnya.. susu tak ade.. jadi bantai le guna susu kambing higoat lagi. Open-mouthed smile


IMG_9523


resepi boleh refer kat sini >> Puding roti caramel.. versi ibu yang simple


Selalu tu buat yang saiz kecil jer.. kali ni buat besor sikit.. kira double the resepi jer..


Untuk kaedah steam-bath ni, ibu masukkan 3 cawan air (rasanya 2 cawan cukup kot) dalam loyang petak & pre-heat oven @ 170C dalam 10 minit.  Then blend bahan2 semua.. tuangkan dalam loyang bulat (ibu punya yang 8 inci jer), sebelum tu buat gula hangus dulu lah yer..


Bila tengok air dalam loyang petak tu macam dah panas, ibu pun masukkan loyang bulat & bakar selama 55 minit.. 40 minit pertama api bawah, next 15 minit api atas bawah. Hasilnya….


IMG_9524


NI ler hasilnya selepas dah disejukkan dalam peti ais (at least 1 jam) dan diterbalikkan.


Jemput makan…

IMG_9525


Actually anak2 tak berapa sangat melayan puding ni.. depa ni kurang suka makanan yang lembik2… memang ikut belah en ayah, adik beradik en ayah pun tak berapa favor puding ni.. berlawan sungguh dengan adik-beradik ibu… pantang ade, habis depa sapu bersih.


Sudahnya, 1/4 bahagian bagi pada jiran.. 1/2 bahagian anak2 makan, 1/4 bahagian ibu sorang jer yang melantak…. erkk, bukan le sekaligus ibu adap… tapi tu ler.. tau2 jer dah licin. Smile with tongue out




salam kasih sayang buat semua,


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, November 28, 2010

Kek saya mendap

Salam ceria hari minggu,

hari ni, kami sekeluarga tiada di rumah.. kami ke Lenggong kerana majlis perkahwinan 2 puteri. Jadi ini adalah n3 autopublish.. sekiranya sehingga ke malam, ibu masih tidak menjawab apa2 komen @ berkunjung ke blog kalian, bermakna kami memang lewat sampai ke rumah. Winking smile

Hari Jumaat, 26 Nov 2010.. dengan bahan yang limited.. (sian sebenornya anak2 xde kudap2). Ibu pun kumpul2 apa yang ada.. dan mulalah projek membuat kek, sambil anis & aliya dok usik sana sini. Depa lagi xcited nak buat kek… adehhh… terlepas gak suara ibu.. “aiipppp, jangan pegang ni… tengok jer” “ tak boleh main ni, ni ibu nak buat kek…. eehhhh”

susu pekat takde stok.. susu segar lagi lah dah lama en ayah tak beli… so ade yang ini jer…

IMG_9151

konon2 nak buat kek coklat lagi… tapi serbuk koko tak ade.. maka guna la stok milo yang hanya tinggal sikit.. 2 sudu jer…


IMG_9152
ni 20 minit sebelum cukup jam.. elok jer naiknya…

IMG_9153
hangus juga walaupun dah adjust tray... ni selepas dah sejuk sket… 15 minit juga dia bertapa dalam oven sebelum ibu keluorkan.. nampak tak kek ni mendap… uwaaa… Thinking smile

IMG_9154
bukan setakat dia mendap… bahkan menguncup.. Smile with tongue out  nampak tak kat tepi loyang tu renggang… apsal yer kek jadi kuncup camni? apa masalah yang tak kena ni….

IMG_9156
ibu cuba2 buat topping.. tapi tak begitu pekat… hehehhe… kena belajar lagi, buat bagi betul… nampak tak kek tu nampak cam bengkang jer… huhuuu…  Hot smile texture yang tak menarik… ni mungkin kesan daripada mendapan yang berlaku… Open-mouthed smile gamaknya susu sejat tak sesuai kot utk buat kek....??? 

yang terer buat kek... nadiah ke.. sila beri ulasan untuk improvement..


Walaupun kek ni mendap.. tapi anak2 layan tak hengat… segan juga nak balas piring jiran.. kebetulan maks & maktam datang rumah.. maka depa lah jadi tukang rasa & tukang perabis..

as usual, en ayah takde nyer nak puji ke apa… dok tanya  “apa nama kek ni?”

Ibu jawab “ kek tak cukup bahan yang mendap ”… Smile with tongue out dah sah2 awak tak gheti buat kek, nak salahkan bahan pulak… ekekkekkeeekk… Winking smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, November 19, 2010

Pertama kalinya… kek ku menjadi… yahoooo..!!!

Salam ceria,

Seperti yang diketahui umum, ibu ni memang failed la kalo bab2 baking ni.. manjang jer tak menjadi.. kek kukus jadi bengkang lah.. manjang jer bantat, tak pernah nyer menjadik… sampai rasa dah tak mau la baking kek ni.. kalo cookies tu boleh layan lagi.

Masa dok BW pada 10 Zulhijjah @ 17 Nov yang lepas.. tersinggah ke blog Murni (perantau juga, la ni dok Jepun).. terbaca n3 nya >>> Salam AidilAdha bersama Choco cake.

Ibu tengok bahan2 macam senang & cara nak buat pun tak susah.. tapi as usual la, ade beberapa resepi dari blogger yang otai buat kek ni, tapi bila ibu buat tak pernahnya menjadik.. since Murni cakap dia pun tak terer.. baca komen kat bawah yer..


komen-blog-murni

Jadi, pada tengahari semalam, 18 NOv 2010.. ibu pun sibuk lah berjuang sorang2 kat dapur.. mujur anak2 main kat rumah jiran sebelah (rumah wak niko).

btw, meh kita share resepi kek coklat ni (ni utk rujukan masa depan)

Bahan2:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko ~ serbuk koko ibu ade separuh cawan jer
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan gula halus ~ ibu guna 1 1/3 cawan jer.. kurangkan manis
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu ~ x pasti murni guna susu apa, ibu guna susu krimer manis F&N
1 cawan minyak/butter cair ~ ibu guna minyak masak jer
1 cawan air panas
Cara2:
- panaskan oven pada suhu 180darjah celcius
- ayak tepung + koko + baking powder + soda bikarbonat
- pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila
- masukkan susu dan minyak, kacau sebati
- masukkan bahan yang diayak, gaul dengan cara kaup balik
- masukkan air panas, kacau sebati
- bakar pada suhu 180 selama 45minit

Ibu guna loyang diameter 9 inci.. itu ajer loyang yang ade.. tak lenser dengan butter pun sebab memang xde butter.. jadi ibu layangkan minyak masak jer..

IMG_9080


IBu guna setting api atas bawah.. ni lagi 20 minit sebelum cukup 45 minit. Nampak cam hangus jer bahagian atas kek tu, Open-mouthed smile tapi kek tu naik… tersenyum lebor ibu. So, ibu pun memandai adjust suhu ke 165C. Atau mungkin juga alas besi tu ibu kena letak bawah sikit, supaya bahagian atas tu tak dekat sangat dengan api atas.


IMG_9081

Bahagian atas tu hangus sket.. tapi rasanya xde la hangus rentung.. buleh jer makan. Winking smile

Tau tak saper yang tak sempat2 kuorkan kek ni dari oven…?!  si FIKRI… masa dah cukup time tu, ade bunyi dering.. Fikri pun bising, “ibu dah masak”.. ibu pun off kan plug, pastu cakap kat Fikri.. tunggu dulu, bior dalam oven.. tunggu 1/2 jam… huhuuu.. x sampai 10 minit si Jantan ni dengan tak sabarnya dah tolong kuorkan dari oven.. pandai2 jer budak 4 tahun 9 bulan ni… aduhai la anak..

Ibu tak buat topping.. sebab barang2 memang x cukup.. susu yang ibu guna tu memang dah tinggal separuh tin.. huhuuu… btw, ni resepi untuk topping, ibu kidnap dari blog murni jugak…

resepi topping : 2 sudu butter, 1 cawan milk, 1/2 cawan gula, 1 cawan serbuk koko > agak2 la kelikatan yg dikehendaki dgn cara kurangkan or tambahkan susu. panaskan atas api kecil kacau2 non stop hingga sebati n likat. dah sejuk sikit leh letak atas kek yg telah disejukkan, pastu letak dlm freezer. sejam pastu yummy2 dah boleh mkn ngan enaknya.


kek coklat kakyong

Ini lah close-up view, kek pertama ibu yang menjadi…. suka-suka sangat-sangat.. Red heartRed roseRed rose  … Alhamdulillah., at last, baru la rasa bermotivasi untuk baking ni… kalo sebelum2 ni asyik frust jer… Terima kasih murni sebab kongsikan resepi kek ni.. hepi sangat bila tengok hasilnya.. kalo cukup bahan dan dapat buat topping nya, mesti lagi terangkat.


IMG_9083

Ini lah budak 3 orang yang tak sabar2 nak makan kek besor.. kek siap dimasak jam 2 petang.. pada jam 5 petang, kek tu cuma tinggal separuh jer… sempat la bekalkan sikit untuk abg haris yang nak balik KL. dan pada tengah malam tu, hanya tinggal 1 slice jer..

Yer le, first time makan kek ibu buat kan.. bersungguh depa makan & dok ulang2.. tu pun Fikri siap pesan, “bagi sikit je kat abang haris, nanti esok abang nak makan ..” Kedekut nya si jantan sorang ni. Len kali kita pesan kat ayah belikan barang2, buleh ibu buat lagi. Hajat di hati nak balas pinggan jiran pun tak kesampaian. Habis licin dikerjakan anak-anak.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .